Sunday, February 15, 2009

SK kat siNGapoRe

Pagi tadi lebih kurang pukol 9-00, kami bertiga beranak menuju ke KLIA untuk menghantar SK yang akan menaiki pesawat MAS ke Singapore. Kami singgah di drive-way sebelum Tol Sg Besi dan pekena breakfast kat situ dulu sebelum sambung perjalanan dan sampai di KLIA lebih kurang pukol 10-00 pagi. Terus SK pergi self check-in kiosk dan dapatkan Boarding Pass sebelum beratur di kaunter untuk baggage check-in. Selesai semuanya dalam 45 minit dan kami lepak kejap untuk check something di internet dan SK pun terus masuk Balai Perlepasan sebab flight dia tepat pukol 12-00. Saya dan Aimin pun beredar dari KLIA kira-kira jam 11-15 pagi.

Kami terus menuju ke Kuala Lumpur dan singgah di Galaxy Ampang untuk beli baju Kadet Bomba untuk Sarah sebelum menuju ke sekolah beliau di Gombak. Dalam perjalanan, emak SK pula telefon ajak makan nasi dulu dan bawakan bekal untuk Sarah sebab ada masakan gulai lemak Ketam favourite Sarah. So, saya dan Aimin yang macam bachelor untuk 3 hari ini, pekena nasi lauk gulai Ketam dulu di Ukay Perdana sebelum kami beredar bertemu Sarah dan have a small Coke Bachelor Party kat Kantin sekolah Sarah. Cheers Coke! Enjoy 3 beranak..haha! (Aimin lagi bagus siap tanya tak mahu buat bachelor party kat rumah ker.... ni gara2 That's All Raven la ni)

SK sampai saja di Singapore terus call beritahu dah sampai dan kawan beliau Norishah atau NorAsh (penulis terkenal di Singapore - Pemenang Hadiah Sayembara) pun dah tunggu beliau di Airport sekali dengan Hotel Limousine yang bawa sepanduk nama SK. Seronok dengar suara SK dengan NorAsh... maklumlah dah dekat 1 tahun lebih tak jumpa. So, lepas tu dia orang berdua naik Hotel Limo dan terus menuju ke Hotel Royal Plaza On Scotts (khabarnya milik Sultan Brunei) di Orchard Road, di mana SK menginap dan berseminar selama 2 hari. SK kata biliknya luxurious dan selesa (mau taknya RM800 lebih semalam-nasib baik boleh claim) dan dekat dengan shopping area ala Bintang Walk.

So lepas solat dengan NorAsh, mulanya nak makan kat hotel tapi dia orang ada lunch buffet jer jadi dia orang pergi makan kat area Far East Shopping Complex. SK kata dia orang makan kat food court jer tapi boleh tahan juga almost SD40@ RM100 harganya. Betul la ada kengkawan beritahu food kat Singapore becoming very expensive sekarang. Negara inflasi la katakan. Tapi dalam food channel 703 Astro katanya ada lagi tempat yang murah, tapi takut tak halal la plak.

Lepas makan NorAsh pun beredar sebab dia ada hal keluarga jadi SK pun strolling sorang-sorang kat Orchard Road. SK kata tengah sale kat situ. Beg Guess hanya SD95 jer and latest design tapi kerana budget takde untuk shopping jadi jamu mata je la... haha. So, itu je la lapuran SK kat saya sampai lewat petang tadi sebelum beliau kembali semula kat hotel.

Balik dari Singapore nanti, next trip SK pun dah confirm everything dan akan bertolak pada 10hb Mac, 3 minggu dari sekarang untuk Prudential Asia IT Meeting (2 kali setahun dengan wakil dari seluruh IT Head Prudential di negara-negara Asia) yang mana akan di adakan di Hotel Shangri-la's Mactan Resort & Spa, Cebu, Filipina selama 5 hari. Yang ni memang menarik sebab tempat dia saya surf kat internet memang best giler katanya. Terletak kat Pulau Mactan, Cebu, memang sesuai untuk family recreation activities. Dia orang ni pun saja jer buat meeting kat luxury resort sementara ekonomi baru nak merudum ni. Jadi, saya pun tengah dok budget-budget kalau boleh tumpang sekaki. Cuma masalahnya, budak-budak masih sekolah lagi dan kena ambil Sarah yang nak balik cuti penggal nanti. Hmm... nampak gayanya melepas la lagi..... lepas ni meeting dia orang ni tak tahu kat mana la pulak, entah-entah kat ofis jer... Con Call...jimat! Lagipun ekonomi tengah tak elok ni baik lah kita beringat-ingat menyimpan sikit...tak jadi la tumpang SK.

4 comments:

Anonymous said...

Amboiiihhh sonoknya SK duk tempat baru ni leh terbang sana-sini..Sambil2 leh soping sikit..hehe..Mahal2 pun, xkan xnak beli satu dua wat kenangan SK..hehehe..

Kida, xpalah sesekali makan maggie..leh wat mcm2 tau..simple2 je, murtabak maggie ke, jemput maggie ke..wahahaa

Anonymous said...

Kida,

Shangri-la Mactan Island di Cebu memang cantik. Saya pernah stay di situ 2 kai pada tahun 1997, semasa Asean Finance Ministeral Meeting yang dihadiri oleh Dato Seri Anuar Ibrahim.

Cebu Island juga dikenali sebagai Lapu-lapu (Ikan Kerapu) Island oleh masyarakat tempatan. Bandar Cebu agak cantik dan teratur kerana ianya dibangunkan oleh Ayala Corporation, company yang sama bangunkan daerah Makati di Manila. Kalau jalan di Ayala Avenue di Makati, Manila seperti berada di New York.

Berhampiran dengan Cebu Airport, terdapat sebuah hotel kepunyaan Malaysian, Waterfront Hotel. Saya pun pernah stay di hotel ini dulu, ada Casino.

Nasihat saya - kalau ada peluang, better u ikut SK kesana. Kawasan dipersekitaran di hotel Shangri-la tu dah cukup menarik. Lokasi hotel agak jauh dari bandar Cebu.

Anonymous said...

Mizi,
Tak boleh tahan dengar lu punya promo ni, terbang jugak rasanya duit simpanan gua yang ciput tu... iskh..iskh.

eliz said...

Mizi, dkt dgn hotel shangrila cebu tu ader makanan halal x? yg ok harganya..x mahal sgt.