Wednesday, February 18, 2009

tabuNG aMaL budiMaN 2009

Seperti yang saya janjikan pada Isnin lalu maka dengan ini saya ingin menganjurkan suatu aktiviti amal budiMaN yang pertama untuk tahun 2009 iaitu dengan mengadakan Tabung Amal budiMaN (taB) 2009. Tujuan utama taB 2009 ini di anjurkan adalah untuk membantu rakan budiMaN kita saudara Apamz serta jikalau ada lebihan yang bersesuaian mungkin juga boleh di salurkan kepada beberapa badan kebajikan yang telah dikenalpasti seperti rumah anak yatim dan sebagainya.

Namun tujuan utama taB 2009 adalah untuk membantu saudara budiMaN kita Apamz sekeluarga. Bantuan itu nanti antara lain adalah bagi persediaan anak sulong Apamz, Shafiq yang telahpun di tawarkan kemasukan ke Tingkatan 4, MRSM Pekan pertengahan Mac ini. Dengan taB 2009 di harapkan rakan-rakan budiMaN dapat mengumpulkan kewangan bagi yuran dan perkakasan permulaan kemasukan ke sekolah tersebut. Bagi perbelanjaan yang perlu dibayar ke sekolah saya rasa tidak kurang dari RM1,300. Perbelanjaan persediaan ke sekolah pula seperti alatan keperluan seharian di asrama dan sebagainya belum di kira lagi.

Ini sebenarnya adalah sebahagian kecil sahaja dari bantuan yang mungkin kita dapat hulurkan kepada Apamz sekeluarga. Bahagian-bahagian lain yang lebih besar lagi yang ditanggung oleh Apamz sendiri, hanya beliau dan Allah swt saja yang mengetahui betapa beratnya apa yang dipikul oleh saudara kita itu. Kita sendiri kalau diletakkan di tempat beliau belum tentu lagi boleh setabah Apamz dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Namun ianya di tempuh sendirian oleh Apamz sekeluarga bersama Miza dan anak-anaknya.

Kiranya ada yang mempertikaikan kenapa setiap kali budiMaN membantu orang yang sama setiap tahun, sebenarnya inilah peluang setiap tahun untuk kita berbakti sambil beramal kepada saudara budiMaN kita. Peluang untuk bersedekah kepada insan yang ingin menuntut ilmu, fadilatnya selagi ilmu tersebut di gunakan. Fadilat meringankan beban seorang insan yang dalam kesusahan.

Oleh itu kepada rakan-rakan budiMaN yang prihatin kepada sahabat budiMaNnya, yang berniat ingin bersedekah dan membantu sahabat budiMaN kita itu, bolehlah berbuat demikian dengan cara menyalurkannya seperti di bawah :

Bank : Maybank
No Akaun : 114254123223
Nama Akaun : Zainordin Awang Samah
Telefon : 03-22972584, 019-7567799

Di harap sesiapa yang bersedekah untuk tab 2009 dapat sms kepada Kitang setelah selesai bank-in kedalam akaun di atas.

Sedekah kepada Apamz, insyaallah akan di sampaikan dalam masa 2-3 minggu dari sekarang dan caramana ianya di serahkan akan saya sampaikan dalam artikel akan datang setelah meneliti beberapa cadangan dari rakan-rakan budiMaN nanti. Mungkin kita akan mengadakan suatu acara seperti gathering budiMaN samada di Kuantan apabila melakukan penyerahan tersebut, insyaallah.

Tuesday, February 17, 2009

keM ReMajA sideQ

Bilal ada menghubungi saya semalam meminta saya menyiarkan berkenaan Program Kem Remaja Sideq yang di anjurkan oleh syarikat beliau pada 15-17 Mac 2009 (cuti sekolah) bertempat di Komplek Sukan Melaka. Ianya adalah satu program bertujuan menambah nilai modal insan bagi remaja terbuka kepada remaja berumur dari 10-17 tahun. Brochure program berkenaan ada di e-mailkan kepada saya oleh Bilal tetapi dalam bentuk JpeG dan sukar sedikit saya nak copy paste di sini. Walaubagaimanapun keterangan lanjut boleh di dapati dengan melayari blog program berkenaan di http://kemmutiarasideq.blogspot.com/. Yuran penyertaan saya rasa amat berpatutan dan ada diskaun untuk penyertaan lebih dari seorang. Kalau nak tahu dan berhubung sendiri dengan Bilal pun boleh berbuat demikian di 013-9864049

Monday, February 16, 2009

sedEkah budiMaN

Baru lepas baca e-mail dan terpanggil saya untuk menganjurkan suatu pungutan sedekah amal budiMaN untuk di sedekahkan kepada seorang rakan budiMaN juga. Apa-apapun saya akan bincang dahulu dengan Kitang, Bendahari budiMaN dan penjelasan terperinci akan saya siarkan seberapa segera. Sila lihat blog selalu untuk mengetahui update nanti.

Sunday, February 15, 2009

SK kat siNGapoRe

Pagi tadi lebih kurang pukol 9-00, kami bertiga beranak menuju ke KLIA untuk menghantar SK yang akan menaiki pesawat MAS ke Singapore. Kami singgah di drive-way sebelum Tol Sg Besi dan pekena breakfast kat situ dulu sebelum sambung perjalanan dan sampai di KLIA lebih kurang pukol 10-00 pagi. Terus SK pergi self check-in kiosk dan dapatkan Boarding Pass sebelum beratur di kaunter untuk baggage check-in. Selesai semuanya dalam 45 minit dan kami lepak kejap untuk check something di internet dan SK pun terus masuk Balai Perlepasan sebab flight dia tepat pukol 12-00. Saya dan Aimin pun beredar dari KLIA kira-kira jam 11-15 pagi.

Kami terus menuju ke Kuala Lumpur dan singgah di Galaxy Ampang untuk beli baju Kadet Bomba untuk Sarah sebelum menuju ke sekolah beliau di Gombak. Dalam perjalanan, emak SK pula telefon ajak makan nasi dulu dan bawakan bekal untuk Sarah sebab ada masakan gulai lemak Ketam favourite Sarah. So, saya dan Aimin yang macam bachelor untuk 3 hari ini, pekena nasi lauk gulai Ketam dulu di Ukay Perdana sebelum kami beredar bertemu Sarah dan have a small Coke Bachelor Party kat Kantin sekolah Sarah. Cheers Coke! Enjoy 3 beranak..haha! (Aimin lagi bagus siap tanya tak mahu buat bachelor party kat rumah ker.... ni gara2 That's All Raven la ni)

SK sampai saja di Singapore terus call beritahu dah sampai dan kawan beliau Norishah atau NorAsh (penulis terkenal di Singapore - Pemenang Hadiah Sayembara) pun dah tunggu beliau di Airport sekali dengan Hotel Limousine yang bawa sepanduk nama SK. Seronok dengar suara SK dengan NorAsh... maklumlah dah dekat 1 tahun lebih tak jumpa. So, lepas tu dia orang berdua naik Hotel Limo dan terus menuju ke Hotel Royal Plaza On Scotts (khabarnya milik Sultan Brunei) di Orchard Road, di mana SK menginap dan berseminar selama 2 hari. SK kata biliknya luxurious dan selesa (mau taknya RM800 lebih semalam-nasib baik boleh claim) dan dekat dengan shopping area ala Bintang Walk.

So lepas solat dengan NorAsh, mulanya nak makan kat hotel tapi dia orang ada lunch buffet jer jadi dia orang pergi makan kat area Far East Shopping Complex. SK kata dia orang makan kat food court jer tapi boleh tahan juga almost SD40@ RM100 harganya. Betul la ada kengkawan beritahu food kat Singapore becoming very expensive sekarang. Negara inflasi la katakan. Tapi dalam food channel 703 Astro katanya ada lagi tempat yang murah, tapi takut tak halal la plak.

Lepas makan NorAsh pun beredar sebab dia ada hal keluarga jadi SK pun strolling sorang-sorang kat Orchard Road. SK kata tengah sale kat situ. Beg Guess hanya SD95 jer and latest design tapi kerana budget takde untuk shopping jadi jamu mata je la... haha. So, itu je la lapuran SK kat saya sampai lewat petang tadi sebelum beliau kembali semula kat hotel.

Balik dari Singapore nanti, next trip SK pun dah confirm everything dan akan bertolak pada 10hb Mac, 3 minggu dari sekarang untuk Prudential Asia IT Meeting (2 kali setahun dengan wakil dari seluruh IT Head Prudential di negara-negara Asia) yang mana akan di adakan di Hotel Shangri-la's Mactan Resort & Spa, Cebu, Filipina selama 5 hari. Yang ni memang menarik sebab tempat dia saya surf kat internet memang best giler katanya. Terletak kat Pulau Mactan, Cebu, memang sesuai untuk family recreation activities. Dia orang ni pun saja jer buat meeting kat luxury resort sementara ekonomi baru nak merudum ni. Jadi, saya pun tengah dok budget-budget kalau boleh tumpang sekaki. Cuma masalahnya, budak-budak masih sekolah lagi dan kena ambil Sarah yang nak balik cuti penggal nanti. Hmm... nampak gayanya melepas la lagi..... lepas ni meeting dia orang ni tak tahu kat mana la pulak, entah-entah kat ofis jer... Con Call...jimat! Lagipun ekonomi tengah tak elok ni baik lah kita beringat-ingat menyimpan sikit...tak jadi la tumpang SK.

Friday, February 13, 2009

beRitA keNGkaWaN

Hampir seminggu tak buka internet dan tak tengok e-mail dan juga tak tengok blog. Bermula Sabtu minggu lepas dan Ahad penuh dengan acara keluarga. Sabtu ada kenduri selang 2 buah rumah saya, gotong royong, doa selamat dan acara pertunangan tapi tuanrumah siap buat khemah macam kenduri kahwin dan lauk-pauk memang kow-kow. Sabtu malam kami makan sekeluarga kat Pavilion. Ahad pula ada acara makan sekeluarga lagi di rumah Emak SK di Ukay Perdana dari tengahari sampai malam (tau-taulah orang Utara, macam-macam makanan dari tengahari sampai malam). Isnin cuti Thaipusam, kami sekeluarga pulak gotong royong kemas rumah dan petang hantar Sarah balik hostel (tupun saya je hantar sebab SK dan Aimin meneruskan kerja gotong royong) Selasa sampai Khamis pula hari kerja jadi macam biasa weekdays ni memang banyak hal la sampai ke tengah malam. Ahad depan ni pulak pagi dah kena hantar SK pergi airport sebab dia nak pergi Singapore sorang-sorang sampai Selasa tengahmalam baru balik KLIA semula. Jadi minggu ni celaru jugak kita orang ni sebab saya dan SK pun ingat dapat sembang pun pagi-pagi jer sebelum dia pergi kerja, yang lain tu sms dan call saja... haru betui.

Bila saya tengok e-mail pula sebentar tadi yang dah seminggu saya tak buka, ada e-mail dari Rod diB dan Apamz. Rod diB hantar e-mail pasal sebuah rumah anak yatim yang akan dibuka di Dengkil, Selangor tak lama lagi dan memerlukan bantuan. Saya pun tengah fikirkan caramana yang paling sesuai untuk budiMaN turut serta dan insyaallah akan saya usahakan. Kalau kengkawan ada cara selain kita mengutip derma dan mungkin boleh budiMaN berkumpul sambil beramal, pendapat tersebut amat saya alu-alukan dan sila berikan di ruangan komen.

Apamz pula ada e-mail saya pasal anak sulong beliau Shafiq yang berjaya masuk ke Tingkatan 4 MRSM Pekan. Tahniah untuk Shafiq.

Raman Kerbau pula ada memberitahu saya bahawa beliau telah memulakan driving range di Kelab Golf Maran sepenuh masa mulai 2 minggu lepas dan dibuka setiap hari kecuali Isnin mulai pukol 1-00 tengahari sehingga jam 7-00 petang. Beliau juga ada menjual minuman panas dan tempat beliau telah menjadi tempat mengeteh golfer di Maran. Jadi kalau kengkawan ada lalu Maran dan nak singgah ngeteh, boleh la ke driving range tersebut.

Ada satu cerita lagi, rumah seorang sahabat budiMaN di Lembah Kelang ni kabarnya di masuki pencuri pada cuti perayaan baru-baru ini dan banyak juga barangan yang hilang. Saya pun dengar cerita je tapi kawan budiMaN tu takde pulak bercerita sendiri kepada saya tapi memang lama dah pun tak bertemu dengan dia, dia ni pun sibuk giler jugak.

Friday, February 06, 2009

seMbaNG sAkaN

Petang semalam saya ke workshop Kudin Mekanik kerana nak tukar pembuka pintu Iswara saya yang patah baru-baru ni. Setelah selesai Kudin Mekanik membaiki pintu kereta saya, datanglah pula Fadil Sutok kerana urusan nak membaiki kereta beliau juga. Kebetulan ramai kawan-kawan Kudin yang tinggal di sekitar rumah beliau yang ada sama-sama membantu Kudin kerana beliau agak sibuk menggantikan enjin sebuah Perodua Kancil dengan enjin recond halfcut Daihatsu Mira 16valve injection. Fadil Sutok pula di minta oleh Kudin memformat komputer beliau yang di hinggapi virus sehinggakan tidak dapat berfungsi dengan betul. Patutlah Kudin dah lama dah tak tengok blog.

Jadi bila dah ramai tu, banyaklah topik yang disembangkan. Tapi kebanyakannya tak larilah dari isu politik yang hangat di Negeri Perak sekarang ini. Saya pula sebenarnya malas nak sembang sangat pasal politik-politik ni sebab pegangan politik seseorang individu termasuklah di kalangan rakan-rakan budiMaN nampaknya sangat berbeza-beza. Lagipun berparti-parti politik ni sebenarnya takdelah pekdah besar mana sangat pun. Sebab kawan saya yang pakai Porsche Panamera tu tak masuk politik pun tapi duit dalam akaun saving dia ada dekat RM20 juta yang saya tahu. Yang saya tak tahu, tak tahulah banyak mana lagi. Yang dia tahu party kat Hard Rock, The Loft, Sunshine dan latest tempat baru buka, Blanc yang kat Heritage Row tu. Dia pun saya tengok tak pernah pun bawak entertain orang politik nak dapat projek-projek mega ni. Ada cara-caranya tanpa melibatkan orang-orang politik ni beb rupanya.

Tapi Negeri Perak ni saya rasa memang penuh kontrovesi dari dulu lagi dan banyak insiden kat sana. Kira geng samseng pun asalnya dari Ghee Hin dan Hai San pun kat Perak. Dato Maharaja Lela bunuh Residen Inggeris JW Birch pun kat Perak. Ada penyanyi pompuan asal Perak pun tak di benarkan masuk Perak pun ada dulu. Bijih Timah pun asalnya jumpa kat Perak. Pokok getah pun asalnya di bawa dari Brazil pun di tanam pertama kali di Perak. Kira dahsyat jugak asal-usul Perak ni. Darah Pahlawan semuanya.

Tapi biarkanlah insiden di Perak ni, biar masa yang menentukannya. Perancangan manusia ni kalau nak di ibaratkan sebesar zarah pun tiada nilainya di bandingkan dengan perancangan Allah swt. Jangan lupa, tiada yang kekal melainkan Allah swt jua. Usaha menegakkan agama Allah swt di mukabumi ini bukan dengan jalan politik sahaja dan bukan pula dengan usaha yang setiap kali beroleh kemenangan saja.

Islam di penghujung zaman sedikit demi sedikit sememangnya menuju kelemahan dan kehinaan seperti yang telah ditakdirkan dan di peringatkan kepada kita. Jika kita teliti tanda-tanda As Saa'ah, kita boleh lihat banyak ciri-ciri begitu sedang terjadi tanpa kita sedari. Kelemahan kita bukannya datang dari musuh-musuh Islam sahaja tetapi punca utamanya adalah kerana umat Islam sendiri yang tidak pernah menjadikan Islam itu sebagai Addin dan meyakini bahawa Al-Quran dan Hadith itu sebagai telah lengkap dan boleh mentadbir, menguasai dan menyatukan seluruh umat manusia serta memenuhi segala keperluan manusia di atas muka bumi ini. Yakin itu cuma di bibir sahaja tapi yakin dengan sepenuh-penuh percaya bahawa segala-galanya adalah dari Allah swt dengan sebenar-benarnya, itu kebanyakan antara kita termasuk saya yang masih kurang. Sebab itu ada di antara kita mengada-adakan sebab musabab, alasan-alasan, fatwa-fatwa dari ahli bukan arif tentang agama yang mana mereka ini disanjung sesuai seperti alamat As Saa'ah dan lain-lain lagi.

Panjang pulak artikel ni macam kutbah Jumaat pulak sedangkan gua ni bukanlah ahli juga dan bukan pun alim juga. Ianya sekadar kepercayaan saya yang mungkin boleh diperbetulkan lagi oleh orang-orang yang lebih arif dan ahli dari saya. Tapi bagaimanapun kalau nak komen, tolong jangan sentuh kefahaman politik sebab gua akan delete terus ye beb. Kat sini gua takde parti, cuma party PotLuck dan party kat HRC tu gua ok jugak....

Wednesday, February 04, 2009

nGeteh

Malam semalam selepas bergolfing di Bangi, saya, Antu, Che Dat dan Raman Kerbau telah berteh tarik dengan beberapa geng budiMaN di Restoran Lotus Jalan Ampang lebih kurang pukol 10-00 malam. Ramai juga yang datang antaranya Mat Rock diA, Mat Taib diB, Pungkah diB dan Hanif diB.

Pungkah @ Adik @ Anuar diB saya rasa hampir 5 tahun tak berjumpa semenjak AGGP (All Guys Golfing Party) budiMaN yang pertama pada tahun 2004 dahulu. Sayang semalam saya tak bawa kamera untuk rakamkan gambar teh tarik rakan-rakan budiMaN yang datang. Pungkah @ Adik ni kalau nak ingat beliau, masa orientasi batch Julai 85 dahulu, dia ni ada nyanyi lagu dengan loghat Kedah yang cukup pekat... "Tanya sama hati....ayaq dah cayaq". Orangnya kecik-kecik dan masih macam tu sampai sekarang. Bertugas di Etiqa Insurance di Kuala Lumpur dan kini tinggal di Puchong. Humble dan pemalu macam dulu jugak. Dah mula start aktif main golf.

Mat Taib diB pula buat sementara ni banyak station di Bentong, Pahang dan kerap ke Kuala Lumpur bertemu rakan-rakan budiMaN. Katanya Joe Malady pun dah start aktif golfing dan boleh jumpa setiap petang Jumaat di Maran Golf Club. Makin ramai nampaknya golfer budiMaN dari geng diB seperti Mat Taib, Pungkah, Joe Malady, Charlie Koy, Anuar Mangkuk dan Hanif. Geng diB ni memang kaki sukan semuanya semenjak dari zaman kita di Kuantan lagi dan buktinya tahun 2007 masa kita buat gathering di Maran, banyak diB ni bolot hadiah acara mini sukan kita.

Antu pula pada malam itu ada mengadakan sedikit briefing kepada kawan-kawan budiMaN yang hadir jadi kepada sesiapa yang tak datang tu dan nak tahu, bolehlah berhubung dengan Antu sendiri untuk mendapatkan penjelasan. Mungkin ada peluang-peluang perniagaan yang boleh diperolehi. Antu pun datang dah siap pakai personal driver sekarang. Che Dat pula kebetulan ada mesyuarat di Putrajaya dan hari ini sampai Jumaat beliau berada di Port Dickson pula.

Monday, February 02, 2009

tEh taRiK

Petang semalam Antu @ Amy Jarr dpA meminta saya menyampaikan kepada rakan-rakan budiMaN jemputan untuk bertehtarik pada malam hari Selasa 3hb Februari 2009. Tempat dan waktunya tiada pula di beritahu kepada saya. Walaubagaimanapun pada sebelah petang Selasa nanti mungkin kami akan bergolfing dahulu di Bangi. Jadi saya rasa sessi teh tarik tersebut mungkin boleh dimulakan sekitar jam 9-00 malam dan tempatnya saya rasa bersesuaian di Restoran Lotus Jalan Ampang. Antu ada memberitahu saya tujuan beliau ingin berjumpa rakan-rakan budiMaN nanti untuk memberitahu beberapa perkara dan beliau akan membuat sedikit briefing dalam sessi teh tarik tersebut. Saya pun tak tahu apa yang beliau ingin sampaikan, jadi kalau ada rakan-rakan budiMaN yang kelapangan dan ingin menyertai teh tarik tersebut bolehlah datang nanti.

Sunday, February 01, 2009

bLOggeR

Semenjak kewujudan blog budiMaN nampaknya semakin hari semakin ramai rakan-rakan budiMaN telah mewujudkan blog individu masing-masing. Suatu perkembangan yang amat sihat dengan evolusi internet yang semakin mendapat perhatian dan internet kini sudah menjadi suatu keperluan penting dalam kehidupan kita seharian. Selain dari blog-blog yang saya senaraikan di blog budiMaN seperti blog Dona (dsS Jan 85) dengan Pioneers ITM Pahang, Muslim (dsS Julai 85) dengan Cinta View Finder, Blog Masakan Jun isteri Lan Kentei (diA Julai 85) dan juga blog dari Wan Rozain (dbS Julai 85) serta Slamber Jr (dpA Julai 85), sebenarnya ada banyak lagi blog rakan budiMaN yang lain.

Ada juga Ummi (dsS Julai 85) yang mempunyai blognya sendiri iaitu Home Sweet Home, Wani (dcS Julai 85) dengan Aku Hamba Tuhan - blog yang memberikan pengalaman beliau semasa menunaikan haji baru-baru ini. Selain itu saya juga ada mengikuti blog Rambo (dpA Julai 85) serta terbaharu Dairi Hairie, blog dari Zuhairi (dpA Julai 85).

Saya percaya ada banyak lagi blog-blog dari rakan-rakan budiMaN yang diwujudkan secara senyap-senyap dan tidak diketahui, mungkin untuk catatan peribadi dan tidak mahu diwar-warkan secara terbuka. Ianya suatu perkembangan yang amat baik melibatkan diri dalam blogging kerana dapat memberikan kita suatu perspektif pandangan yang mungkin tidak mampu di suarakan sebelum ini. Selain itu perkembangan terkini rakan-rakan budiMaN juga dapat diperolehi.

Kepada yang mempunyai blog dan sudah mengaktifkan diri dalam berblogging kalau rasa nak share dan war-warkan blog anda harap dapatlah berbuat demikian di blog budiMaN ini. Selain menambahkan peminat blog anda, ianya boleh menjadi penghubung yang lebih mesra dan rapat antara kita di sini.