Cuti weekend yang bermula hari ini akan berlanjutan sehingga Selasa minggu hadapan sempena Tahun Baru Cina yang akan di sambut Isnin ini oleh masyarakat kaum Cina. Mengambil kesempatan cuti yang panjang ini, saya rasa ramai teman-teman budiMaN akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya pun sekeluarga insyaallah esok akan pulang ke Temerloh ke rumah abah saya di Paya Pulai. Kalau sempat mungkin boleh singgah di Pekan Sehari Temerloh dan mencari lauk ikan patin, batang keladi serta tempoyak untuk gulai asam pedas patin masak tempoyak. Nampaknya rancangan untuk kurangkan berat badan terpaksa di tangguhkan lagi dan mungkin di sambung semula apabila SK memulakan RoadTour Singapore, Manila dan Hong Kong nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Aik... mana aci niat nak kuruskan badan bertangguh lak pulak. Hehehe...
Lan,
cuba makan plain yoghurt. nak kuruskan badan ni sebenarnya combination of 4 elements. Makan ubat, kawal makan, bengkong dan senaman.
balik Kelantan weekend baru ni, anak tiri mak kahwin. tu dia, makan laksa kelantan sampai 2 bungkus. Kat kenduri ada gulai kawah umbut kelapa dengan sambal belacan kelantan, 3 kali makan nasi. pergi kenduri lak rumah mak sepupu, ada lak kerabu sare. hmmm bantai kerabu je la. lama tak jumpa.
malamnya makan kat Medan Selera dekat dengan pasar. dah siap makan nasi, makan lagi somtam dan sotong bakar. pergh....
next week kena start balik lunch pau daging satu.
10km dari bentong lagi dah jem. perjalanan semalam 10 jam.
Post a Comment