Wednesday, January 14, 2009

CeRiTa SK

Asslamualaikum semua,

Dah lama SK tak corat-coret kat sini. Rindu nak bersembang kat chat box dgn Walid, Ummi, Sl Jr, Jun (tapi Jun dan Sl Jr pun dah jarang dah lepak sini). Tapi yang selalu layan SK merapu kat sini Walid lah... kan Walid kan... SK jenguk blog waktu malam je time orang semua diulit mimpi hehehe. Kat opis SK tak sempat nak blogging dah huhuhuhu...

Sebenarnya SK tak ada "GREAT" story pun nak letak kat sini (walaupun dah kuar dari GREAT Eastern ngeee). Cuma gatai pulak tangan malam ni nak menulis. Jadi SK citer pasal weekend lepaslah kat kengkawan semua. Ahad lepas SK pergi ke majlis harijadi anak teman SK. Laaaa jangan lah gelak pasai SK pi birthday party tu... tau lah SK ni tak besaq2 tapi SK bukan pi soranggggg... Kida dan Aimin pun ikut sekalilah! *jeling maut*.

Sebenarnya SK terima jemputan ni dah lama dah... eh jap SK kenalkan sapa teman SK ni...Teman SK ni novelis dan dia memang popularlah dikalangan pembaca novel melayu. Namanya Norhayati Berahim. Biasanya orang address NB tapi SK panggil Yati. Bak kata orang lebih mesra gitu aaaaauwww! Dulu SK baca novel dia SK tertanya2 bila lah boleh kenal dgn NB ni... yelah sapa tahu ye tercapai jugak hajat SK nak berjumpa dengan Yati... suka banget sih!

OK berbalik semula pasal party tu... biasanya majlis harijadi, birthday girl dapat hadiah kan? Tapi di majlis tu SK pun dapat hadiah tau... SK dapat hadiah jam Titus Solvil pemberian dari NB Kara (Company Yati lah). Sukanya SK tak terkata! Hadiah tu sempena SK memang kuiz beri pandangan tentang novel NB judul CHINTA. Best novel tu!

12 Jan lepas genaplah usia Qaisara 3 tahun. SK bersama birthday girl (Qaisara). Inilah permata hati Yati. Comel sungguh! Cam nak booking wat menantu je. Ahaks!

Yati dan SK

Makanan yang disediakan semuanya nampak sedap aje. SK makan spaggetti je sebab yang lain tu rasanya SK tak leh makan. Jadi tengok ajelah Kida dan Aimin makan uuuwwaaaa... Apa yang ada? Ada spaggetti, nasi goreng, satay, KFC, kuih muih, Seafood BBQ, buah2an, jus oren dan macam2 lagilah... SK tak dapat berlama di majlis tu sebab petang tu juga SK, Kida dan Aimin menuju ke Gombak, tengok Sarah pulak.

SK dah pakai jam tu. Cantik!!! Nak tgk? Ni SK post gambar jam Titus Solvil.
SK ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada Yati, Seyit(Syed) dan Qaisara atas layanan mesra. SK doakan Yati sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberkati... moga Qaisara jadi anak yang solehah amiiinnnn.

7 comments:

Anonymous said...

salam SK...
nmpk meriah bday tu...hijau tema tu.Nmpk side view kida tgh makan..(amboii tak toleh dah tuu nooo..)
Chantek jam tu..
Nama anak novelis tu....Qiasara or Qaisara?..father dia Syed?no wonder la ank dia cute...tp ada satu masaelah..Syed apa ye?..Al-bukhari ke..Al-Attas ka?

p/s..bday walid nanti nak dpt hadiah gak...guest kena kasi hadiah...remote control buggy..scale 1/10 or 1/8...hehehehee

Anonymous said...

salam Anim,

Meriah b'day tu dah macam kenduri kawin....kalau anak NB ni kawin sure double triple besar kenduri ni. Makanan pun gempak.

fezah

SaYanG kidA said...

salam semua..

Walid ni lawaklah SK dah betulkan dah nama tu. Qaisara..sori eh... dah tua2 ni rabun tu yg tersilap je... *wink*

Fezah, yelah besdaynya meriah sungguh... tulah satu2 buah hati pengarang jantung pun...rasa nak bawak balik je Qaisara tu hahaha...

yati, kalau baca ni jgn marah ya. nanti kena jual!

Anonymous said...

salam.
hehe tul la SK....mayb waleed yg rabun kot...

Anonymous said...

Salam SK, bagus jugak sesekali dengar cerita SK dari sini..nak YM pun lama dah x nmpak SK online..huhuuuu..memang rindu giler dah kat SK ni..!! Amboiih awat SK xleh makan byk dah now? Maintain lagi la nmpaknya..Ummi jugak yg makin tembam, duk masak kat org pun naik semacam gak, duk cium bau hari2 kot..makan x sebalas mana pun..hahaa..biarlah asal org bahagia makan2..wahahaa..

Pasal jam tu..ish mmg jeles tul! X penah lagi dgr dlm kids party, parent yang dapat hadiah..baiknya NB tu ya..Lepas ni, SK baca novel byk2 sikit, then komen, pastu dpt hadiah dr Novelis..untung sungguh!

Kiss n hug (*untuk SK je tau..hehe)

Anonymous said...

Sk..ngeh3...almost everyday masuk sini cuma x tinggai jejak j sbb jarang ade org..jun kan 'reporter' LK..wahaha...tp lately mmg bz sket, kids skolah both session..morning n noon...so masa tenet sudah kurang..

junmrsLK

Anonymous said...

salam...
finally on behalf of LK....MrsLK da msuk...lama tul menyepi ni wer...

p/s contoh ibu mithali nie..