Thursday, January 22, 2009

seMbaNG

Lama juga tak menjenguk blog, hampir 10 hari. Itupun nasib baik SK ada update dengan cerita kunjungan kami sekeluarga ke rumah Yati baru-baru ini. Puas juga bersembang dengan suami Yati, Seyit (orang Turki) pasal Fenerbache dan Galatasary. Nak kata saya sibuk sangat tak juga rasanya SK lagi sibuk dengan tempat kerja barunya. Sampai malam baru SK sampai rumah dari pejabat. Ni SK nak pergi ke Singapore pula sorang-sorang 4 hari berseminar kat Royal Plaza On Scotts Hotel dan lepas tu ke Hong Kong pulak tengok hub Prudential dia, 4 hari juga dan lepas tu ada Prudential Asia IT Conference lagi ntah berapa hari pulak. Nampak gayanya kena berkenalan balik dengan Meggi Mee sebagai makan malam untuk saya dan Aimin yang jadi macam orang bujang nanti...hehehe.

Kawan-kawan budiMaN pun lama dah saya tak ketemui. Cuma baru-baru ini ada berjumpa dengan Fadil Sutok dan Raman Kerbau di Kuala Lumpur. Raman ada beritahu bahawa baru-baru ini Sidi @ Che Dat ada menjemput beliau untuk kenduri doa selamat sempena masuk rumah baru banglonya di Kg Jelam, Durian Tawar, Bera. Nampaknya diam-diam Che Dat dah pun selamat berpindah ke banglo barunya. Beliau pun kini dah jadi Pegawai Belia Daerah Bera.

Jadi cerita rakan-rakan budiMaN yang lain takde la pula diketahui oleh saya. Saya pula tetap dengan aktiviti macam biasa la walaupun bisnes memang agak perlahan ketika ini. Tapi kekadang makin bisnes menyelow makin banyak plak aktiviti sebab makin banyak masa. Golfing tetap acara nombor satu. Tapi oleh kerana minyak murah, bergolfing jauh-jauh dah tak jadi masalah sangat. Kongsi2 4 orang naik satu kereta SUV, tak banyak sangat kos. Jadi boleh la bergolfing ke Port Dickson, Melaka atau Clearwater kat Perak. Rate murah sikit. Sambil golfing sambil bincang bisnes dan sambil merapu2. Boleh hilang stress! Stress sebab berat dah naik 5kg beb sejak raya dulu...maybe makan meggi nanti boleh kurus sikit kot.

5 comments:

Anonymous said...

salam.
waleed lagi ...
xper2..sekdr menjengah n menceriakan kita seme.Agk lama jugak x mengentei...mmg skrg masa sukar skit.YM slalu lik lewat n waleed la kena take over 3 org kat umah tu.Sementara menunggu kepulangan YM, kena la basuh baju..masak makan mlm..(ye ke nie??)..hehe masak yg simple je..yang berat2 kat kedai(x slalu la).Yg simple ni cam...western ..nugget with eggs..sosej/burger n chips. benda2 camtu la.So sesi nak ngentei mmg kureng skit..tapi if ada peluang...zassss layan beb. hehee
ANyway mudahan ada aktiviti lam 2009 wpun sesi ngetei je.

p/s tak gitu awok kida?Kitang?kudin?kudeng?sutoq?raman?kentei?..ramai nyaerrrr werrr...

Anonymous said...

opsss lupa ...Nasrun?zailan?apek?arash?...bilal?slumber jr?apamz?sidi?....aduss sapa lagi yer...LU FIKIR LA SENDRI...

Anonymous said...

Salam,
Walid, kawan bab masak ni tabik spring jugak la kat awak...takat masak meggi ok. Basuh baju, sidai kain pun ok...lipat kain jer..tak belajar dulu...selak kain pandai..kekeke.

Ngetei ni memang lama dah di rancangkan... tapi nak ngatur rodong2 ngetei rasa macam nak buat gathering...ada yang free..ada pulak yang tak free...ada yang boleh kat selayang jer..ada pulak yang tak mahu kat KL... jauh sangat la pulok...iskh la. Macam2 sejak ekonomi merudum ni.

Tapi insyaallah perjuangan mengetei akan tetap di usahakan tanpa putus asa... don't worry baby!

Anonymous said...

salam..
wokey baby.......

p/s selak kain?....koi tak brrapa sgt tang ni...selak daun pakau teror.....

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t.

Guane kabor saing2 rodong semua? Mintok maaf lah lama dok masuk sini weh. Ana sibuk sangat2 la ni, sebab:-

1. isteri ana tak brp sihat skit. asyik muntah + pening jek. so kena jaga dia ngan anak2 lah skit. balik kerja je, mmg tak ke lain lah. terus blk rumah jek

2. ana pun insyallah dah start biz kecil2an ana. sesapa saing2 rodong nak servis aircond rumah or opis tu, boleh lah bgtau ana. insyallah kalau takde aral melintang, bulan 3 or 4 ni ana akan full time lah buat biz tu, disamping kerja2 M&E yang lain

3. hari minggu duk bz ambik anok2, antor anok2 yg kat madrasah tu

Tapi kalau ada peluang nak ngeteh tu, kabor2 lah kat ana. Insyallah ana dtg join.

Jazakallah khair.