Friday, January 30, 2009

sAhaBat

Baru-baru ini saya ada bersembang dengan Raman Kerbau dbS di mana beliau menceritakan kepada saya bagaimana beliau telah berpesan kepada anak-anaknya. Pesanan beliau kepada anak-anaknya supaya jangan mempertikaikan kenapa beliau kadang-kadang banyak menghabiskan masa bersama dengan sahabat-sahabat budiMaN, bertehtarik sampai ke tengah malam dan sebagainya. Beliau memberitahu anak-anaknya bahawa di masa mereka kesusahan, sahabat-sahabat budiMaN banyak memberikan pertolongan samada dalam bentuk wang ringgit dan sebagainya. Sahabat budiMaN jugalah yang ada bertanyakan tentang kesusahan hidupnya di masa keluarga sendiri pun kadang-kadang tidak menghiraukan.

Beliau beritahu kepada anak-anaknya bantuan dan keprihatinan sahabat budiMaN di masa anaknya hendak masuk sekolah berasrama penuh dan di masa isteri beliau terlantar di hospital. Oleh itu pesan beliau kepada anak-anaknya, bila mereka sudah dewasa nanti dan mempunyai pekerjaan yang baik, jika ada sahabat budiMaN yang meminta pertolongan dan sebagainya, bantulah seberapa yang boleh dan Raman turut memberi amaran kepada anak-anaknya supaya jangan sekali-kali menghina atau memperlekehkan sahabat budiMaN.

Kami turut bercerita bagaimana seorang sahabat bernama H(bukan budiMaN) yang dahulunya susah dimana makanan untuk keluarga pun terpaksa di belikan hari-hari oleh kawan-kawan. Apabila beliau senang dan kawan yang membantu tadi ingin meminta bantuan, di herdik pula oleh anak si H tadi. Kononnya bila bapa dia dah senang, ramailah yang nak ambil kesempatan meminta bantuan. Si H ni pula cuma berdiam diri tidak menerangkan siapa sebenarnya sahabat tersebut kepada anaknya.

Kesimpulannya, jika kita mempunyai sahabat atau sesiapa sahaja yang pernah kita terhutang budi atau pernah membantu kita, beritahulah kepada keluarga kita terutama kepada anak-anak dan isteri kita supaya mereka faham dan tidak terjadi peristiwa macam si H tadi. Ceritakan betul-betul macam Raman Kerbau bercerita kepada anak-anaknya, sahabat budiMaN membantu persekolahan, rawatan isterinya dan lain-lain supaya keluarga kita faham dan tidak berprasangka buruk dan tidak sampai menghina dan tidak menghormati orang yang seharusnya amat dihormati oleh keluarga kita.

Thursday, January 29, 2009

seMbaNG

Balik ke Temerloh ke rumah abah saya di Kampung Paya Pulai pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu sempat saya pergi kenduri kahwin ke rumah saudara saya di Kampung Bukit Kelulut, Jalan Bahagia, Temerloh di mana saya di besarkan dari umur 7 tahun sehinggalah saya berkahwin pada tahun 1991 yang lalu. Berjumpa ramai teman-teman sekampung saya yang dulu-dulunya sama-sama bermain lumpur di sawah, menajo ikan di paya baning dan sama-sama belajar hisap ganja di malam raya. Semua teman-teman sekampung saya masih menetap di kampung, membina kehidupan mereka di tempat asal kelahiran mereka.

Semalam saya di hubungi teman kerja lama di BPR atau kini di kenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah. 2 teman baik saya semasa bekerja dahulu kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah BPR Sarawak (superscale D) dan seorang lagi Pengarah BPR Perlis(superscale D). Manakala boss lama saya kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah BPR Jusa B. Syukur dahulunya kami yang dikenali sebagai kroni Anwar Ibrahim tetapi kawan karib saya kini telah berjaya mendapat pengiktirafan kembali dari SPA.

Bertemu dengan kawan-kawan lama mengingatkan kembali nostalgia peristiwa lalu. Namun saya tidak pernah menyesal dengan apa yang saya lalui. Semuanya telah tertulis dan hikmah yang saya perolehi melebihi dari kedudukan dan pangkat yang mungkin boleh dicapai. Syukur juga kerana baik kawan-kawan saya di kampung mahupun di tempat kerja lama masih tidak berubah dan menghormati saya.

Kekayaan, darjat dan pangkat seseorang tiada nilainya di mata saya. Memang saya cukup benci dengan orang-orang yang meninggi diri dengan pangkat dan kekayaan yang tak seberapa. Setakat gaji RM15 ribu dah menyombong diri dan merasa diri teramat bagus. Kononnya sibuk sampai hendak bertemu rakan-rakan lama sudah tiada masa. Bercakap pun seolah-olah dia serba tahu dan memandang rendah kepada orang lain. Boleh blah beb. Kawan saya jutawan yang pakai Porsche Panamera (satu2nya kat Malaysia) pun masih dengan sikap rendah diri. Lu sape beb yang nak menyombong dengan gaji yang tak seberapa tu. Sibuk sangat konon.

Pada saya kekadang kita kena fikir berbaloikah bekerja siang malam dengan gaji yang tak seberapa tu sampai tiada masa untuk keluarga dan sahabat handai. Sampai tiada masa untuk ibadat dan sebagainya. Sampai tiada masa untuk bersedekah jariah. Sampai tiada masa untuk bersilatulrahim. Apa tujuan kita di lahirkan di dunia ini?

Maaf, mungkin tulisan saya kali ini macam nak lepas geram. Tapi realitinya saya cukup benci dengan orang yang tak sedar diri, terasa dirinya bagus-bagus hanya kerana dia berpangkat besar dan kini hidup mewah sedikit. Baik Tan Sri atau Dato Seri, baik Tengku atau Tunku, kalau tiada maruah dan kehormatan diri.... lu boleh blah beb...sebelah mata pun gua tak pandang orang macam lu ni. Sebab kalau lu rasa lu bagus sebenarnya ada orang yang lagi bagus dari lu.

Saturday, January 24, 2009

weEkeNd paNjaNG

Cuti weekend yang bermula hari ini akan berlanjutan sehingga Selasa minggu hadapan sempena Tahun Baru Cina yang akan di sambut Isnin ini oleh masyarakat kaum Cina. Mengambil kesempatan cuti yang panjang ini, saya rasa ramai teman-teman budiMaN akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya pun sekeluarga insyaallah esok akan pulang ke Temerloh ke rumah abah saya di Paya Pulai. Kalau sempat mungkin boleh singgah di Pekan Sehari Temerloh dan mencari lauk ikan patin, batang keladi serta tempoyak untuk gulai asam pedas patin masak tempoyak. Nampaknya rancangan untuk kurangkan berat badan terpaksa di tangguhkan lagi dan mungkin di sambung semula apabila SK memulakan RoadTour Singapore, Manila dan Hong Kong nanti.

Thursday, January 22, 2009

seMbaNG

Lama juga tak menjenguk blog, hampir 10 hari. Itupun nasib baik SK ada update dengan cerita kunjungan kami sekeluarga ke rumah Yati baru-baru ini. Puas juga bersembang dengan suami Yati, Seyit (orang Turki) pasal Fenerbache dan Galatasary. Nak kata saya sibuk sangat tak juga rasanya SK lagi sibuk dengan tempat kerja barunya. Sampai malam baru SK sampai rumah dari pejabat. Ni SK nak pergi ke Singapore pula sorang-sorang 4 hari berseminar kat Royal Plaza On Scotts Hotel dan lepas tu ke Hong Kong pulak tengok hub Prudential dia, 4 hari juga dan lepas tu ada Prudential Asia IT Conference lagi ntah berapa hari pulak. Nampak gayanya kena berkenalan balik dengan Meggi Mee sebagai makan malam untuk saya dan Aimin yang jadi macam orang bujang nanti...hehehe.

Kawan-kawan budiMaN pun lama dah saya tak ketemui. Cuma baru-baru ini ada berjumpa dengan Fadil Sutok dan Raman Kerbau di Kuala Lumpur. Raman ada beritahu bahawa baru-baru ini Sidi @ Che Dat ada menjemput beliau untuk kenduri doa selamat sempena masuk rumah baru banglonya di Kg Jelam, Durian Tawar, Bera. Nampaknya diam-diam Che Dat dah pun selamat berpindah ke banglo barunya. Beliau pun kini dah jadi Pegawai Belia Daerah Bera.

Jadi cerita rakan-rakan budiMaN yang lain takde la pula diketahui oleh saya. Saya pula tetap dengan aktiviti macam biasa la walaupun bisnes memang agak perlahan ketika ini. Tapi kekadang makin bisnes menyelow makin banyak plak aktiviti sebab makin banyak masa. Golfing tetap acara nombor satu. Tapi oleh kerana minyak murah, bergolfing jauh-jauh dah tak jadi masalah sangat. Kongsi2 4 orang naik satu kereta SUV, tak banyak sangat kos. Jadi boleh la bergolfing ke Port Dickson, Melaka atau Clearwater kat Perak. Rate murah sikit. Sambil golfing sambil bincang bisnes dan sambil merapu2. Boleh hilang stress! Stress sebab berat dah naik 5kg beb sejak raya dulu...maybe makan meggi nanti boleh kurus sikit kot.

Wednesday, January 14, 2009

CeRiTa SK

Asslamualaikum semua,

Dah lama SK tak corat-coret kat sini. Rindu nak bersembang kat chat box dgn Walid, Ummi, Sl Jr, Jun (tapi Jun dan Sl Jr pun dah jarang dah lepak sini). Tapi yang selalu layan SK merapu kat sini Walid lah... kan Walid kan... SK jenguk blog waktu malam je time orang semua diulit mimpi hehehe. Kat opis SK tak sempat nak blogging dah huhuhuhu...

Sebenarnya SK tak ada "GREAT" story pun nak letak kat sini (walaupun dah kuar dari GREAT Eastern ngeee). Cuma gatai pulak tangan malam ni nak menulis. Jadi SK citer pasal weekend lepaslah kat kengkawan semua. Ahad lepas SK pergi ke majlis harijadi anak teman SK. Laaaa jangan lah gelak pasai SK pi birthday party tu... tau lah SK ni tak besaq2 tapi SK bukan pi soranggggg... Kida dan Aimin pun ikut sekalilah! *jeling maut*.

Sebenarnya SK terima jemputan ni dah lama dah... eh jap SK kenalkan sapa teman SK ni...Teman SK ni novelis dan dia memang popularlah dikalangan pembaca novel melayu. Namanya Norhayati Berahim. Biasanya orang address NB tapi SK panggil Yati. Bak kata orang lebih mesra gitu aaaaauwww! Dulu SK baca novel dia SK tertanya2 bila lah boleh kenal dgn NB ni... yelah sapa tahu ye tercapai jugak hajat SK nak berjumpa dengan Yati... suka banget sih!

OK berbalik semula pasal party tu... biasanya majlis harijadi, birthday girl dapat hadiah kan? Tapi di majlis tu SK pun dapat hadiah tau... SK dapat hadiah jam Titus Solvil pemberian dari NB Kara (Company Yati lah). Sukanya SK tak terkata! Hadiah tu sempena SK memang kuiz beri pandangan tentang novel NB judul CHINTA. Best novel tu!

12 Jan lepas genaplah usia Qaisara 3 tahun. SK bersama birthday girl (Qaisara). Inilah permata hati Yati. Comel sungguh! Cam nak booking wat menantu je. Ahaks!

Yati dan SK

Makanan yang disediakan semuanya nampak sedap aje. SK makan spaggetti je sebab yang lain tu rasanya SK tak leh makan. Jadi tengok ajelah Kida dan Aimin makan uuuwwaaaa... Apa yang ada? Ada spaggetti, nasi goreng, satay, KFC, kuih muih, Seafood BBQ, buah2an, jus oren dan macam2 lagilah... SK tak dapat berlama di majlis tu sebab petang tu juga SK, Kida dan Aimin menuju ke Gombak, tengok Sarah pulak.

SK dah pakai jam tu. Cantik!!! Nak tgk? Ni SK post gambar jam Titus Solvil.
SK ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada Yati, Seyit(Syed) dan Qaisara atas layanan mesra. SK doakan Yati sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberkati... moga Qaisara jadi anak yang solehah amiiinnnn.

Saturday, January 10, 2009

seMbaNG laGi

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu di tahun 2009 ni, saya rasa masih ramai antara kita yang tidak begitu merasai kesan yang bakal di hadapi di hari-hari yang mendatang ini. Masih ramai yang berbelanja seperti biasa, minyak pula masih murah dan mungkin ada yang baru sahaja menerima bonus hujung tahun dan sebagainya. Alhamdulillah kita di Malaysia ini masih lagi tiada peperangan dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti kebiasaan kita hari-hari.

Dalam keselesaan kita disini, dihujung benua kita, rakyat Palestin bermandi darah mempertahankan tanahair mereka dan kiblat kita yang pertama. Mereka di sembelih oleh Bani Israel, dihalau, di bedil dan di musnahkan tanpa ada rasa belas kasihan. Sabra dan Chatilla berulang kembali. Apa yang kita di sini lakukan? Kita cuma mampu bersuara, berdemonstrasi menyuarakan bantahan. Apakah ini cukup bagi meringankan beban rakyat Palestin dan menghentikan keangkuhan Israel? Sebagai rakyat biasa sebenarnya kita mampu memberi kesan dan tekanan. Kempen memboikoi barangan dan segala-gala yang datang dari bangsa Yahudi, Amerika, Great Britain seharusnya di beri perhatian serius oleh kita. Selagi kita tidak memboikot, selagi itulah maknanya kita secara tidak langsung menyokong penyembelihan rakyat Palestin.

Tapi saya rasa saya meragui, isi hati orang-orang di Malaysia ini. Keprihatinan terhadap Palestin cuma di bibir sahaja apabila melihat kekejaman di kaca TV atau membaca di akhbar sahaja. Keselesaan dengan rutin tidak akan memberi kesan kepada sebarang kempen pemboikotan. Anak-anak kita akan tetap meminta Pepsi dan Coca-Cola, barangan dapur akan terus di beli di Tesco dan Giant dan kita akan terus dengan rasa seolah-olah Palestin tidak wujud untuk berkompromi dengan rutin seharian.

2 hari lepas, ada member saya dari Johor telefon saya memberitahu beliau ada kat KL. Rupa-rupanya kereta Porsche baru yang di tempah beliau 2 bulan lepas sudah siap di daftarkan dan boleh di ambil pada hari Sabtu ni. Member saya ni bujang, umur sama dengan saya dan sudah ada 4 biji kereta. BMW645Ci(latest sport coupe), BMW525i E60, Perdana V6 dan Toyota Hilux. Kini, tambah lagi satu collection, Porsche Panamera (gambar atas). Saya tanya member saya ni.... Beb, lu dah pakai Porsche ni, lu rasa lu nak jadi manusia ke apa.... Dia jawab kat saya... Gua ingat gua lepas ni jadi pelacur la beb.... Kami 2 orang gelak.

Dalam saya berkawan dengan pelbagai jenis orang, baik yang berlimpah dengan wang ringgit mahupun yang papa kedana sekupang pun takde, pada saya yang paling penting ialah yang dalam dada kita juga... iaitu hati kita. Baik kaya atau miskin, kalau tiada kebaikan di dalam hati, tiada keprihatinan, tiada sifat amal dan sedekah, baik yang msikin atau kaya sama sahaja. Saya ada kawan miskin papa kedana tetapi hati dia tiada keprihatinan,bermaksiat dan saya juga ada kawan kaya, langsung tiada keprihatinan...jadi semuanya sama. Kita boleh minta orang berderma, bersedekah atau kita carikan syarikat atau orang kaya untuk bantu kita sedekah kepada orang miskin tetapi kalau kita sendiri tiada keprihatinan untuk berkorban... apa yang sebenarnya ada dalam hati kita.

Unjuran saya dalam blog budiMaN tidak akan berubah dari dulu. Biar sedikit yang kita sedekahkan tetapi semuanya itu dari kita kerana bukan jumlah yang penting pada saya. Keprihatinan di dalam seketul daging yang bernama hati itu penting. Tanpa itu, berapa banyak yang disedekahkan pun tiada maknanya.

Thursday, January 08, 2009

seMbaNG

Malam tadi saya melihat program BersamaMu di TV3 yang menunjukkan sebuah keluarga di Kampung Padang Tenggala, Temerloh, Pahang. Keluarga tersebut ialah sebuah keluarga ibu tunggal yang mempunyai anak seramai 7 orang dengan siibu bekerja sebagai Cleaner di Hospital Temerloh dengan gaji RM400 sebulan menyara anak-anak yang masih bersekolah lagi. Walaubagaimanapun dalam program tadi ada di tunjukkan beberapa badan kebajikan yang telah tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut.

Pagi tadi juga saya dapat sms dari seorang rakan budiMaN memberitahu beliau sedang menunggu sudah hampir setengah hari untuk berjumpa wakil rakyat kawasan beliau untuk memohon bantuan kewangan bagi menghantar anak beliau masuk ke sekolah asrama penuh pada minggu hadapan. Katanya beliau dah jem habis punca kewangan bagi persiapan anaknya itu dan terpaksa memohon simpati wakil rakyat kawasannya untuk mendapatkan sedikit wang.

Petang tadi pula saya menelefon ayah saya di kampung bertanyakan keadaan banjir di sekitar Pahang. Katanya banjir dah beransur surut dan ramai yang telah dapat pulang kerumah masing-masing. Melihatkan keadaan banjir di Pahang seperti di Pekan dan Kuantan, terfikir saya sudah tentunya banyak surau atau balairaya yang ditenggelami air banjir dan sudah tentunya memerlukan kerja-kerja pembersihan. Kalau tahun lepas, budiMaN berjaya menjalankan kerja amal membersihkan surau Kampung Tanjung Belengu, Temerloh yang ditenggelami banjir, mungkin tahun ini aktiviti amal tersebut boleh diulang kembali. Mungkin kawan-kawan budiMaN di Pekan dan Kuantan boleh memberikan feedback berkaitan banjir dan kegiatan amal yang boleh dilakukan bagi membantu kawasan banjir tersebut.

Tuesday, January 06, 2009

saLaM 1430H dan 2009

Hampir 2 minggu saya tidak dapat menulis apa-apa artikel dalam blog kerana ketiadaan masa yang sesuai. Insyaallah selepas ini dengan selesainya beberapa urusan, mungkin saya akan menulis dengan lebih kerap lagi. Tahun 1430H telahpun menjelma begitu juga 2009 telahpun tiba. Mungkin banyak azam serta persekitaran dan keadaan baru tentunya sudah mulai ditempuhi oleh rakan-rakan budiMaN dalam beberapa hari ini. Ada beberapa berita berkenaan rakan budiMaN yang ingin saya sampaikan di sini, antaranya :

1. SK mulai 5hb Januari 2009 telahpun memulakan tugas di Prudential BSN Takaful sebagai Ketua Bahagian IT di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Nampaknya SK selepas ini mungkin banyak bertugas keluar pejabat melawat hub-hub IT Prudential BSN yang kebanyakannya di outsource di Cyberjaya dan sekitar KL.

2. Apamz ada menghantar sms kepada saya memberitahu bahawa anak sulong beliau telah beroleh keputusan 6A 2B dalam PMR baru-baru ini. Tahniah untuk Shafiq dan juga Apamz sekeluarga di atas kejayaan tersebut. Anak-anak rakan budiMaN yang lain seperti Raman Kerbau juga ada mengambil PMR tetapi saya tidak mengetahui keputusan mereka. Mana yang ada anak mengambil PMR mungkin boleh catatkan di ruangan komen untuk tatapan rakan-rakan budiMaN yang lain.

3. Charlie Koy diB ada menelefon saya pada minggu lepas meminta saya menghebahkan di blog bahawa beliau ingin mengambil seorang kakitangan di pejabatnya dari kalangan rakan-rakan budiMaN. Maklumat lanjut berkaitan jawatan tersebut tidak pula di berikan tetapi kepada rakan budiMaN yang berminat bolehlah menghubungi sendiri Charlie di telefon : 019-9861331. Saya minta maaf kerana terlambat menyiarkan perkara ini di blog.

4. Bilal pula khabarnya sudahpun berpindah ke Nilai bersama-sama keluarganya dan menurut Kudin Mekanik, rumah Bilal di Kuantan di sewakan kepada adik Bilal. Saya sendiri masih tidak berpeluang mengunjungi Bilal di Nilai, maybe kalau ada golfing di Nilai Spring atau Staffield, bolehlah bertehtarik dengan Bilal dan Slamber Jr di sana, insyaallah.

Itu antara beberapa berita berkaitan rakan-rakan budiMaN yang sampai ke pengetahuan saya dan insyaallah di tahun 1430H ini nanti, diharapkan lebih banyak aktiviti budiMaN akan dapat di jalankan baik aktiviti amal jariah bersama masyarakat mahupun pertemuan bersama rakan-rakan budiMaN.