Tuesday, August 12, 2008

bReakiNg neWS - apAMz

Sebentar tadi kira-kira jam 12-15 malam, saya menelefon Apamz untuk mengetahui perkembangan Miza isteri beliau yang dimasukkan ke Hospital Tg Ampuan Afzan Kuantan sejak tengahari semalam. Keadaan Miza masih lagi tidak berubah dan beliau masih di tempatkan di Wad Penjagaan Khas. Contraction yang dialami beliau sedikit berkurangan dan doktor masih membuat pemerhatian sebelum mengambil sebarang langkah berikutnya. Apamz berseorangan menunggu di luar wad setelah menghantar pulang ke dua anaknya ke rumah beliau di Taman Balok Makmor dan beliau akan menunggu Miza sehingga pagi esok.

Seperti yang telah di ceritakan oleh Ummi dalam ruangan komen artikel di bawah, kita berharap Miza akan selamat dalam mengharungi semua ini dan semoga Apamz sekeluarga akan tabah dan cekal.

Dari tengahari semalam Ummi telah bersusah payah ke HTAA untuk menemui Apamz yang berseorangan menunggu Miza dan dengan bantuan Ummi yang menghubungi Wan Rozain dbS yang bekerja di HTAA dapatlah beliau menemui Miza dan Apamz. Apamz sebelum itu telah membawa Miza ke Pusat Kesihatan Balok dan pegawai di situ menasihatkan beliau membawa isterinya ke HTAA. Setelah menunggu hampir 3 jam di Balok barulah ambulan sampai dan membawa mereka ke HTAA.

Sumbangan dari Tabung Amal budiMaN segera di berikan kepada Apamz melalui Ummi pada tengahari semalam. Ummi juga akan cuba mendapatkan bantuan daripada pegawai yang menjaga kebajikan pesakit di HTAA untuk menguruskan perbelanjaan perubatan Miza nanti. Pada sebelah petangnya Bilal dan Bob MG juga turut menziarahi Apamz dan melalui Bob MG juga, sedikit lagi sumbangan dari Tabung Amal budiMaN turut di serahkan.

Selepas mendapat tahu perkara ini tengahari semalam, saya terus menghubungi Apamz dan saya dapati dari ceritanya bahawa bantuan kewangan segera amatlah diperlukan oleh beliau. Keadaan cuaca hujan setiap petang di Kuantan menjejaskan teruk pendapatan perniagaan pasar malam beliau. Anak sulong beliau pula terpaksa tinggal di rumah dari duduk di asrama Sekolah Intergrasi kerana terpaksa menjaga adik dan ibunya. Kini, Miza pula menghadapi masalah ini dan Apamz yang terpaksa menjaga isterinya di hospital sudah tentulah kehilangan pendapatan kerana tidak dapat berniaga sedangkan itu sajalah punca pendapatan mereka sekeluarga. Bagaimanakah pula apabila baby lahir nanti, apakah kita semua sebagai sahabat budiMaN tidak dapat merasakan kegetiran yang bakal di hadapi Apamz nanti?

Kerana itulah saya terus menghubungi bendahari budiMaN Kitang untuk menyampaikan sumbangan dari Tabung Amal budiMaN sebanyak RM100 kepada Ummi dan RM200 kepada Bob MG untuk di salurkan terus kepada Apamz di HTAA, Kuantan. Tabung Amal budiMaN hanya mempunyai kewangan sebanyak RM350 sahaja dan setelah RM300 di serahkan kepada Apamz, kita sangat-sangat memerlukan sumbangan lagi dari anda semua rakan budiMaN. Sumbangkanlah setakat yang termampu dan sebarkanlah perkara ini kepada rakan-rakan budiMaN yang mungkin tidak mengetahui.

Apamz dan penoreh getah mungkin dahulunya tidak pernah kita tegur atau sapa semasa di UitM dahulu tetapi mereka adalah rakan-rakan kita yang perlu dibantu bukan sahaja dengan kewangan tetapi semangat dan sokongan dari kita semua rakan-rakan budiMaN.

Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada Ummi yang paling banyak bertungkus lumus membantu Apamz, Wan Rozain, Kitang, Bob MG, Bilal dan semua yang turut membantu Apamz semalam. Episod ini tidak akan berakhir lagi, ianya adalah permulaan untuk menentukan permuafakatan budiMaN di sini.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Miza ada minta bantuan dari Pusat Pungutan Zakat tak? Sebenarnya kisah Mia dan kawan kita penoreh getah tu layak mendapat bantuan zakat bawah asnaf orang miskin. Harap ada sahabat yang sudi membantu mereka berjumpa dengan orang PPZ.

Orang PPZ pun sebenarnya kekurangan kakitangan. Jadi kitalah kena bantu orang PPZ ni kenalpasti orang miskin.

Wani ni sebenanrnya dah lama tak jengok blog ni. Wani dah forward e-mail dari Lan ke kawan-2 lain. InsyaAllah berkat usaha dan doa kita, Allah akan mudahkan urusan mereka yang memerlukan.

Kalau dok kat Selangor ni senang sikit. Sejak PR memerintah Selangor, barulah wani nampak kemana sebenarnya nak salurkan permohonan bantuan dan apa yang kerajaan boleh bantu. Kami sedang kumpulkan data untuk dapatkan bantuan Kebajikan masyarakat. The same thing orang Pahang boleh buat kot untuk antu 2 keluarga ni.

Ada kawan wani kerja di Yayasan TM. Dia kata kalau nak bantuan one-off, dia boleh bantu. Bantuan ni untuk pelajar2 miskin. Buat kertas kerja, hantar kat dia dan dia boleh cuba dapatkan kelulusan. Mungkin 2 keluarga ni, Lan tolong buat kertas kerja, pass kat wani, nanti wani submit kat dia.

Anonymous said...

pepatah cina ada kata "Don't give him a fish, he will eat for the day, teach him how to fish, he will eat for his whole life"

Selain dari menoreh getah, apa kata kita hantar dia kursus perusahaan cendawan. biar dia buat cendawan sebagai kerja sampingan. mula dengan jual secara kecilan di kampung, dia boleh kembangkan nanti.

wani rasa modal awal RM200 untuk belajar camne nak buat bisnes ni. Lagi senang kalau dia beli beg yang dah siap dalam sekitar RM1 ke RM2 satu polibeg. tanya sket-sket camne nak jaga, then jagalah beg cendawan tu sampai keluarkan hasil. bila dah boleh kumpulkan modal, baru gi belajar camne nak buat sendiri polibeg tu

Anonymous said...

Salam..
Pagi tadi call Apamz dia kata Miza ok dah duk ward biasa mulai malam tadi. So dia balik rumah kejap jam 5 subuh tadi nk tgk anak2 dan hantar ke sekolah.

Jam 10 lebih tadi Apamz sms bagitau Miza dah sakit semula dan standby kat Main Labour Room. Bila bercakap, excited jugak Apamz..Besar kemungkinan Miza kena bedah la dalam waktu terdekat ni agaknya..

Apapun kita tunggu khabar selanjutnya..Sama-samalah kita doakan untuk Miza ya..

Anonymous said...

Alhamduillah wani dah dengar penjelasan Kida tadi.

Cadangan wani, amacam kalau kita pakat pawahkan lembu kat kawan kita tu. Kita belikan dia anak lembu, suh dia jaga, lepas setahun kita kita jual lembu tu or raya haji tahun depan dah boleh dah dijual lembu2 tu, kalau ada betina, kita boleh buat baka. So, keuntungan kita bagi dua antara dia dan kita. terserah kat masing2 samada bagi terus kat dia atau kita nak ambil.

satu lagi cara, kita buat satu konsortium ka koperasi ka, kita macam gajikan dia untuk jaga lembu2 tu. bila dah dapat hasilnya, kita mungkin bagi dia 10% of hasil jualan. tapi ni kena ada minima la. katakan min 10 ekor lembu. kita bagi dia RM40 sebulan untuk jaga sekor lembu, klu 10 ekor dia dah boleh dapat RM400 sebulan. kalau 20 ekor RM800. modal kita, sekor anak lembu berapa? ada RM300? setahun untuk gaji dia RM40x12=480. So, Kos=480+300=
RM780. lembu boleh dijual dengan harga RM1400.

memang lambat la hasil dia, tapi kalau dari cerita kida, selama ini apa yang dia buat kurang mendatangkan hasil, dia kena buat kerja whatever it is utk datangkan hasil. lagipun lembu ni dia cuma nak tanah je. kalau dok kat kampung, buat pagar sikit dah ok dah