Sunday, August 10, 2008

aLL guyS goLfiNG paRty (aGGp)

Tahun ini nampaknya banyak aktiviti budiMaN agak slow sikit. Selalunya setiap tahun juga kita akan mengadakan acara AGGP atau All Guys Golfing Party. Saya ada bersembang dengan beberapa golfers budiMaN dan memang ada yang teringin untuk mengadakan AGGP seperti tahun-tahun yang lepas. Namun begitu saya tidak pasti apakah sambutan untuk tahun ini jika ianya di adakan. Dengan kenaikan harga minyak dan taraf hidup kini, di khuatiri ianya akan memberi kesan sedikit sebanyak. Namun begitu kalau ianya di adakan di tempat yang jauh, kalau berkongsi kereta, mungkin kosnya tidak begitu membebankan.

Ada 2 tempat yang saya fikirkan sesuai jika AGGP ingin di adakan sebelum bulan Ramadhan ini. Ianya samada di Maran Golf Club, Maran atau kalau di Kuala Lumpur di Kinrara Golf Club. Selalunya sebelum ini AGGP di buat di Bukit Beruntong Golf Club tetapi rate di sana agak mahal kini dan jarak dari KL agak jauh. Kalau di Maran agak center kerana kengkawan samada di Kuantan atau di Kuala Lumpur dalam jarak yang hampir sama (actually dari KL jauh lagi). Kalau di Maran mungkin kita boleh minta tolong Che Dat, Pegawai Belia Daerah Maran untuk tolong-tolong sekali.

Kalau di KL pula saya rasa Kinrara Golf Club sesuai terutama pada hari Isnin bilamana ada promosi dengan golfing dan buffet dinner dalam rate yang berpatutan. Kalau pada hari weekday yang lain agak mahal, lagi-lagi kalau weekend. Kalau di Maran ratenya tidak berubah samada weekday atau weekend namun rate tersebut seperti KL juga.

Jadi saya rasa Maran Golf Club lebih sesuai tambahan pula ianya di tengah-tengah dan kita juga boleh mengadakannya pada hari weekend samada Sabtu atau Ahad. Jadi saya cadangkan AGGP 2008 di adakan dengan butiran seperti berikut :

Venue : Maran Golf Club
Tarikh : 23hb Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : 1-00 tengahari
Bayaran : RM100 seorang
Acara : Golfing, Dinner dan Teh Tarik

Jadi kepada kengkawan budiMaN yang ingin menyertai sila call, sms atau e-mail saya seberapa segera. Kepada budiMaN juga, sila beritahu/sebarkan kepada kengkawan golfers budiMaN yang tidak dapat mengikuti blog ini. Kalau dalam perkiraan saya golfers budiMaN jumlahnya agak ramai juga seperti Antu, Che Dat, Hamdan Boly, Mat Taib, Raman, Charlie Koy, Hanif, Mat Rock, Jepun, Lan Kentei, Man Troq, Fadil Sutok, Arash, Bilal, Kitang, Amin dsS dan mungkin ada beberapa yang lain lagi. Kalau dapat 2 flight pun dah elok tetapi kalau dapat lebih, lagi cantik.

3 comments:

LaN KidA said...

Salam,
Dah hantar sms kepada beberapa kengkawan. Minta tolong Antu juga untuk kontek kengkawan yang lain.

Ada juga yang suggest buat pada 16 atau 17 Ogos ... So date tu kita buka untuk discussion samada 16, 17 atau 23 Ogos. Kita tengok majoriti nanti camne.

Takat ini insyaallah 2 flight saya rasa dah ada.

LaN KidA said...

Lupa plak nak habaq,
Mana yang saya dan Antu tak hantar sms tu jangan kata kami tak jemput plak ... mungkin kami tertinggal atau takde nombor.... AGGP ni untuk semua budiMaN dan yang mengikuti blog ni.... jadi jomlah sekali ... penyertaan terbuka kepada semua ... guys and ladies golfer (if any). Kalau ada ladies...AGGP tu kita tukar jadi All Guys n Girls Golfing Party.

Anonymous said...

Salam, ntah nape ai rasa macam sedih aje bila uols nak collect sampai RM100 sorang untuk main golf...apa kata kalau sekali ni uols still buat collection, tapi disumbangan kepada Apamz dan penoreh getah tu. Pegi ramai-ramai jumpa both of them untuk menghulurkan sumbangan, tentu mereka suka...maaflah kalau ada yang marah...ai cuma menyuarakan apa yang ai rasa aje...