Saturday, August 16, 2008

beRita 2

1. Apamz ada sms kepada saya memberitahu bahawa Miza telah selamat pulang ke rumah mereka di Taman Balok Makmor. Beliau juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah sudi membantu walaupun akhirnya Miza disahkan baik cuma false alarm sahaja. Bil hospital pula berjumlah RM27 sahaja dan terima kasih kepada Niazor yang telah berusaha mengecualikan beberapa bayaran dari pihak hospital. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan terutama kepada Ummi (bertungkus lumus sejak Miza dimasukkan ke wad), Bilal, Rozain, Bob MG(tukang sampaikan sumbangan), Kitang dan semua yang telah memberikan perhatian dan sumbangan demi membantu Apamz sekeluarga.

2. Bendahari Kitang telah memaklumkan kepada saya sehingga semalam Jumaat 15hb Ogos 2008, sumbangan di dalam Tabung Amal budiMaN masih tidak berubah berjumlah RM550 sahaja hasil sumbangan dari 2 orang budiMaN. Jumlah yang amat mendukacitakan lagi kerana insyaallah budiMaN akan mengatur beberapa kerja amal dalam masa terdekat ini terutama pada bulan Ramadhan nanti. Sejak Rabu minggu lepas apabila saya merayu dengan menghantar e-mail kepada sebilangan sahabat budiMaN dengan ditambah usaha oleh Bilal menghantar sms kepada sebilangan rakan-rakan merayu agar dapat menyumbang, jumlah hits blog meningkat kepada 200 hits setiap hari. Jikalau terdapat 100 orang budiMaN yang mengikuti blog ini dan menyumbang RM10 seorang, insyaallah sudah ada RM1000 jumlah sumbangan namun kepada sesetengah budiMaN pintu hati mereka masih belum di buka Allah swt untuk melakukan sedemikian. Saya berdoa semoga pintu hati anda semua dibuka Allah swt agar timbul rasa untuk membantu kengkawan budiMaN yang tidak bernasib baik serta melakukan kerja-kerja amal bersama budiMaN.

3. Malam semalam, Kudin Mekanik bersama-sama Syed Sham dsS telah bertehtarik di Ampang Point dengan Man Troq yang akan berangkat ke Jakarta pada minggu depan. Oleh kerana saya mempunyai urusan yang tidak dapat di elakkan maka saya tidak dapat menghadiri tehtarik tersebut walaupun keinginan untuk berjumpa Syed Sham yang saya tidak pernah jumpa sejak meninggalkan UitM Kuantan dahulu. Minggu depan insyaallah akan ada satu sessi teh tarik lagi bersama Man Troq.

9 comments:

LaN KidA said...

Salam,
Ada sahabat apabila saya rayu untuk Tabung Amal budiMaN jawapannya seperti dalam e-mail :

"Saya tak kenal mereka berdua ni(Apamz dan penoreh getah)... sorry saya tak boleh tolong"

Sedih juga saya baca e-mail beliau yang mana mentaliti beliau cuma tolong orang yang beliau betul-betul kenal sahaja. Kalau tak kenal betul-betul minta maaf la.

Tulah antara mentaliti sesetengah sahabat budiMaN kita yang walaupun umur telah mencapai hampir setengah abad, berjawatan besar, berkedudukan tinggi tapi masih dengan mentaliti sebegini. Menderma hanyalah untuk orang yang beliau kenal sahaja... orang Islam yang dia tak kenal... mampus pi la walau dia susah makan batu sekalipun.

Anonymous said...

Salam sume..
Syukur alhamdulillah miza telah keluar hospital dan harap sihat2 sehingga betul2 sampai ke tarikh yang sepatutnya beliau melahirkan baby nanti..
Xpalah Lan, kalu ada yang x sudi menolong orang yang x dikenali, harap doakanlah untuk mereka yang susah ni agar sentiasa dipermudahkan segala urusan..kita yang sihat ni pun belum tentu sihat dan senang sampai ke tua..

**Rasanya rela menolong orang daripada diri sendiri ditimpa ujian hebat camni..tak sekuat Apamz rasanya!!

Anonymous said...

APA HAL MELENTING NI BRO. KALAU MEREKA TIDAK MAHU MENDERMA, BIARKAN SAHAJA TAPI BRO JANGAN PULA MELENTING. MUNGKIN KERANA SIKAP BRO SELAMA INI MEMBUAT BUDIMAN MELUAT. SO GUE CADANGKAN BRO UBAH SIKAP SUPAYA BUDIMAN BERSATU KEMBALI.

Anonymous said...

Hualoww..
Syed Sham budak DSS tu ke? Yang JPP tu kan? Eh, hari tu kata Kida pnah jompa dia kat sumwhere? cuba tengok artikl yg lpas2. Syed Sham ada satu ajeir kn? Kida ni biar betol.

Ingt pun nak tao sapa pnoreh gtah tu? Bagila tau. Ahli patut tao.

Anonymous said...

Hari Rabu sebelum balik ke KL sempat gi melawat Miza di rumah dia. Saya pergi dengan Khamsiah DPA. Rumah K ngan rumah Apamz tak jauh. Tak sampai 10 minit. Yang bestnya K tak kenal Apamz, Apamz tak kenal K. Tapi Alhamdulillah dapatlah juga kenal melalui berita2 Budiman. bila dah tua2 ni baru nak kenal.

Saya dapat juga e-mail cam Lan. Sabor aje lah.

Semalam pergi dengar kuliah kat Menara TM ni. Ada satu hadis kata "Dekatkanlah dirimu dengan fakir miskin kerana mereka dekat dengan Allah". Bila dengar ustazah cakap cam tu teringat kat kawan kita penoreh getah tu. Kuliah semalam tu mengupas buku Tanbihul Ghafilin (Peringatan untuk diri yang lupa) m/s 311. Satu majlis kenduri yang tak ada orang miskin di dalamnya akan mendapat laknat Allah. Ada hadis mengatakan "Berkawanlah dengan orang miskin, Pada hari kiamat nanti Allah akan memberitahunya -Carilah orang yang menolongmu semasa kamu susah dan tontonlah dia ke syurga"

Orang miskin ada 5 kelebihan:
1. Setiap ibadat mereka mendapat 5 kali pahala
2. Bila mereka teringinkan sesuatu, katakan teringin nak makan ayam panggang, tapi Allah tak bagi, maka mereka mendapat pahala terhadap keinginan yang tak tertunai tu.
3. Hisab mereka cepat dan ringan sebab tak banyak harta yang nak dihisabkan
4. Mereka lebih dulu masuk syurga berbanding orang yang senang
5. Kemenyesalan mereka sangat kurang. Orang kaya akan menyesal sebab yang melintas untuk ke syurga kebanyakan orang miskin terlebih dahulu. Bahagian orang kaya lama lagi sebab banyak sangat yang nak kena selidik

Seorang wanita pada zaman Rasulullah berpenyakit sawan babi. Beliau berjumpa Rasulullah supaya Rasulullah doakan agar hilang penyakit itu. Lalu Rasulullah tanya samada dia nak baik dari sakit atau nakkan syurga Allah dan terus dihidapi penyakit tu. Lalu dia memilih syurga Allah. Kemudian dia minta Rasulullah doakan agar bila dia terkena sawan Allah jaga auratnya supaya jangan terbuka. Maka Alhamdulillah setiap kali sawan menyerang auratnya tak terbuka. Maknanya orang yang sabar Allah akan ganjarkan syurga

Anonymous said...

Salam,
Anonymous oiii, hang kata blog ni menyombong dan bangga diri, masuk jugak tengok kat blog ni yer... rindu kat orang sombong jugak no... daripada hang menyalak tak tentu pasai tu baik hang sedekah jer... ada jugak pahala dah dekat2 Ramadhan ni... ajak kengkawan hang tu sekali...

Anonymous ke 2, kalau hang nak tahu penoreh getah, mai sini, hang call chek ni... no tepon ada kat blog.. 013-3511913... insyaallah anytime gua kasi tahu... Anonymous 1 pun boleh call kalau berani la... kalau penakut... chek tak boleh tolong la... apa barang!

Yang jumpa Syed Sham tempohari ialah Kudin Mekanik chek oii... chek takat ni tak pernah jumpa lagi chek oii... tu yang chek teringin tu.

Anonymous said...

Lupa nak habaq, dalam ramai2 budiMaN cuma 3 orang je yang call chek nak tahu sapa penoreh getah ni... Wani, Antu dan Charlie Koy... semua chek kasi tahu... tadak hal punya... tadak chek nak selindung no.

Kalau berani call... kalau penakut nak call... chek tak boleh tolong la anonymous oiii.

Anonymous said...

Gotcha !

Anonymous said...

Salam,
Aiii...lama chek tunggu ingat hangpa nak telepon....tadak pun...takut ka apa... macam hangat2 taik ayam ja hangpa ni... habuk pun tarak.