Wednesday, May 21, 2008

kitANg peRGi uMRah

Hari ini Rabu 21 Mei 2008, Kitang bersama isteri Lily, emak beliau dan adik beliau akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah selama 12 hari 10 malam. Kudin Mekanik akan menghantar beliau sekeluarga ke KLIA. Beliau di jangka kembali ke Malaysia pada 1 Jun nanti etA 10 malam. Beliau sempat berpesan kepada saya akan mendoakan semoga kengkawan budiMaN selamat dunia akhirat di sana nanti. Saya juga memberitahu beliau akan mendoakan semoga perjalanan beliau sekeluarga akan selamat pergi dan kembali, sentiasa sihat dan semoga beliau akan dapat melakukan seberapa banyak umrah semasa di sana nanti.

Saya yang pernah pergi atas urusan kerja suatu waktu dahulu hanya sempat melakukan 5-6 kali umrah sahaja semasa berada 2 malam di sana. Tapi masa saya pergi dahulu di musim sejuk dan dalam keadaan cuaca sekarang ini rasanya Kitang semestinya dapat melakukan lebih banyak umrah lagi, insyaallah. Selamat menunaikan haji kecil, Kitang.

4 comments:

Anonymous said...

Salam.
ALhamdulillah syukur Kitang aka Zack serta istri dan keluarga selamat menunaikan Haji kecil.
Walid sekeluarga mendoakan agar Semuga selamat n sihat dari mula hingga ke akhir perjalanan dan selamat menyempurnakan nya.

p/s walid x tau pun sebenarnya kitang nak gi umrah???..kitang..kitang..

Anonymous said...

salam
..bukan selamat dah buat..selamat dpt pergi utk menyempurnakan dan melakukan umrah....

maaf jika tersilap pengertian.

p/s pagi2 ni terlajak pulak isinya.

Ummi said...
This comment has been removed by the author.
Ummi said...

Salam buat Kitang n Lily, semoga kedua-duanya selamat pergi menunaikan umrah dan selamat kembali nanti. Didoakan diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam melaksanakan ibadah ketika berada di sana...Doa2kanlah untuk kami di sini agar dapat mengikut jejak kalian nanti..amiiinn..