Sebenarnya saya nak bagi penjelasan sedikit berkaitan artikel ibu di bawah. Sebelum itu saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah memberi komen untuk artikel tersebut. Sebenarnya bukanlah niat saya untuk berkongsi pengalaman menjaga ibu saya seperti di dalam artikel tersebut dengan tujuan mendapatkan pujian atau nak tunjuk saya ni baik jaga ibu. Tidak beb. Saya ni rasanya banyak yang tak baik dari baik sebenarnya. Saya harap tiada yang salah faham. Niat saya ikhlas untuk berkongsi pengalaman saya dan untuk memberitahu kengkawan semua bahawa menjaga ibu kita yang sedang sakit dengan meninggalkan keluarga dan pekerjaan kita, usahlah berasa risau kerana insyaallah Allah swt akan permudahkan kehidupan kita dan membantu kita di ketika itu dan akan datang. Cuma janganlah menjaga ibu dengan niat untuk mendapatkan semua itu, jagalah ibu kita dengan penuh kecintaan, ketabahan, kesabaran yang kuat dan kasih sayang kerana apabila beliau sakit itulah yang di perlukan oleh seorang ibu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam
Kida...x yah risau sal artikel tu....majoriti kat cni tau bukan bertujuan utk menunjuk2...tp skdar apa amalan atau cara2 kebaikan yg patut kita lakukan kpd kedua2 orang tua kita semasa hayat masih ada.Jgn risau kida...yg penting niat kita menceritakannya.
Ada ke yg cakap awok menunjuk2?
Mungkin minoriti jer...teruskan apa yg ingin diluahkan dgn niat yg tulus dan mulus.
p/s..REDAH AJEEEEEEE....
Bukan jaga mak je. Kalau boleh mak mertua pun kita jaga. Biras kawe, dia jaga mak mertua sampai akhir hayat. 2 tahun le juga. Dia tak ada anak. Bila mak mertua terlantar, dia pindah dok rumah mak mertua selama 2 tahun. Ambik bibik jaga mertua sebab dia kerja.
Ramai orang bila dengar mak mertua kurang berminat. Ramai dari kita yang kurang rapat ngan mak mertua. Sebenarnya kita patut sayang ke mak mertua mcam mak sendiri gak. Memang mak mertua suka berleter. Tapi itu bermakna dia nak wat kita cam anak dia sendiri. Kat anak sendiri dia berleter, kat menantupun kena adil, kenala berleter gak.
Kadang banyak benda yang kita tak sama dengan mak mertua. Kenala belajar sesuai kan diri ngan mak mertua.
Wani dulu mula-mula kahwin memang tak tahan ngan mak mertua. Ajak suami pindah dari rumah mak mertua. Tapi lama-lama kita nampak pentingnya jaga hubungan ngan mak mertua. Janganlah kita ni sentiasa mengharapkan orang memanjakan kita ja. Suatu hari nanti kitapun akan jadi mertua gak.
salam.
tul kata wani tu...bukan mak n ayah..tp mertua sekali...
apa2 pun...jika pjg umur kita..merasalah kita jadi mertua pulak..heheeee
p/s Da ditentukan olehNYA pusingan n kitaran hidup manusia. dari lahir jadi muda jadi dewasa jadi tua spai la ajal maut.(itu pun jika dipjgkan umur..)
Post a Comment