Sabtu lepas saya bertiga iaitu saya, SK dan Aimin balik kampung di Temerloh. Selain dari balik untuk menziarah orang tua saya, tujuan saya balik ini juga adalah untuk membincangkan persiapan kenduri kahwin adik bongsu saya yang akan di adakan pada awal bulan Jun nanti semasa cuti penggal persekolahan. Rancangan awalnya untuk bertolak pada sebelah pagi tetapi terpaksa pula di tangguhkan kerana salah seorang anak saudara saya di masukkan ke Hospital Tawakal kerana demam panas. Jadi kami pun keluar rumah selepas zohor dan singgah di Hospital Tawakal sebentar.
Saya sampai di Temerloh kira-kira jam 4-30 petang dan terus menuju ke Sg Gau untuk membeli sata yang memang terkenal kat pekan Temerloh ni. Dalam hujan renyai-renyai, gerai sata Sg Gau saya lihat ramai yang sedang menunggu untuk membeli sata. Hampir setengah jam juga baru dapat saya membeli. Sampai kat rumah ayah saya di Kg Tanjung Besar, Paya Pulai dan ada pasar malam pula berhadapan Sekolah Kebangsaan Paya Pulai. Di pasar malam ni pun banyak kuih-kuih kampung dijual dengan harga yang murah-murah. Boleh dapat lagi lah 4 ketul kuih untuk RM1.
Sebelah malamnya saya berbincang dengan ayah dan makcik saya untuk persiapan perkahwinan adik bongsu saya, Muzamir yang bakal berlangsung pada 31hb Mei 2008 di Kuala Terengganu. Sementara itu kenduri di rumah ayah saya di Kg Tanjung Besar pula akan di adakan pada 7hb Jun 2008. Sebelah malam pada 6hb Jun 2008 juga akan di adakan majlis tahlil dan doa selamat untuk arwah ibu saya. Insyaallah nanti akan saya siarkan jemputan rasmi kat blog ni untuk undangan kepada kengkawan budiMaN semua. Walaubagaimanapun, rasmi atau tak rasmi pun, di sini saya mengundang kepada semua kengkawan budiMaN dan semua yang mengikuti blog ini untuk ke kenduri perkahwinan itu nanti di rumah ayah saya jika ada kelapangan. Kalau nak datang kenduri tahlil pada malam 6hb Jun 2008 selepas sembahyang Isyak pun datanglah, lagipun insyaallah catering pada malam tu ialah Raman Kerbau yang akan menyediakan lauk Ikan Patin Tempoyak Istimewa.
Pagi Ahad pula saya bersama-sama SK telah pergi pula ke Pekan Sari Temerloh. Walaupun dah lama tak pergi ke Pekan Sari, tak banyak perubahan saya dapati. Masih sesak dengan ramai orang dan pelbagai barangan jualan daripada sayur-sayur kampung, makanan dan kuih tradisional, buah-buahan kampung ( jumpa buah kuran, tampoi dll), pakaian, ikan sangkar dan lauk-lauk serta macam-macam lagi. Kami pun pergi membeli ikan talapia sangkar sebenarnya untuk bekal bagi anak perempuan saya Sarah yang kat Hostel apabila kami singgah balik dari Temerloh untuk menziarah beliau nanti.
Balik dari Pekan Sari dan sebelum balik KL, kami makan tengahari dulu bersama-sama ayah, makcik dan adik saya Muzamir ( yang tiba dari Kuantan ). Cuaca mendung di Temerloh dengan hujan renyai-renyai memanglah membuat selera makan terbuka luas...hehe. Ikan Patin Masak Tempoyak dengan ulam petai, jering serta sambal Bachang (lama tak merasa sambal Bachang ni) memang syiok giler beb. Tambah pulak dengan sayur labu yang leheit di campur dengan pucuk labu. Lupa dunia sekejap beb. Selesai makan ada pula tapai ubi dengan tapai pulut...perghhh...giler wa cakap lu!
Selepas solat zohor, kami bertiga pun bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan berbekalkan pula Ikan Talapia masak merah untuk Sarah yang akan kami temui di Hostel beliau di Gombak nanti. Akhirnya kami selamat sampai di rumah sebelum waktu maghrib. Sampai rumah timbang naik 2kg beb akibat makan terlampau kat Temerloh...hehe
No comments:
Post a Comment