Thursday, February 21, 2008

seMbaNG-seMbaNG

Saya ni memang orang Pahang sejati yakni di lahirkan di Temerloh dan membesar di Kg Bukit Kelulut, Temerloh iaitu sebuah kampung yang memang suasananya seperti kampung-kampung terpencil di negeri Pahang. Memang masa kecil-kecil dulu, kampung saya ada waktu curfew (perintah berkurung) kerana masalah komunis dan sekali-sekala di datangi wayang gambar dari Jabatan Penerangan. Walaupun saya ni SK kata memang pekat dengan slang kampung Temerloh saya yang tak hilang-hilang jugak walaupun dah berpuluh tahun merantau ke sana-sini hatta bekerja di luar negeri sekalipun. Tapi sebenarnya saya ni boleh juga berbahasa dengan slang-slang dari tempat-tempat lain.

Semasa mengaji di Ipoh selama hampir 3 tahun dulu sekitar 1982-1984, kebanyakan kawan-kawan saya adalah budak-budak Batu Pahat, Johor. Jadi saya pun boleh berbahasa Johor macam dia orang. Di tambah pula budak-budak Johor ni berbahasa Kacap Telabik ( Cakap Terbalik). Daji, ida roang ni lakau kacap, kacap telabik jee so saya pun pandailah berbahasa kacap telabik ni sampai sekarang dan masih di praktikkan lagi bila jumpa geng-geng Johor ni. Rasanya Fadil Othman, Bilal dan Mizi atau geng-geng budiMaN Johor tentunya pandai kacap telabik ni macam Kumpulan Spider dengan lagu Kacap Telabik. Seronok juga sebab kalau kacap telabik laju-laju kebanyakan orang yang ada sekeliling tak dapat catchup dan tak faham, jadi bolehlah cakap rahsia sikit.

Bila masuk UitM Kuantan, saya jumpa pulak Sarip n The Gang dan dia orang ni berbahasa slang Kuantan/Beserah macam slang Terengganu sikit. Tambah pula selepas itu saya juga bekerja di Kuantan dengan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang selama hampir 3 tahun juga dan kebanyakan staff-staff di pejabat saya pada masa itu berbahasa slang Kuantan/Beserah. Jadi tukar pula pelat Kuantan/Beserah.

Apabila bertukar kerja ke Badan Pencegah Rasuah kemudiannya dan di tempatkan di Ibupejabat di Kuala Lumpur, maka geng-geng satu jabatan saya di Urusetia Jabatan Siasatan pula kebanyakannya orang Negeri Sembilan maka apo nak di kato laie, den bantai cakap nogori la. Dokek 11 tahun la den cakap nogori ni di selang seli dengan slang Johor dan macam-macam lagi. Nak buek camno, den jo yang ado pun orang Pahang dokek situ, terpakso la.

Setelah meninggalkan BPR dan berniaga sendiri pula, kebanyakan kawan-kawan saya baik dalam perniagaan ( client-client saya sebenarnya ramai Mat Salleh dan Jepun ) dan beriadah bergolfing pula terdiri dari orang-orang Utara. Tambahan la pula SK pun keluarganya berasal dari Utara, maka sekali lagi slang bertukaq dok habaq kat depa kita ni boleh la cakap sikit2 macam depa tu. Itu pun mungkin pasai hari-hari dok pekena gulai kari baguih punya macam nasik kandaq Line Clear, jadi bila berbahasa dengan lenggok kepala sekali dok mai macam mamak mydin, chek oiii. Mula-mula dulu sebenaqnya bila dengaq depa ni bercakap, gelak nak mampuih sebab macam lawak jenaka kat TV Piee dengan Mydin tu. Depa pulak geng chek ni, kuat merapu, tambah gelak, tapi la ni chek pun dah terikut depa dah, sembang kedai kopi merapu boleh sampai 4 jam tak berhenti. Lawak sungguh la chek oii kadang-kadang dengaq cerita depa geng-geng Utara orang tua-tua ni.

Begitulah sembang-sembang pasal berbahasa ni yang telah saya lalui hampir 43 tahun umur saya ini. Alhamdulillah dengan pengetahuan tersebut insyaallah bila berjumpa dengan mana-mana slang yang saya pernah lalui itu saya masih boleh lagi menyesuaikan diri berbahasa mengikut slang dia orang setakat ini. Kalau jumpa geng Kacap Telabik, boleh lagi, geng Kuantan/Beserah, boleh sikit-sikit lagi, geng Johor lu, gua, boleh lagi, geng nogori boleh jugak dan geng Utara pun boleh. Tapi bila balik kampung saya kat Temerloh, bahasa ibunda saya slang Temerloh masih tetap menjadi priority walaupun berbagai-bagai slang, terma yang berlainan yang saya ketahui.

Geng budiMaN yang lain macam mana?

10 comments:

Anonymous said...

salam BUDIMAN.
walid pun masih berbahasa PEkan...bahasa kawai...dilahirkan dan dibesarkan disana...tapi semenjak membesar...byk gak bahasa belajar...kedah,perlis,N9...dll...cuma Perak jer yg x mahir sgt...yg lain tu kira2 bole laaa...
walau camner sekali pon..bahasa Pekan...kawai...anjingggg...kucinggg..tetap dihati..

Anonymous said...

Amboi Kida seronoknya... Kawan teruje beno bila baca artikel ni. kawan nak tanya awok...mase awok kecik dulu awok bese main bolo tak?
Pas tu awok gi sekoloh naik ape... besiko ke naik bas...kawan hari2 naik besiko ke temerloh...
Kah..kah...kah...amacam....
payoh kita nak tingge loghat gitu kan kida...

Anonymous said...

Assalamulaikum Lan Kida dan semua kengkawan/rodong...
I'm from DBS pioneer batch.Lama juga I dah mengikuti perkembangan blog ni...Teruskan usaha murni untuk mendekatkan silaturrahim dan juga kerja2 amal...keep-up the good work. Selain dari alumi ITM Kuantan, saya juga asal dari Temerloh...This topic about slang temerloh ni membuat I rasa ingin nak kongsi sedikit cerita....
I dulu2 segan juga nak cakap slang temerloh ni...tapi sekarang ni tak malu lansung...Kalar koi berenggei dengan rodong2 from temerloh kat mana2 termasuk hip places pon komer bantei cakak temerloh...we find it hillarious and fun...
Apa nak malu dok?That's the place where we came from...should be proud of it...
Fazuna/Joana

SaYanG kidA said...

yelah Kida...Kida ckp kedah lebih baik dr SK pun...SK sendiri org utara ni pun tak secekap Kida *tutup muka ngan 2 tpk tgn* malu :p ada sesetgh word tu SK sendiri tak paham...huhuhu...

kalau slang nogori boleh lah sket2 ngeee.... sbb SK di besarkan di NS. kalau dulu masa kecik2 kat umah, parents pun tak ckp loghat utara kecuali bila balik kg... tp skrg sbb Kida lah yg wat kami ckp utara. tu pun kdg2 jer.

bila balik kg, dgr tok SK ckp, otak SK masih dok terhegeh2 gi nak digest sesetgh word tu...especially yg tak pernah dengarlah. kalau dgr tok Kida ckp lagi lah SK terkulat2 ahaks!

my darling ooii...bila wat artikel ni buat SK terfikir lah..sarah n aimin pun tak pandai ckp utara mau pun pahang. ruginya... sian derang :( tak naklah jd mcm SK...so kida lps ni kena ajar sarah n aimin ckp pahang. better late then never kan?

Anonymous said...

Kacap Telabik? Bahasa apa tu. Koi org jati Johor pun tak tahu bahasa tu. Huhuhu... Mungkin ada lah kot sekelompok suka cakap mcm tu. Maybe org kawasan Batu Pahat suka cakap terbalik.

Tapi kalau ckp slang ni, koi masih ingat bila koi mula bekerja selepas grad koi cakap slang kelantan. Member tempat kerja ingat koi org Kelantan. Malah masa kat ITM Shah Alam pun budak Kelantan ingat koi dari Kelantan. Yang pelik koi berkawan dgn budak Pahang tapi slang kelantan yg kuar. Hehehe.. Ramai tak percaya koi anak jati Johor. Koi rindu sangat slang tersebut. Jadi sesekali terkuar juga slang kelantan kalau koi bercakap dgn pekerja berasal kelantan tmpt koi kerja ni.

Satu lagi bahasa yg koi rindu ialah "F" language (kalau tak silap). Sapa tahu. Hehe... Afaku hefendakfak bafalikfik. Cuba teka apa koi cakap tu.

LaN KidA said...

Salam semua,
Anonymous 2, tak sangka ramai teruja baca artikel ni. Koi dulu main bolo sangat dan merata main, Liga Temerloh, Sekoloh sampai aruah mok koi terpaksa suruk boot bolo dengan stokin bolo koi la nak dekat SPM. Geng2 bolo Temerloh masa tu Tong Meng Ong, Mokhtar, Yang Amri,Akbar VV Abboo,Zaini, Bajang dan ramai lagi la. Pasal pergi sekoloh, koi masa darjah 1, jalan kaki jer dekat 3 km dari kampung koi nok ke Sekoloh Jalan Bahagia tu. Darjah 4 baru koi dapat besiko dan lepas tu koi naik besiko la sampai Form 5.

Joana, terima kasih kerana terus menyokong budiMaN. Mungkin nanti boleh join sebarang aktiviti budiMaN di masa akan datang. Harap semua kengkawan budiMaN yang lain yang selama ini hanya mengikuti blog ini secara diam sahaja akan tampil dan bersama-sama kita nanti agar sebarang program amal yang kita laksanakan nanti akan lebih berjaya lagi.

ZM, betul la agaknya, Kacap Telabik tu kebanyakannya budak-budak Muar dan Batu Pahat sahaja. Belah2 JB mungkin kurang sikit sebab asalnya dari High School Batu Pahat rasa-rasa saya. Yang cakap F awok tu rasanya " Aku hendak balik", betul tak?

Anonymous said...

Kida, koi org Muar lah tapi member koi tak de pun cakap "kacap telabik". Tapi tak tahu ler maybe ada tapi koi yang tak tahu kot. Maklum aje lah member kamceng koi semuanya budak cina. Hehehe... Masa kat ITM je koi kawan budak Melayu maklum aje lah mana ada budak Cina. (Mohon maaf ye kalau ada yg tersinggung, tapi itulah hakikatnya ttg koi).
Pasal "F language" tu betullah awok teka. Hehehe... Bahasa tu sepupu koi (org Spore) ajar.

Anonymous said...

Kami gang senior ada juga respon dengan apa yg awok highlight so far dalam blog ni...Macam senior menziarah Apamz tu...ada juga kami membuat sumbangan kepada beliau. Baru ni pon Dona ada sms to contribute to projek bersih surau...tapi koi tak sempat nak kirim duit sebab kebetulan agak sibuk masa tu...Tapi next time insyaallah koi akan bantu...
Keep up the good work! Tak ramai orang yang macam you dan family yang sanggup menaja (initiate) projek amal macam ni...God bless u and family...Way to go orang temerloh!
Joana

Anonymous said...

Kida,
memang betul, kacap telabik ni dulu famous digunakan di Batu Pahat esp mereka yang belajar di High School Batu Pahat sekitar tahun 80an. Fauzi Misran (DiB), Omar (DiB) dan Ariffin (DiB) dan myself dari sekolah tu. Tapi skrg, penggunaan kacap telabik ni dah agak kurang didengari. Mungkin orang kampung/Parit di BP sdg nak menguasai bahasa inggeris kot.

from: Mizi

Anonymous said...

kENANGAN PUTRA,
Salam semua . Fyi sejarah cakap terbalik ni diasaskan budak2 Batu pahat bandar sejak zaman zaman woodstock / hippies awal tahun 1969masa tu saya darjah satu.Akak2 sedara dan makcik2 pun boleh cakap terbalik.Masa tu zaman rock hippies melanda BP bukan rock kapak (zaman Ia nya satu identiti bagi budak2 BP.terutamanya budak2 muda yg main barang/ganja, untuk mengelakkan dikesan perbualan orang lain tapi masa tu tak lah bahaya sbb boleh kontrol.Saje nak high.Ti u jasa yang padat ka u kacap. la in laki lobeh tecira.Tq.