Dah lama kita semua di sini tidak mengadakan PotLuck atau acara makan-makan bersama keluarga. PotLuck yang terakhir pun rasanya diadakan di Temerloh awal tahun yang lepas. Saya ada memikirkan untuk mengadakan PotLuck tetapi mungkin kerana ketiadaan waktu yang sesuai, hasrat tersebut terpaksa dipendamkan buat sementara waktu ini. Sementara itu, jikalau ada budiMaN yang nak bawak keluarga keluar makan-makan terutama pada hujung minggu atau malam Sabtu ini, jomlah kita ramai-ramai bersama keluarga keluar makan bersama di Uptown Damansara pada Sabtu malam ini. Saya mungkin nak ajak Kudin Mekanik sekeluarga dan Fadil Sutok sekeluarga sekali. Kalau ramai lagi bagus dan boleh kita sembang-sembang sambil ahli keluarga kita beramah mesra. Saya sekeluarga pun selalunya pekena makanan kat Foodcourt Uptown tu saja. Murah tapi bolehlah. Nak steak ada Pirate Steak (The taste can kill you). Mee kari, Lala pedas dan macam-macam lagi. Sendiri order sendiri bayar. Minum ada Salleh Place (ni actually site chatting yang terawal dalam internet di Malaysia dalam MIRC pada tahun 1995 dulu). Walid selalu ngeteh sini rasanya sebab office YM Raja isterinya kat McDonald sebelah Uptown tu saja. Jadi jomlah kita beramai-ramai malam Sabtu nanti (1hb Mac 2008) jam 9-00 malam. Macam biasa sape nak join bubuh kat komen bawah atau sms je kat saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam. tul tu kida..salleh plca tu mmg tpt ngeteh bfast walid n YM and frenster dia...
anyway...if tis sabtu x dpt nak join sbb ada famili YM nyer makan2 time...tpt?..x sure lagi..
salam walid... la tmpt tu tmpt lepak walid ker? x pa walid this weekend mmg x dpt pun nak gi dine kat sana sbb kida tak da.. ye ye ye ye.. suka sk hehehe sbb sk dah jemu dah ke sana.. masa ni lah peluang nak gi tmpt kesukaan sk n aimin ahaks! kida bleh tak sk lepak kat tmpt sk ckp tu.. bleh lah ye? sayang kida muaaahhh!
Salam,
Iyelah SK. Nak buek camno, den kono poie Perlis plak la dah Sabtu n Ahad ni. Tak buleh la nak poie dokek Uptown tu raso mee kari Cino favorite den tu. Poie la dengan Aimin dokek Tompek minum kopi favorite SK n Aimin tu. Den minum kopi dokek Kuala Perlis la Sabtu malam ni sambil makan laksa beras Kuala Perlis. Kono seafood pun ok gak dokek Kuala Perlis tu... murah dari yang dokek Kuantan Tanjung Lumpur tu...mahai nak mampuih.
salam.awat nya loghat hang tukaq kida? xpaa la..mungkin lain kali ada masa kita makan bersama...wat masa ni sk/aimin piminum kat kedai kopi faverite tu...kida hang bule pi pekena laksa beraih..kola...walid?..walid makan apa sajaaa nooooo...
Post a Comment