Friday, February 08, 2008

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Cuti Tahun Baru Cina selama 4 hari bermula semalam membuatkan suasana lengang di Kuala Lumpur. Saya sekeluarga hanya mengambil kesempatan cuti ini untuk berehat di Kuala Lumpur sahaja dan setakat ini tiada rancangan untuk keluar dari Kuala Lumpur lagi. Semalam pun kami sekeluarga hanya keluar dan menikmati makan malam keluarga Mee Sup Special Kedah Style di Bandar Tasik Permaisuri. Sebelum tu pada petangnya Sarah dan Aimin pergi ke rumah kawan mereka untuk melihat hamster peliharaan mereka yang kini dijaga oleh seorang kawan Sarah. Katanya dah ada 13 ekor dah hamster tersebut daripada 2 ekor pada asalnya. Dan insyaallah pada petang ini nanti selepas sembahyang Jumaat, kami sekeluarga bercadang untuk menziarahi nenek saya yang berada di Sg Buloh. Selepas itu maybe akan singgah di rumah Kudin Mekanik untuk mengambil tempahan kain sekolah Sarah yang telah di siapkan oleh isteri Kudin, Aisyah.
Untuk pengetahuan kengkawan budiMaN, Aisyah, isteri Kudin mengambil tempahan untuk membuat baju kurung. Jadi kalau ada kengkawan budiMaN yang nak tempah baju kurung bolehlah menghubungi Kudin. Baju kurung jahitan Aisyah cantik, dengan jahitan yang halus dan teliti serta upah yang berpatutan.

2-3 hari yang lepas, Kudin juga ada menghubungi saya mencadangkan untuk pergi makan-makan bersama keluarga bersama keluarga saya dan keluarga Fadil Sutoq. Mungkin malam nanti bolehlah kami beramai-ramai bersama keluarga untuk makan malam bersama di sekitar Selayang. Kalau ada kengkawan lain yang nak join sekali bersama keluarga, marilah sekali.

Mat Taib diB pula berada di Kuala Lumpur pada cuti tahun baru cina ini bersama keluarga beliau tetapi saya tidak sempat untuk bergolfing dengan beliau. Mungkin beliau bergolfing dengan kengkawan yang lain. Puis dbS pula ada sms kepada saya memberitahu beliau akan datang ke Kuala Lumpur pada Isnin-Selasa depan untuk urusan kerja dan ingin bertemu dengan saya.

Lain-lain berita kengkawan tak ada pula yang sampai kepada saya. Mungkin sepanjang cuti tahun baru cina ramai yang pulang ke kampung atau bercuti di tempat-tempat peranginan di luar negeri dan dalam negeri.

Sepanjang minggu ini juga ada beberapa perkara yang saya perhatikan dan menarik perhatian saya berlaku di sekeliling kita semua baik di internet atau di persekitaran kita. Antaranya :

1. Rayuan oleh sekumpulan kawan-kawan kepada Kementerian Pengankutan berhubung kemalangan bas yang telah meragut 3 nyawa kawan-kawan mereka iaitu Lee Nian Ning, Mohd Zailani dan Pang Boon Eng pada 25 Jan 2008 lalu di Slim River. Rayuan mereka mempersoalkan kenapa bas yang mempunyai 13 saman masih dibenarkan beroperasi setelah sebelum ini kemalangan yang melibatkan bas seumpama ini telahpun berlaku dan melibatkan nyawa yang banyak. Nian Ning ialah pelajar jurusan perubatan tajaan JPA di Uni Of New South Wales, Australia. Nampaknya Kementerian Pengankutan masih lagi belum mengambil sebarang tindakan dan nasib pelajar-pelajar miskin yang tidak mampu menaiki kapalterbang seperti golongan kaya dan hanya bergantung kepada kenderaan awam tidak begitu mendapat perhatian. Bayangkan betapa hancurnya hati ibubapa Nian Ning yang tentunya berharapkan anak mereka itu akan mengubah nasib keluarga mereka terkorban begitu sahaja. Memang betul ianya ketentuan takdir Illahi, tetapi yang dipersoalkan apakah yang di buat oleh Kem Pengankutan dan kerajaan selama ini ke atas syarikat-syarikat pengankutan sebegini. Ianya di senyapkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.

2. Begitu banyak saya lihat kini kereta-kereta Mercedes Benz CLS350, CLS500 berada di atas jalan di Kuala Lumpur ini. CLS ini lebih kurang macam S Class cuma lebih sporty dan tak nampak macam chauffer driven car. Begitu ramai golongan kaya di Kuala Lumpur sekarang ini. Harga sebuah CLS ini serendah-rendahnya untuk kereta recond bagi CLS350 sekitar RM650 ribu sebuah, Ada yang mencecah jutaan ringgit juga. Khabarnya kalau ada mesyuarat UMNO di PWTC antara ketua-ketua bahagian, berderet-deret CLS ini di tempat parking. Memang mewah ekonomi Malaysia sekarang ini di bawah kepimpinan Pak Lah. Yang menarik perhatian saya di sini ialah beberapa CLS yang saya temui di warung-warung makanan Cina tepi jalan berhampiran rumah saya. Saya kata pada SK, kalau Melayu pakai CLS ni, memang tak berhenti lah makan kat warung tepi jalan ni, tapi tengok orang Cina, sekaya mana pun mereka tetap berhenti makan di warung-warung yang Melayu kata unhygenic ni.

3. Ni lagi satu cerita pasal Melayu yang dah jadi kaya giler. Kawan jugaklah, dengan saya takde apa-apalah tapi dengan ada 2-3 orang kawan baik beliau yang dah putus sahabat baru-baru ni. Semuanya kerana pasal dah jadi kaya giler, dan merasakan sahabat-sahabat yang menumpang beliau selama ini menyusahkan dan suka mengambil kesempatan sahaja. Padahal sahabat-sahabat tersebutlah yang bela beliau selama ini masa dia susah papa kedana 3-4 tahun yang dulu. Manusia berubah apabila kaya giler, itu realiti.

4. Sebut pasal kaya giler ni, ada satu cerita pasal sahabat budiMaN jugalah, tapi takdelah kaya giler, mungkin kategori senang sikitlah. Cerita ni pun saya perolehi dari kawan budiMaN juga. Katanya ada kawan budiMaN kita ni, kalau jumpa kengkawan dia punya magic word..."Aku susah teruk sekarang ni" tapi sebenarnya duit ada bertimbun-timbun. Kalau jumpa kawan asyik mintak kawan belanja sebab kononnya dia susah. Rupa-rupanya beliau ni takut kalau kengkawan budiMaN tahu dia ni banyak duit sebab nanti takut kengkawan nak tumpang kesenangan dia dan mintak macam-macam kat dia, duit dia, projek la dll. Rupa-rupanya ada jugak kengkawan yang sanggup tipu kengkawan cuma kerana takut kengkawan nak duit dia. Susah saya nak komen jenis macam ni.

Tulah serba sedikit cerita-ceriti yang dapat saya sampaikan sempena cuti tahun cina ini.

3 comments:

SaYanG kidA said...

psl tempahan baju kurung:-
mmg aishah pandai jahit baju kurung dan memang jahitannya cantik dan kemas...sk tak berbakat pasal menjahit ni. bestnye kalau sk pandai menjahit mcm aisha dan pandai masak mcm ummi dan jun :(

psl mercz:-
yelah rezeki masing2 kan... kalau sklah, tak beli kete mahal2 ni kalau bnyk duit takut kena culik ahaks!

pasal kaya giler! :-
ishhh3x... dahlah kaya, giler pulak.. sian eh... *wink*

pasal mkn kat warung:-
nape kat hotel dan restoran mewah hygiene ke? hah jgn tak tau belum tentu hygiene! tp ada jugak kes yg tak bnyk duit sgt tp tak mainlah mkn kat gerai... apa keles.. nak mkn kat restoran atau hotel mahal2 tp tunggu kwn belanja... lagi teruk kes cam tu! dah nak wat cam ner... mmg dah gitu lumrah manusia...

Anonymous said...

Zaman Che Det dulu, mana ada orang berani tunjuk keta mewah ni...nak mampus kena tanya dengan Che Det...hangpa business apa duit banyak sangat ni?...tahun depan pemilihan UMNO tadak dah....nak sangat tunjuk Mercedesss...

Memang ada jenis manusia tak nak tunjuk duit banyak bila dengan kawan2... dah tu sanggup pula mintak kawan2 yang miskin belanja dia...dah kaya menyusahkan orang pulak...memang pelik dan ajaib...kalau kaya tapi duduk diam2 tak kacau orang takpe... ni apahal la menyusahkan orang lain pulak...

Anonymous said...

aku suka tag tun mahadet dulu... 'memakmurkan jiran'... yelah kalau jiran susah kita pun susah.

abang che dat kita pun baguih... pepehal ghodong dulu... pojek kecik ke besa ke.. ghodong dulu... yelah ghodong senang, tak nyusahkan kita.. kot kot boleh tumpang secawan teh... kat mamak la... hotel ni teh tak sedap.. mahal pulak tu..

pasal kaya ni... kat mana kita nak tentukan level kekayaan kita... perasan ajela...

kemana pun hala kita ALLAH MAHA KAYA... alam semesta ni dia yg punya...