Sunday, January 27, 2008

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG - thE eVeNt

Pukol 5-30am, saya bersama SK telahpun bangun dan mengejutkan anak-anak kami semua untuk mandi bagi bersiap-siap untuk sembahyang Suboh dan selepas itu berlepas ke Temerloh bagi menghadiri eM2bP. Sarah yang baru saja kebah dari demam panas dan Aimin yang juga berasa kurang sihat akibat selsema telahpun bersedia kira-kira 1/2 jam kemudian dan kami sekeluarga bertolak ke Ukay Perdana kira-kira jam 6-20am untuk mengambil adik Anim yang akan turut serta ke Temerloh. Saya telah berjanji dengan beberapa orang kengkawan budiMaN yang akan bertolak dari Kuala Lumpur untuk berjumpa di Stesyen Minyak BhP selepas Tol Gombak kira-kira jam 7-00am.

Sampai di Stesyen BhP, Syed Hamid@ Walid telah siap sedia menanti kami. Saya cuba menghubungi beberapa kengkawan yang telah berjanji untuk pergi sekali. Hanya Fadil Sutok dan Charlie Koy sahaja yang memberitahu mereka dalam perjalanan. Dengan 3 buah kereta iaitu saya, Walid dan Charlie bersama Fadil Sutok, kami meredah Lebuhraya Pantai Timur dan kira-kira jam 8-30am, kami semua tiba di Tol Temerloh.

Kami meneruskan perjalanan dan kira-kira jam 9-10am, kelihatan Banner Program yang telah di letakkan oleh Bilal dan Suhaimi tempohari serta khemah yang telahpun dipasang, kami tiba di Surau Kg Tg Belengu dan disana, Che Dat, Kitang, Hamdan Boly, Raman Kerbau telah sedia menanti kami bersama-sama beberapa orang penduduk kampung. Kami semua bersarapan dahulu dengan Nasi Lemak dengan sambal ikan bilis istimewa (memang best giler sambal dia sampai ada yang nak tapau bawak balik) sementara menunggu kedatangan Antu dan Wan Azhar yang membawa barangan cat dan peralatan.

Kira-kira jam 9-20am, Antu dan Wan Azhar pun tiba dan setelah mereka bersarapan, kami bersama-sama penduduk kampung telah memulakan kerja dengan mengelap dan membersihkan dinding surau untuk mengecat. Pembahagian kerja secara berkumpulan telah ditetapkan oleh Raman Kerbau yang bertindak sebagai Penyelaras Operasi di mana terdapat 3 kumpulan iaitu Pengecat Dalaman, Pengecat Luaran dan Pemasang Water Tank dan Paip Air. Dengan jumlah budiMaN lebihkurang seramai 15 orang dan penduduk kampung lebihkurang 10 orang, kerja gotong royong tersebut kadangkala terasa begitu memenatkan. Rancangan asal yang menyatakan bahawa 10 orang Rakan Muda akan memberikan bantuan sokongan tidak dapat di realisasikan kerana kesuntukan waktu oleh Pejabat Belia Temerloh. Namun kehadiran penduduk kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung dan Imam Surau memberikan bantuan, terasa sedikit melegakan.

Cuaca panas terik begitu menghangatkan dan menjelang tengahari, hanya 40% kerja-kerja dapat di selesaikan. Wartawan dari Sinar Harian Edisi Pahang juga telah datang dan mengambil gambar serta menemuramah beberapa budiMaN yang hadir. Sementara itu kaum wanita pula telah bergotong royong memasak dan nasib baiklah SK dan adik SK ada sebagai wakil budiMaN untuk bersama-sama penduduk kampung memasak makanan. Antu dan Fadil Sutok pula terpaksa bergegas ke pekan Temerloh untuk membeli peralatan paip bagi memasang tangki air yang diminta oleh penduduk kampung. SK bersama wakil wanita dari Pejabat Belia Temerloh juga terpaksa ke Pekan Temerloh bagi membeli langsir baru pasang siap untuk di pasang di surau.

Kami berhenti rehat seketika dan makan tengahari dengan hidangan enak masakan kampung iaitu Ikan Talapia masak lemak, ayam goreng, ulam pucuk ubi rebus, sambal belacan dan lain-lain. Zambran yang terpaksa hadir mesyuarat PIBG sekolah anaknya akhirnya tiba dan menyertai kami semua. Selepas solat zohor, kami meneruskan kerja-kerja mengecat dan akhirnya kira-kira jam 5-30 petang semua kerja telah dapat di selesaikan dengan jayanya oleh budiMaN dan penduduk kampung.

Hasilnya, budiMaN serta penduduk kampung telah berjaya melakukan gotong royong iaitu :

1. Mengecat Luar dan Dalam seluruh bangunan surau dan tandas
2. Memasang tangki air dan membuat sistem paip air untuk mengambil air sembahyang bagi lelaki dan wanita
3. Memasang carpet baru di ruangan solat wanita
4. Membeli dan memasang langsir baru untuk seluruh tingkap surau

Walaupun dengan kekurangan budiMaN yang hadir dan keadaan cuaca yang panas terik dan perit, namun dengan kegigihan sebilangan kengkawan yang ada seperti Che Dat, Raman Kerbau, Hamdan Boly, Walid, Wan Azhar, Antu, Kitang, Charlie Koy, Fadil Sutok, SK dan adik SK bersama-sama Cik Sal (wakil Pegawai Belia Temerloh) serta penduduk-penduduk kampung, dengan izin Allah swt akhirnya misi eM2bP terlaksana jua dengan jayanya. Bak kata peransang oleh Bilal (yang tidak dapat hadir kerana terpaksa ke Melaka kerana urusan yang tak dapat dielakkan), beramal ke atas rumah Allah akan di iringi dengan pertolongan segala makhluk halus, malaikat-malaikat dan makhluk-makhluk Allah, insyaallah akan terlaksana kejayaan dipermudahkan.

Di akhir majlis kira-kira jam 6-30pm, Ustaz Shamsul yang bertindak sebagai pengacara majlis telah mengucapkan setinggi terima kasih kepada budiMaN. Ketua Kampung pula dalam ucapannya menyatakan rasa terharu yang amat sangat dengan keperihatinan budiMaN dan sepanjang tugas beliau, tiada lagi perkumpulan seperti budiMaN yang sanggup datang membantu ke kampung beliau.

BudiMaN juga selain menyumbang kerja amal mengecat dan sebagainya seperti yang dinyatakan di atas juga telah menghulurkan sumbangan tunai kepada tabung surau berjumlah RM1,000 untuk kegunaan baikpulih surau tersebut seterusnya. Selain itu sumbangan barangan pula yang telah diberikan termasuklah :

1. Sumbangan pinggan mangkuk dan sabun oleh Mydin Nilai
2. Sumbangan pakaian terpakai dan pinggan oleh Apamz
3. Sumbangan AlQuran dan 60 naskah surah Yassin serta telekung dan sejadah dari emak SK.
4. Sumbangan Jam Waktu Sembahyang oleh budiMaN

Berdasarkan kemaskini tabung budiMaN yang telah di lakukan sebelum program bersurai antara saya dan Kitang, berikut adalah penyata perbelanjaan dan penerimaan yang dilakukan menerusi tabung sumbangan eM2bP yang dibuat menerusi akaun Maybank Kitang.

Jumlah Sumbangan oleh budiMaN : RM3,289-00

Perbelanjaan :
1. Carpet - RM300
2. Cat - RM525
3. Peralatan - RM129
4. Langsir - RM335
5. Makan - RM500
6. Barang Paip - RM100
7. Jam Waktu Sembahyang - RM400
8. Sumbangan Tunai - RM1,000
Jumlah Perbelanjaan : RM3,289-00

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua kengkawan budiMaN yang telah menyumbang untuk program ini yang mana sumbangan bukan sahaja di terima daripada kengkawan budiMaN di dalam negeri, senior malah kengkawan budiMaN di luar negeri.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kengkawan budiMaN yang telah bertungkuslumus menjayakan program ini seperti Che Dat, Bilal, Ummi, Wan Azhar, Raman Kerbau, Antu, Kitang yang bukan sahaja menyumbang wang ringgit yang besar malah tenaga dan masa untuk program ini. Tidak lupa juga kepada kengkawan budiMaN yang telah hadir dari jauh dan dekat walaupun sibuk dengan pelbagai urusan yang penting tetapi sanggup diketepikan seketika demi berbakti kepada masyarakat melalui budiMaN dan di akhir program eM2bP terpaksa berkejar balik ke KL seperti Walid(yang ada PotLuck seluruh taman perumahannya yang mana khemah dipasang di depan rumahnya pada petang Sabtu tersebut dan beliau sebagai AJK PotLuck) dan Charlie Koy(yang juga ada kenduri di depan rumahnya) , Hamdan Boly, Zambran, Fadil Sutok dan juga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan program ini.

Ucapan terimakasih khas juga di tujukan dari budiMaN kepada Cik Sal, wakil Pejabat Belia Daerah Temerloh yang telah bersusah payah membantu menguruskan program kemasyarakatan budiMaN ini.

Dari pandangan individu saya, program eM2bP telah terlaksana dengan jayanya dan saya rasakan ianya lebih meriah lagi dari program-program budiMaN sebelumnya kerana walaupun bilangan budiMaN sedikit tetapi peluang tersebut membolehkan budiMaN bersilatulrahim dengan sungguh mesra sekali sambil beramal kepada masyarakat. Tidak seperti program sebelum ini seperti di Johor dan sebagainya, eM2bP di biayai dan di jalankan sepenuhnya oleh budiMaN bersama-sama penduduk kampung dengan gotong royong kerja dan memasak makanan dalam suasana penuh keceriaan, kesungguhan dengan semangat dan niat untuk berbakti kepada rumah Allah swt dan masyarakat. Dan sebelum saya tulis artikel ini beberapa kengkawan budiMaN yang telah terlepek keletihan apabila sampai ke rumah tetapi masih menghubungi saya untuk menyatakan keseronokan dapat beramal dalam eM2bP.

Untuk itu, insyaallah jika di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki, saya berpandangan program-program seumpama ini di harap dapat diteruskan oleh budiMaN di masa-masa yang mendatang. (Gambar-gambar lengkap akan saya muatkan dalam satu link khas nanti).

Thursday, January 24, 2008

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG - siRi 6

Tinggal 1 hari lagi eM2bP akan berlangsung dan segala persiapan menuju eM2bP sedang giat di jalankan oleh beberapa orang sahabat budiMaN yang telah bertungkus lumus dari awal projek ini lagi. Bilal bersama Suhaimi diA telah singgah di Surau Kg Tg Belengu tempat berlangsungnya event kita ini nanti pada pagi tadi untuk menyerahkan pinggan mangkuk dan beberapa barangan sumbangan Mydin Nilai (Slamber Jr). Selain itu mereka berdua telah memasang banner program yang telah di bekalkan oleh Bilal sendiri dan digantungkan di hadapan pagar Surau Kg Tg Belengu (gambar atas).

Che Dat juga ada memaklumkan bahawa Pejabat Belia Daerah Temerloh akan memasang khemah di hadapan surau bagi program ini. Mungkin esok (Jumaat), khemah tersebut akan di pasangkan.

Segala persiapan lain seperti membeli cat dan perkakasannya telahpun dilakukan oleh Wan Azhar dan Antu. Sementara Zambran pula telahpun menempah carpet untuk dipasang nanti oleh budiMaN. Che Dat juga telahpun menyerahkan wang kepada Pejabat Belia Daerah Temerloh yang akan menguruskan pembelian bahan-bahan mentah dan barangan untuk kenduri kecil memasak bersama penduduk kampung nanti.

Program eM2bP akan bermula pada jam 9-00 pagi, Sabtu 26hb Januari 2008 ini di Surau Kg Tg Belengu, Temerloh, Pahang. Lokasi program terletak menghala ke jalan Temerloh-Triang dan jarak perjalanan dari pekan Temerloh adalah kira-kira 15 minit. Surau Kg Tg Belengu terletak di sebelah kanan jalan besar Temerloh-Triang (sekiranya dari pekan Temerloh) dan boleh ditemui selepas melepasi Kg Lebak. Program akan bermula pada pukol 9-00 pagi dan diharap kengkawan budiMaN yang menyertai ekspedisi ini akan berada lebih awal di lokasi program nanti. Program dijangka selesai selepas sembahyang Asar berjemaah di surau tersebut. Kenduri kecil yang akan di adakan nanti adalah dengan penyediaan makanan untuk minum pagi pukol 10-00am, makan tengahari dan minum petang.

Bagi kengkawan yang akan berkonvoi dari Kuala Lumpur seperti saya sendiri, Walid, Charlie Koy, Zul Sani, Fadil Sutok bolehlah berkumpul di Stesyen BhP selepas tol Gombak seawal jam 7-00 pagi pada hari Sabtu nanti supaya dapat kita bertolak seawal waktu tersebut. Bagi kengkawan budiMaN yang berada di Temerloh mungkin boleh berkumpul di Stesyen Minyak Petronas berhampiran tepi sungai berdekatan masjid Temerloh sebelum bertolak ke lokasi. Bagi kengkawan di Maran dan Kuantan mungkin boleh berpakat untuk mengadakan konvoi juga nanti.

Alhamdulillah, sumbangan kengkawan budiMaN setakat ini (saya tidak dapat actual figure lagi) saya rasakan mencukupi untuk membiayai keseluruhan program ini. Program ini akan dibiayai sepenuhnya oleh budiMaN melalui wang sumbangan tersebut. Pejabat Belia Daerah Temerloh pula memberikan bantuan kepada budiMaN untuk menguruskan program ini. Bilal juga telah menghubungi akhbar Sinar Harian edisi Pahang dan akhbar tersebut akan membuat liputan khas berkenaan program ini, insyaallah.

Kepada kengkawan budiMaN yang ingin menyertai program ini masih lagi amat di alu-alukan terutama kepada geng perempuan kerana acara memasak bersama penduduk kampung nanti memerlukan ramai tenaga wanita. Harap kepada yang ingin pergi untuk dapat menghubungi saya bagi membolehkan kita membuat pengiraan untuk budget headcount makanan.

Wednesday, January 23, 2008

saBtU ni baNyAk gAtheRiNG

Selain dari eM2bP yang bakal berlangsung pada 26hb Januari 2008, Sabtu ini yang akan dihadiri oleh warga budiMaN bersama Jabatan Belia Daerah Temerloh bersama-sama orang kampung, ada 2 lagi gathering yang khabarnya akan berlangsung pada Sabtu ini juga. Jadi, insyaallah akan ada 3 gathering yang akan di hadiri oleh budiMaN di 3 lokasi yang berlainan dengan acara masing-masing. Gathering tersebut ialah :

1. eM2bP
Gathering budiMaN dalam program kerja amal mengecat, membaiki, menggantikan carpet serta memasak bersama penduduk kampung ini akan berlangsung di Surau Kg Tanjung Belengu, Temerloh, Pahang bermula dari jam 9-00 pagi, Sabtu ini. Pejabat Belia Daerah Temerloh khabarnya akan memasang khemah2 khas untuk acara ini yang akan disertai oleh belia dan Rakan Muda Daerah Temerloh, budiMaN dan penduduk Kampung Tanjung Belengu. Banner untuk program ini juga insyaallah akan dipasang di hadapan surau tempat kerja amal itu nanti. Program ini yang akan di biayai sepenuhnya hasil sumbangan tabung budiMaN tanpa sebarang peruntukan dari mana-mana pihak atau jabatan kerajaan adalah satu khidmat bakti budiMaN kepada masyarakat.

2. Gathering DSS
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi menerusi blog Muslim, DSS batch Julai 85 akan mengadakan satu gathering, juga pada hari Sabtu ini bertempat di Taman Permata, Kuala Lumpur. Khabarnya ramai kawan-kawan DSS batch Julai 85 akan hadir dalam gathering ini yang akan di buat di rumah Syed Mahdi dan Muzlina bermula jam 3-00 petang sehingga ke malam. Tentu seronok dan gembira kerana dapat berjumpa kawan-kawan lama yang sekian lama terpisah.

3. PotLucK dCS
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi dari SK, geng perempuan dCS batch Julai 85 juga akan mengadakan satu PotLucK pada hari Sabtu ini bertempat di rumah Rosnah, saya rasa terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Khabarnya ia masih dalam perancangan dan e-mail jemputan kepada kengkawan dCS telah diedarkan. PotLucK ni best juga kerana banyak makanan dan semestinya geng perempuan ni nak tunjukkan kebolehan memasak mereka di samping bergembira bertemu kengkawan lama. Khabarnya selain dari dCS, beberapa kengkawan dari course lain juga dijemput hadir. Mesti seronok jugak tu.

Apa-apa pun saya ucapkan selamat bergathering kepada semua kengkawan budiMaN walaupun di lokasi dan acara yang berlainan semoga gathering-gathering itu nanti akan membawa manfaat bukan sahaja kepada kengkawan budiMaN semua tetapi juga masyarakat sekeliling kita, insyaallah. Enjoy your gathering and Have fun.

Tuesday, January 22, 2008

aNA ivANoviC



Kalau buka Astro Channel 813, sekarang ini tiap-tiap hari akan tunjuk Australia Open Tennis Championship. Saya pun minat juga tengok tenis ni selain dari buka Golf Channel dan tengok EPL pada hari Sabtu dan Ahad. Kalau pemain tenis lelaki saya suka tengok Rafael Nadal sebab cara permainan beliau yang aggresif. Roger Faderer pun ok juga tapi dia ni cool sikit. Manakala pemain tenis perempuan pula saya suka tengok Ana Ivanovic (gambar kat atas) seeded ke 3 dalam World Ranking WTA sekarang. Ana Ivanovic akan bertemu Venus Williams dalam suku akhir nanti. Harap-harap Ana Ivanovic boleh masuk final dan bertemu Maria Sharapova atau Justin Henin Hardyne (ni pun favourite saya juga)

Sunday, January 20, 2008

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG - siRi 5

Petang Jumaat yang lepas setelah team eM2bP di Maran selesai bermesyuarat dengan Pegawai Belia Daerah Temerloh, Che Dat telah menelefon saya dan memberitahu hasil perbincangan yang telah dijalankan. Antaranya ialah :

1. Che Dat dan Bilal akan menguruskan urusan tempat kerja amal kita nanti iaitu di Surau Kg Tg Belengu, Temerloh, Pahang yang akan berlangsung pada jam 9-00 pagi, 26hb Januari 2008. Kerja amal kita nanti akan tertumpu untuk kerja-kerja mengecat surau, menggantikan carpet (ruangan solat perempuan) dan juga bergotong royong memasak kenduri kecil bersama-sama penduduk kampung.

2. Wan Azhar dan Antu akan menguruskan pembelian cat dan peralatan-peralatan untuk mengecat nanti.

3. Pegawai Belia Daerah Temerloh akan menyediakan tenaga kerja tambahan terdiri dari belia-belia dan Rakan Muda sekitar Kg Tg Belengu untuk membantu budiMaN dalam kerja-kerja amal itu nanti.

4. Kaum Wanita budiMaN akan bergotong royong bersama penduduk-penduduk kampung memasak makanan untuk kenduri kecil iaitu penyediaan makanan untuk minum pagi, makan tengahari dan minum petang.

5. Penyertaan budiMaN sangat-sangatlah diperlukan dan sila sahkan penyertaan anda dengan menghubungi saya sendiri dan nyatakan bilangan ahli keluarga yang akan hadir nanti bagi memudahkan pengiraan peserta untuk penyediaan makanan. Sila sahkan penyertaan anda selewat-lewatnya pada 24hb Januari 2008 untuk memudahkan Pegawai Belia Daerah Temerloh menyediakan bahan-bahan mentah untuk masakan nanti ( Pembelian bahan-bahan mentah akan di biayai dengan wang sumbangan budiMaN)

6. Dan akhir sekali kita masih mengharapkan sumbangan ikhlas anda seberapa yang termampu bagi menjalankan kerja amal ini. Sumbangan masih lagi jauh tidak mencukupi untuk membiayai kerja amal ini dan saya berharap anda semua rakan budiMaN dapat menyumbang seberapa yang boleh. Sehingga tengahari semalam ( Sabtu 19 Jan), sumbangan terkumpul hanyalah sebanyak RM500 sahaja. Sumbangan boleh dilakukan dengan memasukkan kedalam akaun eM2bP seperti di bawah :

Bank : Maybank
No Akaun : 114254123223
Nama Akaun : Zainordin Awang Samah
Tel : 019-7567799, 03-22972584 (O)

Marilah kita semua kengkawan budiMaN bersama-sama menyertai dan menyumbang untuk kegiatan sulung budiMaN di tahun baru 1429H dan 2008 ini.

Saturday, January 19, 2008

haRi aSyURa

Hari ini 19hb Januari 2008 adalah bersamaan dengan 10 Muharam 1429H iaitu Hari Asyura. Banyak perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Asyura. Antaranya ialah :

Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin bersedekah untuk eM2bP, hari ini yang merupakan Hari Asyura merupakan peluang yang terbaik untuk anda bagi mendapatkan kelebihan pahala bersedekah dari hari-hari yang lain, Insyaallah.

Berikut pula ialah petikan yang saya ambil dari Wikepidia berkenaan Hari Asyura :

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut sepertio juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. telahpun melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkang puasa Asyura adalah amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, Baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan alam.
7. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
8. Nabi Adam a.s. dicipta.
9. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
10. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
11. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
12. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
13. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
14. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
15. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
16. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
17. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
18. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
19. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
20. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
21. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
22. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
23. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifa Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
2. Memuliakan fakir miskin
3. Menahan marah
4. Menunjukkan orang sesat
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
6. Bersedekah
7. Memelihara kehormatan diri
8. Mandi Sunat. Lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
11. Sembahyang sunat empat rakaatlafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa
13. Puasa. Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

Friday, January 18, 2008

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG - siRi 4

Pagi ini jam 11.30, Che Dat, Raman @ Kerbau, Wan Azhar dan pegawai belia daerah Temerloh telah mengadakan mensyuarat di surau kampung Tanjung Belengu bagi membincangkan program eM2bP. Che Dat telah mengubungi saya dan memberitahu bahawa program akan dilaksanakan pada 26 Jan 08 seperti yg dirancangkan. Program akan tertumpu kepada mengecat surau, dan menggantikan carpet.

Kita juga akan memasak bersama-sama dengan penduduk kampung pada hari tersebut. Sumbangan wang tunai amat2lah diperlukan bagi menjayakan program ini. Hasil mesyuarat terperinci akan dibentangkan di artikel pada mlm ini. Harap budiman dapat membuat sumbangan seberapa segera dan mengesahkan penyertaan anda.

Wednesday, January 16, 2008

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG - siRi 3

Hampir seminggu saya tidak dapat mengikuti perkembangan blog kerana kesibukan menguruskan beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Kena pula laptop SK mengalami kerosakan motherboard dan terpaksa di rawat oleh Dell hampir 4 hari menyebabkan saya tidak dapat mengupdate blog. Ini kerana semua bahan-bahan blog terdapat di dalam laptop SK kerana lebih mudah beliau untuk membuat backup di dalam server yang besar.

Saya juga telah dihubungi oleh beberapa rakan-rakan yang ingin mengetahui perkembangan eM2bP sepanjang minggu ini. Mereka bertanyakan saya samada ingin meneruskan program ini walaupun sambutan yang diterima agak kurang memberansangkan. Che Dat ada memberitahu saya bahawa jika program ini diteruskan beliau akan menghubungi Pegawai Belia Daerah Temerloh untuk mendapatkan kerjasama beliau menyediakan persiapan program dan mungkin dapat menghantar seramai 10 orang Belia untuk membantu budiMaN nanti. Selain itu Pegawai Belia Daerah Temerloh juga akan membuat persiapan menyediakan makanan untuk program itu nanti.

Wan Azhar dan Bilal juga ada menghubungi saya untuk membantu dan saya meminta pertolongan mereka bersama Che Dat untuk pergi ke Surau Tg Belengu bagi membuat anggaran belanjawan untuk kerja-kerja membaikpulih surau tersebut. Kerja-kerja amal yang dirancang adalah seperti mengecat, mengganti carpet dan membaiki kerosakan kecil setakat yang termampu oleh kita. Program yang akan di jalankan selama sehari ini mungkin akan berlangsung pada 26hb Januari 2008 bergantung kepada perbincangan yang akan dijalankan pada hari Jumaat nanti bersama Pegawai Belia Daerah Temerloh. Jadi kepada geng DSS yang akan mengadakan gathering pada 26hb Jan nanti, saya minta berbanyak maaf kerana terpaksa mengadakan pada tarikh tersebut bersesuaian dengan persiapan oleh Pegawai Belia Daerah Temerloh. Walaupun geng DSS tak dapat menyumbang tenaga, mungkin ramai yang boleh menyumbang kewangan bagi program ini ( Geng DSS ni ramai yang berjawatan tinggi dan berpendapatan lumayan beb.... FG dan Ummi mungkin boleh persuade geng DSS)

Saya juga ada menghubungi Kitang ( yang khabarnya akan kembali bertugas di Maybank Bangsar mulai Jumaat ini 18hb Januari 2008 setelah bercuti hampir 3 bulan akibat keretakan tulang kaki kerana kemalangan motosikal ) dan Kitang memberitahu setakat Isnin lalu masih tiada sumbangan kewangan yang beliau terima dari kengkawan budiMaN untuk program eM2bP ini. Di harap kepada kengkawan budiMaN akan dapat memberikan sumbangan untuk kerja-kerja amal yang akan dijalankan nanti. Sumbanglah walaupun RM10 sekalipun untuk amal jariah membaikpulih surau di Tg Belengu. Sumbangan boleh di salurkan melalui akaun yang disiarkan di artikel siri 2.

Sumbangan tenaga juga amatlah dialu-alukan kerana jika ramai yang hadir nanti akan lebih memudahkan kerja-kerja membaikpulih tersebut. Oleh itu kepada yang ingin pergi harap sangatlah dapat menghubungi saya sendiri atau Antu sebagai koordinator Penyertaan supaya kita dapat mengira jumlah peserta yang akan hadir bagi membuat anggaran belanjawan penyediaan makanan. ( Makanan mungkin akan disediakan secara memasak sendiri bersama orang-orang kampung atau dibekalkan secara terus melalui caterer bergantung kepada perbincangan Jumaat ini dengan Pegawai Belia Daerah Temerloh)

Setakat ini hampir 10 keluarga telahpun mengesahkan penyertaan mereka yang terdiri dari saya sendiri, Bilal sekeluarga, Che Dat sekeluarga, Wan Azhar sekeluarga, Walid sekeluarga, Kitang sekeluarga, Charlie Koy sekeluarga, Raman Kerbau sekeluarga, Fadil Sutok sekeluarga, Antu sekeluarga dan Rod diB. Harap lebih ramai kengkawan budiMaN akan tampil dan turut serta untuk lebih memeriahkan lagi program kita ini di samping mendidik ahli keluarga kita dalam kerja-kerja amal kebajikan sebegini. ( Jadi, kepada Kekasih Gelap... sebenarnya ada juga segelintir budiMaN yang masih berhati putih tidak seperti yang anda sangkakan)

Apa-apapun nanti insyaallah selepas segala perbincangan antara Koordinator-koordinator seperti Che Dat, Wan Azhar dan Bilal berserta dengan Pegawai Belia Daerah Temerloh selesai pada Jumaat ini akan saya dapatkan maklumat tersebut dan siarkan terus di sini selewat-lewatnya pada hari Sabtu nanti. Sementara itu kepada kengkawan budiMaN, salurkanlah sumbangan anda terutama dalam bentuk sumbangan kewangan untuk program ini dan jika boleh menyertai, hubungilah saya atau koordinator penyertaan seberapa segera baik melalui e-mail, sms atau telefon sendiri.

Friday, January 11, 2008

LaGi ceRitA baNJiR


Saya tertarik dengan usaha satu team amal yang telah datang ke Kampung Nyak di Chenur, Pahang dalam ekspedisi kerja amal mereka dimana mereka beramai-ramai telah mengangkat rumah seorang penduduk kampung yang telah dihanyutkan banjir baru-baru ini. Rumah makcik tersebut telah di naiki air banjir sehingga ke paras bumbung dan merosakkan segala peralatan rumah termasuk mesin jahit yang menjadi punca pendapatan makcik itu. Makcik itu yang juga seorang ibu tunggal telah menitiskan airmata dengan bantuan yang diberikan oleh team amal tersebut. Team amal itu juga telah membantu membersihkan rumah dan pinggan mangkuk yang di saluti lumpur. Begitulah murninya usaha sesetengah pihak yang sanggup turun menjenguk ke kampung tanpa apa-apa motif politik tetapi dengan niat ikhlas untuk membantu sesama Islam dengan melupakan sebentar kesibukan tugas dan urusan duniawi yang sememangnya tidak akan selesai dan habis. Kisah ini sebenarnya saya ambil dari blog anak Temerloh "Dari gaung Hati" untuk tatapan dan tauladan kepada kita semua dan saya sendiri di tahun baru Maal Hijrah 1429 ini.

Thursday, January 10, 2008

1429H

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429 kepada semua umat Islam khususnya kepada warga budiMaN. Dengan meningkatnya tahun dan meningkatnya usia kita, diharap akan lebih mematangkan diri kita serta mempertingkatkan ilmu dan pengalaman kita semua di sini. Perubahan tahun tanpa di susuli dengan perubahan diri, sikap, amalan, kematangan, kedewasaan, ilmu pengetahuan dan perkara-perkara yang lebih baik tidak akan bermakna dan membawa erti dalam kehidupan. Selalu saya tanya diri sendiri, apakah dengan meningkatnya usia dan masa, kita menjadi lebih wiser lagi atau kita semakin memundurkan diri kita sendiri. Adakah dengan meningkatnya usia, kita menjadi lebih berilmu lagi atau setiap kali anak-anak kita bertanyakan kita, kita masih tiada jawapannya lagi. Semoga 1429H akan membawa lebih kebaikan kepada anda dan keluarga anda semua.

Wednesday, January 09, 2008

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG - siRi 2

Setelah berbincang dengan Bilal dan Man Troq di Kuala Lumpur baru-baru ini serta menghubungi beberapa rakan budiMaN maka dengan ini secara rasminya eM2bP di lancarkan dengan butiran program seperti berikut :

Program : Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Pahang (eM2bP)

Matlamat Program : Mengadakan gotong royong antara budiMaN dan penduduk kampung bagi membersih dan membaiki sebuah surau yang terlibat dalam banjir serta mengadakan kenduri kecil beserta tahlil dan doa selamat.

Lokasi Program : Sebuah surau ( akan ditentukan kelak samada di Kg Tg Belengu, Temerloh atau sebuah surau di daerah Maran)

Tarikh Program : 19hb Januari 2008 atau 26hb Januari 2008. Program sehari bermula sekitar jam 10-00 pagi dan dijangka berakhir selepas sembahyang Isyak.

Aturcara Program : Bergotong royong membersih surau, mengecat surau, membaiki kerosakan kecil, menggantikan beberapa peralatan surau yang rosak seperti permaidani, sejadah dsb. Mengadakan gotong royong memasak di surau untuk penyediaan makan tengahari, minum petang dan makan malam untuk semua peserta gotong royong yang di anggarkan berjumlah 200 orang terdiri dari budiMaN dan penduduk kampung.

Nota :
1. Berdasarkan matlamat program lebih tertumpu kepada kerja untuk membersih dan membaiki surau, maka sumbangan kewangan adalah lebih diperlukan bagi membiayai pembelian peralatan dan barang-barang untuk kerja membersih, membaiki surau dan menggantikan peralatan yang rosak. Di samping itu sumbangan kewangan juga akan digunakan untuk penyediaan makanan kenduri kecil di surau yang akan di jalankan dengan cara gotong royong memasak bersama penduduk kampung. Segala sumbangan kewangan hendaklah di salurkan melalui akaun yang saya siarkan dibawah nanti.

2. Sumbangan barangan pula lebih di utamakan untuk barangan yang hendak di sedekahkan kepada surau ( Contoh macam Slamber Jr yang khabarnya akan bersedekah pinggan mangkuk kepada surau). Sumbangan pakaian lama setakat ini tidak diperlukan lagi tetapi jika ada keperluan maka akan saya sampaikan di sini kemudian. Sumbangan barangan boleh lah diserahkan dengan menghubungi koordinator pungutan.

Di bawah ini saya siarkan senarai sukarelawan yang akan berkhidmat dalam potfolio masing-masing yang telah dihubungi oleh saya dan diharap rakan-rakan budiMaN akan memberikan bantuan dan kerjasama sepenuhnya kepada mereka.

1. Koordinator Tempat : Hamdan Boly (ADO Bera), Che Dat (Pegawai Sukan Daerah Maran) dan Bilal
2. Koordinator Pungutan : Syed Hamid @ Walid diA (Tel : 017-2525800)
3. Koordinator Penyertaan : Amy Jarr @ Antu dpA (Tel : 012-9860005)
4. Koordinator Peralatan : Wan Azhar diA (Tel: 019-9165765)
5. Koordinator Operasi : Raman Kerbau dbS (Tel : 013-9189221)
6. Bendahari : Zainordin @ Kitang diA (Tel : 019-7567799)
7. Penyelaras Program : Mazlan @ Lan kidA

Kita juga memerlukan seorang koordinator wanita untuk menyelaraskan kerja-kerja gotong royong memasak dan penyediaan makanan bersama-sama penduduk kampung nanti. ( Saya tanya SK tapi dia kata dia tak berkebolehan, mungkin Ummi lebih sesuai atau Chef Jun, maybe Wani dcS pun boleh juga…. Kita tengok lah nanti siapa yang sukarela ingin membantu). Apa-apa pun tenaga wanita budiMaN sangat-sangatlah diperlukan nanti untuk memasak makanan bagi hidangan lebih kurang 200 orang.

Segala sumbangan kewangan dan sedekah tunai bolehlah di salurkan melalui akaun di bawah :

Bank : Maybank
No Akaun : 114254123223
Nama Akaun : Zainordin Awang Samah
Tel : 019-7567799, 03-22972584 (O)
E-Mail : zainordin@maybank.com.my

Selepas anda membuat sumbangan dengan memasukkan wang kedalam akaun tersebut, silalah sms atau menelefon Zainordin @ Kitang dan nyatakan jumlah wang yang telah disumbangkan oleh anda.

Selain dari sumbangan kewangan yang sangat-sangat diperlukan, sumbangan tenaga anda semua budiMaN sangat-sangatlah diharapkan bagi menjayakan usaha amal kita ini. Penyertaan anda semua dalam ekspedisi ini bersama-sama isteri/suami dan anak-anak serta jika ada kawan-kawan/adik beradik yang ingin turut serta amatlah di alu-alukan. Jika ramai yang menyertai nanti mungkin kerja-kerja gotong royong itu akan lebih pantas di lakukan dan dapat disiapkan dengan lebih cepat. Inilah peluang kita untuk melakukan sedikit kerja-kerja amal yang mana manfaatnya akan di terima kita berkekalan selagi surau tersebut di gunakan, insyaallah. Untuk itu segeralah mengesahkan penyertaan anda nanti dengan menghubungi koordinator penyertaan iaitu saudara Amy Jarr @ Antu dan nyatakan bilangan ahli keluarga yang akan hadir.

Jika terdapat sebarang cadangan, komen atau masalah berhubung dengan eM2bP, silalah berhubung dengan koordinator yang berkaitan atau tulis terus di ruangan komen atau berhubung terus dengan saya sendiri. Semoga segala usaha murni kita ini beroleh kejayaan dan diberkati Allah swt dan semoga segala urusan eM2bP akan dipermudahkan Allah swt jua. Amin.

Sunday, January 06, 2008

puAN (ciK) rOZaiNuN

Pada hari Sabtu semalam rupa-rupanya blog kita ini telah dikunjungi oleh seorang tetamu istimewa iaitu Puan Rozainun atau dulunya kita selalu panggil Cik Rozainun, bekas pensyarah kita semasa di UitM Kuantan dahulu. Saya rasa bagi kalangan budiMaN khususnya dari kursus diA, dbS, diB dan dpA, nama Cik Rozainun memang tidak asing lagi. Beliau terkenal di Kuantan dahulu mengajar kita semua subjek Fundamental of Accounting dengan buku teks kita masa tu oleh Frank Wood. Rupa-rupanya semalam, Puan Rozainun telah mentelaah blog ini bermula dari artikel awal semasa blog ini di terbitkan dahulu. Beliau juga beritahu bahawa beberapa pensyarah lain juga masih berkhidmat dengan UitM dan kini berada di UitM Shah Alam seperti Puan Hamidah ( saya ingat dulu mengajar subjek Marketing ), Puan Laily dan lain-lain. Di bawah ini saya siarkan semula jejak Puan Rozainun yang telah ditinggalkan di ruangan komen artikel di bawah untuk tatapan anda semua.

Assalamu'alaikum bekas pelajar ITM 1980's di Pahang dulu yang pernah saya ajar. Saya terpanggil untuk menulis sepatah dua kata apabila ternampak nama saya (dalam pada ramai2 pensyarah yang mengajar kamu) di dalam blog awal ini. Terkenang2 pahit-manis zaman silam; it's been more than 20 years now. It is really good to hear you are all doing well. When I looked at your photos, I cannot remember most of you but the names are familiar. Rasanya semuanya dah berubah rupa dan saiz. It is good though to see all of you are now with your families and you still keep in touch with one another. Sedih juga saya bagi mereka yang sudah pergi meninggalkan kita semua. Life is too short. Make full use of it. You don't know what you are missing until you lose it. Anyway, if you happened to be in Shah Alam, I am still at the Faculty of Accountancy, Shah Alam. rozainun@salam.uitm.edu.my. Sehingga kita berjumpa lagi di satu hari, Insya'Allah, be good to yourselves and others. Other ex-Pahang lecturers who are in Shah Alam are Puan Hamidah Junid, Puan Laily Umar, Puan Noraini Nasir, Puan Che Aminah, Puan Rohana Alias, Dr Norashikin Ismail, Puan Norlida (transport),Dato' Nasuddin, etc. If you know Puan Nor Izzah, she is in UiTM Johor. Not too sure if you know this but Ustazah Halimahton dan suami beliau telah meninggal dunia few years ago, meninggalkan anak-anak mereka seramai 6 atau 7 orang, kini berada di KL dengan adik Arwah Ustazah. Wassalam and sincerely, your 'Cik' Rozainun.

Terima kasih Puan Rozainun kerana sudi bersama-sama budiMaN di dalam blog ini dan semoga hubungan silatulrahim antara kita semua di sini akan terus kekal berpanjangan sentiasa. Alhamdulillah nampaknya dari hari ke sehari, blog budiMaN kita ini semakin meriah dengan kehadiran bekas-bekas pelajar UitM Kuantan bukan sahaja dari batch-batch awal 1985 malah sehingga ke batch terakhir pada tahun 1992 dan kini pensyarah-pensyarah kita dahulu yang tidak pernah kita lupakan juga telah bersama-sama kita di sini. Insyaallah , mungkin dalam program-program budiMaN yang akan datang, kehadiran mereka akan lebih memeriahkan dan menyerikan lagi program kita itu nanti. Kepada semua budiMaN dan pensyarah-pensyarah, teruskanlah bersama budiMaN di dalam blog ini.

teRuS beRbuDi beRSaMa budiMaN
BeRaMaL, beRbaKti, beRSiLatuLRahiM

eM2bP : ekSpediSi meMbaNtU maNGsa banJiR pAhaNG

Bagi melaksanakan eM2bP, saya berpendapat perlu beberapa pembahagian tugas dengan sukarelawan budiMaN diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas tersebut. Antaranya yang saya sempat fikirkan ialah :

1. Koordinator Tempat - bagi menguruskan tempat/surau dan mengadakan perbincangan dengan ketua kampung/imam bagi menjalankan gotong royong/kenduri kecil serta mengenalpasti kerja-kerja yang bakal dijalankan nanti.

2. Koordinator Peralatan - menyediakan segala peralatan untuk gotong royong, penyediaan refreshment semasa gotong royong dan pembelian bahan-bahan makanan untuk kenduri kecil.

3. Koordinator Pungutan - menguruskan pungutan barang-barang yang ingin di sedekahkan kepada mangsa-mangsa banjir, packing dsb serta menguruskan pembelian barang-barang yang ingin di sedekahkan kepada surau/mangsa banjir.

4. Koordinator Penyertaan - menghubungi dan menguruskan penyertaan budiMaN yang ingin menyertai ekspedisi ini.

5. Bendahari - menguruskan kutipan kewangan/derma/sedekah dan mengeluarkan perbelanjaan serta menyediakan penyata penerimaan dan perbelanjaan di akhir ekspedisi nanti.

6. Koordinator Operasi - menyediakan dan menguruskan Aturcara semasa gotong royong dan kenduri kecil nanti. Menentukan tugas-tugas dan membuat pembahagian tugas peserta ekspedisi semasa gotong royong (i.e kerja mengecat berapa orang, kerja membasuh berapa orang dsb).

Itulah antara beberapa tugas yang sempat saya fikirkan dan bagi menjalankan ekspedisi kerja amal ini, sukarelawan amatlah diperlukan untuk tampil berkhidmat bagi menjayakan misi ini sepertimana yang kita semua buat semasa Ekspedisi Banjir Johor dahulu. Oleh itu kepada sesiapa yang bersedia untuk berkhidmat secara sukarela dalam tugas-tugas seperti di atas, silalah nyatakan di ruangan komen atau menghubungi saya sendiri.

Ekspedisi ini mungkin akan di adakan secepat-cepatnya pada 19hb Januari ini atau mungkin di lewatkan lagi jika ianya terlalu suntuk. Mungkin 26hb Januari juga sesuai iaitu kira-kira 3 minggu dari sekarang. Oleh itu segeralah berikan nama anda di ruangan komen untuk berkhidmat sebagai sukarelawan supaya misi kita yang pertama di tahun 2008 ini beroleh kejayaan.

JoM ke eKsPo aMinuDiN baKi

Sekadar untuk berkongsi dengan kengkawan sume, tentang pameran yang sedang berlangsung di kolej kediaman Aminuddin Baki UKM Bangi.
Tarikh : 7 ~ 11 Januari 2008
Masa : 9 pagi ~ 6 petang

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui apa yang ada di booth-booth yang mengambil bahagian dalam acara tersebut... sila lapangkan diri anda untuk sama-sama memeriahkan lagi Ekspo Aminuddin Baki ini.

Dan bagi anda para peminat novel sekalian... JEMARI SENI Publishing Sdn Bhd adalah salah satu penerbitan yang mengambil bahagian. Buku-buku keluaran JS akan anda dapati di sana dengan harga yang istimewa..!! Jadi apa tunggu lagi... beramai-ramailah kita SERBUUUU...!!!

Untuk keterangan lanjut anda boleh juga lawati di laman web ini

Tuesday, January 01, 2008

2008

2007 telahpun meninggalkan kita dan kini menjelma pula 2008. Semoga 2008 akan membawa perubahan cemerlang lagi dalam hidup kita baik dalam kerjaya, perniagaan, taraf hidup, tingkat keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Moga seluruh keluarga kita dan kengkawan budiMaN kita akan lebih berjaya dalam kehidupan masing-masing di tahun 2008 ini. 2008 pada saya membawa bermacam-macam sinar harapan untuk kehidupan yang lebih cemerlang dan kehidupan yang lebih baik dan sempurna. 2008 pastinya juga akan membawa cabaran yang paling getir yang akan ditempuhi dengan pelbagai event yang bakal di laksanakan baik dalam masyarakat dan diri kita sendiri.

Tidak banyak ucapan tahun baru yang saya terima kali ini berbanding tahun-tahun yang lepas. Ada satu ucapan dari ASP Zaman atau Mat Rapu dpA(batch Julai 85) di Seremban yang saya terima. Rupanya beliau sudah kembali ke Malaysia setelah bertugas hampir 2 tahun di Timor Leste menyertai misi PBB. Sebelum ini beliau di tempatkan di Ibupejabat Polis Kontijen di Seremban.

Minggu lepas juga saya sempat bergolfing dengan Antu dpA yang membawa keluarga beliau bercuti ke Kuala Lumpur selama seminggu. Saya bergolfing dengan beliau pada hari Jumaat dan selepas itu sempat teh tarik di cafe kelab golf berkenaan.

Pada hari Jumaat minggu lepas juga saya telah dihubungi oleh seorang lagi budiMaN batch 1992 (superduper junior betul) yang mengenalkan diri beliau sebagai Zil (pompuan) kursus diA. Saya difahamkan batch 1992 adalah batch terakhir yang sempat belajar di Kampus UitM Taman Gelora, Kuantan. Beliau beritahu saya ramai kawan-kawan batch beliau yang mengikuti perkembangan blog ini. Infact semasa gathering di Maran tempohari, banyak yang ingin pergi tapi berasa segan dan malu. Beliau beritahu saya jika ada sebarang aktiviti budiMaN, bolehlah beliau menghebahkannya kepada kengkawan batch beliau nanti.

Ahad lepas pula saya bersama keluarga beramai-ramai sempat juga melawat MISA (Malaysia International Space Adventure) di Percint 5, Putrajaya. Tiket masuk agak mahal jugak iaitu RM38 untuk dewasa dan RM23 untuk kanak-kanak. Sangka saya dengan promosi besar-besaran di media dengan hebahan peralatan-peralatan yang di bawa oleh NASA semestinya menjanjikan suatu pameran yang hebat. Nyata tidak seindah yang digambarkan. Tak berbaloi pada saya dan anak-anak saya pun berpendapat begitu.

Hampir seminggu juga saya tidak membuat sebarang posting baru. Bukanlah kerana terlalu sibuk. Sibuk manusia dengan urusan dunia sebenarnya hanya kerana jadual manusia itu sendiri yang tidak tersusun. Sesibuk mana sekalipun manusia kena pandai mencari luang masa untuk beribadat, makan, minum, tidur dan sebagainya. Sengaja saya tidak membuat posting baru bagi memberi peluang kengkawan untuk respon kepada posting berkenaan Ekspedisi Membantu Mangsa Banjir Pahang di bawah. Namun begitu, nampaknya respon yang diterima agak kurang memberangsangkan dan hanya melibatkan muka-muka yang sama. Tindakan susulan agak sukar untuk saya laksanakan kerana tidak ramai yang tampil untuk membantu secara sukarela. Jadi, kalau saya nak lantik AJK pun, saya takut mereka berkhidmat dengan paksarela pulak nanti. Tidak seperti semasa acara gathering dulu, banyak yang menghubungi saya untuk berkhidmat secara sukarela dengan menelefon saya sendiri. Mungkin ramai yang masih belum bersedia untuk membuat kerja-kerja amal sebegini agaknya.

aRseNaL leAdiNg beB

2008 juga pasukan Arsenal dalam English Premier League berjaya mendahului tangga teratas meninggalkan Manchester United, Chelsea dan Liverpool. Dengan kemenangan bergaya 4-1 keatas Everton minggu lepas dan kekalahan MU di tangan pasukan West Ham 2-1 di Upton Park membolehkan Arsenal mendahului liga dengan 2 mata di tahun baru 2008. Ramai juga antara budiMaN yang menjadi penyokong kuat Arsenal ni seperti Pyang NZ dan Dona dsS.

Arsenal yang rata-ratanya di barisi pemain yang berusia awal 20an dan tidak begitu terkenal dengan superstar-superstar seperti pemain-pemain MU, Chelsea dan Liverpool telah membuktikan duit bukanlah segala-galanya dalam mengungguli kejayaan. Mungkin kehidupan yang tidak glamour seperti pemain-pemain MU yang sentiasa berparti di sana sini membuatkan disiplin mereka kuat untuk mencapai kejayaan. Antara pemain Arsenal yang menarik minat saya ialah Back kanan iaitu Gael Clichy (gambar atas). Clichy telah menjadi pemain termuda Arsenal yang memenangi Premier League title pada tahun 2004 semasa berumur 18 tahun. Permainan Clichy yang lincah sebagai defence dan attacking defence pada saya setanding dengan Roberto Carlos, Ashley Cole atau Lizarazu di zaman muda mereka dan untuk itu Clichy telah di anugerahkan Man of The Match dalam satu perlawanan Arsenal baru-baru ini.

Apa-apapun kita tunggu sehingga Mei 2008 nanti untuk mengetahui Juara sebenar English Premier League dan malam nanti Arsenal akan berdepan pula dengan pasukan West Ham di The Emirates, Highbury, London.