Tuesday, April 17, 2007

SimA - beNGkeL siAnG mALaM



Malam semalam pergi tukar bearing, break shoe dan break pump ke dua-dua tayar belakang kereta Proton Iswara di Bengkel Kudin di Selayang. Semasa saya sampai di sana, hari pun dah lewat petang kira-kira jam 6-00 petang. Sempat ngeteh dengan Kudin dulu di Restoran Barakath di Jalan Ulu Yam sebelum memulakan kerja-kerja penggantian tersebut. Hujan pun agak lebat dalam waktu senja di sana tetapi ianya tidak menghalang kerja Kudin. Akhirnya dalam pukol 11-00 malam kerja-kerja penukaran tersebut pun siap sambil di selang seli dengan pelanggan-pelanggan lain yang turut membaiki kereta mereka di situ. Selepas itu sempat juga sekali lagi mengeteh dengan Kudin sambil kami jamming main gitar dengan beberapa jiran Kudin di bengkel tersebut. Meriah jugak la. Emak mertua Kudin yang hari itu masuk Hospital Selayang kerana sakit jantung kini sudah kembali pulih dan berehat di rumah. Kalau ada masa lapang lagi insyaallah boleh lepak kat Bengkel Kudin sambil pekena teh tarik, Yong Tau Foo dan jamming gitar tong dan elektrik. Hilang tension beb. On special request, Kudin boleh baiki kereta kawan-kawan sehingga lewat malam pun tak kisah dengan upah yang berpatutan sesangat.

6 comments:

Jun said...

wah...sambil tunggu kete repair..leh jamu selera..siap jamming lagik...best tu..test sore kida?

Anonymous said...

Bukan test sora Jun..test jari.. adusss... sakit jari beb..lama tak pegang gitar.

Mizi said...

kudin,
nak tanya sikit, napa kreta aku pada gear 'N' bila aku tekan minyak, engin akan tersekat-sekat bila jarum rpm tiba di angka 4. Tapi yg peliknya bila masuk gear 1,2,3&4 tak pulak tersekat-sekat walaupun jarum rpm dah melebihi angka 4. Aku dah pun tukar throttle body n spark plug tp masih mcm tu.....pening.

Anonymous said...

mizi ,
aku jawap bagi pihak kudin... mungkin fuel pump, coz normally fuel pump problem ngan throttle body kalu problem cam tu la jadi nye.

tq

adios

Anonymous said...

HAPPY BIRTHDAY TO KIDA

MAY GOD BLESS YOU

TQ

Mizi said...

mat dwan,
many thanks, mungkin jugak la fuel pump, mahal tak? kat mana letaknya fuel pump ni? Kat Thai ni susah nak berckp dgn mekanik sbb depa ni tak tau ckp english.....lagi poning aku. Susah-sudah, tunggu cuti balik KL, baru hantar kreta kat bengkel kudin. Ciao