Wednesday, April 25, 2007

Dari Laptop Bilal

Salam Warga Budiman,

Semoga semua sejahtera dan dilindungi Allah. Dengan Izin Allah jua, kita dipertemukan lagi dalam Blog ni. Sekadar menyambung coretan 'Erti Sebuah Persahabatan'.. Saya terbaca coreta ZM dalam artikel saya sebelum ni dan saya fikirpun ramai mungkin bersetuju dengan ZM bahawa umat akhir zaman ni.. rasa kasih sayang sebuah persahabatan semakin terhakis. Sukar untuk mencari sahabat yang sejati.

Seperti yang saya nyatakan di artikel sebelum ni.. bukan sekadar sahabat yang boleh kita ajak ngeteh atau main golf atau sky diving ke.. malah lebih dari itu. Kerana itu saya fikir inisiatif mewujudkan BUDIMAN seakan merapatkan semua rakan-rakan yang akrab menjadi sahabat. Dalam erti kata lain, 'KALAU BOLEH' kita ingin jadikan BUDIMAN lain dari yang lain. Setiap aktivitinya melahirkan ramai "sahabat" yang mana kita turut menjadi rakan yang hampir dikala senang mahupun susah, kita saling membantu tak kira dalam bentuk apa sekalipun sekadar yang kita termampu. Malah beberapa aktiviti sebelum ini sudah menampakkan hala tuju yang selaras dengan matlamat. Kita bantu mangsa banjir.. kita bantu apamz.. kita bantu rakan misteri.. kita ziarah mereka yang sakit, kita ziarah mereka yang kehilangan orang tersayang, kita buat potluck dan pelbagai lagi.

Namun ianya tak seharusnya berhenti di sini.. dan ini bukan usaha KIDA and the gang sahaja.. atau Kitang and the gang sahaja.. atau bilal and the gang sahaja.. atau ummi and the gang sahaja atau Antu and the gang sahaja atau walid and the gang sahaja. BUDIMAN bukan milik kami tapi milik mereka yang ingin menjadi "sahabat"

Sebab jangka masa panjang kami mungkin anjurkan Grand gathering, Treasure hunt, bowling, potluck, ngeteh, memancing, Mungkin acara yasinan setiap bulan mengikut zon, atau acara merhaban rumah kerumah ( atas undangan) tatkala aidil fitri atau aidil adha, mewujudkan dana kebajikan membantu rakan yang dilanda musibah , merencanakan program motivasi untuk anak-anak BUDIMAN, acara lawatan, acara kebajikan bersama Komuniti dan banyak lagi agar "sahabat" dalam BUDIMAN kekal ke akhir hayat.Di Coretan akan datang saya akan lakarkan apa peranan kita untuk menjadikan kita "Sahabat" dalam BUDIMAN. Moga maklumbalas sahabat memerihakan coreta ini..

Wassalam

No comments: