- Semalam saya sempat ngeteh dengan Kitang dan Lily sekeluarga di Restoran Petaling Maju, Taman Melati Utama, Gombak pada jam 10-00 malam. Kitang yang datang ke Kuala Lumpur sekeluarga pada petang semalam untuk membeli barangan keperluan untuk kedai Avonnya di Metakab dan tayar motosikal Superbike Honda Shadownya. Kudin Mekanik yang baru pulang dari melawat emak saudaranya yang baru menjalani pembedahan di Putrajaya juga sempat singgah untuk join ngeteh. Saya dan SK sekeluarga pula sebelum itu baru selesai menghadiri Jamuan yang di adakan oleh penulis novel terkenal Noor Suraya di KLCC sebelum ngeteh dengan Kitang.
- Antu pula ada menghantar sms kepada saya semalam memberitahu bahawa beliau telah kehilangan kereta Proton Iswara bewarna hitam no pendaftaran CBM 357 baru-baru ini. Beliau meminta kalau ada kawan-kawan BUDIMAN yang ternampak kereta tersebut untuk menghubungi beliau di 012-9860005. Dipercayai kereta tersebut berada di sekitar Kuala Lumpur dan pernah di lihat di sekitar Jalan Padang Tembak.
- Pyan DIB yang berada di New Zealand pula khabarnya telah menerima kelahiran baby sulongnya iaitu baby perempuan yang telah lahir pada tarikh yang sama dengan hari jadi saya pada 18hb April 2007 yang lalu. Harap Pyan boleh hantar maklumat lanjut beserta gambar baby untuk tatapan kawan-kawan jika tidak menjadi keberatan.
- Sidi @ Che Dat juga rasanya sudah menerima baby baru tetapi tiada sebarang berita pula di kirimkan kepada blog ini. Jika tidak menjadi keberatan harap Che Dat juga dapat mengirimkan sedikit berita dan gambar berkaitan kelahiran baby baru beliau itu.
- Pada pagi Khamis yang lepas pula saya sempat breakfast dengan Padil Sutoq di Selayang dan beliau memberitahu bahawa Amir USA ada menelefon beliau memberitahu bahawa Amir dan Afeza sekarang sedang mengikuti pengajian di peringkat Phd di sana. Khabarnya mereka berdua telahpun berjaya mendapat tajaan dari sebuah universiti tempatan di Malaysia. Lupa pula nak tanya Padil dalam bidang pengajian apa Amir dan Afeza ambil Phd. Maybe Amir atau Afeza boleh cerita sikit kalau tak keberatan.
- Ada beberapa kawan-kawan kita juga bertanyakan macam mana dengan PotLuck yang katanya nak di adakan di Kuantan pada 1hb Mei 2007 nanti beserta dengan bowling dan sebagainya. Maklumlah cuti panjang dan ramai yang nak plan untuk cuti tersebut. Kalau jadi PotLuck boleh lah di selitkan dalam plan mereka nanti. Harap kawan-kawan Kuantan yang bercadang untuk mengadakan acara PotLuck dan bowling boleh memberikan sedikit maklumat berkenaan perkara ini.
- Khabarnya Azahari DIB atau Bai telah berpindah kerja ke Nestle Shah Alam mulai April 2007 ini dari Pulau Pinang. Kalau ada kengkawan yang dapat memberitahu berkenaan berita ini harap dapat tulis sedikit kat blog ini atau Bai sendiri dapat menghantar maklumat ini kat blog. Apa-apa pun Selamat Datang ke Lembah Kelang buat Bai sekeluarga dan lepas ini bolehlah Kitang dan Bai datang ngeteh dengan Superbike mereka nampaknya.
Sunday, April 22, 2007
seDiKit beRitA kaWan-KaWaN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment