Tuesday, April 10, 2007

seMbaNg-sEmbAnG kOsOnG

Petang semalam sempat saya masuk blog sekejap dan bersembang dengan Ummi. Nampaknya makin hari blog ini makin tambah sunyi dan tidak semeriah dulu lagi semasa ianya di mulakan kira-kira 6 bulan dahulu. Ramai yang makin menyepi dari blog. Mungkin persahabatan ni dah hilang steam kot agaknya. Kalau dulu kita boleh lihat kemeriahan di chatbox tetapi sekarang keadaan betul-betul berubah. Takde lagi Amir dan Fezah USA, Awin, Zuhairi, FG, Pablo, Walid, Niazor, Mat Dwan dan lain-lain lagi. Mungkin kesibukan tahun 2007 menghalang beberapa kawan-kawan kita yang selalu di sini untuk bersama-sama kita lagi. Platform penghubung antara kawan-kawan semua di sini nampaknya tidak begitu berfungsi lagi.

Ketiadaan artikel-artikel perkembangan terkini antara kita semua juga merupakan suatu tarikan yang hilang disini. Ketiadaan artikel dan maklumat terkini saya rasakan akan menyebabkan blog ini akan hilang dan terpadam secara perlahan-lahan akhirnya nanti. Bagaimanapun menemukan anda semua setelah hampir 20 tahun terpisah bagi saya sudah mencapai matlamat dan jika ianya tidak dapat diteruskan mungkin suatu hari nanti ada usaha lain yang boleh merapatkan ikatan itu kembali.

Bersembang dengan Ummi petang semalam dimana Ummi ada memberitahu bahawa beliau dan Bilal ada merancang untuk mengadakan Bowling Reunion dan PotLuck di Kuantan sekitar 1hb Mei 2007 nanti. Bagaimanapun belum ada pengesahan berkaitan perkara ini dan kerana itulah suatu pengumuman rasmi belum lagi dibuat. Antu sebelum itu ada membuat rancangan untuk mengadakan Golfing Reunion juga bertempat di Kuantan. Saya rasa kalau di buat one day event iaitu pagi Golfing Reunion, petang Bowling Reunion dan malam PotLuck ( rancangannya di Taman Gelora ) pun elok juga. Bagaimanapun Ummi dan Bilal sedang mengusahakan idea-idea tersebut dan mungkin dalam masa terdekat ini suatu pengumuman di blog ini dapat dibuat.

Sessi teh tarik di Kuala Lumpur juga sudah lama tidak di adakan. Kali terakhir saya rasa kira-kira 2 bulan yang lalu di Restoran Pelita bersama-sama Bilal, Anita, AR, Kudeng, Apek, Man Troq dan Kitang. PotLuck juga kali terakhir di Temerloh kira-kira 2 bulan yang lalu. Saya memang tak sempat untuk initate perkara-perkara macam ini buat jangkamasa ini tetapi nampaknya kawan-kawan yang lain pun turut menyepi.

Event yang Bilal cadangkan pula iaitu Kem Pemantapan Sahsiah Remaja Cemerlang yang dibuka kepada anak-anak BUDIMAN, saya tidak tahu bagaimana sambutannya. Harap-harap kem tersebut akan menjadi kenyataan dan berjalan dengan sambutan yang baik dari kawan-kawan semua.

Untuk mengadakan acara-acara yang lebih besar seperti Grand Gathering dan sebagainya, saya rasa macam tak nampak jalan lagi dan mungkin, kalau yang terlibat adalah orang-orang yang sama yang mana kadang-kadang tu saya sendiri kesian dan terharu dengan kegigihan sesetengah antara kita sedangkan yang lain-lainnya susah nak cerita...

Apa-apa pun ini sembang kosong jer dan saya ada Tournament Golf di IOI Palm Garden sebelah pagi ini dan sebelah petang dan malam ada beberapa aktiviti rasmi dan tak rasmi. So harap kawan-kawan semua samada yang busy sesangat atau saja-saja buat busy tu, ingat2 umur dah masuk 40 tu macam2 hal boleh jadi kalau kerja teruk-teruk sangat, Take a break. Have fun. Do something interesting and make your wife angry ( If she never angry with u, if she always angry don't try2 la). There are so many interesting places and things outside. Go. Make everyday a very enjoyable day to live and always looking foward for tommorow.

5 comments:

Anonymous said...

salam kida...
mmg nmpk kureng skit kat chat box ni...aku mmg bz tul....baru abis audit...interco KUB lak jadi isu...mcm2. tp aku sesekali skodeng gak kat cni. cuma aku miss ngetei la...ngetei la ptg2 skit..
anyway mmg miss sessi ngetei ni.
don worry...frenship will be forever w/pun bukan melalui internet or apa2 aje. its in the heart...my heart(mcm lagu indon tu laa)

Anonymous said...

ermm... sori lah kida. sejak kebelakangan ni koi mmg bz giler. Maklum aje lah kalau dah kerja bahagian Accounts...sibuk dgn audit dan juga closing financial year 2006. Ni pun external auditor tgh sibuk check report koi...hope tak kantoi..naya koi nanti. Tambahan pula byk model baru akan dipasarkan so koi kena study kos. Ari tu lak satu kontena set kena rompak...dan ari ni lak satu lori PCB accident...pening kepala koi..

Amir-Isa said...

salam Kida:
aku masih mengikuti perkembangan blog dari jauh aja...(sekodeng sekali sekali)...
sorry la agak busy lately..sejak January lagi..nak masuk mencelah tengok tak de member yang kenal sangat..
tak apa la..summer nanti eventually akan meriah balek semula.

Amir

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Sejak blog tutup sekejap hari itu, tak sangka pulak ada aktiviti diteruskan. Ingatkan hendak di SITAR blog ini. Anyway, terbantut sekejap perasaan bila disergah sebegitu rupa.

Anyway, kita kena buka minda kita supaya dapat menerima apa saja kerana tidak semua yang kita tidak suka itu tidak baik pada orang lain. Bukan begitu?

Mizi said...

aku sesekali ada juga skodeng blog ni tapi takle lama sbb lately ni keadaan kat tempat aku (selatan Siam) kembali membimbangkan. Tiap hari ada je kes tembak, bom dan sebagainya, so, kena pantau. Insyaalah lepas ni ok kot. Keep in touch. Ciao.