Sambungan..
Tak ramai yang benar-benar faham hakikat persahabatan. Ada yang beranggapan kalau dapat sekadar bertanya khabar sekali sekala, dapat ngeteh sekali sekala, dapat bersuka ria sekali sekala..dapat bersama main golf sekali sekala sudah memadai. Itu dah kira persahabatan yang akrab..Ya ke ? Anda bersetuju ?
Dua Minggu lalu saya ada Public program di Kuching, Sarawak. Sampai di Airport, seorang pemandu teksi yang saya panggil Wak Minan telah setia menanti saya. Saya mula mengenali Wak Minan ketika saya ke Kuching Bulan Oktober 2005. Dan setiap kali ke sana, pasti saya akan menghubungi beliau. Apa pun saya bukan nak menceritakan hubungan saya dengan beliau, cuma yang menariknya bagi pemandu teksi yang berusia 57 tahun ini ialah ketika saya berkunjung ke Kuching baru-baru ini, saya sempat bersiar-siar dengan beliau. Antara cerita beliau yang mencuit hati saya ialah setiap minggu beliau pasti akan balik ke kampung yang terletak hampir 2 jam perjalanan ( driving) dari Kuching. Beliau berusaha untuk sampai sebelum solat jumaat dan ingin solat jumaat bersama sahabat-sahabatnya di kampung. Lantas saya bertanya apa istimewanya wak ? Jawab Wak istimewanya ialah tatkala dapat bersalam dengan sahabat selepas solat, bertanya khabar dan sebelah petang atau malam akan berkunjung kerumah mereka bagi mengeratkan lagi silatur rahim. Itu sudah memberi kepuasan pada dia kerana dapat menunaikan tanggungjawab bersahabat. Ketika dia bercerita, lama saya mengamati wajah orang tua itu. Dalam hati saya berkata..Wak tidak berpelajaran tinggi.Tidak tahu pasal komputer apatah lagi mempunyai blog .Tidak punyai platform seperti kita untuk bersembang. Saya kira fasa persahabatan yang kekal dalam diri dia ialah fasa sekolah menengah dan juga kejiranan di kampong halaman. Namun yang saya kagum, meskipun pelajarannya tidak tinggi, beliau amat mengerti malah menitik beratkan erti sebuah persahabatan. Saya melontarkan pertanyaan seterusnya.. Kenapa Wak bersusah payah melakukan ini semua ?Jawab beliau ..bukan mudah mencari sahabat yang baik zaman ini.., nak dan jika kita ingin orang menganggap kita sebagai sahabat, kita kena bina 'persahabatan' dulu dengan mereka..Saya tersenyum dan serta merta fikiran melayang kepada BUDIMAN. Berbalik kepada kewujudan BUDIMAN dan apa kaitan dengan isu yang saya ingin kupaskan..
Kita sambung nanti...
1 comment:
aku tertarik sgt artikel kau mengenai sahabat ni. kadangkala terfikir oleh aku bole ker kita semua menjadi mcm "wak" itu. erm... yg aku pasti antara semua rakan budiman, Muslim satu-satu kawan yg paling rapat dgn aku...suka, duka dan segalanya untuk bercerita. apapun rakan lain juga tetap di hatiku walau tak serapat dgn Muslim...
Post a Comment