Thursday, May 31, 2007

TaKziAh uNtuK ShEmA sEkeLuarGa

Salam sejahtera semua,

Baru sebentar tadi pukul 10 pagi, SK terima berita dari Shema (DBS July’85) mengatakan bahawa ayah Shema telah kembali kerahmatullah pagi semalam. Tidak pula dinyatakan sebab2 kematian dan tempat di semadikan.

Pada Shema dan keluarga SK ucapkan takziah dan tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang.

SK doakan moga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.

Alfatihah

Tuesday, May 29, 2007

geNG seNiOr ziARah aPamZ

Baru sekejap tadi lebihkurang pukol 8-00 malam Apamz ada sms kepada saya memberitahu bahawa geng-geng Senior kita yang terdiri dari Slambe Sr, Zul Jengka, Norma dan Sheena (DSS) telah berkunjung ke rumah beliau di Taman Balok Makmor, Kuantan. Namun Apamz tiada di rumah kerana berniaga di pasar malam di Taman Tas. Mereka bergegas pula ke Taman Tas untuk menemui Apamz di sana. Walaupun jauh mereka datang sanggup untuk menziarah Apamz, begitulah pengorbanan kawan-kawan sejati. Sheena rasanya datang dari Sabah, manakala Slambe Sr dari Shah Alam sanggup datang dari jauh menziarahi Apamz di Kuantan. Terima kasih dengan keprihatinan kawan-kawan.

Monday, May 28, 2007

ziARah aPaMZ daN miZa

Semalam saya dan SK sekeluarga berpeluang menziarahi Apamz dan Miza di Kuantan di rumahnya di Taman Balok Makmor, Kuantan. Saya sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11-30 pagi Ahad dan kami sampai di Kuantan kira-kira jam 2-30 petang lalu terus menuju ke Gerai Rojak Ayam di Taman Gelora. Ummi dan anak pompuannya dah siap menunggu kami di sana dan kami bersama-sama menikmati Rojak Ayam sambil di buai deruan angin laut.

Selesai menikmati Rojak Ayam, kami bertolak pula ke rumah Apamz yang terletak di Taman Balok Makmor, Kuantan. Kami sampai di rumah Apamz lebih kurang pukol 4-00 petang dan di sana Kitang dan Lily sekeluarga juga sudah sampai setengah jam awal dari kami. Lily dan Kitang bergotong-royong membersihkan rumah Apamz, mop lantai, bersihkan dapur. Sementara itu Ummi pula menjerang air dan membuat air minuman. Apamz pula telah menyediakan Ice Blended Special untuk kami sambil menikmati kuih-muih yang kami bawa.

Keadaan Miza nampak segar sedikit walaupun beliau tidak boleh makan macam kebiasaannya. Cuma boleh makan bubur sahaja. Kelihatan kegembiraan yang jelas di wajah Apamz dan Miza dengan kehadiran kawan-kawan semua. Shafiq anak sulong Apamz yang duduk di asrama juga ada semalam tetapi demam manakala anak istimewa Apamz yang ke 2 juga ada.

Setelah berada lebih kurang 2 jam di rumah Apamz, kami semua beredar di mana Kitang dan Lily pulang ke Temerloh manakala saya sekeluarga di pelawa oleh Ummi untuk singgah di rumah beliau. Terus dari rumah Apamz, kami menuju pula ke rumah Ummi yang terletak di Taman Cenderawasih, Kuantan dan sempat mandi dan menukar pakaian untuk program seterusnya iaitu Solat Hajat di Masjid Besar Kuantan selepas Solat Isyak. Abang Nu suami Ummi tiada di rumah kerana bertugas di Tioman tetapi tak henti menelefon untuk memastikan kami selesa sepanjang berada di rumahnya.

Sementara saya pergi ke Masjid Besar Kuantan, SK dan anak-anak saya tinggalkan di rumah Ummi. Saya sampai di Masjid Besar Kuantan selepas Solat Maghrib dan tidak lama kemudian Bilal dan anak-anaknya sampai, begitu juga Joe Malady DIB dan Puis (Khairusham DBS). Antu DPA juga sampai dengan anaknya manakala Apamz sampai sejurus sebelum Solat Isyak bermula. Sebaik memulakan Solat Isyak, lampu masjid terpadam semuanya dan di fahamkan seluruh bandar Kuantan telah mengalami blackout.

Walaubagaimanapun dalam kegelapan pekat malam dan cuaca panas, kami lebih kurang 10 orang tetap meneruskan Solat Hajat bagi mendoakan Miza agar dapat dipulihkan kembali dengan berimamkan Bilal. Bilal juga membacakan doa dengan mendoakan agar Apamz sekeluarga akan tabah dan cekal dalam menghadapi segala ujian Allah dan agar Miza dapat dipulihkan kesihatannnya kembali.

Selesai kami Solat Hajat, kami semua pergi pekena Sup Tulang di padang MPK berhampiran Masjid Besar dan bersembang berkaitan aktiviti BUDIMAN dan beberapa perancangan berkaitan eMay yang bakal berlangsung.

Selesai pekena sup tulang, kami semua bersurai dan saya kembali kerumah Ummi untuk mengambil SK dan anak-anak saya dalam keadaan hujan yang amat lebat. Saya di hidangkan oleh Ummi dengan satay Kuantan dan lebih kurang jam 11-30 malam barulah saya sekeluarga bertolak balik ke Kuala Lumpur. Meredah hujan lebat dengan kelajuan minima, alhamdulillah akhirnya saya sampai di Kuala Lumpur lebih kurang jam 2-30 pagi. Dan pagi tadi Dona DSS menelefon saya memberitahu bahawa beberapa kawan-kawan beliau akan ke Kuantan hari ini untuk menziarahi Apamz dan saya maklumkan kepada Apamz tentang berita tersebut. Gambar-gambar semasa di Kuantan akan saya siarkan kemudian.

Sunday, May 27, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Nampaknya tiada kawan-kawan yang menyahut panggilan untuk menziarahi Apamz sekeluarga pada weekend ni ke Kuantan. Takpelah nak buat macam mana. Mana yang rasa nak pergi sendiri-sendiri tu, eloklah ziarah kawan kita yang sedang kesusahan itu. Masa ni masa dia, masa kita nanti kita tak tau macam mana, redha je la...setiap niat dan perbuatan tu ada balasan baik buruknya, cuma masa sahaja yang akan menentukannya, terima je la.

Kawan kita yang selalu menguruskan kutipan kewangan kita nampaknya terus menyepikan dirinya, mungkin sedang menghadapi masalah berat agaknya. Untuk Tabung Bantuan Apamz yang saya cadang untuk di adakan maka Bilal telah bersetuju untuk menjadi Bendahari sementara. Maka segala sumbangan untuk Apamz sekeluarga bolehlah dihulurkan melalui Bilal menerusi akaun seperti di bawah ini :

Penama Akaun : Azmi Abu Bakar (Bilal)
Bank : Maybank
No Akaun : 101254011503

Setakat ini tiada dateline untuk menyumbang cuma saya rasa eloklah kiranya dapat di kumpulkan dalam tempoh 2 minggu ini. Insyaallah kita akan umumkan berapakah jumlah sumbangan itu nanti semoga ianya akan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh Apamz sekeluarga. Setelah sumbangan yang kita sarankan kepada Apamz secara terus tidak mendapat sambutan (cuma petang tadi ada seorang sahabat perempuan ada msg kepada SK bahawa beliau ada membuat sumbangan sedikit dan minta beritahu Apamz), maka saya amat berharap moga-moga Allah swt membukakan pintu hati tuan-tuan dan puan-puan untuk membuat sedikit sumbangan kepada Apamz sekeluarga.

Jangan lupa pada malam nanti Ahad 27hb Mei 2007 bertempat di Masjid Besar Kuantan, Bilal dan Apamz ada menganjurkan sembahayang hajat untuk Miza. Semoga kawan-kawan terutama yang berada di Kuantan dapat meluangkan masa selepas Isyak untuk bersembahyang hajat bersama-sama Apamz moga-moga akan dipulihkan semula kesihatan Miza.

Malam Jumaat dulu saya juga ada menerima sms (tak tau sapa yang hantar sebab masa tu handphone saya rosak lagi) memberitahu bahawa Emak Mertua kepada Bob MG DIA telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat malam yang lalu kira-kira jam 8-45 malam. Tidak pula dinyatakan punca kematian.

Pada malam Jumaat itu juga saya menziarahi Kudin Mekanik yang kurang sihat kerana penyakit darah tinggi yang telah di alaminya sejak 3 hari yang lepas. Mungkin kerana agak kurang rihat tekanan darah beliau naik dengan tinggi. Beliau kini berehat di rumah dengan mengambil ubat-ubatan.

Hari Jumaat juga 25hb Mei 2007 merupakan harijadi kepada isteri Padil Sutoq. Saya mendapat tahu kerana Padil ada menelefon saya bertanyakan restoran yang sesuai untuk beliau membawa isterinya untuk candle light dinner sambil mendengar live band. Beliau ingin ke Bora-Bora di Ampang Point tetapi bertanyakan saya jika ada yang lebih sesuai. Saya beritahu beliau kalau nak rilek dan nyaman sikit pergi kat Alexis Bistro sambil dengar live music Jazz dari Sharizan, Sheila Majid, Luise Pragasam atau kadang-kadang Dave Koz. Kalau nak havoc sikit boleh pergi Planet Holywood atau Hard Rock Cafe. Pada malamnya bila saya telefon beliau semula tiada jawapan, maybe sedang lentok dinner sambil dengar live band sampai tak dengar telefon saya agaknya...hehehe.

Apa-apa pun walau apa saja yang kita buat weekend ni dan hari-hari seterusnya, sesekali pandanglah ke belakang sekejap, ingatlah ada kawan-kawan kita yang sedang dalam kesusahan dan amat memerlukan bantuan kita... janganlah kita menjadi kawan di masa ketawa sahaja.... janganlah kita asyik mendongak ke langit sahaja sampai lupa apa yang ada di bawah....

Friday, May 25, 2007

taBuNg baNtUaN uNtUk aPaMZ

Alhamdulillah pagi tadi saya dapat sms dari Walid yang memberitahu bahawa Miza isteri Apamz telah selamat keluar dari Hospital Tg Ampuan Afzan di Kuantan. Ummi pun ada sms kepada SK memberitahu berita ini. Walaupun keadaan Miza masih lagi lemah dan terpaksa makan menggunakan tiub dan terdapat jangkitan kuman di paru-paru beliau, doktor membenarkan Miza untuk discharged dan pulang ke rumah. Bil perubatan beliau pula telah di settlekan oleh Antu yang berada di sana menziarahi Apamz. Terima kasih tidak terhingga kita ucapkan kepada Antu dengan sumbangan tersebut. Man Gelap DPA yang bekerja di kantin HTAA juga turut berada di sana semasa Miza discharged tengahari tadi. Rozain@ Niazor juga telah bersusah payah menguruskan urusan discharged Miza dan di sini kita ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah menunjukkan sikap prihatin sebelum dan semasa Miza berada di HTAA. Bilal, Ummi, Niazor, Walid, Antu dan mungkin yang lain yang saya tak dapat sebutkan nama di sini, setiap hari menziarahi Apamz atau menelefon bertanyakan khabar Miza dan sentiasa memikirkan kesusahan yang di tanggung oleh Apamz sekeluarga.

Apamz juga ada menghubungi saya malam tadi dan beliau memberitahu saya beliau berada di rumah dan baru selesai menyuapkan Miza bubur yang dibuat oleh beliau. Terpaksa suap secara begitu berhati-hati dan habislah semangkuk bubur yang dimasak oleh Apamz. Keadaan Miza ada perubahan sedikit, nampak lebih segar sedikit dan Apamz berasa lega dan gembira sedikit. Apamz juga memberitahu saya bahawa beliau sudah 4 hari tidak berniaga. Saya juga bertanyakan beliau samada ada kengkawan yang menghulurkan bantuan melalui akaun BIMB yang no akaunnya ada kita siarkan dibawah. Menurut beliau sehingga petang tadi tiada sebarang bantuan yang kawan-kawan hulurkan melalui akaun tersebut. Tersentak juga saya mendengarnya.

Disini saya ingin untuk menyatakan bahawa bukanlah niat saya untuk mendedahkan segala masalah yang ditanggung oleh orang yang saya anggap sebagai suami, bapa dan lelaki antara yang terbaik dan mithali yang pernah saya temui sepanjang 42 tahun umur saya tetapi itulah realitinya. Kesusahan dan kepayahan yang ditanggung oleh Apamz sukar untuk saya nyatakan di sini, untuk saya bentangkan di sini...kerana ianya terlalu panjang, terlalu sukar untuk dituturkan dan meleraikan airmata sentiasa. Dari keadaan Miza yang terlantar menderita setelah melahirkan anak ke 2 yang juga mendapat down sindrome (bukan authisme) sehinggalah ke episod untuk membawa Miza ke HTAA dan discharged tengahari semalam... tak henti-henti airmata mengalir bila dikenangkan. Mujurlah ada Ummi, Bilal, Walid dan Antu dan Niazor yang membantu. Dengan punca pendapatan dan perniagaan yang tidak menentu, dengan isteri yang sakit, dengan anak yang down sindrome.... banyak lagi ceritera sebenarnya tapi biarlah setakat itu sahaja list yang saya catatkan disini.....

Oleh itu saya dengan ini menubuhkan Tabung Bantuan Untuk Apamz yang saya minta tolong sekiranya saudara Kitang yang lama menyepi kalau-kalau masih sudi untuk berbakti sebagai Bendahari untuk menguruskan kutipan ini. Kalau Kitang setuju harap dapat siarkan di ruangan komen, nombor akaun untuk tabung ini. Sumbanglah seikhlas yang mampu, mungkin ianya dapat meringankan sedikit dari beban berat yang dipikul oleh kawan kita itu.

Apa yang terjadi kepada Apamz adalah ketentuan Illahi. Ujian yang ditanggung oleh Apamz adalah ujian untuk beliau. Namun begitu sebagai orang-orang yang mengenali dan tahu kesusahan Apamz, anda juga di uji. Inilah ujian untuk anda semua. Ujian Allah swt kepada anda untuk mengetahui apakah tindakan anda terhadap sahabat anda yang ditimpa kesusahan dan penderitaan. Cukupkah setakat menelefon sahaja, cukupkah setakat mendengar sahaja, cukupkah setakat melihat sahaja....... ( Tak payah rasanya saya ceritakan kisah pengorbanan Nabi dengan sahabat sebab ramai yang lebih arif dari saya)

Bilal bersama Apamz akan mengadakan Solat Hajat selepas Sembahyang Isyak di Masjid Besar Kuantan pada hari Ahad ini bersamaan 27hb Mei 2007. Harap kawan-kawan yang kelapangan sudi menghadirkan diri. Insyaallah Apamz akan juga turut serta. Insyaallah saya, SK dan Walid akan menziarahi Apamz pada weekend ini dan kalau kawan-kawan ada yang ingin turut serta bolehlah berhubung nanti. Maybe Ahad masa yang sesuai kerana Apamz sememangnya tidak berniaga pada hari itu. Kalau ramai yang nak turut serta mungkin kita boleh membawa makanan sedikit seorang dan berkumpul ramai-ramai sambil menziarahi dan bertanya khabar. Mungkin ianya dapat menceriakan sedikit Miza dan Apamz bahawa ramainya kawan-kawan BUDIMAN ini yang sangat baik hati dan amat prihatin kesemuanya kepada mereka biarpun sekejap. Terpulanglah kepada anda semua yer.....

Tuesday, May 22, 2007

jOM Pi kOnVoi tGk miZa

Bilal ada hantar sms pagi tadi beritahu wad dimana Miza, isteri Apamz berada. Ummi pun ada beritahu di ruangan komen di bawah. Malam semalam SK juga ada beritahu bahawa Ummi dan Rozain ada hantar sms beritahu keadaan Miza. Tengahari tadi Antu pun ada call aku beritahu bahawa beliau dah pergi tengok MIza malam tadi dimana doktor dah masukkan sedikit susu menerusi tiub kepada Miza. Tengahari ini mungkin Antu akan pergi melawat sekali lagi katanya.

Aku pulak dengan phone aku yang tenggelam dalam air dan hilang semua no kontek kengkawan memang susah betul. Memang aku tunggu je la sesiapa yang call. Nasib baik phone tu rosak sebaik saja aku sudah selesai call Apamz tapi masa tu Miza belum masuk hospital lagi la. Nak beli phone baru, dia orang kata boleh repair phone aku tu, jadi terpaksalah guna phone anak aku pinjam sekejap.

Aku cadang kalau ada kengkawan yang nak pergi petang2 lepas habis kerja ke Kuantan ramai2 menziarahi Miza dan Apamz. Boleh balik malam tu jugak. Pergi satu kereta pun takpe, boleh kongsi2 minyak dan tol. Driver pun ramai tak penat sangat. Sekurang2nya dapat beri sokongan moral kepada Apamz pun dah elok rasanya. Petang esok pun elok juga kalau takpun malam ni.

Monday, May 21, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Sedikit berita berkaitan Miza isteri Apamz yang telah dimasukkan ke Hospital Tg Ampuan Afzan, Kuantan. Catatan ini dipetik dari shoutbox yang telah disampaikan oleh Ummi. Saya kurang pasti wad mana kerana saya tak boleh nak access sepenuhnya chatbox kerana line saya dah di block.

Kla-Kla juga ada menghantar sms kepada saya semalam memberitahu bahawa isteri beliau telahpun selamat melahirkan anak (saya tak pasti yang ke berapa sebab tidak diberitahu pula) pada 18hb Mei 2007 yang lalu. Anak lelaki.