Thursday, April 07, 2011

RiLekS LaGi

Ni keluarga sebelah Anim sewaktu kami BBQ di Port Dickson baru-baru ni

Ni adik Anim no 3 Mohd Norkhairi yang kerja sebagai Pengurus Kilang Sime Darby di Kalimantan, Indonesia. Pak Lawak dan best kalau dia ada masa BBQ
Ramai-ramai BBQ di Port Dickson
Ni BBQ kat Temerloh sebelah keluarga saya...bakar jagung
Kat Temerloh masa ni adik-adik saya ada kecuali Moharizal sahaja yang tiada kerana balik kg bini dia kat Medan masa tu.

Oleh kerana tiada cerita nak sembang kat sini dan nak sambung artikel Mat DwaN pun minggu depan la pulak, nak ajak kengkawan pegi tengok Mulyadi pun kengkawan banyak sibuk, nak ajak kengkawan buat golfing budiMaN seperti yang Mat Taib nak anjurkan pun tak dapat cari tarikh yang sesuai lagi, maka kita teruskan cerita pasal makan-makan ni. Makan-makan ni memang best terutama sekali kalau kumpul ramai-ramai dan kita buat BBQ. Sambil tu kita petik-petik gitar sikit, gulung rokok daun sikit dan pekena kopi o kow punya. Memang 4-5 jam boleh sembang dan mengeratkan silatulrahim terutama kalau buat pada malam minggu.

Kalau keluarga sebelah SK memang kitaorang rajin buat BBQ...kalau tak rumah ayah SK di Ukay Perdana..kami sewa apartment di PD dan BBQ tepi pantai. Tapi kat Temerloh pun kalau semua adik-adik saya berkumpul, apa lagi, BBQ jugak. Favourite saya masa BBQ ni ialah bakar Ikan Jaket..terutama kalau dapat yang fresh-fresh. Bakarkan ia..memang manis dan lazat cecah dengan air asam. Kadang-kadang kami bakar ikan jaket sampai 25 ekor yang besar-besar. Selain tu macam biasa, bakar ayam, udang, ketam, sotong, sausage, daging burger dan jagung.

Baru-baru ni dalam sebulan yang lepas kami BBQ di Temerloh. Memang best bakar ikan, udang, sotong, ayam dan jagung. Haha...dah macam blog Jalan-jalan Cari Makan la plak....takdenya la..ni kes takde idea nak tulis artikel dan pakai je la gambar-gambar yang ada dalam simpanan untuk buat cerita.

Enjoy Life...Enjoy BBQ!

3 comments:

walid said...

salam.
goge tul bbq awok lan. bila nak bbq kat opis gombak?..gitar ada, penyanyi ada...mcm2 adaaaaaaaa...

LaN kidA said...

awok set jer bila Walid...koi tadak hal...

Ummi said...

Salam....Waaaaaaaaa best tul makan2 aje yea Anim n Kida...tp Anim duk menten jek...kalu Ummi..uwaaaaaaa..habis hancuss..hehee..Owh tgk mentarang tuh..kita xleh nak makan laaa..x reti nak masuk tekak..hahaha