Sunday, April 03, 2011

aRtiKeL dWaN - haK2 iSteRi jiKa beRLakU peNceRaiAN (Part 4 )

Yang terakhir ialah ‘Harta Sepencarian’ sebenarnya tajuk ini terlalu panjang kalu nak citer detail dan ianya adalah diantara topic yang paling saya minat, tetapi saya akan cuba ringkaskan. Secara kasarnya harta sepencarian atau ‘matrimonial asset’ adalah segala harta yang dikumpulkan oleh keluarga tersebut didalam masa perkahwinan.

Pada dasarnya, konsep harta sepencarian tidak dibincangkan secara khusus oleh para ulama’. Malah tidak ada sebarang dalil nas yang jelas berkaitannya. Namun para ulama’ telah memberi pelbagai pandangan dalam membicarakan tentang harta sepencarian. Ada yang menyebut ia sebagai “Mata’ al-Bayt” iaitu perkakasan rumah dan ada yang menyebut sebagai “Mal al-Zawjayn” yang bermaksud harta suami isteri.

Apa yang jelas, harta sepencarian tidak boleh dianggap sebagai satu aqad perkongsian (al-Syarikah). Ini kerana harta sepencarian dikuatkuasakan melalui perkongsian hasil suami dan isteri. Walaupun ketika aqad nikah wujud satu bentuk aqad, namun ia tidak boleh dianggap aqad bagi kontrak secara langsung menimbulkan harta sepencarian. Ini kerana, ijab dan qabul tersebut hanyalah bertujuan menghalalkan satu pergaulan antara suami dan isteri sahaja.

bersambung.....

No comments: