Tengahari semalam saya sekeluarga bertolak ke LCCT dan menaiki penerbangan AirAsia ke Macau kira-kira jam 4-30 petang. Kami sampai di Macau International Airport kira-kira jam 8-30 malam tadi. Keluar saja kapalterbang saya dapat rasakan cuaca sejuk sekitar 15 Celcius dan kami menaiki teksi ke City of Dreams ke penginapan kami di Grand Hyatt Hotel Macau. Sampai sahaja di depan hotel, terpegun sejenak dengan senibina hotel yang memang unik dan mewah dan saya rasa tiada hotel secantik ini boleh ditemui di negara kita (Saya rasa The Royal Chulan pun jauh tertinggal lagi). Grand Hyatt Macau sebenarnya baru siap pembinaan kira-kira 10 bulan yang lalu terletak di City Of Dreams yang merangkumi 4 buah hotel bertaraf 6 bintang iaitu Grand Hyatt Hotel, Hard Rock Hotel, The Crowns dan juga The Venetian.
Selepas check in dan kami memasuki bilik yang memang kow2 best giler (SK kalau meeting Prudential Asia Zone memang bilik hotel kow2 punyer...harganya pun kow2 jugak la...tapi ofis bayar...belasah je ler) saya, Sarah dan Aimin pergi berjalan-jalan sekitar City of Dreams. SK ada homework nak siapkan untuk meeting beliau esok jadi dia tak ikut sama. Jam dah tunjukkan pukol 11-00 malam dan sebaik melangkah keluar hotel...perghh sejuk giler beb sebab suhu dah jatuh sekitar 10 celcius. Walaupun dah tengah malam tetapi rasanya begitu selamat kita bersiar2 di sekitar City of Dreams. Sempat jumpa satu group Indian Malaysia dari KL juga, yang nak pergi ke Hard Rock Hotel. So kami bersiar dalam satu jam dan tak tahan dengan cuaca yang makin sejuk, kami pulang semula ke hotel.
Esok insyaallah kami akan ke Macau Peninsula pula. Maghrib kat sini cepat juga sekitar 6-15 petang dan waktunya adalah sama dengan Malaysia.
11 comments:
Assalamualaikum Lan, nanti balik dari macau dapat kiranya saudara buat ulasan sikit tentang ciri2 kependudukan orang macau ni dari sudut cara hidup, budaya, berfikir, pembangunan, budi bahasa dan apa2 lagi untuk dibuat perbandingan dengan tempat kita, aku teringin nak melawat tempat orang ni, tempat paling sejuk yang pernah aku pergi pun ke cameron highland dan fraser hill, tempat cina ramai pun macam penang, petaling street atau kat raub kampung matdwan pun banyak cina, tapi cina kampong, dulu kawasan hitam tu, ok lah, saja gatal tangan nak menulis pagi2 ni.
Salam...selamat bercoti
Seghonok wei gi coti2 ni...jauh perjalanan, luas pandangan
Apakata anda?
sdr kida,
abgjemm rasa Macau ni kira macam Vegas in the east.., mmg tempat org dtg main judi dan banyak amusement centre sbb depa mmg nak entertain famili2 org yg dtg main judi tu.., entertainment yg 'gitu-gitu' pun hebat gaks.
Undang2 depa agak boleh dikata quite linean dan mesra pelancung., its a kind of nice places for tourist.
p/s saper2 yg ada input ttg 'Medical Tourism' in Malaysia minta tolong email kat abgjemm.
Tks
salam
lan kida....vacation tuu...
aimin ponteng yaaaa...sarah lak cuti la tu...
anyway hv fun in macau.
Kida,
kat sana ada jual jam Rolex grade 'AAA'tak? Brapa harga?
Selamat Bercuti
Salam,
Tamarulan..insyaallah..nanti kita buat perbandingan..banyak dan mcm2.
Buat rodong2 lain...terimaksih..tapi bapok la mehelnya barang2 sini dan makannya pun mehel. Nanti malam koi cerita lanjut dgn gambo. Shopping Complex tadak sini...seme casino dan branded shop mcm prada, marc jacob, coach, luis vitton dan sewaktu dgnnya yang dijual dalam satu bangunan dgn casino.
Mizi.. rolex AAA banyak tapi aku rasa baik beli kat mesia atau singapore lagi murah...aku compare barang kat sini jauh mahal dari singapore n mesia. Jauh banyak..
Salam
mm mlm kmoi x leh online la melainkan koi gi kat hijaz restoran, ada free wifi. hehehe
kida, harga ayam kat sana camne?...jgn salah tafsir oooo...
ps semmgnya kat macau mmg mehel wer brg2 dia...maklumla kesino byk...mana yg ada ong...sopping sakan...man xder ong...sopping gak tp kat borong sakan...ahaahaa
Kida,
Bak kata Walid, ayam macau ader tak macam ayam kat mesia -- "ayam berempah" ???
Apek, engkau ni dari dulu lemah cangok, kat macau tentu banyak lemon chicken, tapi kat malaysia ada macam2 perisa ayam, ada ayam berempah kat sentul, ayam limau mandarin kat petaling street, ayam kampung sudah tentu kat kampung, ayam perisa tapai banyak kat sarawak, begitu jugak dengan ayam masak tempoyak banyak kat temerloh, jadi kat malaysia ni ada banyak perisa ayam, yang paling murah maggi perisa ayam, itu sebab walid suka bisnes ayam, so apek engkau suka ayam rasa apa?
Salam Lan, SK and kids..
Waaaahhh sonok eh..sampai jugak hajat di hati nak mengiringi SK sambil coti2 ke sana...Ooo Aimin pun ikut jgk..hehe..nnt balik recover mana2 yg tertinggal tu eh..cikgu sporting pnyer..Sarah pun best eh alang2 duk tunggu result tu dpt pulak ikut mama dia...SK, lepas ni nnt meeting kat mana pulak, kalau pi tempat murah2 leh shopping, nak ituuuttt...hehee..Btw, happy holidays to all of you..have fun!!
Ooiit Mat Gan,
Koi saja je tanya Kida? Mana la tau ayam kat macau spesel skit.. Al maklum koi dengo lekeh2 6 star tuh... Terliuq gak ah...
Post a Comment