Friday, January 15, 2010

waRuNG WaLid

Tengahari tadi saya sms Walid tanya samada Warung Walid jadi ke di buka hari ini. Beliau kata WW masih tak dapat dibuka lagi hari ini kerana ada beberapa masalah teknikal belum dapat disiapkan. Insyaallah Walid kata mungkin esok WW akan beroperasi. Mudah-mudahan WW akan di buka dalam minggu ini dan Walid kata beliau akan maklumkan kepada saya nanti. Bukan mudah sebenarnya sesuatu perancangan berniaga nak dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Memang banyak dugaan dan cabarannya. Selamat Menempuh Alam Berniaga Walid.

13 comments:

KERBAU said...

salam........abg lid,selamat menempuh alam penuh cabaran dan dugaan seperti kata kida.Untuk nk buka saj dah ada dugaan,pembukkaan saja dah berjalan tidak seperti yg kita rancangkan.apatah lagi perjalanan perniagaan itu nanti,dah tentulah mccm2 dugaan yg datang samada dari luar atau dari diri kita sendiri.
dugaan ni samada dari degi lahiriah atau dari segi mistik yg mungkin separuh orang tk percayaa(itu terpulang kepada pendapat masing2).ingat satu perkara bahawa tiap apa saja yg kita lakukan waima untuk mengerdipkan mata sekalipun kita
perlukan keizinan dari Allah s.w.t,ini kan pulak untuk berjaya dalam perniagaan.oleh itu jgn lah lupa wahai rodong ku,sembahyang hajat dan panjatkan harapan kita kepada Allah s.w.t dengan penuh rasa rendah diri agar Allah memudahkan perjalanan kita dalam mencapai kejayaan dalam apa jua yg kita usahakan.
Insyallah tuan akan berjaya.........tapidugaan yg paling kena kita jaga ialah dugaan yg datang dalam diri sendiri.Dugaan ini datang apabila perniagaan dah mula menunjukkan kemajuan,kita mula culas sembahyang,kita mula cakap besar seakan-akan segalanya datang dari usaha kita yg hebat dan pandai,kita mula susah nk bantu orang,dan macm2 lagi yg tk perlulah koi panjangkan.
Abg. Walid ku........tapi koi juga amat yakin awak bukan jenis macam tu kerana koi tau awak orang sentiasa ingat asal usul dan tau di mana kita berpijak.
"SELAMAT BERJAYA".....AMIN

walid said...

salam. Terharu dan ikhlas dgn kata nasihat abg ker. Sememangnya betul apa kata abg ker...dugaan sbelum, semasa dan selepas, baik yg susah maupun yg senang. InsyAllah semuga walid tau dimana walid berpijak, semuga walid tabah hadapi cabaran n dugaan n semuga walid laksanakan tgjwb walid pada NYA. Andaikata walid leka dan cuai, ingatkanlah walid, khabarkan pd walid jika berlaku kesilapan. Semuga diri walid dilindungi dan mendpt keberkatan dari NYA. Juga semuga walid terus mendpt sokongan n doa dr sahabat2 serta rodong BUDIMAN , yg kenal maupun yg tidak kenal walid dan jua sebaliknya. Amin utk walid juga utk semua sahabat BUDIMAN.

apamz said...

good luck walid, niaga ni mulut kena manis...kena jujur, takleh cilok-cilok wer.... pelan lokasinya mana? manalah tau koi tersesat ke sana... mrsm bentong dgn kl tu bukannya jauh sgt dah....

lan kida said...

Salam...
Baru sebentar tadi Walid sms memberitahu WW akan dibuka mulai tengahari Sabtu ini. Lokasi WW berhadapan Plaza Rah, bersebelahan Toyota Showroom di Jalan Raja Abdullah. WW terletak di parking lot di situ.

Koi rasa macam nak pegi sekejap lagi ni.

Apex said...

Walid, selamat berjaya..insyaAllah koi akan pegi serang WW satu kelorga nanti...

kerbau said...

salam walid,sebenarnya awak buka kedai gone gaya ni,minum pagi ke?masakan panas ke?nasi campur mkn tengahhari ke?

hairie @ zm said...

apex, ko kalau nak pergi sekeluarga jgn lupa tgk beg duit berisi. jgn buat alasan beg kena ragut.

KiTanG said...

Salam...Selamat Maju Jaya WW
Jom!...ngeteh kita wei...

LAN KENTEI, JUN & fmly said...

Salam pada Walid dan fmly, juga pd BUDIMAN semua. Semuga Allah SWT mempermudahkan perjalanan Walid aka Amiiikkkkkk dan fmly dlm dunia business yg baru bermula.. InsyaAllah promosi2 yg sesuai akan dilakukan di ofis saya utk membantu WW.. Saya dan fmly akan cuba try test dan rasa kelazatan dan keenakan masakan WW utk diRAAAA RAAAAA kan pada public at large. Semuga berjaya dan diberkatiNYA wahai Abg Amiiiiikkkkkk... Aminnnn...

apamz said...

Syabas Walid.... dgr crita hari ketama dah sold out, ni buat semangat berkobar2 nk dtg nih... Tapi kwn musykil.... camne nak tentukan ayam2 tu masih dara ke tidak....?

lan kida said...

Salam Apamz,
Koi makan dah malam pembukaan tu...Walid kata ayam dara ni senang nak kenal....muka dia macam ayam dan takde orang masuk meminang lagi...kira ayam dara la tu.

Juragan said...

Tenguk muka syed hamid, senyum aje.... muka rezki katakan.

Ummi said...

Baik punya promo ni...kena serbu jugak la nnt...Nak dtg nnt Ummi calling2 Walid la..suh bentang tikar pun xpa..biar perut tu sendat sikit, x mkn byk sangat..kena jaga inci...wakakaaa...Selamat Maju Jaya ya Walid..