Selepas perjumpaan di Restoran Tupai-Tupai tempohari dengan di hadiri oleh beberapa rakan budiMaN berkaitan ReuNion Jubli Perak UitM Pahang, saya telah menerima email dari Norm dsS yang mengandungi butiran perbincangan pada malam itu. Selain itu saya juga mendapat email yang dikirimkan oleh Wani dcS yang dihantar kepada rakan-rakan dcS beliau berkaitan ReuNion. Dari email Norm yang dikirimkan kepada saya beberapa butiran CADANGAN berkaitan ReuNion seperti yang dibincangkan (saya tak sempat datang semasa perbincangan)adalah seperti di bawah :
1. Tarikh ReuNion : 29hb Mei 2010-Sabtu jam 8 malam (sehari sebelumnya iaitu 28hb Mei adalah Cuti Hari Wesak)
2. Venue : Concorde Hotel Shah Alam
3. Jemputan Khas : YB Datuk Khalid Nordin - Menteri Pengajian Tinggi, bekas-bekas pensyarah dan kakitangan UitM Pahang.
4. Penginapan percuma di Asrama UitM dengan sedikit bayaran untuk dobi.
5. ReuNion adalah terbuka kepada bekas pelajar UitM Pahang sahaja ( without spouse ) terutama kepada batch 1985.
6. Bayaran Penyertaan - akan ditentukan oleh Committee nanti. Pihak committee juga akan berusaha untuk mendapatkan sumbangan bagi mengurangkan bebanan kos.
Itu adalah secara ringkasnya cadangan butiran ReuNion yang di bincangkan pada malam itu. Dari cadangan-cadangan di atas, saya merasakan pandangan dan buah fikiran rakan budiMaN semua di sini untuk memberikan maklumbalas terhadap cadangan-cadangan tersebut amat perlu diambilkira dan didengari serta diteliti. Ianya penting terutama maklumbalas berkaitan Venue, Jemputan dan paling utama bayaran penyertaan.
Venue...adakah bersesuaian Concorde Hotel Shah Alam atau ada cadangan lain. Penyertaan....adakah untuk batch 1985 sahaja atau harus juga di buka kepada sesiapa sahaja bekas pelajar UitM Pahang yang ingin menyertai. Bayaran penyertaan..... apakah jumlah maksima yang harus di kenakan.. RM50 perhead paling maksima? atau kurang lagi.
Harap rakan budiMaN dapat memberikan pandangan dan jika sekiranya ingin menggunakan anonymous pun akan saya benarkan untuk kali ini tetapi biarlah di nyatakan sedikit identitinya seperti contoh - Anonymous Mat Karat atau Anonymous Minah Seksi ke dsb supaya kalau nak refer kepada komen tersebut senang sedikit.
25 comments:
salam,
sekadar cadangan dari saya yg tk berkemampuan ni.Memandangkan penginapan adalah di asrama itm,mengapa tidak pertemuan tu di buat di mana2 bangunan itm yg teramatlah byk.Utk mendapat kelulusan menggunakan tempat mungkin tdk menjadi masalah kerana di katakan re union ini melibatkan menteri,bekas2 pensyarah dan pegawai2 itm mungkin.
Satu lagi yg menariknya ialah di itm ini lah tempat kita menimba ilmu yg mungkin menjadi asbab kebanyakan dari kita mendapat kejayaan pd hari ini.Di sinilah bermulanya kita bertapak ke dunia yg lebih terbuka selepas alam persekolahan,dan disinilah segala kenangan bermula sebagai seorang pelajar pusat pengajian tinggi yg talah banyak mematangkan diri kita.
Di sinilah juga mungkin ada antara kita mengenali isteri atau suami mereka pada hari ini yg semuanya membawa nostalgia yg tk ternilai kerana ianya telah menjadi kenangan atau sejarah yg tdk dpt di ubah lagi.
Setakat ini saya tdk nampak apa rasionalnya utk buat reunion ini di hotel concorde yg sudah pasti akan menelan belanja yg agak besar(mungkin tidak pada sesetengah orang).Pada pandangan saya tidak jatuh maruah diri atau standard kita walaupun kita dah pakai merc atau bmw pada hari ini utk kita membuat reunion ini di ITM itu sendiri.Maafkan saya jika pandangan ini tidak menepati cita rasa kwn2 lain,sekadar cadangan dari saya yg mungkin tidak berkemampuan......
Apa2 pun saya mendoakan agar reunion ini akan berjaya di buat tk kira di mana2 pun dan akan memberi manafaat utk semua bekas pelajar ITM Pahang,wassalam.
koi setuju sangat dengan pandangan kerbau tu. kalau orangt pompua dia lebih selesa bawa family. suami koi tak menghalng koi untuk pergi, tapi kalau dari Bangi tu koi nak drive sorang2 malam2 agak payah juga tu. Hostel disediakan, OK tapi rasa tak selesa la pulak jumpa kawan lama tapi family ditinggalkan. koi prefer perkenalkan family kpd kawan2
Saya tidak bersetuju reunion ini dibuka kepada ahli keluarga memandangkan ianya reunion pelajar ITM Pahang sambutan 25 tahun penubuhan ITM Pahang. Ini adalah nostalgia. Kalau mahu melibatkan keluarga lebih baik dikenali dengan nama Family Night ITM Pahang. Masih tidak puas dengan reunion sebelum ini yang melibatkan keluarga?
Saya juga tidak bersetuju reunion ini dibuka kepada batch lain. Biarlah untuk batch Jan/Jul 1985 sahaja memandangkan ada kenangan pahit dan manis batch ini sebagai pelopor ITM Pahang. Mungkin akan datang boleh melibatkan semua orang.
Bagi saya di mana pun tempat hendak diadakan tidak ada masalah kerana matlamat kita untuk mempertemukan pelopor ITM Pahang. Kalau setakat hendak nostalgia seperti cadangan saudara/i kerbau lebih baik buat di Kuantan atau ITM Pahang (Kuantan) tetapi perlu diingatkan adakah rasional dan siapa pula yang ingin kendalikan sedangkan sekarang ini hendak cari volunteer AJK pun sukar. Saya rasa belanja untuk membuat di Hotel Concorde tidaklah mahal sangat. Katakan 1 meja RM600 dan dibahagikan kepada 10 orang (biasanya 1 meja untuk 10 orang)maka cuma RM60 sahaja. Lagipun AJK sedang mencari sponser dan mungkin bayaran itu akan kurang sedikit.
Oleh itu saya berpendapat, kalau kita rasakan terlalu sukar hanya kerana tidak cukup bajet atau tidak selesa memandu seseorang maka carilah alternatif lain. Jangan serabutkan fikiran. Kalau masih buntu juga, maka lupakan sahaja pasal reunion ini kerana ianya tiada paksaan.
Maaf saya pohonkan jika terkasar.
#SI LASER#
Saudara/i Laser,
Jangan keras sangat...ruangan ini hanya cadangan sahaja. Terdapat pro & con dalam hal reunion nie.. Pada saya apa yang penting / priority itu perlu di utamakan dulu dalam menjayakan reunion ini. Bagi saya secara peribadi saya bersetuju dgn Laser... untuk kesekian kalinya ini hanya kita2 saja yg hadir. Rasionalnya disini;
1. Keadaan masa yg suntuk (hanya tinggal 3 bulan saja lagi)
2. Kesuntukan masa memerlukan kita semua membuat keputusan selewat2 nya akhir bulan february ini. Tanpa kata sepakat yg muktamad adalah sukar untuk reunion ini akan berjaya.
3. Reunion ini adalah sebagai pilot projek... jika ianya berjaya dalam menyatukan batch jan 85 & july 85, kita boleh adakan bersama family pula untuk mengeratkan lagi ex itm pahang.
4. Akhir kata, buanglah keegoan kita semua demi merealisasikan program ini. Bagi saya masalah lokasi boleh dibincangkan + banyak alternatif @ tempat lain yang sesuai jika majoriti yg ada tidak mampu edengan fee yg dikenakan. 5. Seharusnya pihak AJK tetapkan lebih awal jangkaan kadar bayaran/fee untuk pengetahuan ahli bagi mereka membuat perancangan awal...
Harapan akhir...HARAP ABANG JEMM DAPAT MEMBERIKAN INPUT SAMA...
Chow...
50-50
HAHAHAH...dah dapat agak dah,bila nak buat reunion maka akan jadi soviet union, ada yang jiwang, ada yang keras, idea wani kena tepelak, idea kerbau pun kena tegur, aku dah agak julai and januari ada banyak perbezaan cara berfikir, contohnya nak jemput pak menteri, minda masih ditakuk lama, nak glamour, apapun niat baik, pasti ada pelbagai idea, bagi saya elok dibuat kat kuantan terutama kat pantai gelora di mana kat situlah bermula jiwa student bergelora, kat situ tempat pun luas, udara pun nyaman, nostalgia jadi kesatria, orientasi, hadapan kampus lama, jemput pak guard yang masih bernyawa, lecturer macam puan zakiah yag pernah aku terliur dulu ( dia ajar law ), jemput semua bekas budak itm pahang agar lebih meriah, kan sambutan jubli ni,apa nak kira bach jan/jul 85, dapat juga aku tenguk bekas awek2s yang pernah jadi pujaan hati ku, ramai tu, sekarang dah macam makcik kot, katsitu ada rojak ayam, peh teliur aku, jadi wani tak payah drive jauh2, kekanda pun tak risau, lagipun kalau buat kat kuantan ramai makhluk2 akan hadir, dapat aku tenguk rakan yang dulu berjambul lebat dan sekarang dah terang, boleh juga beri hadiah kepada sesiapa yang dapat jodoh sama2 studi dulu, juga hadiah kepada yang belum berjodoh, mana tau dapat berjodoh kat reunion tu,tu ia panjang cerita ni, lan kida jangan marah ye, semoga suksess, aku ingat lagi kakzah dapat tangkap budiman cross asrama ikut tingkap kat bahaman, tapi tak dapat cam sebab pakaian budiman macam tarzan, jangan lupa jemput cikgu harun, itupun kalau hidup lagi, sori sakit perut lapulak, nanti sambung....
salam semua..,
abgjemm secara konstruktifnya berasa sangat terharu dengan usaha2murni kalian, maklum saja bukan mudah untuk menyatukan rakan2 yang telah sekian lama terpisah (walaupun ada yang bersatudan berkongsi katil).,
Kita boleh ambil beberapa jalan daripada beberapa jalan yang ada sebenarnya sbb keputusan adalah ditangan kita apa yang lebih penting bagi abgjemm ialah hasil daripada apa yang kita rancang dan laksanakan iaitu matlamat kita..,
apakah matlamat kita sebenarnya? Asal saja matlamat itu bisa di gapai, abgjemm rasa soal2 yang lain itu dikira gampang..,
Cumanya abgjemm tidak berapa berasa bahagia pabila adanya pihak yang hendak mempolitikkan perkara ini..,,
cadangan abgjemm politik, pangkat dalam kerajaan, ofis swasta, mahupun kejayaan dalam kusahawanan tak payahlah kita campur aduk kan didalam mengusahakan perkara reU ini... kita 'back to basic' dan itulah kita sebenarnya., dan ketika kembali bertemu Allah kelak kita tidak bawa perkara itu semua..,
Akir sekali abgjemm amat berharap agar usaha murni ini berjaya dan sekali lagi abjemm nyatakan abgjemm folllooww...pen pen pon pon
p/s "Kejayaan sebenar tidaklah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh..."
dlm maknanya" tegak kembali pd setiap kali jatuh". Hendaknya semua senantiasa tegak mcm tegak terpacak seorg kesatria di pdg kawad tar tmn gelora. 45 darjah pun x mahu.baris..baris sedia...
Reunion - matlamat utk berkumpul dan beramah mesra dgn bekas pensyarah, pelajar etc. lagi informal lagi bagus. ex band jan/jul 85 kena peform mlm tu. hamzah kajat perlu asah skill utk pukl drum. lan kida kena kidakan diri mlm tu. kasi rock bangat..hehe2
lokasi - concorde shah alam ok. no hal. Tlg menolong yg mana rakan2 kurang mampu.
batch- kita open utk jan/jul85 shj dulu. tak perlu bawa family.
Jgn pecahkan kepala. Buat yg mana mudah asalkan matlamat tercapai.Bersatu membawa berkat
salam,
sangkaan saya salah barangkali,saya memberi cadangan kerana ada permintaan dari pihak committee.di mana pihak committee akan mengumpul komen2 dan cdgan2 ini untuk di bincangkan di dalam mesyuarat comm akan dtg dan kemudian pihak comm.boleh membuat keputusan yg mn tiada siapa akan membantah,siapa yg setuju dan berkelapangan akan pergi,begitulah juga sebaliknya.saya tk sangka pulak cadangan2 ini akan di perdebatkan.kalau saya tau cdgan ini di perdebatkan saya tk akan berri cdgan.saya juga tdk pernah mengharapkan cdagan sy akan di persetujui.
Tapi nampaknya ada yg melatah kerana cadangan saya tdk seperti yg rancangkan.namun begitu saya berterima kasih kpd kwn2 lain yg pada sy amat matang dlm menangani perkara ini seperti 50/50 yg walaupun tdk sependapat dgn saya tapi lebih beradab,bagitu juga dgn tegak semacam yg lebih sempoi.
Akhirnya saya minta maaflah kalau cadangan saya menyusahkan pihak comm. dan perasaan sesetengah kwn2 ITM PAHANG BATCH 85.
'KADANG-KADANG TINDAKAN KITA MENUNJUKKAN KEMATANGAN KITA'
Assalamualaikum.
ok..sambung balik, bukan apa kerbau, kadang2 ada jari yang terlupa matlamat asal reunion ni, lan kida minta cadangan, bukan minta komen cadangan budiman, bagi cadangan dan biar j/kuasa yang pilih, ni yang sedih, bila hati terguris maka merajuk, nampaknya kerbau sah tak nak hadir, orang tua merajuk berpanjangan, jadi sila beri cadangan untuk penambahbaikan dan membina, bukan nak meruntuhkan, tak kiralah nak buat kat mana, kan cadangan tuuuu, cuma aku nak tenguk budak dpa dan dss yang bergaduh dulu duduk semeja dan kenyit2 mata.
Salam
Sila beri cadangan utk reunion.Bukan cadangan itu yg utk diperdebatkan atau dikomen ...
Maaf jika saya berkata begitu.
Saya tiada cadangan tuan2 n puan2.
(takut disalah tafsir jer).
Jangan Maraaaahhh aaaa...
Mengikut congakan koi kalau buat kat Concorde, harga yang koi tahu (sebab koi pernah la pergi kenduri kawin kat situ) paling murah 1 meja 10 orang RM650 tetapi tempahan mesti sekurang2nya 40 buah meja paling minima...bermakna XUitm kena hadir sekurang2nya 400 orang bermakna kos Concorde saja akan cecah RM26,000. 40 meja tu pula tak boleh semua untuk Xuitm sebab kita ada tetamu jadi mungkin 3-4 meja kena reserved utk dia org...jadi kita kena tong-tong la untuk dia org tu (sebab takkan nak suruh diaorg bayar jugak kan). Bermakna kos Concorde kita kena tanggung mungkin dlm RM75 seorang.
Tapi...ada tapi lagi...kalau tengok email ada cadangan untuk bagi goodies kepada kita semua seperti payung la, majalah la, album la dll. Kos tu mungkin jadi RM10-15 seorang...jadi Concorde RM75 + Goodies RM15 = dah jadi RM90 seorang dan kalau kita tengok jumlah besar kos dah jadi : Concorde RM26,000 + Goodies RM6,000 = RM32,000. Ingat kos Concorde RM650 pertable tu lauk paling cikai dan tiada apa2 yang outstanding.
Itu belum di campur mischillenous expenses yang kalau kita roundfigurekan maybe boleh anggar dalam RM4,000 la. Jadi kos keseluruhan mungkin akan mencecah RM36,000.
Begitulah anggaran koi sebagai budak DBS yang accounting dengan Business Maths dapat 1.67 jer dulu...cukup2 makan jer.
Jadi kalau macam sesape yang duduk Kuantan ker...campur minyak keta, campur tol, campur hotel murah kat chow kit tu...belanja nak attend reunion ni mau cecah RM400 juga.
Gitu lah kira-kiranya congakan koi. Tapi mungkin ada Dermawan budiman nak sedekah dalam 10 ke 15 ribu ke lega la sikit kita. Mungkin Halim takat jumlah tu celah gigi je ataupun Razi ke atau Amy Jarr ke. Wallahualam.
AJK telah dilantik. Lan kida minta beri pandangan. Seiap pandangan harus dihormati atas apa jua alasan.
Bukan senang nak anjurkan reunion. kudos kpd yg terlibat secara langsung. Ini bukan AJL yg mana akan ada yg tak puasa hati. Ini adalah REUNION yg mana semua org kena puas hati.Kerana Reunion ini akan menemukan insan2 yg lama terpisah dan bisa merapatkan siratul rahim .Nastolgia 85 tidak mungkin terpadam.
Setahu sy kerbau byk menyertai dan membantu program2 budiman. Kerbau jgn kecil hati...nanti berat awak turun kurang
harga...hehehe.Insyallah akan sy bantu kerbau utk hadir pd reunion ini.....samada diconcorde atau diktn.
Yeah ...aku juga terliur nak tgk Pn zakiah....dulu aku selalu ingatkan wajah dia seblm tido. Jeles aku bila kdg2 boyfren dia dtg ambil dgn motor.Aku juga teringin nak tgk kakak2 senior aku...terutama sis2 dss yg masuk kesatria....long legged la katakan...
Mat tegak,tamarulan, syabas selera engkau sama macam aku, satu zakiah ramai nak kongsi, jom reunion jangan soviet union.
Setuju dgn Bro tamarulan, beri hadiah untuk penuntut yang dapat bersatu jiwa dan raga masa sama-sama belajar dulu.
Aiik semua terliur kat Pn Zakiah..apa hal beb...
Aku teringat kat Kak Zah...dulu dia pernah denda aku pasal pakai selipaor jepun masa di dewan makan..
Macamana dia sekarg.. tak sabor aahh..
Mmboh kite RE Unite...
Karibo (Sedara Kerbau)
Aik...karibo awok mcm terlior kat kak zah...hehehehe....AJK...jgn lupa panggil Pn Zakiah.....kalu tak dpt pn zakiah...sapa2 nama zakiah pun ok....janji zakiah....
Yo.. nampak dah ada semacam keserasian diantara bloggers.., tahniah.., buangkan yang keroh ambil yang jernih..,
Koi ngikut aje., maklum koi org tak glamer., low profile
yang penting ada kodok...
yo abg amid..moh mengkodok kita.. yo pengsan aki...
soklan kuiz - saper yg nak berlaga pusat 14 feb 2010?
Mat dwan, kodok damansara amacam.
bang juragan..,
awok cekap aki.., kita kena ngeteh aki.., moh petang ni jadik kat damansara aki..,
yo pengsan
Assalamualaikum,
Saya sebenarnya batch junior tapi saya nak sangat pergi reunion ni dan harap reunion ni boleh lah selitkan kami batch junior. Saya masih ingat lagi Abg Sidi, Abg Sarip, Abg Razak, Abg Mubin (hensemnya), Abg Amran(pun hensem gaks kuyu jer mata dia) dll. Sorry Abg Kida, saya tak ingat abg yang mana satu dulu. Teringin nak jumpa dia orang balik.
Saya tak kisah nak buat kat mana sebab saya pun bujang lagi bila-bila masa pun boleh pergi tapi saya rasa jangan terlampau membazir sudahlah. Kalau benar seperti kata Mat Trang Bulan kos di Concorde saja boleh mencecah RM26 ribu, lebih baik rasanya kita gunakan wang sebanyak itu buat di tempat yang percuma seperti di uitm shah alam sendiri dan wang itu boleh digunakan untuk goodies yang lebih menarik kepada peserta yang bakal hadir nanti.
Saya rasa kalau kita collect RM50 seorang untuk 400 orang boleh dapat RM20 ribu dan jumlah sebanyak itu macam2 kita boleh buat. Kita boleh ambil catering yg best dgn nilai RM16 perhead dan selebihnya kita boleh buat bermacam2 goodies.
itu pandangan saya untuk abg-abg semua.
Tenguk tu matdwan, dah ada awek junior nak join, bujang lagi tu, terliur aku dibuatnya, tapi dia tak sebut nama aku, ada ke nama jantan2 kaberet tu yang disebut2, sidi dah beruban, sarip janggut dah sampai lutut, mubin pulak masih banyak bulu, amran mata masih stim, bapak dia orang umno tapi dia sokong pas, mmm lankida punya muka tenguk ler dalam blog dia nanti boleh recall, so lina aku harap you ni betul2 pompuan, kalau jantan geli aku. so selamat bereunion.
Yo mat juragan..,
kodok tu ingat mamat tu terus stay ensem cam 20 taon lepas... hehhe
jangan2 dia keropok lembut tak? he3..tapi tak pe nanti reU kita tengok saper tambah macho..,
yo mat gan , telpon la aku.. kita ngeteh..
Hi lina E72..E240 disini.bole berkenalan..?hehehe. i tak kisah nak buat kat mana reunion. janji bole reunion.Kita dtg sama2 ok.
aku kalau bukan musim cuti sekolah memang tak dapat nak pergi... lebih-lebih lagi tak boleh bwk spouse/family lagilah aku tak boleh pergi.... so enjoy yourselves!
Salam. Terima kasih atas cadangan2 u all.
1. Mcm abg jem ckp, ini pilot projek. Lepas ni boleh lah kita teruskan yg lain2 pulak. Kalau blh nak buat di ktn...Di kl mungkin dpt hostel free. Boleh bwa family tinggal di hostel tp setakat ini dinner utk ex student sj.X tdaya tenaga ajk sukarelawan ni nak buka kpd semua ex students n family...
2.Kalau dikira kos, buat di kl org ktn byk kena keluar, klu buat di ktn org kl plak byk kena kluar. Belum masuk org yg tinggal di tmpt lain lg. Pi mai pi mai tang tu...
3. Bagus jga buat di uitm. . Venue concorde bru cadangan. Booking pun utk 150 pax sj. So paling kurang kena ada 150 pax, tambah tak apa jgn kurang.
4. Goodies x ada, dlm mesyuarat lepas cuma buku kenang2an sj. Byk2 nnti besar kos nya. So sila bagi gambar tbaru beserta maklumat terkini anda kpd wakil klas utk dimuatkan dlm buku tu. Susunan ikut kursus dan kelas. Lebih kurang mcm directory kot..kos buku ni blm ditentukan, tpulang kpd kualiti. Ada siapa2 tlibat dlm bidang printing?
5. Bekas2 pensyarah, pak guard2 dn yg bkaitan akan di jemput. Wakil klas akan beri senarai nama2 mereka dan ajk akan cari mereka ni. Mmg kita kena tong2 utk mrk ni. Sbb tu ada fund raiser utk kurang kan kos...Tolong2 lah ya... Sebarang sumbangan boleh d salurkan melalui kida.
Wassalam.
Norm
Post a Comment