Wednesday, January 13, 2010

juMpa RodOnG

Sebelum buka blog ni kejap tadi, saya buka facebook saya dan dapati ada satu friend request, saya klik la accept, rupa-rupanya classmate saya masa UiTM Shah Alam Part 5 dan Part 6 dulu iaitu Aminuddin Harun. Beliau sebelum itu dari UitM Melaka datang ke Shah Alam. Saya dan Kudin Mekanik satu kelas dengan beliau dalam kelas Marketing. Kemudian semasa saya masuk kerja SPRM( dulu BPR ) pada tahun 1991 dulu, beliau pun dapat kerja yang sama juga satu batch dengan saya dan kami sama-sama kursus 3 bulan kawad kaki dan belajar undang-undang. Kemudian setelah tamat latihan dan kursus, saya bertugas di HQ sementara beliau pula tak silap saya ke BPR Melaka. Selepas itu jarang dah berjumpa dan saya rasa dah hampir berbelas tahun jugak. Tapi beliau berhenti lebih awal dari saya dari BPR dan kembali bekerja dengan syarikat swasta.

Bila jumpa kembali dalam facebook, saya pergi ke blog beliau. Rupa-rupanya dah hampir 3 tahun beliau menjadi wakil rakyat DUN Sikamat, Seremban. Nama pun dah jadi YB Haji Aminuddin Hj Harun. Alhamdulillah, harapan saya melihat kengkawan UitM menjadi wakil rakyat dan pemimpin di tahun 2010 sudahpun menjadi kenyataan. Mungkin akan datang kita dapat lihat budiMaN pula menjadi wakil rakyat dan pemimpin suatu hari nanti. Amin.

4 comments:

Tamarulan said...

Sorry Kida, aku nak cerita sikit perihal sprm ni, boleh tak? takpa sebab kida pun dah bersara dari sprm,nampak nya ramai juga yang telah keluar dari sprm ni,cuma ada beberapa batch 85/88 masih stay kat sprm, spt kamarudin budak dbs@dib, dah besar pangkat dia ni, kuasa sprm ni besar betul, polis pun kalah, anggota sprm ni pun berkawan dengan puak dia saja, taman yang sama, dia orang ni pun pandang orang pun semacam saja, padahal mereka pun manusia dan tak lari dari buat kesalahan, dia orang sendiri tahu apa kesilapan nya, terutama berkaitan salah guna kuasa, tapi apa boleh buat dah kerja mereka, itu sebab ramai yang lari sebab tidak sesuai dengan prinsip diri, nak siasat kena lah siasat semua, tapi ada faktor halangan, maka terpaksa cari jalan untuk selesai kes, itu yang ramai anggota sprm pun masuk kandang, satu lagi berkaitan kaedah siasatan sprm ni, kalau belum kena takpa, tapi bila dah kena baru tahu, sprm ada pelbagai kaedah dari lembut hingga cara KGB, itu sebab dulu kita dengar hanya kes polis saja saksi terjun bangunan, tapi kini saksi sprm pula terjun bangunan, cuba bayangkan kaedah apa yang digunakan sampai manusia sanggup bunuh diri, ni saya nak ajak rakan budiman bayangkan, anda dibawa kerumah anda oleh sprm dengan bergari, kereta mereka bukan parking kat depan rumah anda, tapi dihujung taman, anda dibawa berjalan keliling taman habis jiran tenguk, mana nak letak muka, salah belum tahu lagi, ini nasihat saya kalau kita buka aib orang, maka Tuhan akan buka aib kita,,kaedah belasah ada lagi, itu sebab kita tenguk muka anggota sprm ni kusam saja, kena santau pun ada, apapun dah kerja mereka, dalam kerja kerajaan kena pegang prinsip TAK ADA SESIAPA SANGAT DIPERLUKAN, kerja baik pun, bongkar sana sini, kita akan ditukarkan, jauh, tempat tukar yang popular ialah sabah atau serawak, yang kerja ikhlas pasti kecewa, so letak jawatan, bila kita tanya sprm kenapa ramai keluar, satu saja jawapan mereka iaitu ada kes, panjang pulak cerita aku ni, kalau nak cerita tak habis ni, sorilah Kida panjang lapulak, tapi takpa engkau dah bersara, tapi ada yang dah bersara masih bekerja dengan sprm untuk risikan,apapun ni cuma luahan rasa, kalau nak menyeleweng dan salah guna kuasa, kerja bank ke, kerja guru ke, pejabat agama ke, bisnes yang nak dapat tender ke,penguatkuasa lagi le, apa saja untuk melincirkan tugas, yang penting ingat ALLAH yang kita akan diselimut kain putih, dan jawab beberapa soalan, teringat pulak aku kat lagu Saujana,sepohon kayu iaitu, HIDUP DI KUBUR YATIM PIATU, TINGGALLAH SEORANG DIPUKUL DIPALU, sori lagi kida, tekenang pulak aku kat awek dcs yang ber nama yati budak Terngganu tu, tidur tangan aku atas dahi tau, kat mana dia agak nya.....

JO HAN said...

EH.EH KO NI TAMAR..
ASYIK TERKENANG KISAH LALU LAPULAK
MEH KOPI JANDA SECAWAN BUKAN NAK MENGGODA TAPI NAK MENIAGA...HEE

lan kida said...

Salam semua,
En Tamarulan (engkau ni batch mana sebenarnya?), terimakasih atas komen panjang lebar pasal BPR. Saya pun dah hampir 9 tahun berhenti dari BPR tetapi kenangan berkhidmat di BPR tetap saya kenang sampai bila2. BPR tempat saya banyak belajar berkaitan ketelitian dan pengamatan serta banyak lagi perkara2 lain.

Memang segelintir pegawai BPR semasa saya berkhidmat ada yang seperti Tamarulan sebutkan tetapi pada pandangan saya ianya cuma 10% sahaja. Sehingga saya berhenti tiada pegawai BPR pernah dipenjarakan atau di hukum kerana penyalahgunaan kuasa. Manakala soalsiasat secara fizikal pula saya rasa hanya 3% sahaja ada di lakukan itupun sebenarnya melanggar tatacara soalsiasat seperti di peruntukkan dalam manual prosedur kerja BPR. Seperti biasa di dalam mana2 organisasi, bukan semua setandan pisang itu elok tetapi jumlah tersebut amat kecil.

Kalau kes2 memalukan OKT (orang Kena Tuduh) seperti Tamarulan sebutkan....sememangnya setiap OKT mesti di gari mengikut peruntukan undang2 dan adalah menjadi kesalahan kepada pegawai jika tidak menggari. Namun begitu tidak semuanya digari dan pegawai BPR menggunakan budibicara dan terpaksa menanggung risiko. Biasanya yang digari itu sememangnya keras kepala dan tidak mahu bekerjasama dan dikhuatiri akan melarikan diri. Sepanjang khidmat saya di BPR, saya tak pernah gari tapi kalau banyak cakap dan keras kepala macam2, memang kita gari kerana takut beliau melakukan sesuatu yang bukan2. Mengikut peruntukan undang2 jika OKT yang telah ditangkap dan akan dibicarakan di mahkamah atau untuk tahanan reman, mesti di gari, kalau apa2 berlaku sebab tak gari, pegawai tulah yang jawab.

Saya bukan nak kata BPR ni tatacara kerja yang terbaik...tapi kalau penguatkuasaan undang2 kolar putih...setiap pegawai BPR ditekan mematuhi setiap ingridient undang2 yang diperlukan semasa memulakan siasatan sehinggalah ke pertuduhan di mahkamah. Tak fullfill ingridient memang siap kena bambu. Jadi berani saya katakan pegawai BPR adalah penyiasat terbaik di Malaysia dalam bidang jenayah kolar putih.

Mengenai ramai pegawai BPR yang berhenti di zaman saya, kebanyakannya bukanlah kerana tidak puas hati dengan kerja...kerana pada saya setiap kami menyiasat setelus-telusnya dan memberi cadangan sewajarnya walaupun yang dituduh itu Perdana Menteri sekali pun...tetapi kuasa penentu kepada hasil siasatan kami bukanlah pegawai BPR tetapi di Pejabat Peguam Negara. Kalau AG (peguam negara) kata tak perlu proceed, maka kami tak boleh buat apa2.

Kebanyakan pegawai BPR yang berhenti sebenarnya kerana mendapat tawaran lumayan di sektor swasta walaupun gaji pegawai BPR adalah yang paling tertinggi dalam skim kerajaan(kerana BPR ada elaun khas dan wang kumpulan rahsia yang diperuntukkan oleh kerajaan). Selain itu ramai yang berhenti kerana tidak tahan berpindah randah kerana setiap pegawai BPR dulu hanya boleh bertugas tidak melebihi 5 tahun dan kadang2 2 atau 3 tahun sahaja di satu2 tempat. Ini faktor yang paling banyak sekali mengapa pegawai BPR berhenti.

Dah melalut panjang juga saya bercerita...nanti2 lah di lain waktu mungkin boleh sambung lagi. Apa2 pun nasihat saya kepada Tamarulan...jangan takutlah nak dekati pegawai BPR...dia orang pun manusia biasa cuma kekadang bila orang awam dengar si polan tu pegawai BPR, rasa gerun sikit tu ada sebab maklumlah kita pun tak sunyi dari rasa bersalah yang kecil2 sekalipun.

Tamarulan. said...

Terima kasih Lan Kida, ni yang aku suka dengan engkau,betul apa yang engkau cakap tu, tapi itu sembilan tahun yang lalu, corak siasatan kini dah canggih begitu juga Akta SPRM tidak digemari oleh pengamal undang2 yang mengatasi Kanun Prosedur Jenayah. Sekali lagi terima kasih, bukan apa saja ajak rakan budiman berborak2. Assalamualaikum.