Sunday, December 26, 2010

teH taRik

Beberapa hari lepas Shake dsS ada sms kepada saya memberitahu bahawa pada 29hb Dis sebelah malam ada teh tarik bersama bekas pelajar uiTM Pahang di Restoran Tupai2 berdekatan Dewan Bahasa Pustaka, KL. So kepada sesiapa jua rakan budiMaN di persilakan hadir sekali. Biasanya teh tarik ni bermula jam 8-30 malam. Ada agenda khas yang akan di bincangkan oleh Halem Mat Som nanti.

Antu juga ada call saya memberitahu bahawa Mat Rock pada sebelah petang 29hb Dis tersebut ingin menganjurkan golf budiMaN. Saya belum mendapat pengesahan lanjut lagi venue dan waktunya serta penyertaan tetapi mungkin sehari dua ni Mat Rock boleh confirmkan.

Thursday, December 23, 2010

pMR

Hari ini di umumkan keputusan PMR. Anak saya Muhaimin alhamdulillah dapat 3A. Anak Kudin Mekanik dapat 9A. Anak-anak budiMaN yang lain seperti Fadil Sutok dan lain-lain saya rasa tentunya mendapat keputusan yang cemerlang juga. Tahniah saya ucapkan kepada semua anak-anak budiMaN yang mengambil PMR. Semoga semuanya akan dapat meningkatkan lagi pencapaian dan menjadi manusia yang berguna kepada ibubapa, bangsa dan negara nanti.

Saya pun tak tahu lagi anak saya Aimin akan meneruskan persekolahan di mana. Saya berhasrat nak hantar dia belajar di Kuantan meneruskan persekolahan Tingkatan 4 tapi tengoklah nanti kalau ada rezeki dia nanti. Kalau dia sekolah di Kuantan, nampaknya keraplah bergolfing dengan geng Kuantan di Kuantan dan Kemamang....hehe.


Wednesday, December 22, 2010

beRitA

Semalam saya sempat bersembang dengan Mat Dwan di Facebook. Beliau beritahu Amir USA ada balik ke Malaysia semalam. Mat Dwan juga beritahu geng sekolah dia orang masa di Bentong dulu seperti Slamber dan Fadil Sutok ada rancang buat gathering dengan Amir.

Malam semalam pula sewaktu saya baru sampai ke rumah dari balik golfing dengan geng pencen, Fadil diB Cambodia call saya beritahu beliau juga baru sampai ke Kuala Lumpur dari Cambodia sekeluarga. Sewaktu telefon tu beliau ada kat rumah kakak beliau di Setapak. Katanya beliau akan ke utara nanti dan ingin bertemu Mizi Songhkla sebelum dia pindah. Fadil akan berada sampai hujung tahun nanti di Malaysia sebelum pulang ke Cambodia.

Sunday, December 19, 2010

5 seBab

Selain dari kesibukan kerja dan urusan seharian, sebenarnya ada beberapa sebab mengapa aktiviti blog budiMaN terutama aktiviti amal dan gathering tidak segairah dulu untuk di anjurkan. Hanya tumpuan kepada aktiviti golf yang sememangnya penggerak asal kepada budiMaN masih lagi sesekali diusahakan. 5 Sebab kenapa aktiviti budiMaN tidak segairah dulu kerana :

1. Ada di antara budiMaN yang menjadikan pertemuan dengan kengkawan sebagai ruang untuk meminjam wang dan menipu kengkawan. Pinjam kat orang ni 2 ribu, orang ni 6 ribu, ianya mencecah puluh ribu dan kawan yang dipinjam bukannya orang senang malah ada yang ditimpa malapetaka tapi bukan dia nak membantu, buat tak tahu saja.

2. Ada kengkawan berselindung di sebalik kononya beliau susah tetapi menipu kengkawan lain supaya beliau di bantu oleh rakan budiMaN dengan sedekah dan sebagainya.

3. Selama ini budiMaN sering membantu dan rakan-rakan budiMaN pun personally bantu tetapi sekali seorang budiMaN ini tidak di bantu oleh kita semua, habis di cerca dan di keji kita kerana tidak menghulurkan bantuan kepada beliau.

4. Menjadikan budiMaN tempat melahirkan perasaan cinta yang terpendam setelah hampir 23 tahun tidak bertemu. Masing-masing dah berkahwin tapi masih lagi nak membaharui cinta 23 tahun dulu...Apa hal ni beb!

5. Kekurangan sukarelawan apabila mengadakan aktiviti amal.

Itu antara 5 sebab mengapa aktiviti budiMaN hanya bertumpu kepada golfing sahaja kebelakangan ini. Namun begitu saya berharap Allah swt akan memberikan kekuatan kepada saya dan budiMaN semua supaya dapat bangkit semula menghidupkan kembali aktiviti amal, gathering dan pertemuan silatulrahim sambil beramal yang kita lakukan seperti dulu-dulu.

Friday, December 17, 2010

goLf budiMaN

Pada hari Selasa lepas, saya, Antu, Fadil Sutok, Mat Taib dan Charlie bersama-sama dalam satu kereta memulakan perjalanan kami sekitar jam 3-30 petang menuju ke utara untuk Golf budiMaN. Tersangkut hampir 2-30 jam di terowong Ipoh kerana berlaku kemalangan dan juga hampir 1 jam di Jawi juga kerana kemalangan, perjalanan kami sudahpun terlewat dari perancangan.

Kami sampai di Kedah kira-kira jam 10-30 malam di mana sudah sedia menunggu Amin dsS dan beliau membawa kami check-in ke hotel dan selepas itu kami semua pergi makan malam. Amin membawa kami makan di sebuah gerai yang katanya ada makanan istimewa iaitu Daging Bakar Harimau Menangis...haha..bukan daging rimau..daging lembu susu dengan susu lembu tersebut yang beku di bakar. Susu tu jadi macam lemak jugak (Gambar di atas). Memang special dan amat menyelerakan.

Esok paginya kami semua berkumpul di Black Forest Golf Resort sekitar jam 7-30 pagi dan selepas breakfast, kami memulakan t-off jam 8-30 pagi. Kami bermain satu flight seramai 6 orang dan itu sedikit melambatkan permainan. Kami selesai golf sekitar jam 1-30 petang dan berehat serta makan tengahari di Golf Club tersebut.

Sekitar jam 4-30 petang kami meninggalkan Golf Club dan balik semula ke hotel. Kami menunggu kedatangan Mizi Songhkla tetapi akhirnya Mizi sms kepada saya meyatakan bahawa beliau tidak dapat datang kerana terpaksa menyelesaikan urusan perpindahan beliau. Lagipun jarak beliau untuk ke Kedah akan mengambil masa 4 jam perjalanan pergi dan balik dan saya tahu beliau tidak dapat untuk meluangkan masa sebegitu kerana urusan perpindahan, serahtugas, packing barang (Packers dari KL datang pada hari Rabu itu memulakan packing di rumah beliau). Kami semua mengucapkan selamat berpindah kepada beliau dan semoga beliau sekeluarga akan lebih berbahagia di Washington nanti.

Malamnya pula kami perkena Pulut Ayam, Pulut Mangga di sebuah gerai dan Mat Taib yang 1st time makan pulut ayam tambah sampai 3 pinggan. Memang syiok. Akitviti sembang menyembang memang tak pernah berhenti.

Esok pagi jam 8-00, kami semua sudah bersedia bertolak balik dan kami memulakan perjalanan perlahan-lahan ke Kuala Lumpur dan sampai jam 4-00 petang setelah berhenti di banyak tempat dan menghantar Charlie di Puncak Alam. Antu pula meneruskan perjalanan ke Kuantan.

Kesimpulannya trip Golf budiMaN Edisi Utara boleh diberi rating "awesome" seperti kata Mat Taib walaupun kami cuma sempat satu round golf sahaja kerana terpaksa balik awal (Antu ada urusan urgent di Kuantan pada malam Khamis, tidak plan golf pagi Khamis tu satu round lagi sebelum balik KL). Terima kasih tidak terhingga kepada Amin dsS yang memang awesome dan juga kepada Mizi Songhkla. Insyaallah akan ada lagi trip golf budiMaN yang akan datang dan maybe boleh ke selatan pula nanti...tunggu!

Sunday, December 12, 2010

gOLf budiMaN

Insyaallah pada hari Selasa esok, Kejohanan Golf budiMaN akan di adakan di utara bertempat di Black Forest Golf Club, Kedah. Beberapa orang budiMaN dari Zon Timur di Kuantan dan dari Zon Tengah di Kuala Lumpur akan memeriahkan Kejohanan Golf itu nanti. Saya sendiri sudah menghubungi Amin dsS di Kedah serta Mizi di Songhkla yang juga akan turut serta nanti. Kejohanan Golf ini juga merupakan suatu Majlis Farewell kepada Mizi yang akan berpindah ke Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat bermula 1hb Januari 2011 nanti. Insyaallah saya akan siarkan berita serta gambar-gambar kejohanan golf itu nanti.

Tuesday, November 30, 2010

tiAda beRitA

Sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa sebab tak berjumpa mana-mana rakan budiMaN dalam masa 2 minggu ini di Kuala Lumpur. Tetapi dalam fikiran saya ada beberapa cadangan seperti untuk ke utara mengadakan Golf Farewell untuk Mizi di Songkhla yang akan berpindah ke Washington mulai 1hb Januari 2011. Selain itu mungkin juga boleh ketemu dengan Amin dsS untuk mengetahui perkembangan diri beliau terutama selepas di timpa musibah banjir tempohari. Mungkin esok saya boleh menghubungi beberapa rakan budiMaN dan mengutarakan idea ini kepada mereka supaya satu tarikh yang sesuai dapat di cari untuk ke sana.

Selain itu saya ada juga terfikir rasanya sudah hampir 2 tahun tiada Family Gathering budiMaN di adakan seperti di Cherating dan Maran dahulu. Selain itu sudah 2 tahun juga budiMaN tidak menganjurkan sebarang aktiviti amal secara berkumpul bersama budiMaN seperti Membantu Mangsa banjir di Johor, Rumah Anak Yatim Darul Izzah dan juga Kerja Amal di Surau Tanjung Belengu, Temerloh. Mungkin saya rasa 2011 boleh di lakukan lagi aktiviti-aktiviti sebegini, insyaallah.

Tuesday, November 23, 2010

peRteMuaN saLasiLah

Sabtu lepas bertempat di Inderapura Resort, Pekan Pahang telah berlangsung Hari Keluarga Keturunan Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Badaruddin. Saya sekeluarga telah bertolak dari Kuala Lumpur pada pukol 8-00 pagi dan setiba di Kuantan saya bertemu dengan ayah dan adik beradik saya yang menunggu di simpang Pekan dimana kami semua meneruskan perjalanan ke Inderapura Resort, Pekan.

Majlis bermula pada pukol 12-00 tengahari dan saya anggarkan seramai lebihkurang 2,000 orang telah hadir dari seluruh Malaysia dan Brunei. Ramai yang saya tidak kenal cuma ayah saya memang dikenali oleh ramai orang dan saudara mara dan sempat saya berkenal-kenal dengan mereka semuanya. Sempat juga bertemu dengan Charlie Koy diB yang juga hadir dengan keluarganya.

Pertemuan julung kali setelah 164 tahun anak-anak Pengiran Sura berhijrah ke Pahang dan salasilah keturunan di bahagikan mengikut anak-anak beliau yang berada di Pahang. Pencarian susurgalur keturunan yang di adakan saya rasa agak kurang berkesan kerana jetiadaan orang tua-tua yang kebanyakannya telah meninggal dunia untuk mengenalpasti susurgalur yang tepat. Walaubagaimanapun penyelidikan selama 10 tahun yang dijalankan oleh penganjur untuk mengenalpasti salasilah ini saya rasa patut di berikan penghargaan yang tinggi.

Saya sendiri sebenarnya kurang pasti susurgalur yang tepat kerana saya rasa ianya bertentangan dengan salasilah yang pernah saya lihat semasa kecil-kecil dahulu di rumah Arwah datuk saya di kampung Temai, Pekan, Pahang. Malangnya salasilah di rumah datuk saya telah tiada lagi dan saya tiada rujukan untuk membuktikan ketepatan salasilah tersebut.

Walaubagaimanapun saya berasa amat puashati hadir di majlis salasilah Pengiran Sura ini kerana sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui bahawa salasilah keturunan saya ada berkait dengan Pengiran Sura.

Wednesday, November 17, 2010

aidiLAdhA

Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut hariraya AidilAdha kepada semua rakan budiMaN semua. Saya sekeluarga akan berada di Kuala Lumpur dan insyaallah saya bercadang untuk menziarahi nenek saya yang berada di Sg Buloh selepas sembahyang sunat AidilAdha nanti.

Walaubagaimanapun ada satu acara pada hari Sabtu nanti bertempat di Inderapura Resort, Pekan Pahang di mana saya bersama seluruh keluarga ayah saya dan juga Charlie Koy diB dengan seluruh keluarganya akan menyertai satu perhimpunan susurgalur keturunan kami di seluruh Malaysia dan Brunai. Saya call Charlie tadi dia kata insyaallah dia akan hadir dan katanya 8 ekor lembu bakal di korbankan dalam acara tersebut. Wakil dari Brunai katanya seramai 30 orang di ketuai oleh Penyimpan Mohor Besar Sultan Brunai sendiri. Saya sendiri hanya mengetahui salasilah keluarga ini semasa kecil dulu di rumah datuk saya di Kg Temai, Pekan, Pahang yang menceritakan asalusul keturunan dari sebuah kerajaan di Majapahit, berkahwin di Brunai kemudian menetap di Pahang dan meninggal dunia di Mekah kira-kira pada abad ke 17 dahulu. Jadi saya memang merasa amat teruja kerana berharap dalam majlis itu nanti penerangan yang lebih terperinci tentang salasilah akan terungkai. Ini kerana saya masih berada mungkin dalam keturunan ke 6 manakala Charlie mungkin dalam keturunan ke 7 dalam salasilah ini (Kalau kata orang tua-tua darah asal 7 keturunan masih tetap ada). Yang penting semua ini akan menjadi suatu bahan sejarah keluarga yang boleh disimpan dan dijaga untuk rujukan anak cucu cicit nanti.

Insyaallah saya akan menulis satu artikel lain tentang Majlis Pertemuan Susurgalur Keturunan ini nanti.

Friday, November 12, 2010

teH taRik

Malam tadi saya teh tarik dengan Antu, Sutok dan Hanif di Hotel Sucasa tempat Antu menginap. Antu akan ke Guanzhou hari ini flight pukol 12-30 tgh pergi tengok Sukan Asia. Banyak benda jugak kami sembang antaranya pasal bantuan untuk Amin dsS dan Kejohanan Golf budiMaN pada penghujung tahun ini insyaallah. Tapi Antu ni jadual dia pun tight, balik Guanzhou dia pergi Batam pulak 25hb nanti. Saya dah lega sikit sekarang ni walaupun ada 2-3 kerja yang perlu dibereskan tapi manageble la. Hanif mungkin boleh arrange untuk satu trip ke utara tengok masa yang sesuai dan juga Golf budiMaN nanti.

Dari Sucasa kami pindah pergi Restoran Pelita di Jalan Ampang dan pekena teh tarik kat sana plak dan sembang lagi. Nasib baik la semua kerja sendiri, kalau eat salary memang tak larat nak ikut puak ni kalau teh tarik.

Wednesday, November 10, 2010

rehAt

Istana Sultan SoloMasjid Wali Songo, Semarang
Lokasi Shooting Filem Ayat-Ayat Cinta
Terowong bawah tanah dalam air (kena pakai boot) di Lawang Sewu di mana Tentera Jepun menyeksa tahanan. Berhantu!
Istana Sultan Jogjakarta. Ayah shopping handmade batik harga sejuta rupiah (RM350) sehelai.

Sebenarnya selama hampir 3 bulan tidak menulis blog kerana kesibukan saya dalam pelbagai urusan pekerjaan dan peribadi dan ianya turut melibatkan hampir seluruh ahli keluarga saya sendiri dan keluarga mentua saya. SK dengan urusan pekerjaannya melibatkan system upgrading IT di Prudential dan kemudian persiapan beliau untuk serahtugas kerana berpindah ke syarikat baru, Aimin anak saya dengan PMR dan saya dengan urusan kerja manakala perniagaan keluarga dengan kerja-kerja di Johor Bahru, Batu Pahat dan sebagainya. Jadi setelah selesai Aimin mengambil peperiksaan PMR baru-baru ini yang menandakan leganya sedikit segala urusan kami semua, maka bapa mertua saya seluruh keluarga mengambil keputusan bercuti ke Jogjakarta, Solo, Semarang dan Bali selama 5 hari kira-kira 2 minggu lepas. Hanya anak saya Maisarah yang berada di Kolej Matrikulasi sahaja yang tak dapat nak ikut ( itupun insyaallah TokWan dia dah janji nak bawa pergi Europe dan buat umrah next year kalau ada rezeki)

Seronok kami pergi ramai-ramai sekeluarga. Memulakan perjalanan ke airport pada pukol 3-00 pagi dan kami bertolak ke Jogjakarta menaiki penerbangan kira-kira pukol 7-00 pagi dan sampai di sana jam 8-30 pagi dan terus ke Solo di mana kami bermalam di sana.

Banyak tempat yang kami lawati seperti Istana Sultan Solo, Masjid Wali Songo Kudus, Masjid Demak, Muzium Nyonya Meneer, Candi Borobodur dan bermacam lagi. Macam-macam makanan kami nikmati dan pelbagai ragam manusia kami temui.

Geng pompuan rupa-rupanya ada agenda mencari Kosmetik KD Martha Thilla yang sekarang cukup terkenal di kalangan wanita. Habis di borong semuanya.

Kami balik ke Malaysia pada hari Ahad dan alhamdulillah selamat sampai dalam keadaan baik semuanya. Esoknya Gunung Merapi di Jogjakarta meletus dan kami sungguh bernasib baik telahpun meninggalkan kota Jogja.

Monday, November 08, 2010

aMin dsS baNJiR


Keadaan banjir di utara terutama di Kedah dan Perlis mengakibatkan ramai yang terpaksa berpindah kerana kawasan kediaman mereka di naiki air. Kebanyakannya tidak sempat menyelamatkan harta benda dan ramai yang terpaksa berlindung di rumah saudara mara atau di pusat-pusat pemindahan banjir. Kerugian harta benda saya rasa amat besar jumlahnya.

Tidak terkecuali malapetaka tersebut turut menimpa sahabat budiMaN kita iaitu saudara Amin dsS di rumahnya di Kedah. Kesemua harta benda beliau di dalam rumah musnah tidak dapat di selamatkan dan kabarnya kerugian melebihi RM30,000. Namun begitu beliau bersyukur kerana semua ahli keluarga beliau selamat dan ketika ini beliau menumpang di rumah kakak ipar beliau.

Saya menghubungi Amin siang tadi dan memberitahu beliau bahawa ada rakan-rakan yang ingin menghulurkan bantuan. Beliau rasa terharu dengan keprihatinan rakan semua walaupun pada mulanya beliau agak keberatan memberikan no akaun bank seperti yang saya minta kerana segan dengan rakan-rakan. Saya beritahu beliau supaya tidak perlu merasa segan kerana niat rakan semua adalah ikhlas untuk membantu meringankan sedikit beban beliau.

Oleh itu kepada rakan budiMaN atau sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan bantuan kepada Amin, silalah bank in ke akaun Bank berikut :

Bank : EON Bank
No Akaun : 2033200000617
Nama : Aminudin bin Sirajudin
No Telefon : 0124085649

Saya juga ada menghubungi Amy Jarr dpA tadi dan beritahu beliau tentang rancangan saya mungkin untuk pergi sendiri bertemu Amin di utara dalam 2 minggu lagi jika keadaan mengizinkan dan Antu pun nak ikut sekali. Mungkin boleh ajak Charlie sekali dan sesape lagi yang nak pergi.

Sunday, November 07, 2010

haJi aPek


Minggu lepas pada hari Khamis malam Jumaat, Apek @ Wan Mazlan dpA mengadakan kenduri doa selamat di rumah beliau di Gombak sempena pemergian beliau suami isteri menunaikan fardu haji di Mekah pada 5hb November lalu. Jadi saya bersama-sama Kitang, Arash, Fadil Sutok dan Mat Rock telah melapangkan masa untuk bersama-sama Apek pada malam itu. Kitang yang datang last sekali membawa bersamanya satay Hj Samuri untuk hidangan kami semua.

Panjang lebar jugak bersembang dengan Haji Apek pada malam itu sehinggalah jam menunjukkan sudah pukol 1-30 malam barulah kami semua bersalaman dan beredar. Insyaallah Apek akan kembali ke Malaysia pada 18hb Disember nanti. Semoga Haji Apek suami isteri akan sentiasa di permudahkan di tanah suci dalam mengerjakan ibadah haji, sihat dan sejahtera sentiasa serta beroleh haji mabrur. Amin.

Wednesday, November 03, 2010

taKZiah

Semalam Kitang dan Joe Malady ada sms kepada saya memberitahu bahawa Bob MG atau Nizam diA ada sms diaorg beritahu bahawa emak BoB MG telah meninggal dunia pada pukol 1-00 tengahari. Jenazah di kebumikan selepas asar di Batu 8, Jalan Gambang semalam. Al Fatihah. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan di ampunkan segala dosa-dosanya. Amin

Tuesday, November 02, 2010

sK piNdah keJe


Mulai semalam 1hb November 2010, isteri saya Mahanim telah berpindah kerja daripada Prudential Assurance ke Syarikat Takaful Malaysia Berhad di Dataran Kewangan Takaful. Sepatutnya beliau berpindah pada 1hb Januari 2011 tetapi STMB bersetuju membayar 3 bulan notis gaji beliau kepada Prudential supaya beliau dapat berpindah segera. Kalau di Prudential dia jaga IT Department sebagai IT Head, kini berpindah ke STMB kena jaga Operation Family/Bancatakaful, suatu bidang baru katanya.

Ramai jugak staff katanya. Bilik cantik dan siap ada sofa dan rupa-rupanya ada private toilet. Boleh cari idea dalam toilet...haha. First day balik tadi pun mengadu masalah macam2 kat ofis baru...haha..dugaan beb.

Semenjak Bank Negara mengeluarkan 4 lesen baru syarikat takaful pada bulan lepas, bermacam-macam tawaran dan usaha untuk menarik eksekutif2 insuran ke syarikat baru. SK pun katanya ada tawaran lagi tapi wait n see dulu. Itupun masuk STMB ni kena bonded setahun atau kena bayar pampasan bonded untuk resign.

Semoga SK di permudahkan dalam segala urusan pekerjaan dan akan sentiasa sihat dan sejahtera selalu. Amin.

Monday, November 01, 2010

noVeMbeR RaiN


Hampir 3 bulan blog ini tidak diperkemaskan dengan sebarang artikel baru. Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya meluangkan sedikit masa untuk menulis artikel baru di blog ini hari ini. Ketiadaan selama hampir 3 bulan adalah kerana beberapa urusan pekerjaan dan peribadi yang membuatkan saya kurang mendapat berita daripada kengkawan budiMaN untuk di muatkan di dalam blog ini. Insyaallah selepas ini saya akan cuba mengemaskini blog ini seberapa kerap yang boleh supaya perkembangan rakan budiMaN akan sentiasa sampai ke pengetahuan kita semua.

Ada beberapa berita rakan budiMaN yang ingin saya sampaikan. Antaranya :

1. Apek dpA (Wan Mazlan) akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan fardu haji bersama isterinya pada 5hb November ini. Beliau sms saya meminta tolong doakan beliau supaya di permudahkan dan mendapat haji mabrur. Di sini saya panjangkan juga kepada rakan budiMaN agar dapat sama-sama berdoa supaya Apek dan isteri akan beroleh haji mabrur, dipermudahkan dan sentiasa sihat dan selamat kembali pulang ke Malaysia nanti. Amin.

2. Wan Azhar diA juga menunaikan haji pada tahun ini dan saya rasa beliau sudahpun berangkat kerana dalam 2 minggu lepas beliau ada mengirim sms menjemput saya sekeluarga ke majlis doa selamat untuk beliau menunaikan haji bersama isterinya. Semoga Wan Azhar juga dipermudahkan, sihat sentiasa dan selamat dalam menunaikan haji serta mendapat haji mabrur beserta dengan isterinya. Amin.

3. Saya rasa mungkin ada lagi rakan budiMaN yang turut menunaikan haji pada tahun ini dan sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan mereka semua dalam menunaikan rukun islam tersebut.

4. Pada minggu lepas hari Rabu, Kejohanan Golf budiMaN antara Team KL melawan Team Kuantan telah berlangsung di Bukit Tinggi Golf Resort bermula jam 11-00 pagi dan telah berakhir kira-kira jam 3-00 petang. Antara yang hadir ialah Amy Jarr, Joe Malady, Rasidi, Hanif, Charlie dan Mat Rock. Kalau dalam pusingan pertama di Kuala Lumpur bulan April dulu, Team KL menewaskan Team Kuantan, kini di Bukit Tinggi, Team Kuantan pula menewaskan Team KL. Insyaallah lepas ini Team KL/Kuantan akan berkunjung ke Utara pula untuk bertarung dengan Amin dan Mizi. (Mungkin selepas Amy Jarr balik dari Sweden nanti)

Setakat ini dulu berita yang dapat saya sampaikan. Insyaallah esok saya akan sampaikan berita yang lain pula.

Thursday, August 12, 2010

aMaL

Bilal ada mengirimkan email menganjurkan satu program amal Ramadhan bertajuk "Program Kasih Ramadhan". Saya percaya ramai rakan budiMaN turut menerima email dari Bilal. Bagaimanapun saya siarkan email beliau di bawah untuk tatapan rakan budiMaN semua.

OBJEKTIF PROGRAM
 Melaksanakan program amal sempena Ramadhan
 Membantu mereka yang amat memerlukan samada dalam bentuk kewangan mahupun barangan
 Memberi ruang dan peluang bagi mereka yang Daif dan Miskin agar dapat sama menikmati Ramadhan dan Syawal bersama
keluarga
 Memupuk keperihatinan dan sikap suka beramat serta tolonmg menolong sesame insan
 Melaksanakan Salah satu dari Ibadat yang dituntut khususnya dalam bulan Ramadhan
SASARAN
1. Keluarga Miskin dan Daif sekitar Selangor, Kuantan dan Negeri Sembilan yang dikenal pasti dan dipilih.
2. Rakan-rakan BUDIMAN yang dah berkeluarga serta mempunyai pendapatan Seisi rumah kurang RM800 sebulan

BENTUK SUMBANGAN
1. Pakaian terpakai yang masih cantik dan boleh digunakan
2. Barangan keperluan asas seperti Beras, susu, minyak dll
3. Wang untuk sara kehidupan
 Untuk Item 1 dan 2, Barangan akan di kutip pada 25hb dan 26hb Ogos 2010. Sila email butiran alamat agar mudah untuk diambil.
Beberapa sukarelawan yang ingin membantu mengkoordinasikan kutipan serta cadangan adalah dialu-alukan
 Untuk item 3 sila bank in ke akaun maybank 101254011503 dan sms ke no 013-3350036 sebaik sahaja setelah bank in untuk
akad. Sumbangan wang mesti di salurkan sebelum 25hb. Ogos.
 Semua Penyerahan akan dibuat pada 29 Ogos 2010 dan akan disertai oleh beberapa wakil BUDIMAN yang ingin turut serta.
(Jumlah penyerahan adalah tertakluk pada jumlah kutipan dan akan diumumkan pada semua)
 Majlis akan dirakam dan gambar akan dikongsikan di laman Blog : www.budakitmpahang.blogspot.com
 Jika ada cadangan lain juga turut di alu-alukan.

SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMAT
Boleh hubungi Hj Azmi Hj Abu Bakar ( Bilal) di : azmiabakar@gmail.com atau FB: Azmi A.Bakar atau 013-3350036

Wednesday, August 11, 2010

raMadhaN

Assalamualaikum semua,

Hampir 2 bulan saya tidak berpeluang untuk menulis apa-apa di dalam blog kita ini. 2 bulan yang penuh dengan kesibukan mengharungi pelbagai arus kehidupan dan pekerjaan. Dan kini Ramadhan menjelma kembali dan syukur alhamdulillah kita semua sekali lagi berpeluang menunaikan ibadah puasa. Sehingga kini budiMaN kelihatan agak sepi dengan ketiadaan aktiviti yang pernah kita anjurkan di tahun-tahun sebelum ini baik perjumpaan sesama budiMaN mahupun aktiviti-aktiviti amal yang menjadi tunjang dan teras kewujudan budiMaN. Insyaallah jika ada buah fikiran dan daya usaha rakan budiMaN untuk sama-sama menjayakan aktiviti amal, akan saya turut serta dengan segala kemampuan yang ada demi merealisasikannya.

Walau dalam tempoh tidak menulis apa2 di dalam blog tetapi saya sebenarnya tetap berhubung dengan rakan-rakan budiMaN dan mengetahui sedikit sebanyak perkembangan rakan-rakan. Saya harap semua rakan budiMaN akan terus bersama-sama di dalam segala aktiviti budiMaN selepas ini dan terus menyumbang buah fikiran demi kejayaan budiMaN semua.

Wednesday, June 16, 2010

ajK diNNeR ApPreciation

Barisan AJK ReuNioN
Bergambar dengan orang kuat Raihan- saudara Mubin diA yang kini menetap di Perth, Australia yang sempat datang pada malam semalam dan Mubin beritahu kalau ada kengkawan nak ke Perth boleh singgah di rumah beliau makan nasi
Dona dan Sheena sempat potong kek birthday semalam - suprise dari Razlan diA
Sembang tak berhenti sambil menjamu selera
Mat Rock, Mila dan Fadzullah
Halem, Jamal dan Mubin
Sempat lagi sembang dan ambil gambar kat tangga macam tak mahu balik

Malam semalam satu Jamuan Makan Malam bagi meraikan AJK ReuNioN Alumni Jubli Perak UitM Pahang yang telah berlangsung baru-baru ini telah diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Ramai yang hadir antaranya Halem dpA, Shake dsS, Sheena dsS, Dona dsS, Norm dsS, Razlan diA, Kitang diA, Mat Rock diA, Hanif diA, Jamal Panah Beracun, Mila dpA, Fadzullah diB, Yahya diB, Kak Sit dsS, Tila dsS, Mubin diA dan beberapa lagi yang saya tak ingat namanya kesemuanya seramai 20 orang.

Halem sebagai Pengerusi ReuNioN Jubli Perak dalam ucapannya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan ReuNioN baru-baru ini. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan di hadapi AJK dalam menganjurkan ReuNioN tetapi dengan kecekalan dan kesabaran semua AJK akhirnya suatu ReuNioN yang paling meriah dalam sejarah ReuNioN bekas pelajar UitM Kuantan, dapat di laksanakan dengan kejayaan cemerlang.

Sehingga hari ini masih ramai yang memperkatakan tentang perjumpaan ReuNioN pada malam tersebut dan pengalaman tersebut tidak akan hilang dari ingatan semua yang hadir. Berita dan gambar ReuNioN ada di siarkan di dalam akhbar Berita Harian minggu lepas dan hari ini akan di siarkan dalam Harian Metro pula dalam satu mukasurat penuh.

Buku Directory ReuNioN Jubli Perak pula boleh didapati secara percuma kepada kengkawan yang tidak dapat hadir pada malam itu dan di Kuantan boleh menghubungi Jamal Panah Beracun dan di Kuala Lumpur samada dengan Fadzullah, Razlan atau dengan Mila atau juga boleh menghubungi saya dan saya akan cuba mendapatkan naskah tersebut.

Jamuan malam semalam membangkitkan nostalgia kepada semua AJK dan seakan acara sembang tidak mahu berakhir (macam biasa laa) sehingga lah restoran di Hotel Singgahsana di tutup barulah semuanya terpaksa beredar pulang.

Tuesday, June 15, 2010

cUti sekOLah

Sudah seminggu sekolah bercuti dan ada lagi seminggu cuti sekolah yang akan ditempuhi. Saya sekeluarga mengambil peluang cuti sekolah ini untuk berehat-rehat selain dari menghadiri kenduri kendara yang banyak sekali perlu dihadiri terutama pada hari Sabtu dan Ahad. Esok malam AJK ReuNioN Alumni UiTM Pahang akan berkumpul semula di Hotel Singgahsana di Petaling Jaya untuk satu Jamuan Makan Malam. Insyaallah saya akan menghadiri perjumpaan tersebut.

Selain itu cuti sekolah ini tak banyak perkembangan rakan budiMaN yang dapat saya kumpulkan mungkin kerana masing-masing mengambil peluang cuti sekolah untuk berehat bersama keluarga dan menghadiri kenduri kendara. Insyaallah malam esok saya akan rakamkan Jamuan AJK ReuNioN dan siarkan di sini nanti.

Yang pastinya ramai rakan budiMaN yang tengah demam sekarang ini...demam Piala Dunia.

Thursday, June 03, 2010

jeMputaN daRi LaN keNtei n juN

Jun iaitu isteri kepada Lan Kentei diA ada mengirimkan email kepada saya minta saya sampaikan kepada rakan budiMaN semua jemputan ke majlis perkahwinan Lan Kent....opps (buat lawak bodoh la plak...haha)...ke majlis perkahwinan adik ipar Lan Kentei diA. Beginilah email yang dikirmkan oleh Jun :

Salam kida
Adik jun telah bernikah pada 29hb Mei yg lepas..this coming saturday, on 5hb jun majlis menyambut menantu akan diadakan di rumah my parent kat Mentakab. so, LK n me on behalf of my family ingin menjemput semua warga budiman yg ada kelapangan untuk datang memeriahkan suasana.

majlis menyambut menantu
date: 5hb june 2010
time: 12.00-4.00pm
address: no.2, lorong 3C,
Taman Bukit Bendera
28400 Mentakab, Pahang.

Sekian, terimakasih.

Monday, May 31, 2010

maJLis MakaN maLaM reuNioN aLuMNi uiTM pahANg

Golf ReuNioN Masters
Rambo dan Niza dpA
Puan Rozainun kat tengah tu
Brother Herman Tino
Othman Hamzah dengan Kak Zah - Gadis Melayu
Nash dengan Nasrun
Teh Tarik pulak...

Akhirnya detik yang ditunggu-tunggu 29hb Mei 2010 tiba jua. Malis Makan Malam reuNioN UitM Pahang telahpun berlangsung dalam suasana yang amat meriah dan menghiburkan dengan pertemuan semula bekas-bekas pelajar UitM Kuantan selepas 25 tahun di pertemukan. Majlis telah berlangsung di Dewan Banquet Sri Bestari, IntekMa Resort, Shah Alam

Acara ReuNioN telah bermula seawal jam 12-30 tengahari di Kelab Golf Monterez dimana kira-kira 20 orang peserta terdiri dari bekas-bekas pelajar telah berkumpul untuk memulakan Golf ReuNion Master. Suasana riuh rendah di Kelab Golf Monterez begitu meriah seolah-olah kelab tersebut milik kami sahaja pada petang itu. Perlawan golf secara StableFord berlangsung dengan sengit dan akhirnya kira-kira jam 5 petang kami semua telah menamatkan perlawanan. Keputusannya Hanif diB telah muncul juara dan tempat ke2 dan ke3 oleh Amy Jarr dan Mat Taib. Keputusan telah diumumkan pada Majlis Makan Malam dengan pakej-pakej hadiah melancung ke China dan sebagainya. Saya turut mendapat tempat ke5 dengan hadiah voucher RM300. Berbaloi-baloi beb.

Sementara itu AJK yang lain seperti Shake, Mila, Donna, Sheena, Kak Sit dan Kitang serta lain-lain sudahpun memulakan tugas masing-masing. Jamal n the band yang terdiri dari Jamal dpA, Yahya keyboard diB, Yew dpA dan Hamzah Kajat diB memulakan latihan mereka sejak Jumaat lagi turut membuat persiapan terakhir di IntekMa Resort.

Jam 8-00 malam semua jemputan khas terdiri dari Dato' Nasuddin (bekas pengetua dan kini Naib Canselor UiTM) bersama isteri, Dato Haji Hilmi ( Pengarah UitM Pahang), Kak Zah bekas Pengurus Asrama UiTM Kuantan, bekas-bekas pensyarah kita dulu seperti Puan Hamidah, Puan Rozainun, Puan Saadiah dan lain-lain, kakitangan HEP UiTM Pahang dan wakil-wakil pelajar UiTM Pahang seramai 30 orang, telah sampai dan diberikan sambutan meriah. Bekas-bekas pelajar pula tiba dengan sorakan dari rakan-rakan yang sudah sampai dan suasana begitu meriah sekali.

Majlis di mulakan oleh pengacara pada malam itu iaitu Amin dsS dan Kak Teep dsS dengan menjemput Roslan Muwardi @ Lan Imam untuk membaca doa selamat. Halem MatSoM sebagai Pengerusi AJK kemudiannya menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya Pengarah UiTM Pahang, Dato' Haji Hilmi menyampaikan ucapan beliau pula. Majlis Makan Malam itu kemudiannya di rasmikan oleh Dato' Nasuddin dengan ucapan beliau yang begitu bersemangat. Walaupun Dato' Nasuddin sudahpun berusia 59 tahun tetapi fizikalnya masih tidak berubah. Beliau menyatakan masih lagi mengingati wajah-wajah beberapa bekas pelajar walaupun ramai yang dah KRU katanya iaitu Kelab Rambut Uban.

Jamuan Makan Malam telahpun di mulakan dengan hidangan buffet yang amat menyelerakan dan sambil makan, semua yang hadir mengambil peluang beramah mesra. Suasana memang meriah sekali. Sambil itu Jamal n The Band memulakan persembahan dengan lagu yang ditunggu-tunggu iaitu lagu Panah Beracun. Seluruh dewan bersorak dengan persembahan Jamal n The Band. Memang meriah giler beb...memang rugi sesape yang sengaja sombong tak mahu datang tu (ada yang tak datang sebab nak tengok wayang jer bukannya ada kenduri kendara atau urusan mustahak pun...sengaja sombong tak mahu datang beb)

Nasrun atau Mat Rock kemudiannya telah naik ke pentas untuk mengumumkan pemenang acara Golf ReuNioN Master dan suasana meriah dan sorakan dengan gelagat lucu Mat Rock menghiburkan seluruh dewan. Memang gempak betul la Mat Rock malam tu. Acara cabutan bertuah turut di selitkan antara persembahan Jamal n The Band dengan hadiah sumbangan penaja-penaja... Memang berbaloi-baloi la beb.

Saat-saat yang ditunggu pun tiba dengan persembahan artis jemputan khas iaitu Herman Tino yang muncul dari belakang dewan menyampaikan 4 buah lagu termasuk lagu Derma Bukan Tontonan di mana semua didalam dewan turut menyanyi bersama beliau. Ramai yang mengambil peluang bergambar dengan beliau dan persembahan Herman Tino memang meriah giler beb.

Seterusnya penyanyi asal Gadis Melayu iaitu Othman Hamzah dari Singapura turut mendengkan lagu tersebut dan Kak Zah telah naik ke pentas menari bersama Othman Hamzah. Meriah betul dengan sorakan dan semua dalam dewan bernyanyi sekali dengan Othman Hamzah. Tak terkata beb meriah nyer suasana masa tu.

Akhirnya dewan di kejutkan lagi dengan kehadiran Nash, penyanyi Lefthanded di mana semua dalam dewan bersorak dan menjerit kepada beliau dan Nash memulakan persembahan dengan lagu Debunga Wangi. Nash kemudiannya menyebut dan meminta Mat Rock untuk naik ke pentas bersama beliau untuk menyanyikan lagu Ku Di Halaman Rindu. memang gempak giler la Mat Rock malam tu. Gegak gempita dewan dengan sorakan kepada Mat Rock dan Nash. Akhirnya persembahan di tutup dengan nyanyian lagu Pada Syurga di WajahMu di mana seluruh dewan melambaikan saputangan dan bernyanyi sekali dengan Nash turun ke pentas dan meminta Mat Dwan bernyanyi bersama beliau. Gempak giler baban beb....yang sombong tak datang tu tolong beritau sikit...rugi tak rasanya menyombong beb. Ko orang boleh baca je la kat blog ni beb tapi pertemuan dengan kengkawan malam tu seumur hidup pun belum tentu dapat buat lagi macam ni.

Memang meriah giler la malam tu. Tak terucap dengan kata-kata. Bukan persembahan, bukan hadiah tetapi pertemuan semula dengan rakan-rakan budiMaN malam itu akan dikenang seumur hidup. Bukan tentu panjang lagi umur kita ini tetapi peluang bertemu semula dengan rakan-rakan lama, bekas-bekas pensyarah untuk menyatakan ucapan terima kasih kerana mendidik kita, mereka dapat melihat kita semula ternyata suatu kepuasan dan kesyukuran kepada Allah swt kerana memanjangkan umur untuk dipertemukan semula.

Majlis di akhiri dengan ucapan terimakasih oleh saudara Halem kepada semua AJK yang terlibat dan kepada semua yang hadir pada malam tersebut. Walaupun sewaan dewan hanya setakat jam 11-30 malam dan lampu dewan sudahpun di malapkan tetapi semuanya seakan tidak mahu pulang lagi.

Seramai lebihkurang 50 orang termasuk Kak Zah kemudiannya beredar untuk teh tarik di Restoran Khalifah Seksyen 3 dan riuh rendah pula keadaan di situ sehingga jam 3-00 pagi barulah semuanya beredar, itupun kerana restoran itu akan ditutup.

Batch Jan 85 ramai yang hadir hampir setiap kursus melebihi 10 orang peserta. Batch Julai 85 juga tidak kurang dan yang paling gempak sekali apabila Rambo dan Niza dpA turut hadir sekali. Memang meriah sakan giler baban beb.

Akhir kata saya ungkap kembali coretan Puan Rozainun(bekas pensyarah paling glamor dan paling ramai nak ambil gambar malam tu) bekas pensyarah Accounting kita yang hadir pada malam itu seperti yang tercatat di ruangan komen artikel sebelum ini....

Salam tahniah dan penghargaan kepada AJK Dinner malam tadi (29/05/10) serta alumni lain dan hadirin yang telah sama2 menjayakan event yang tak mungkin dapat dihasilkan tanpa semangat 'UiTM dihatiku' semua. The turn-out was fantastic. The program was great.

Seperti coretan saya yang lalu, mungkin setahun atau dua yang lalu, saya amat bangga dan terharu dapat berpeluang melihat anak didik ITM Pahang 1985 bekerjasama, dan kali ini sehingga terhasilnya saat yang dinantikan, tak kira sibuk, dengan banyak halnya, dll., semua ini diketepikan untuk bersama2 meraikan perjumpaan itu; saya dapat merasakan kekitaan sesama lain, seperti adik beradik. Tak pa lah yang KRU pun, atau KRK atau berubah saiz, berlainan rupa, pokoknya kamu semua bertenaga. Rasanya masih boleh lagi panjat ikut tingkap bas ITM dulu.

Keep up the good spirits - I really admire them. Makes me smile always. Together we uphold our race and society for our future generation. Do keep in touch. Always be good and happy! Detik2 sejarah yang lalu, jadilah semuanya sebagai satu pedoman.

Once again, THANK YOU. A very well
organised event indeed! Syabas. I am so proud of all of you.

Salam manis penuh harapan kepada
adik2 semua, dari saya,
your 'Cik' Rozainun.

Wednesday, May 26, 2010

3 daYs tO reuNioN

Isnin malam lepas, satu mesyuarat AJK ReuNioN telah di adakan lagi di Restoran Tupai2. Ramai yang hadir antaranya Halem, Shake, Sheena, Kak Sit, Kitang, Hanif, Khatilah dan beberapa rakan yang lain. Saya kebetulan mempunyai beberapa urusan yang perlu dibereskan pada petang itu dan saya tiba agak lewat sedikit sekitar jam 10-00 malam. Sebaik sampai saya dapati Halem sudah meninggalkan mesyuarat tetapi AJK yang lain masih berada di sana.

Sehingga Isnin malam seramai 70 bekas pelajar UitM Pahang dari batch Jan dan Julai 1985 telahpun mengesahkan kehadiran mereka. Walaubagaimanapun setelah berbincang, pihak AJK masih lagi boleh menerima penyertaan di saat-saat akhir dan tarikh akhir ialah pada hari esok kepada sesiapa yang ingin menyertai untuk membuat pengesahan dan pembayaran kepada Bendahari ReuNioN iaitu saudara Kitang. Namun begitu kepada mereka yang ingin juga datang dan hanya dapat mengesahkan dengan hadir di malam tersebut, pihak AJK sedang berusaha meminta pihak IntekMa Resort menyediakan tempat dan bolehlah mereka membuat pembayaran di Malam Jamuan ReuNioN itu nanti.

Jamal dpA ada memberitahu saya bahawa band beliau yang terdiri dari Yahya Keyboard dan Yew Bassist akan beraksi di malam tersebut. Di samping itu kita juga mempunyai penyanyi jemputan yang akan turut menghiburkan kita iaitu Nash dari Kumpulan Lefthanded dan juga Othman Hamzah dari Singapura yang terkenal dengan lagu Gadis Melayu dan Musliha di mana masing-masing akan mendendangkan 2 buah lagu, Insyaallah. Jadi kepada rakan budiMaN yang masih tercongak-congak untuk pergi, saya rasa tiada alasan lagi disamping berjumpa kengkawan lama dihiburkan pula oleh 2 penyanyi Retro terkenal di zaman remaja kita dahulu.

Golf ReuNioN Master pula insyaallah akan di adakan di Kelab Golf Monterez, Shah Alam dan setakat ini sebanyak 4 flight sudah mengesahkan penyertaan.

Saya sebenarnya pun teramatlah sibuk dengan beberapa urusan peribadi dan kerja dalam minggu ini. Esok insyaallah saya sekeluarga akan ke Pontian, Johor untuk menghantar anak saya Maisarah yang berjaya dalam rayuan untuk kursus Matrikulasi dari Sains kepada Sains Teknikal di mana beliau akan mendaftar pada hari Khamis nanti. Jumaat pula balik dari Johor saya akan pulang ke kampung kerana mempunyai beberapa kenduri di rumah bapa saudara pada hari Sabtu dan Ahad. Bagaimanapun saya insyaallah akan tetap mengesahkan kehadiran saya di ReuNioN dan Golf nanti bersama-sama SK.

Semoga lebih ramai budiMaN akan mengsahkan kehadiran dalam sehari dua ini agar pertemuan kita semua di Malam ReuNioN itu nanti akan lebih bermakna lagi, insyaallah.

Sunday, May 23, 2010

5 daYs to reuNioN

(Gambar SK di Night Market Taipei baru-baru ini)

Segala persiapan menuju ReuNioN UitM Pahang yang akan di adakan di IntekMa Resort Shah Alam pada 29hb Mei ini sedang giat di usahakan oleh AJK ReuNioN. Kemungkinan pada malam esok satu lagi mesyuarat AJK ReuNioN akan di adakan di Restoran Tupai2 bagi finalising beberapa perkara.

Majalah ReuNioN sudahpun memulakan percetakan dan dijangka siap untuk diedarkan di Majlis Makan Malam tersebut. Terdapat beberapa rakan budiMaN juga sudah membuat pembayaran dan mengesahkan akan hadir di Malam ReuNioN itu nanti.

Golf ReuNioN Masters insyaallah akan di adakan pada 29hb Mei itu pada sebelah tengahari dan sudahpun mempunyai 4 flight. Team Batch Jan 85 hanya dapat mengadakan 1 flight sahaja manakala Team Julai 85 akan mengadakan 3 flight termasuk beberapa jemputan khas seperti Mizi Songhkla yang kebetulan bercuti selama seminggu di Kuala Lumpur. Penyertaan mungkin akan bertambah lagi kerana beberapa peserta akan mengesahkan kehadiran mungkin pada Selasa atau Rabu ini.

Sedikit berita budiMaN - Ayah kepada Hassan dcS telah meninggal dunia di Kuala Terengganu dan saya sekeluarga mengucapkan salam takziah kepada beliau sekeluarga. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Hassan dcS kini tinggal di Bangi dan bekerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di NSTP. Insyaallah Hassan akan menjadi satu-satunya wakil dcS yang akan hadir di Malam ReuNioN nanti.

Thursday, May 20, 2010

reUNioN

Semalam saya sempat bersembang dengan Jamal dpA batch Jan 85 dan beliau memberitahu saya , pada malam ReuNioN nanti, beliau, Yew dan Yahya dari band asal UitM Pahang dahulu akan mengadakan persembahan nanti. Katanya sebanyak lebihkurang 8 buah lagu akan dipersembahkan nanti. Mesti gempak punyer. Harap-harap ada lagu Panah Beracun sesuai dengan gelaran Jamal Panah Beracun yang diberikan oleh Batch Julai 85 kepada beliau.

Mila dan Shake semalam dalam proses akhir menyediakan majalah ReuNioN dan katanya ramai batch Julai 1985 menghantar biodata di saat-saat akhir. Sehingga pagi ini saya rasa sesiapa yang nak hantar kepada Mila mungkin boleh diterima lagi.

Amin dsS juga ada sms kepada saya memberitahu beliau akan datang ke Jamuan ReUNioN nanti tetapi beliau mungkin tidak sempat ke acara golf kerana beliau hanya sampai dengan penerbangan FireFly dari Langkawi pada 29hb tersebut pada jam 2-20 petang di Subang Airport.

Saya pun sebenarnya masih menantikan daripada Hanif diB senarai pemain batch Jan 85 yang akan menyertai golf nanti. Saya tahu batch Julai 85 memang senantiasa bersiap sedia menanti batch Jan 85. Harap-harap batch Jan 85 dapat menyediakan pemain yang mantap kerana kalau tidak saya rasa memang kena ratah mentah-mentah jer dengan kami batch Julai 85. Golf 29hb Mei nanti saya cadangkan di Kelab Golf Kinrara dan mungkin bermula sekitar jam 12-30 tengahari supaya selesai golfing bolehlah terus ke Jamuan ReuNioN nanti.

Sunday, May 16, 2010

meSyoRat reuNioN

Hari Jumaat lepas pada kira-kira jam 8-30 malam, suatu mesyuarat AJK ReuNioN telah di adakan di Restoran Tupai-Tupai, Kuala Lumpur. Saudara Halim dpA yang sepatutnya mempengerusikan mesyuarat tidak dapat hadir pada saat-saat akhir dan Shake telah meminta saya mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Turut hadir pada malam itu ialah Shake dsS, Kitang diA, Razlan diA, Mila dpA, Kak Sit dsS dan juga Shukor dpA. Dona dsS yang sepatutnya hadir pada malam itu telah mengalami suatu kemalangan kecil di Kelang dan tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa pergi ke Balai Polis untuk membuat lapuran.

Untuk makluman rakan budiMaN semua, pengesahan penyertaan ReuNioN pada 29hb Mei ini sehingga malam tersebut berjumlah seramai 109 orang. Walaubagaimanapun ada kira-kira 27 orang lagi masih tidak mengemukakan pembayaran dan di harap mereka akan menjelaskan pembayaran tersebut secepat mungkin. Walaubagaimanapun dari jumlah 109 orang itu hanya 64 sahaja bekas pelajar UiTM. Selebihnya seramai 30 orang terdiri dari kakitangan HEP UitM Pahang termasuk Pengetua UitM Pahang sekarang akan turut menghadiri majlis itu nanti. 15 yang lain pula terdiri dari bekas pensyarah UitM Kuantan termasuk Dato' Nassudin, Puan Rozainun, Puan Hamidah, Puan Saadiah, Encik Sukhri dan beberapa orang lagi akan turut serta di malam tersebut, insyaallah.

Di sini juga saya ingin mengumumkan bahawa penyertaan masih lagi terbuka dan saya beri tempoh sehingga hari Jumaat 21hb Mei 2010 sebagai tarikh akhir penyertaan iaitu seminggu sebelum majlis tersebut. Ini kerana pada 22hb Mei, pihak AJK akan membuat pembayaran sepenuhnya kepada IntekMa Resort beserta jumlah penyertaan. Harap rakan budiMaN yang masih tercongak-congak samada akan hadir atau tidak, dapat membuat keputusan secepat mungkin. Saya juga berharap nanti kepada sesiapa yang hanya datang pada saat-saat akhir di mana majlis berlangsung supaya memahami bahawa tiada kerusi atau meja akan di sediakan dan juga tiada makanan atau minuman melainkan beliau sendiri mendapatkan dari pihak hotel pada masa tersebut. Bayaran penyertaan ReuNioN hanyalah RM60 seorang sahaja.

Berkenaan Majalah ReuNioN pula, Mila dpA memberitahu saya beliau juga masih akan menerima penyertaan dan penghantaran biodata sehingga 18hb Mei 2010 (Selasa) dan berharap kepada bekas-bekas pelajar untuk menghantar biodata. Kepada yang tidak dapat menyertai Majlis Makan Malam pun amat di harapkan untuk menghantar walaupun jika anda tiada gambar lama. Sila hantar menerusi email kepada Mila sendiri atau boleh juga emailkan kepada wakil-wakil kursus atau emailkan kepada saya dan insyaallah akan saya sampaikan kepada Mila nanti. Majalah ini nanti akan di cetak dan akan diedarkan kepada semua peserta ReuNioN secara percuma kerana pihak AJK berjaya mendapatkan penaja untuk membiayai majalah ini.

Setakat ini penyertaan peserta kebanyakannya terdiri dari batch Jan 85 dan penyertaan batch Julai 85 masih kurang memberangsangkan. Penyertaan dari batch Julai 85 mengikut kursus seperti yang dimaklumkan kepada saya pada malam itu ialah :

dcS - 1, dsS 0, dbS 1, diA 4, dpA 2, dib 3.

Pada saya jumlah tersebut amat mendukacitakan tidak seperti yang dicanangkan dalam komen-komen sebelum ini bahawa banyak yang teruja untuk bertemu rakan budiMaN serta pensyarah-pensyarah lama seperti Puan Saadiah, Rozainun dan Hamidah serta beberapa orang lagi pensyarah yang sedang diusahakan oleh Fazuna dbS seperti Puan Zakiah dan pensyarah diA dan dpA.

Usaha keras semua AJK terutama Shake, Mila, Norm, Kitang, Kak Sit dan lain-lain lagi tanpa mengira masa, wang ringgit sendiri seperti membayar deposit dan sebagainya begitu mengharukan saya dan pada saya sebagai rakan budiMaN semua sepatutnya menghargai usaha murni mereka ini dengan memberikan kerjasama sepenuhnya serta jika kelapangan beramai-ramai datang memeriahkan perjumpaan kita itu nanti. Janganlah kita bersikap tidak ambil endah dan peduli tetapi sekurang-kurangnya berikanlah bidodata jika tidak dapat pergi dan jika tidak pergi pun beritahulah atau maklumkan kepada wakil kelas atau Kitang supaya kita dapat mengumpulkan jumlah tepat kehadiran nanti.

Insyaallah perkembangan ReuNioN akan saya siarkan lagi selepas ini kerana countdown to ReuNioN cuma tinggal 13 hari saja lagi. Sekali lagi kepada rakan budiMaN yang belum menghantar biodata dan kepada yang masih tercongak-congak nak pergi supaya membuat keputusan segera.

Thursday, May 13, 2010

reuNioN

Semalam Ummi dsS ada menelefon saya meminta saya sampaikan kepada kengkawan semua berkaitan biodata diri untuk majalah ReuNion Jubli Perak UiTM Pahang nanti. Katanya beliau telah dihubungi oleh beberapa jawatankuasa bertanyakan tentang perkara ini. Penyertaan biodata oleh batch Julai 85 amat kurang. Oloeh itu Ummi meminta supaya sesiapa yang tidak menghantar biodata diri supaya berbuat demikian dengan menghubungi Mila seberapa segera. Harap mendapat kerjasama dari rakan budiMaN semua.

Jumaat ini iaitu esok akan di adakan mesyuarat AJK ReuNioN di Restoran Tupai-Tupai di mana pembentangan program ReuNioN akan di adakan. Mungkin esok Kitang sebagai Bendahari ReuNioN akan dapat menyatakan berapa ramai yang akan hadir.

Tuesday, May 11, 2010

seMbaNG

Sebenarnya tak banyak perkembangan budiMaN yang boleh saya sampaikan di sini. cuma beberapa perkara yang mungkin juga kebanyakannya dah pun tahu, antaranya :

1. Emak kepada Jalil dcS telah meninggal dunia tak silap saya pada hari Ahad lepas di Hospital Selayang. Khabar tersebut saya terima melalui e-mail group yang di tubuhkan oleh Wani dcS untuk batch Julai 1985. Jalil dcS khabarnya juga sudah menetap di sini sekembalinya dari Dubai dan beliau telah menjaga ibunya sejak mula di masukkan ke Hospital Selayang sehingga ibunya menghembuskan nafas terakhir. Semoga roh ibu Jalil akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan diampunkan segala dosa-dosa arwah. Al-Fatihah.

2. Wani dcS ada menubuhkan group email terdiri dari batch Julai 1985 dan banyak perkembangan rakan budiMaN batch Julai 1985 dapat diikuti. Terdapat juga cadangan dari Bilal seperti untuk menganjurkan Program Amal dan sebagainya. Insyaallah sebarang perkembangan kengkawan melalui email group tersebut akan saya sampaikan di sini.

3. ReuNioN Jubli Perak UitM Pahang semakin hampir dan saya pasti rakan-rakan budiMaN yang akan pergi berasa amat teruja untuk hadir dan bertemu rakan-rakan lama nanti. Setakat ini kebanyakan yang akan hadir ialah batch Jan 85 manakala batch Julai 85 saya masih kurang pasti penyertaannya kerana ada 2-3 orang yang masih bertanyakan saya untuk pergi di saat-saat akhir nanti.

4. Esok, isteri saya SK akan berlepas ke Taipei selama 4 hari untuk menghadiri Mesyuarat Dwi Tahunan Prudential Group Asia Region IT Head. SK kata mungkin ini last beliau akan pergi sebagai IT Head kerana selepas ini beliau mungkin akan mengambil portfolio lain pula di dalam syarikat. Dia kata mungkin kuranglah sikit travel. Hmm..takde chance la tumpang sekaki...hehe. Prudential pula dah jadi makin besar dengan pengambilalihan AIA dan AIG Group Asia yang dijual kepada Prudential oleh AIG Amerika beberapa bulan lepas. Jadi 4 hari ni tanpa SK mugkin agak sibuk sikit dengan urusan kerja dan peribadi tapi golfing boleh ejas jugak...hehe.

Thursday, May 06, 2010

maSuk U

Dalam beberapa hari ini sewaktu bertemu atau bersembang dengan beberapa rakan budiMaN, kebanyakannya bercerita tentang anak-anak yang nak masuk Universiti dalam masa terdekat ini. Antara yang saya sempat jumpa atau berbual seperti Kudin Mekanik di mana anak sulong beliau katanya akan mengambil Jurusan Fisioterapi di UitM Shah Alam. Mizi Konsulat Songhkla pula memberitahu anak beliau akan memilih Kursus TESL di UitM Shah Alam juga. Anak Fatimah Mohideen katanya akan mengambil Asasi Sains di Universiti Malaya. Sementara anak Fadil Sutok insyaallah akan memilih antara kursus di UitM atau di Politeknik.

Anak sulong saya pula setakat ini alhamdulillah, mendapat beberapa tawaran dari Kursus Foundation di UniteN, Matrik Kementerian Pelajaran di Kolej Matrik Selangor, Banting, Kursus Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) di UitM Bukit Mertajam dan German-Malaysia Institute dalam bidang Network Security di bawah tajaan MARA. Besar kemungkinan anak saya akan memilih German-Malaysia Institute dalam bidang Network Security di bawah tajaan MARA.

Semoga anak-anak budiMaN yang akan melanjutkan pelajaran selepas SPM ini tidak kira di mana, akan beroleh kejayaan yang cemerlang dan seterusnya menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan tanah air serta dapat berbakti kepada kedua ibubapa dan keluarga. Amin.

Tuesday, May 04, 2010

goLf witH miZi

Semalam saya, Antu dpA dan Raman Kerbau bergolfing dengan Mizi diB Konsulat Songhkla di Kelab Golf Kinrara, Kuala Lumpur. Sebelum golf kami makan tengahari di Coffee House Club bersama-sama dan turut di sertai oleh Fadil Sutok. Berbagai perkara berkaitan budiMaN dan perkembangan rakan-rakan diperbualkan. Perlawanan golf semalam kami bentuk 2 team aitu Team Kuantan(Raman dan Antu) dan Team Campuran KL-Utara(Mizi dan saya). Keputusannya Team Campuran berjaya mengalahkan Team Kuantan dengan 3-0.

Monday, May 03, 2010

reuNioN uItM pAhaNg - saPe peGi

Jumaat lepas ialah tarikh tutup penyertaan ReuNion. Saya belum sempat lagi menyemak dengan Kitang kehadiran yang telah mengesahkan penyertaan dengan bayaran. Namun begitu minggu lepas semasa bersembang dengan beliau menerusi fB, beliau ada memberitahu bahawa lebih kurang 30 orang telah mengesahkan penyertaan. Kebanyakannya batch Jan 85. Setahu saya batch Julai 85 yang sahkan pergi hanya beberapa orang seperti Fatimah/ Mohideen dbS, Charlie Koy dan beberapa yang lain.

Namun begitu mungkin dengan adanya Golf ReuNioN nanti beberapa pemain golf akan turut menyertai sama. Petang nanti, saya, Mizi Songhkla, Antu serta Raman Kerbau akan berada di Kelab Golf Kinrara dan mungkin boleh berbincang sedikit tentang persiapan Golf ReuNioN nanti.

Friday, April 30, 2010

reuNioN uItM pAhaNg 29 mEi

Rakan-Rakan budiMaN semua, jangan lupa, kepada yang nak menyertai ReuNioN Jubli Perak UitM Pahang pada 29hb Mei nanti, hari ini adalah hari terakhir untuk mengesahkan penyertaan anda bersama wang bayarannya sekali sebanyak RM60 seorang. Tanpa bayaran penyertaan anda tidak akan di sahkan. Sila buat bayaran kepada Bendahari ReuNioN iaitu saudara Kitang diA yang boleh di hubungi di 019-7567799.

Juga kepada sesiapa yang nak hantar biodata diri berserta gambar2, sila berhubung dengan Shake dsS kerana hari ini juga dateline untuk penyediaan majalah Jubli Perak UitM Pahang. Shake boleh di hubungi di 019-3299686.

Ayuh, ramei-ramei kita memeriahkan Jamuan Jubli Perak UitM Pahang di IntekMa Resort Shah Alam nanti. Jangan lupeei yeeii!

Thursday, April 29, 2010

beRitA

1. Minggu lepas saya sempat bersembang dengan Ummi dsS dan beliau ada memberitahu saya bahawa Syed Mahadi dsS yang berkahwin dengan Muzlina dsS kini terlantar bed-ridden kerana masalah slip-disc. Sudah lebih dari sebulan beliau terlantar di rumahnnya kalau tak silap saya di sekitar Taman Melawati, Kuala Lumpur. Saya pun tiada alamat tepat. Mungkin rakan-rakan dsS boleh berikan alamat beliau. Jadi kalau ada sesiapa yang kelapangan mungkin boleh menziarahi rakan kita itu yang dalam kemudaratan tersebut.

2. Mizi diB Konsulat Songhkla ada memberitahu saya bahawa Isnin minggu hadapan beliau akan ke Kuala Lumpur kerana urusan pekerjaan. Katanya kalau ada peluang mungkin boleh teh tarik dan golf dengan kengkawan yang kelapangan pada hari tersebut.

Tuesday, April 27, 2010

reuNioN uItM pAhaNg 29 mEi

Petang semalam selepas bergolfing di Bukit Unggul, saya bertemu Hanif diB di Coffee House Club. Belia minta saya siarkan di blog berkenaan Acara Golf Reunion nanti. Beliau minta saya sampaikan kepada batch Jan 85 supaya menghubungi beliau untuk membentuk Team Golf Jan 85 yang akan berentap dengan Team Julai 85. Kepada batch Jan 85 yang ingin menyertai golf Reunion sila hubungi Hanif diB di 013-3916396.

Bagi Team Julai 85 pula, saya rasa ramai yang sudah bersedia. Hanif akan menjadi Team Kapten untuk batch Jan 85 manakala untuk batch Julai 85, saya rasa Antu dpA layak untuk memikul tugas sebagai Kapten. Team Julai 85 memang ramai calon golfer yang berkaliber seperti Antu sendiri, Mat Taib diB, Mat Rock diA, Raman dbS, Charlie diB, Halim Lucah, Anuar Mangkuk, Joe Malady ( semuanya diB ), Sidi dpA, Amin dsS, Sabri Cigak diA, Lan Kentei diA. Memang boleh buat 5-6 pasukan rasanya.

ReunioN Fees pula telah diturunkan kepada RM60 seperti yang di maklumkan oleh AJK dan tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Jumaat ini bersamaan 30hb April 2010. Kepada sesiapa yang hendak mengesahkan penyertaan sila lah berbuat demikian seberapa segera dengan membank-in wang sebanyak RM60 sebelum Jumaat 30hb April ini kepada Bendahari ReunioN iaitu saudara Kitang yang boleh dihubungi melalui telefon 019-7567799. Jadi di harap kengkawan budiMaN semua yang kabarnya banyak teruja untuk hadir supaya mengesahkan kehadiran beserta pembayaran seberapa segara.

Acara ReunioN kabarnya selain dari Jamuan Makan Malam yang akan di adakan IntekMa Resort Shah Alam bermula jam 8-30 malam pada 29hb Mei 2010 bersamaan hari Sabtu (Jumaat tu pula cuti Hari Wesak) turut mengundang bekas Pengetua UitM Pahang, Dato Nasudin beserta dengan bekas-bekas pensyarah UitM Pahang serta beberapa kakitangan seramai 30 orang.

Tema ReunioN iaitu Retro Nite menggalakkan peserta memakai pakaian di zaman UitM dahulu dan persembahan band dari batch Jan 85 dan Julai 85 akan di adakan. Selain itu acara golf ala Ryder Cup akan di adakan mungkin pada sebelah tengahari antara Team Jan 85 berlawan dengan Team Julai 85. So hari itu memang pack dengan pelbagai acara untuk rakan budiMaN bertemu kengkawan kembali.

Selain itu usaha juga sedang giat untuk mengadakan pemilihan Team Golf Julai 85 dan perlawanan Golf 3 penjuru antara Team Utara, Team KL dan Team Kuantan sedang rancak di atur dan berkemungkinan akan di adakan dalam 2 minggu lagi di Kelab Golf Black Forest di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Amin dsS dan Mizi Konsulat Songhkla sudahpun menghubungi saya meminta tarikh yang sesuai supaya segala persiapan golf 3 penjuru boleh di adakan.

Setakat ini itulah sahaja yang dapat saya kabarkan kepada kengkawan budiMaN dan saya akan update maklumat terkini berkaitan ReuNioN dan Golf 3 Penjuru dari masa ke semasa, insyaallah.

Monday, April 26, 2010

ceRpeN dARi mAt dWaN - ciNta di sebaLiK taBiR soLat

Pagi-pagi lagi Pn Siti, Kauselor di sebuah Sekolah Menengah di Shah Alam telah bangun dan menyiapkan pakaian serta bekalan anak-anaknya untuk kesekolah. Teringat akan akan Pn Siti dengan janji temu dipagi itu yang telah dibuat oleh Cekgu Timah, pembanyu Pn Siti untuk menemurah seorang bapa kepada seorang pelajar di sekolah beliau pada pukul 9 pagi itu. Kelmarin baru sahaja keputusan SPM telah diumumkan dan salah seorang pelajar cemerlang telah diumumkan. Shahrul telah berjaya memperolehi kejayaan dengan keputusan 9A. Tahun lepas kakak nya Syahirah yg kini meuntut diUPSI Bhg Pendidikan Guru TESL telah juga berjaya memperolehi 10A. Dengan keputusan yang sebegitu Syahirah sebenarnya dengan mudah boleh diterima di mana-mana sahaja IPTA atau Universiti di luar Malaysia. Tetapi Syahirah lebih meminati profesyen guru atau pensyarah.

Lalu Pn Siti telah meminta Shahrul datang pada pagi itu dengan membawa Pak Ali bapa mereka sekali. “tak tahu la Cekgu, samada bapa saya boleh datang atau tidak esok, maklum saja bukan senang pembantu stor seperti bapa saya boleh mendapat cuti” ujar Shahrul ..”Ginilah Shahrul tinggalkan nombor tempat kerja bapa Shahrul nanti Cekgu akan beritahu ketua tempat bapa Shahrul bekerja” Lalu petang itu Cekgu Timah telah menghubungi pejabat Alam Flora di Sksyen 7 Shah Alam untuk mendapatkan pelepasan bagi Pak Ali. En Mohd Zain selaku pengurus di pejabat tersebut berasa amat sebak bercampur gembira sebaik mendengar berita itu dan terus memanggil Pak Ali dan terus saja beliau menghadiahkan wang peribadi beliau kepada Pak Ali sebanyak RM250.00 untuk diberkan kepada Pak Ali dan melepaskan Pak Ali dengan cuti tanpa rekod untuk satu hari esoknya. “Pergila Pak Ali, anak-anak awak memerlukan awak disisi mereka, InsyaAllah hidup mereka akan lebih berjaya nanti.”

Sesampai saja Pn Siti di pejabat kauinselor pagi itu, Pak Ali telahpun ada dilobi tetamu “Assalamualikum Cekgu” Sapa Pak Ali sebaik sahaja melihat Cekgu Siti. Pak Ali memang pernah berjumpa Pn Siti ketika mengambil keputusan Shahirah tahun lalu. Pak Ali tidak pernah tahu pun apakah peranan Kaunselor, malah apa yang anak-anaknya belajar ketika berada disekolahpun dia tidaka tahu.

“Pak Ali, tujuan saya memanggil Pak Ali kesini hari ni adalah untuk bertanya dengan Pak Ali tentang bagaimanakah cara Pak Ali mendidik Shahrul dan Syahirah sehingga mereka berjaya didalam SPM, ini kalau boleh akan saya dokumenkan untuk panduan ibubapa yang lain pula jika mempunyai masalah pembelajaran anak-anak dan datang berjumpa saya nanti.” Cekgu Siti berterus-terang dengan Pak Ali.

“Saya ni belajar setakat tingkatan 3 je Cekgu, lepas tu saya masuk askar dan sekarang pencen askar diterima pula sebagai pembantu stor di Alam Flora, yang saya tahu pergi kerja disiang hari, dan meniaga dipasar malam selepas habis kerja, maklum saja anak saya 7 orang, yang paling besar pun Shahirah baru lepas SPM, nasib baik dia dapat masuk maktab, ada gak elaun, dia kata saya tak payah lagi hantar wang, wang elaun dah cukup” terang Pak Ali panjang lebar apabila ditanya Cekgu Siti tentang latar belakang Pak Ali, terbayang akan wajah anak-anaknya yang masih kecil, Shahzan adik kepada Shahrul bau sahaja mendapat 8A didalam PMR dan telah diterima masuk ke RMC. Syazni ditingkatan satu Sek Men Sains Selangor, Shariman, Syanaz dan Shahir masing-masing masiih di sekolah rendah intergrasi darjah 5, 3 dan 1.

“Cekgu, saya ni tak berpelajaran cekgu, isteri saya pun kerja tukang cuci aje dipejabat swasta., malam pula kami berniaga pasar malam, rasanya tiada apa yang istemewa yang boleh cekgu dokumenkan, malah masa untuk kami bersama-sama anak-anak amat terhad Kalau nak diikutkan kami hendak juga jadi macam ibu bapa yang yang lain dapat bersama-sama ketika anak-anak mentelaah pelajaran. Kami balik kerumah pun anak-anak dah tidur. Pagi-pagi lagi kami terpaksa keluar mencari rezeki, harapkan Syahirah sahaja untuk menjaga adik-adiknya, kini Syahirah sudah berada di asrama, Shahrul pula mengambil alih tugas Shahirah”

Terdiam seketika Pn Siti mendengarkan ulasan Pak Ali, diam cuba memikirkan kembali teknik-teknik kaunseling yang telah dipelajari diUKM dahulu, dia cuba mengaitkan hasil dapatan daripada kajian yang telah dibuat semasa mendapatkan sarjana dahulu, kerana diantara rumusan untuk kajiselidiknya peranan ibubapa sangat penting didalam mendidik anak-anak selain peranan guru disekolah. Tetapi disini Pak Ali telah memberi pandangan yang amat berbeza sekali. Pak Ali dan isterinya Syamirah seperti tidak kesah langsung tentang pelajaran anak-anak mereka, tiada tusyen yang disediakan, tiada ‘notebook’ serta ‘broadband’ juga tiada buku-buku rujukan yang cangih manggih selain rujukan buku pinjaman dan perpustakaan disekolah. Kes Pak Ali ini sangat rumit untuk dirungkaikan, bermacam-macam andaian bermain di benak Pn Siti.

“…Shahrul, cuba kamu cerita kepada cekgu tentang rutin harian kamu dirumah, adakah apa-apa yang kamu lakukan yang kamu rasa menyumbang kepada kejayaan kamu ini” Pn Siti merujuk kepada Shahrul pula. Shahrul juga pernah mendapat tawaran untuk ke RMC selepas keputusan cemerlan PMR dahulu, tetapi salah seorang guru sekolah tersebut telah merayu kepadanya untuk kekal disekolah itu juga, selain dari kecerlangan dibidang pelajaran, Shahrul adalah ‘runner’ jarak jauh yang sangat disayangi oleh guru sukan tersebut. Dia yang sangat berminat didalam bidang kimia dan bercita-cita untuk menjadi “Chemical Engineer’ baru sahaja menerima tawaran biasiswa dari Petronas.

“Apa yang saya ingat cekgu, bapa saya ini sangat marah jika mendapat tahu ada diantara kami terlambat atau culas didalam mengerja kan solat, pernah sekali bapa memukul saya dengan paip getah dikaki hanya kerana leka menonton tv dan terlambat mengerjakan solat Maghrib” tanpa segan silu Shahrul menyatakan kepada Pn Sit.

Semua terdiam, suasana hening seketika, Pak Ali cuba mengingat kembali apa yang berlaku, pernah diwaktu itu Pak Ali masih didalam tentera, ada seorang guru muda datang di surau kem dan menyampaikan satu cerama ‘Roh Di Sebalik Ibadah’

“percayalah tuan-tuan bahawa disebalik ibadah yang tuan-tuan lakukan dengan khusyuk, tawadduk dan ikhlas akan ujud satu roh yang akan menjaga tuan-tuan serta keluarga ketika didalam kesusahan, janganlah tuan-tuan pernah curiga dan putus asa dengan Allah SWT.”

Kebanyakan orang Islam mesti pernah mendengar ayat 45 surah Al ‘Ankabuut ini “

Sesungguhnya solat itu mencegah dari keji dan mungkar”,

“Kita dalam keadaan suci ketika bersolat, bacaan, lafaz dan maknanya penuh kebaikan, ruku’ dan sujud penuh ketaatan sebagai seorang yang taat, berdoa atau menyeru mengharapkan pertolongan dan hajat kepada Yang Maha Agung Allah SWT sebagai seorang hamba yang tidak mempunyai apa-apa.

Subhanallah! kita betul-betul menjadi seorang yang amat baik ketika bersolat, kerana memang kita sedar ketika solat kita menyembah Allah, kita menghadap Allah, Allah melihat kita pada masa itu, itulah agaknya yang kita rasa.” Tambah ustaz tersebut.

Disini saya datangkan contoh solat, solat amat besar ertinya, solat juga adalah tiang agama, solat membezakan Islam dan kufur, sepertimana sabda Rasulullah SAW,

“ Perbezaan antara seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan solat”

( Diriwayatkan oleh Muslim dan selain beliau dari Jabir r,a)

Semenjak dari itu, Pak Ali sanantiasa mengingatkan dan menegaskan anak-anak beliau “walau apa pun yang dilakukan, yang tengah dikerjakan dan walau apaun yang terjadi, solat hendaklah didahulukan, dan jangan seminitpun terlewat. Yang lain-lain abah pulangkan kepada fikiran kamu sendiri.

Ayat 45 surah Al ‘Ankabuut!!” terpacul dari mulut Pak Ali antara kedengaran dan tak kedengaran. “minta maaf, apa yang Pak Ali cakapkan?saya kurang kedengaran tadi…” “surah Al ‘Ankabuut.., ayat 45.. itulah ayat dari alQuran”

Terdetik didalam buah fikiran Pn Siti,” ooh ya Pak Ali .., Sesungguhnya solat itu mencegah dari keji dan mungkar “ kini fahamlah Pn Siti tentang apa yang terbuku dihati Pak Ali, dan itulah perkara dan menu utama didalam hidup Pak Ali dan ‘Roh’ itulah yang sebenarnya telah menjaga Pak Ali sekeluarga dari melakukan dosa dan perkara yang tidak dibenakan syarak. Betapa keinsafan dirasakan Pn Siti kini, segala teori yang dipelajari dan hasil dapatan daripada kajiannya sebenarnya jauh tersasar disebalik keiklasan hati didalam solat. Itulah Cinta Disebalik Tabir Solat

Matdwan