Friday, July 24, 2009

bReakiNG neWs

Baru sampai rumah jam 2-15am. Memang sibuk giler dan hari ini kerja sehari suntuk tanpa berhenti. Dah sebulan rasanya keadaan macam ni, memang penat giler. Sewaktu di Seremban malam tadi terima sms dari Kudeng memberitahu bahawa isteri beliau di masukkan ke Hospital Sg Buloh akibat pendarahan di tempat caeserian site iaitu tempat pembedahan semasa melahirkan anak baru-baru ini. Kudeng beritahu isterinya berkemungkinan di tempatkan di wad sekurang-kurangnya 3 minggu untuk rawatan lanjut. Semoga Kudeng sekeluarga tabah menghadapi perkara ini dan semoga isteri beliau akan kembali sihat semula.Amin. Kalau ada kengkawan budiMaN yang kelapangan eloklah menziarahi sahabat kita itu. Kudeng boleh dihubungi melalui : 019-2554765

5 comments:

lan kida said...

Salam semua,
Petang tadi saya sempat menelefon Kudeng dsS untuk bertanyakan khabar isteri beliau.

Kudeng beritahu keadaan isterinya sedikit baik dengan sepanjang 2 hari lepas doktor telah bertungkus lumus mengeluarkan nanah dari luka dibahagian dalaman badan isterinya.

Kudeng memberitahu bahawa bleeding yang terjadi adalah akibat jahitan yang tidak kemas di lakukan oleh pihak hospital semasa isterinya melahirkan anak baru-baru ini.

Saya berharap kengkawan budiMaN dapat mendoakan agar isteri Kudeng akan kembali pulih dan sihat semula dan kalau ada masa telefon lah Kudeng untuk menyatakan keprihatinan kita sebagai kengkawan budiMaN.

wani said...

saya pernah kena macam tu masa anak ke-3. teknologi sekarang dr tak jahit lapisan perut luar. anak saya yg ke-2 (caesarian) dr staple, anak yg ke-3 langsung tak staple, cellotape je. lepas balik rumah saya geram tengok pinggan banyak atas sink, saya alihkan ke rak pinggan. bukan banyak pun, tapi dah berdarah2 dah tempat jahitan

Bila pergi ke tempat dr tu dia spray je dan cuci sikit tempat darah. saya tanya dr boleh bengkung tak? dia kata boleh. kita pun dengan semangatnya siap letak jamu apatah dari indonesia untuk bengkong tu. benda tu bila dia kering, dia cam serbuk. luka kita tak baik sangat. taulah luka! dia basah2 sikit, bila jamu tu kering dia terbang hinggap kat luka kita, apalagi menanah la.

bila pi hospital, tengok cara dia cuci tu, rasa cam boleh buat, so, saya buat dressing sendiri ajelah kat rumah. nak kata senang, kalau dah belajar memang senanglah. kalau tak belajar, memang susah. oleh kerana saya masuk PBSM dari Form 1 lagi, so setakat simple dressing tu bolehla.


caranya mudah je untuk cuci luka luar. ambil air suam satu bekas(bekas bersih cuci dgn air panas) letak dettol:air 1:10. gunakan kapas yang bersih, celup dalam campuran dettol berkenaan dan lap di tempat yang luka. Secara teorinya kita tak perlukan cream apa2, kalau luka terputus, kalau kita biarkan dia melekat, dia akan tercantum balik, itu kata cikgu first aid saya lah, tapi nak bagi puas hati patient, letaklah sikit yellow lotion or blue lotion (iodin) bagi patient puas hati.

bagi luka bernanah, nanah tu kena dikeluarkan semuanya, jangan ada baki. bagi luka berdarah, darah tu kena dielakkan dari terkena oksigen, samada dengan memekup tempat luka dengan kejap atau bandage dengan kain kasa. pesakitpun kena lah duduk diam2 supaya darah tu tak terasa nak aktif

just my 1cent opinion from a layman

lan kida said...

Salam Wani,
Tq for the knowledge sharing.

Wani, lama saya tak pergi blog awak sbb hari tu bila nak buka blog awak, komputer saya selalu jadi hang plak.

kudeng said...

Assalamualaikum w.b.t.

Lama tak jengok blog. Since wife ana masuk the last trimester, langsung takde time nak visit.

Well, alhamdulillah wife dah discharged and dah ada kat rumah recovering. Memang ana mengaku, this time around ana betul2 takut something bad will happened to her bila tengok dia bleeding tak berenti.

Wound yang kat dalam dah kena infection. Tu yang bleeding tu. Masa bawak balik ke hospital sg. buloh tu, kebetulan specialist dia ada. Terus dia cek, dan bila dia tekan kat bawah luka tu, nanah keluar banyak. Tu yang dia terus masuk ward.

So for few consecutive days, dia orang cuci wound wife ana. Mula2 cuci biasa, pastu korek nanah keluar for few days, then cuci balik ngan antiseptic. For twice a day everyday wife ana would be administered with antibiotic thru IV.

Bila infection dah clear out, baru dia org proceed to close the wound with stitches. This is wife's 2nd operation, thats why dia org jahit and tak guna clip or tapes or whatever. Anak sulong kita org pun was born thru C-section gak.

But this time around, ana demand a specialist to do the stitching work. Actually according to a doctor at Putra Medical Centre, for a 2nd operation, a specialist is required to do the work, and not just any doctor. And so it was done. Alhamdulillah, ana tengok jahitan dia far better than the earlier one. So insyallah it will be ok.

Tu yang bahagian wife. Bahagian rumah lak cerita lain. Kena jaga anak 5 orang termasuk baby baru. Alhamdulillah mak mertua ana ada kat rumah ana, and mak ana sendiri pun duduk dekat ngan rumah ana. So masing2 bolehlah tolong ana uruskan rumah dan anak2.

Being a single dad for almost 3 weeks in total, made me realise how HUGE the sacrifices our wives have to make in order to upkeed our homes and kids. Uruskan anak2 nak ke sekolah, uruskan baby, juggling times between home and hospital, masak, etc. For almost the entire time of that 3 weeks, ana cuma tidur 2 jam je 1 hari, kecuali on weekends bila anak2 ana yang besar tu balik from madrasah. So dia orang boleh tolong jaga baby baru malam2. Bila tidur tak cukup, mulalah badan letih dan penat. Pastu duk berulang-alik from home to hospital at least twice a day.

One wonders how can the wife keeps on doing this over and over again for the rest of her life...

Anyway, wife dah balik rumah now. For those who had helped ana ucapkan jazakallah khair kathirun. Only Allah SWT can repay all your kindness. And thanks for all the doas and prayers.

JAZAKALLAH KHAIR KATHIRUN.

Wassalam.

lan kida said...

Salam Kudeng,
Betul Kudeng, bab jaga rumahtangga tu memang kawan setuju...salute betui kat isteri kita yer. Semoga isteri awok akan kembali sihat semula.

Bab jaga baby ni, Kudeng mu ni macam pakat jer dengan sedara Tengganu mu si Apek tu... dia pung kena jaga baby jugok lo ni. Timing sama.