Thursday, July 23, 2009

aMaL

Semenjak 2 menjak ni memang saya agak sibuk sedikit dengan pelbagai urusan perniagaan saya dan sememangnya saya cuba untuk habiskan beberapa kerja kalau boleh sebelum bulan Ramadhan menjelang nanti. Kalau boleh Ramadhan nanti takdelah nak sibuk sangat dengan kerja dan boleh lapang sedikit. Tapi tak tahu lah lagi, mungkin dengan beberapa perkembangan silap-silap mahu sibuk ni tak habis-habis.

Tahun 2009 ni pun dah setengah tahun berlalu dan budiMaN masih belum menjalankan apa-apa projek amal lagi. Beberapa rancangan yang di fikirkan dahulu nampaknya masih belum dapat dilaksanakan. Harapan untuk mengadakan seberapa banyak aktiviti amal budiMaN masih belum tercapai lagi. Cuma awal tahun 2009 dahulu budiMaN dapat membantu beberapa rakan untuk menghantar anak ke sekolah dengan sedikit sedekah kepada mereka.

Semalam juga Bilal ada menelefon saya dan meminta saya menyampaikan kepada rakan budiMaN yang lain berkaitan cadangannya untuk membantu saudara Apamz. Beliau meminta saya melontarkan cadangan beliau di dalam blog dan meminta rakan budiMaN memberikan pandangan.

Bilal mencadangkan agar suatu lagi sedekah amal budiMaN di adakan bagi membantu saudara Apamz dengan mengutip sumbangan. Sumbangan tersebut adalah bagi membantu Apamz mendapatkan seorang pembantu rumah bagi menolong beliau untuk kerja-kerja rumah. Disamping itu pembantu tersebut mungkin dapat membantu beliau di pasar malam sekali. Menurut Bilal yang berbincang dengan Apamz, kos permulaan untuk mendapatkan pembantu tersebut yang agak banyak tidak mampu di adakan oleh beliau. Namun untuk kos bulanan kepada pembantu tersebut, insyaallah Apamz kata beliau boleh adakan. Jadi Bilal meminta pandangan rakan budiMaN dalam perkara ini.

Jadi saya serahkan kepada anda semua rakan budiMaN untuk memberikan pandangan caramana yang paling sesuai untuk kita memberi bantuan kepada saudara budiMaN kita itu.

8 comments:

apamz said...

Salam semua,
Kida & Bilal,Terima kasih bebanyak atas keprihatinan saudara berdua dalam membantu masalah kwn... walaupun pada asalnya bukan niat kwn utk mempublishkan cerita pengalam "indah" kwn tu kat sini (asalnya kwn cuma email pada rodong2 tertentu sahaja)....
Bukan apa, kalau ada maid kwn rasa separuh dari masalah kwn dah settle, kwn pun bukannya tak berusaha tapi kwn mencari ikut saluran yang lain contohnya mencarinya di kampung2 kot ade, pendek kata saluran yang tak melibatkan kos yang banyak. nak ambik maid dari indon melalui agensi, kurang2 5k mesti ada dlm tgn, bab tu le yg kwn kurang sangat tu, tapi bulanan insyaAllah kwn boleh sediakan.
Takpelah...Kwn dah tak kisah & dah biasa dengan kata2 orang yg agaknya mereka ni celik mata je kat dunia ni dah naik kereta mercedes atau dok rumah banglo manela nak faham keluhan org2 susah macam kwn ni, bagi kwn mudah je... "Tak kena ke btg idung awok boleh laa cakap macam2", cakap jelah selagi mulut tu boleh bercakap. betui tak?

lan kida said...

Salam Apamz,
Walaupun baru selesai mandi dan dah pukol 1-56am, koi cuba juga untuk tengok blog sekejap.

Apa-apa pun yang berlaku Apamz hanya awak jer yang betul-betul dapat merasainya. Bak kata pepatah "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya"

Insyaallah, mana yang terdaya oleh kengkawan yang prihatin akan tetap di usahakan sesuatu untuk membantu.

Memang ada sesetengah orang cuma sanggup memandang tanpa berbuat apa-apa, ada pula yang bukan sahaja tak mahu membantu malah mencemuh pula, ada pula yang langsung tiada keprihatinan untuk perkara begini...dah lumrah manusia, bukan sahaja di kalangan kengkawan..malah adik beradik pun sampai begitu juga.

Apa-apa pun Apamz, walau sesibuk mana pun kami di sini, ingatan kami disini terhadap Apamz sekeluarga sentiasa di kenang.

wani said...

Apamz, wani ada satu fruit juicer brand orazo. Koi lom pakai lagi, niat nak bagi kat sesiapa je, kebetulan awak memerlukan, koi nak bagi ajelah kat awak, sebab yg ni my 2nd fruit juicer. tapi ni bukan blender tau! kalau awak sudi cakap tau. nanti koi bagi kat Lan. Koi jarang balik kuantan. mak koi dah balik kelantan

apamz said...

SUDIIII, kalau wani sudi memberi kita lagi sudi tau. Bagus jugak ada juicer, saya memang bercadang nak concentrate more utk jual fruit juice bulan Ramadhan ni selain iceblended. Terima kasih banyak2... kecik tapak tangan satu pasar malam saya tadahkan. Skali lagi TERIMA KASIH bebanyak

Salwani said...

Lan, ada plan nak jumpa apamz ke? koi bagi kat awok je la.... selamatlah pengantin, cadangnya nak bagi pengantin, dah 2 bulan kahwin tak datangpun rumah koi, rasakan!

sebenarnya pengantin tu dah 9 tahun kami dok sini tak pernah dia jengok kami. umpan dia suh datang rumah bawa orang rumah, hadiah ada kat rumah. tak datang jugak nasiblah. tak fahamlah adat orang kat sini, kalau kita kat kampung, bawa bini datang rumah saudara mara, ini dah jemputpun tak nak datang, nasiblah.

daripada bagi hadiah kat orang kaya, baik bagi orang yang betul2 memerlukan kan?

lan kida said...

Salam Wani,
Takat ni takde lagi kesempatan nak ke Kuantan. Tapi kalau ada kengkawan budiMaN lain nak ke Kuantan dalam masa terdekat ni sila-silalah calling-calling si Wani yer..bolehlah kirimkan kat Apamz tu..

apamz said...

Salam kida,
awk x balik t'loh ke? esok (ahad) kwn pergi menjengok anak kwn kat mrsm bentong sebelah tengahari, so nak balik ke ktn smula memang lalu t'loh & singgah di maran jugek. so kalau ada sesiaper balik ke t'loh, maran, bentong ke atau kawasan yg sewaktu dgnnya bolehla kirim.

Salwani said...

wadduh, kol 10 pagi baru dapat mesej dari Kida kata nak balik ke Temerloh. Kawan minta maaf banyak2. 1 Ogos 2009 memang hari yang paling tak sesuai nak ke KL, tengahari lak tu! orang tengah demonstrasi, roadblock sana-sini. Tak berani koi ke KL.

cam ne ek? Hari Ahad koi kena mengajar muslimat guna komputer. 1 hari suntuk.

Tidak pun Apamz bagi je mailing address, nanti wani pos courier ke sana