Tuesday, July 28, 2009

teRiMa kaSih

Saya ingin menyampaikan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada beberapa sahabat budiMaN iaitu Ummi, Walid, Bilal dan Kitang yang telah menyampaikan sedekah masing-masing melalui saya kepada seorang sahabat budiMaN kita di Kuala Lumpur yang sangat memerlukan bantuan segera. Sedekah tersebut insyaallah akan saya sampaikan kepadanya pagi ini dan semoga dengan sedekah tersebut akan dapat meringankan sedikit keperihan beliau sekeluarga.

Friday, July 24, 2009

bReakiNG neWs

Baru sampai rumah jam 2-15am. Memang sibuk giler dan hari ini kerja sehari suntuk tanpa berhenti. Dah sebulan rasanya keadaan macam ni, memang penat giler. Sewaktu di Seremban malam tadi terima sms dari Kudeng memberitahu bahawa isteri beliau di masukkan ke Hospital Sg Buloh akibat pendarahan di tempat caeserian site iaitu tempat pembedahan semasa melahirkan anak baru-baru ini. Kudeng beritahu isterinya berkemungkinan di tempatkan di wad sekurang-kurangnya 3 minggu untuk rawatan lanjut. Semoga Kudeng sekeluarga tabah menghadapi perkara ini dan semoga isteri beliau akan kembali sihat semula.Amin. Kalau ada kengkawan budiMaN yang kelapangan eloklah menziarahi sahabat kita itu. Kudeng boleh dihubungi melalui : 019-2554765

Thursday, July 23, 2009

aMaL

Semenjak 2 menjak ni memang saya agak sibuk sedikit dengan pelbagai urusan perniagaan saya dan sememangnya saya cuba untuk habiskan beberapa kerja kalau boleh sebelum bulan Ramadhan menjelang nanti. Kalau boleh Ramadhan nanti takdelah nak sibuk sangat dengan kerja dan boleh lapang sedikit. Tapi tak tahu lah lagi, mungkin dengan beberapa perkembangan silap-silap mahu sibuk ni tak habis-habis.

Tahun 2009 ni pun dah setengah tahun berlalu dan budiMaN masih belum menjalankan apa-apa projek amal lagi. Beberapa rancangan yang di fikirkan dahulu nampaknya masih belum dapat dilaksanakan. Harapan untuk mengadakan seberapa banyak aktiviti amal budiMaN masih belum tercapai lagi. Cuma awal tahun 2009 dahulu budiMaN dapat membantu beberapa rakan untuk menghantar anak ke sekolah dengan sedikit sedekah kepada mereka.

Semalam juga Bilal ada menelefon saya dan meminta saya menyampaikan kepada rakan budiMaN yang lain berkaitan cadangannya untuk membantu saudara Apamz. Beliau meminta saya melontarkan cadangan beliau di dalam blog dan meminta rakan budiMaN memberikan pandangan.

Bilal mencadangkan agar suatu lagi sedekah amal budiMaN di adakan bagi membantu saudara Apamz dengan mengutip sumbangan. Sumbangan tersebut adalah bagi membantu Apamz mendapatkan seorang pembantu rumah bagi menolong beliau untuk kerja-kerja rumah. Disamping itu pembantu tersebut mungkin dapat membantu beliau di pasar malam sekali. Menurut Bilal yang berbincang dengan Apamz, kos permulaan untuk mendapatkan pembantu tersebut yang agak banyak tidak mampu di adakan oleh beliau. Namun untuk kos bulanan kepada pembantu tersebut, insyaallah Apamz kata beliau boleh adakan. Jadi Bilal meminta pandangan rakan budiMaN dalam perkara ini.

Jadi saya serahkan kepada anda semua rakan budiMaN untuk memberikan pandangan caramana yang paling sesuai untuk kita memberi bantuan kepada saudara budiMaN kita itu.

Tuesday, July 21, 2009

saBtu yaNG maLaNG

Malam tadi kira-kira jam 8-00 malam sewaktu saya tengah ada discussion di luar, Bilal ada menelefon saya bertanyakan saya samada saya dah tengok e-mail. Saya kata hari ini tak tengok lagi tetapi insyallah bila balik rumah nanti saya akan periksa e-mail saya. Dan setelah selesai mandi dan kat dapur ada lagi sepotong pizza, kira-kira jam 3 pagi sekarang, saya buka komputer dan lihat e-mail ini. E-mail yang dikirmkan kepada saya oleh seorang sahabat budiMaN kita yang saya rasa semua kengkawan yang lain tahu siapa. Sangat sedih dan menyayat hati saya dan seperti yang di cadangkan oleh Bilal, mungkin boleh kita ikhtiarkan sesuatu untuk beliau. Inilah e-mailnya :

Hari sabtu yang lalu, kwn meniaga seperti biasa. Pasar malam (PM) hari sabtu merupakan pasar malam yang ditunggu2 sbb pm yang paling kencang sekali. Kwn berdua dgn assistant pun tak terkejar, inikan pula kwn sorang sorang macam sekarang... fyi skrg ni kwn niaga sorg2 sebab assistant kwn masuk PLKN selama 3 bulan.... nak cari pengganti sorang pun tak berminat. Kwn tabahkan hati, sorang pun sorang la.

Seperti biasa belum siap kwn setup stall ada yang dah menunggu, ada yang order dulu.... dan setelah siap penuhle customer kat stall kwn, memang tak cukup tangan hari tu, tapi ramai customer yg faham dan sanggup menunggu sedikit lama.... Tetiba....Insiden pertama, lebih kurang pukul 7.30pm blender kwn yang baru 2 bulan beli buat hal, tak jalan..... hallamak....kwn makin gabra, dah le sorang2 blender pulak tinggal satu, nasib baik gak dia punye jag ade dua, sementara aku blend, boleh le kwn prepare dlm jug yg lg satu, ok gak la lancar sikit tapi berlengas atas bawah dibuatnya. Dalam pada tu kwn dah tak peduli dah kat anak bini kwn yang setia menunggu dalam van, kebetulan hari tu pulak kwn tak dapat parking kat belakang stall kwn macam biasa, sebab orang jual air sebelah mengada2 pulak bawak 2 keta... (taule baru beli mpv!),so kwn parking melintang depan kereta diorg, masih lagi bole perati anak bini kwn dari jauh. Sesekali kwn macam ade dengar bini kwn menjerit, tapi bile kwn toleh, macam takde ape2, pas tu dengar lagi... kwn rasa bini kwn nak air, so dlm sibuk2 tu sempat juga kwn prepare 2 gelas ice blended chocolate untuk anak & bini kwn. Dah siap, kwn pun bertlari ke van untuk anta minuman tu, maklumlah customer tengah ramai mase tu....mase anta tu kwn tengok muka bini kwn semacam je, kwn tanye dia ada apa? Dia macam tergamam, kwn kira macam biasa le memang dia ambil masa nak menjawab, so kwn tak boleh tunggu lagi kwn pun berlari balik ke stall, customer semakin ramai yg nunggu....Tetiba lagi.......Insiden yang kedua berlaku......

Dalam pukul 8.00 mlm Blender kwn yang kedua pulak buat hal, jem macam blender yg pertama tadi.... customer pun ada lagi yang menunggu masa tu, yang order dulu then balik baru ambik pun ada 2 3 orang..... Aisey berat le macam ni.... nak tak nak kwn terpaksa tutup awal. kwn baru je bercadang nk ganti tayar van yg dah keluar dawai...nampak gaya terbantut le...Orang sebelah cadangkan supaya aku gi cari kedai letrik, beli satu blender baru, rasanye sempat lagi nak catch up pukul 8.30 ke 9.00 ke, customer ramai lagi masa tu. So aku stat van, terus menuju ke bandar kuantan cari kedai brg letrik. Masa dlm perjalanan ke bandar kwn tengok bini kwn menangis. Kwn pun tengah bengang masa tu, so kwn marah le dia, kwn cakap jgn le merumit kan keadaan lagi..... so dengan bersusah payah dia bercerita kat kwn diantara pukul 7.30 ke pukul 8.00 tu ada orang buka pintu van tempat dia duduk dan MERAGUT RANTAI LEHER yang dia pakai.Ada saksi... tapi takboleh buat apa jugak sebab anak aku yang istimewa nampak segala galanya sebab masa org tu buka pintu nak kwn tegur dia dgn memanggil ayah...ayah!!... (anak kwn ni semua org dia panggil ayah) bila org tu blah je pun anak kwn siap keluarkan badan dari tingkap van dan memanggil dia lagi...

Kwn tergamam seketika bila mendapat tau perkara yg sebenarnya. Terasa menyesal kwn tak pedulikan dia dan marah2 dia tadi. Nak salahkan siapa? Nak salahkan assistant kwn sebab pergi PLKN? nak salahkan abang dia sbb taknak tolong kwn niaga lagi dah?Nak salahkan org niaga sebelah sebab bawak kereta sampai 2 biji? Nak salahkan customer sebab dtg ramai beli? memang mangsa keadaan betullah kami sekeluarga sekarang....

Tapi kwn rasa kwn patut salahkan diri sendiri jugak sbb sejak akhir2ni kwn sedikit lalai dalam bab bab bersolat ni... sejak 3 minggu ni dahle kat rumah berhempas pulas sorang2 menguruskan 2 OKU dan sorg baby, kat pm berhempas pulas sorg2 pulak melayan customer.Pendek kata baik dirumah atau di pm kwn yg buat dari A ke Z Bila balik badan dah terlalu penat, asal letak kepala je, terus belayar... sedar2 dah pagi, subuh tah kemana isyak tah kemana, kadang2 sbb terlalu ramai customer maghrib pun hanyut.

Kwn dah buat police report dah semalam tapi memang kwn tak harapkan apa2, cuma sekadar report je.

Sunday, July 19, 2009

juMpA keNGkaWaN

Hari Khamis malam Jumaat lalu saya ada bertemu dengan Sidi @ Che Dat di Kuala Lumpur. Beliau menginap di Hotel KL International dan saya sempat berteh tarik dengan beliau dan juga Raman Kerbau. Sudah lama saya rasa tak bertemu dengan Sidi semenjak beliau berpindah ke Pejabat Belia Daerah Bera. Beliau pun sudah menetap di Durian Tawar di rumah banglo beliau yang baru di bina.
Hari Jumaat malam pula saya bertemu dengan Sutok dbS juga bersama Raman Kerbau. Kami bertehtarik juga dan membincangkan beberapa perkara.

Thursday, July 16, 2009

miLLion tHanKs frOM sK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ,

SK choose to write this articel just to express my appreciation to everyone instead of letak kat komen dalam article kida.

Alhamdulillah hari ni umur SK dah bertambah angka. Syukur pada Allah kerana memberi SK peluang untuk memperbaiki diri. Cepatnya masa berlalu. Moga SK menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin insyaallah.

To Kida, I love u so much. Thanks for spending your time with me sampai cancel appointment. To guys out there ikutlah contoh kida ni tau *wink*.

SK terima banyak ucapan dan doa dari family (mama, ayah, adik2 dan 2 orang anak SK yang tersayang) dan juga kawan2 (office colleagues, kawan2 blog, penulis, kawan2 itm, kawan2 ukm)

Pada semua yang mendoakan untuk SK, baik yang antar text, call, letak kat komen, SK ucapkan terima kasih dan SK juga doa semoga kawan2 semua dalam lindungan Allah swt sentiasa aminnn.

Tak lupa juga pada Che Din (ex CEO PruBSN), saya doakan moga Che Din selamat mengerjakan umrah dan sentiasa dalam lindungan Allah swt. Thanks for your text :)

haPPy beSdaY SK

Hari ini 16hb Julai adalah harijadi SK yang ke 43. SK ambil cuti hari ni walaupun sibuk dengan bermacam-macam tugas di pejabat. Jadi gua pun kena mencutikan diri lah jugak walaupun ada 2 meeting gua nak kena attend pagi dan tengahari ni. Camno nak buek ni. Apa-apa pun Selamat Harijadi kepada isteri gua yang tercinta SK semoga di panjangkan umur, sihat sentiasa, dilindungi olehNya, murah rezeki dan sejahtera sentiasa sehingga ke akhir hayat.

Saturday, July 11, 2009

beRitA

1. Kudeng dsS telah selamat menerima cahayamata pada petang semalam setelah isteri beliau selamat melahirkan seorang bayi lelaki menerusi pembedahan. Beliau mengirimkan sms kepada saya kira-kira jam 6-57pm semalam untuk memberitahu berita gembira ini. Baby baru beliau yang beratnya 3-74kg berada dalam keadaan selamat dan sihat. Tahniah kepada Kudeng dsS.

2. Hari Khamis yang lalu sewaktu saya ke bengkel Kudin Mekanik, sempat saya bertemu dengan Walid diA yang turut menghantar kereta beliau ke bengkel Kudin. Walid nampak berisi sedikit dan katanya tidak lama lagi beliau mungkin akan menumpukan sepenuh masa dalam perniagaan barangan yang di impot dari China. Sekarang ini pun beliau giat mempromosikan beberapa barangan dan website beliau pun sedang dalam pembikinan untuk tujuan penjualan barangan tersebut. Selamat Maju Jaya kepada Walid dalam usaha menjadi seorang lagi usahawan berjaya budiMaN.

3. Sebelum itu saya juga ada bertemu dengan Raman Kerbau dbS dan beliau beritahu melalui promosi yang saya sampaikan di blog berkenaan kemudahan pinjaman peribadi Ar-Rajhi Bank yang di lakukan oleh beliau, beberapa rakan budiMaN ada menghubungi beliau untuk bertanyakan perkara tersebut dengan lebih lanjut. Teruskan usaha anda Raman Kerbau.

Thursday, July 09, 2009

teRbaNG laGi 2

Penat tak habis lagi beb sebab malam semalam baru sampai dari Sabah bah. Kiranya perjalanan ke Sarawak dan Sabah pada kali ini memang memenatkan dengan pelbagai aktiviti dan urusan yang masih banyak perlu diselesaikan.

Perjalanan bermula pada pukol 7-00 pagi Jumaat lepas bilamana saya bersama 3 orang lagi rakan perniagaan saya ke LCCT untuk menaiki penerbangan ke Kuching pada pukol 11-00 pagi. Kami sampai di LCCT kira-kira jam 9-30 pagi setelah berhenti breakfast di Nilai dan check in beg golf di kaunter. Penerbangan Air Asia macam biasa delay hampir 1 jam setengah dan kami berlepas kira-kira jam 12-30pm.

Kami sampai di Kuching kira-kira jam 2-00 petang dan di airport sudah menunggu beberapa rakan kami dengan kenderaan untuk membawa kami ke hotel. Pengarah SPRM Sarawak turut berada di airport menanti saya dan saya menaiki kenderaan beliau ke hotel. Kami check-in di Merdeka Palace Hotel di mana kami mendapat Royal Suite di tingkat 18 bersebelahan dengan Agong Suite dan Presidential Suite di tingkat tersebut. Memang best giler suite yang kami duduk seramai 4 orang kerana mempunyai 3 bilik yang luas dengan dining hall, kitchen, bar dan sebagainya. Tingkat tersebut pula lengang dengan hanya kehadiran kami sahaja. Saya duduk bilik seorang, Sani duduk bilik seorang sementara Mat Sam dan Mat Nan berkongsi bilik.

Selesai check-in, kami diberikan sebuah kenderaan untuk kami bergerak oleh hos kami di Kuching dan malamnya kami di bawa menjamu selera di Top Sport Ah Seng ABC Corner, tempat seafood dan makanan Sarawak famous dengan sajian bermacam2 jenis seafood seperti udang galah, ambak (belitung), sharks fin, midin dan bermacam2 lagi. Lepas makan malam, kami balik semula ke hotel dan sambung santai di suite kami bersama hos kami. Selepas itu pada pukol 12-00 malam kami sambung lepak di Victoria Arms di Basement Merdeka Palace sampai pukol 2-00am.

Sabtu, rancangan untuk melawat beberapa tempat sempena urusan kami terpaksa di batalkan kerana seharian hujan turun di Kuching dan segala perbincangan terpaksa di lakukan di suite kami di mana beberapa ketua jabatan kerajaan hadir. Jadi kami kerja sambil santai kat suite dan makanan di hantar oleh hos kami. Memang best la..sebut jer apa nak makan..mesti sampai... Pizza Delivery... Coffee Bean Delivery...semua sampai beb. Memang best giler la tukang jaga kami kat Kuching tu.

Malamnya kami di bawa makan malam di Pondok Laguna di City Center dimana kami dijamu dengan Nasi Padang dan makanan Indonesia. Best dan pedas giler2 beb. Lepas makan malam, kami balik semula ke hotel dan sambung sembang di suite. Jam 11-00 malam, kami sambung lagi santai kat Victoria Arms sampai pukol 2-00am.

Esoknya pagi2 lagi after breakfast kat hotel, kami buat satu lagi discussion final round dengan wakil Sarawak dan kira-kira jam 12-30 tengahari kami semua check-out dan berlepas pula ke The Sarawak Club untuk balun golf plak beb. 2 flight dan kami tee-off jam 1-45 petang dan selesai bermain jam 5-00 petang. Kami mandi dan makan sedikit di Club House dan hos kami sediakan pula Urut Kaki di sebuah private club dalam perjalanan menuju airport. Selesai urut kaki, kami bergegas ke airport untuk flight ke Kota Kinabalu pada jam 10-30pm.

Kami bertolak dari Kuching ke KK pada jam 10-30 malam dan tiba di KK pada jam 11-55 malam dimana Hos kami di KK iaitu Komander Rahman (Pemerintah Navy Sabah - gua tanya dia kenal Man Troq, dia kata dia kenal) sudah sedia menunggu dan membawa kami ke Prominade Hotel untuk check-in. Kerana keletihan kami pun santai di bilik masing-masing.

Isnin, hujan seharian di Kota Kinabalu membataskan pergerakan dan menyebabkan perbincangan terpaksa di lakukan di hotel sahaja di mana beberapa pegawai kerajaan dan ahli perniagaan turut serta. Jam 3-00 petang segala urusan selesai dan kami berlima kini setelah di sertai oleh geng oil n gas semenanjung yang turut berada bersama kami, mencari tempat untuk menjamu selera di kawasan sekitar CenterPoint yang berada di belakang hotel.

Malamnya kami pergi pula ke kawasan makan di tepi laut untuk sekali lagi menikmati Nasi Padang dan selesai makan malam, kami di bawa pula santai di sebuah Bistro di hadapan Le Meridien.

Esoknya setelah breakfast, kami sempat ke Pasar Filipina untuk mencari beberapa barangan untuk di bawa pulang. Kami tinggalkan hotel sekitar jam 4-00 petang untuk ke Airport dan penerbangan ke Kuala Lumpur ialah pada jam 6-30 petang. Penerbangan delay kerana hujan ribut dan akhirnya jam 7-15 malam, baru kami bertolak balik. Touchdown di Sepang kira-kira jam 10-00 malam dan sekitar jam 12-00 malam baru saya sampai ke rumah.

Walaupun trip kali ini pada saya agak kurang berjaya kerana faktor cuaca tetapi 60% menepati matlamat dan terima kasih saya ingin ucapkan kepada semua yang telah terlibat membantu kami semasa di Sarawak dan Sabah. Walaubagaimanpun saya tetap enjoy dengan trip ini terutama semasa di Kuching. Sabah pun tak kurang jugak...hehe

Saturday, July 04, 2009

WeeKeND - SK dgN aNak2


Dah 2 hari Kida tak ada di rumah rindulah pulak kat Kida ahaks! Jarang sekali Kida outstation on weekend. Kebiasaannya bila weekend Kida mesti bawak SK jalan2 dan lepak2. Kebetulan Sarah balik minggu ni jadi taklah sunyi sangat. Terasa bosan sungguh duduk di rumah jadi SK pun sms Kida mohon izin untuk keluar bersama2 Sarah dan Aimin. Kami ke Pavillion dan berwindow shopping. SK suka ke Pavillion sebab tempat tak sesak lepas tu layan tengok baju-baju kat situ cantik2.

Sampai di Pavi, perut terasa lapar pulak. So kami makan di Carl’s Jr. Lepas makan kami masuk dari satu kedai ke satu kedai hehehehe. Sekarang ni tengah sales, kalau ada Kida bestnya leh mintak itu ini muahahaha. Tapi Kida tak ada pun SK rembat jugak, ahaks! Kida darling...jangan marah eh…SK beli yang murah2 je *wink* Bukan semua barang di Pavi tu mahal ada jugak yang reasonable pricenya.

Penat berjalan dan jamu mata, kami makan dan lepak di tempat biasa, mana lagi kalau tak di Carlos Canteena. Nak solat pun tak susah sebab kemudahan surau ada di B2 dan jugak tingkat 3. Dulu surau tingkat 3 ni diubahsuai, sekarang ni dah siap kot tapi tak pasti masih di tingkat 3 atau 5. Selalunya SK bersolat di B2 je.

Sekejap je masa berlalu, walaupun pun dah pukul 10.00 malam tapi orang semakin ramai. Kalau di kampung tentu dah senyap sunyi. Tapi di KL ni semakin jauh malam semakin ramai orang. Macam2 gelagat boleh kita tengok, lucu ada meluat pun ada hahahaha...

p/s Kida jangan lupa ole2 dari Kucing dan KK tuk SK ye!

Friday, July 03, 2009

teRbaNG laGi

Dah habis bab nikah kat Siam ni dengan bermacam-macam komen oleh kengkawan, so let's get back to business. Tapi macam saya beritau kat artikel bawah tu..kalau nak minta nasihat pasal nak nikah kat Siam, kontek la Mizi kita kat Songkhla tu. Setakat waktu ni, saya sendiri takde la hajat lagi dan kalau boleh biarlah yang satu tu sampai bila-bila. Godaan tu memang banyak beb, maklum zaman sekarang ni, kita tak mintak pun, dia datang sendiri tapi masih bisa di elakkan lagi la beb setakat ini.

So hari ini, pagi-pagi pukol 8-00, saya bersama 3 orang lagi sahabat perniagaan saya akan meninggalkan Kuala Lumpur untuk ke lapangan terbang. Kami akan ke Kucing, Sarawak menaiki penerbangan pada pukol 11-30 pagi untuk beberapa urusan dan pertemuan dengan beberapa agensi kerajaan di Sarawak. Mungkin stay 2 malam di Kucing dan kalau sempat boleh golfing juga nanti. Beg golf tu memang kandar kat bahu memanjang kalau berjalan ni..hehe

Dari Kucing, saya akan terus ke Kota Kinabalu pula mungkin pada hari Ahad nanti dan stay juga 2 malam. Kat Sabah nanti geng oil and gas saya dari Kuala Lumpur akan datang sekali dan join dan di Sabah juga beberapa pertemuan dengan pegawai beberapa agensi kerajaan akan di adakan. Mungkin sempat juga golfing nanti. Bagus juga geng oil n gas tu datang, apa-apa hal financial decision, senang. Geng ni ada 2 pelantar minyak dengan overhead sebanyak USD280k sehari setiap satu pelantar. Memang penyamun betul geng-geng oil n gas ni..lepas tu geng dia jer..orang luar nak masuk business oil n gas..mintak maaf la. Tu pun baru-baru ni, ada satu Tan Sri yang baru kena jual syarikat air dia tu pun nak turut sama juga dalam oil n gas... Halim Maksom dpA mesti tau punya ni..

Tapi geng UitM kita takde pulak dengar cerita ada di Sabah dan Sarawak ni, kalau tak boleh la juga ajak ngeteh2 malam-malam. Apa-apa pun enjut jer la sementara ada bisnes ni, takde esok, duduk jer la melangut...bisnes ni macam tu la..ada pasang..ada surut. Sabah-Sarawak..here we come!