Friday, October 31, 2008

baRu vS kLaSik

Malam semalam saya berteh tarik dengan Kitang, Bilal dan Kudin Mekanik di Taman Seri Gombak sambil pekena kerang rebus. Kitang ada mengirimkan menerusi e-mail kepada saya gambar rakan-rakan budiMaN diA batch Jan 86 seperti di atas sekali tu. Katanya gambar tersebut di ambil tahun lepas semasa salah seorang daripada mereka nak menunaikan haji. Tapi saya tak berapa ingat nama-nama dalam gambar tu. Maybe geng-geng diA boleh recall dan listkan nama-nama mereka dan ceritakan sedikit perihal mereka sekarang ini.

Tapi geng diA ni camanapun tak boleh lawan la dengan gambar klasik post maut yang kat bawah tu. Memang gangster habis dengan seluar koncos tu. Saya siarkan gambar klasik ni sebab Kitang cerita semalam, ada geng diA ni rasa rendah diri nak berkawan dengan geng budiMaN sebab katanya banyak yang berjawatan besar dan mempunyai pekerjaan yang stabil sedangkan dia masih terumbang-ambing lagi. Rasa saya sebenarnya kengkawan budiMaN takde mengira pangkat atau darjat sebenarnya dalam bersahabat, cuma rezeki masing-masing membedakan sedikit kedudukan kini, tapi kalau kita tidak lupa asal usul kita yang sama-sama jer tahap kelayakan nak masuk UitM dulu, takde beda apa-apa dari segi kecerdikan dan kepandaian, semua sama jer...tambah dah tua-tua ni..tak kira dah sahabat tu goner.... sahabat sejati akan terus menjadi sahabat sejati walau di kedudukan apa sekalipun.

Wednesday, October 29, 2008

beSday LaGi

Hari ini 29hb Oktober dan esok 30hb Oktober adalah tarikh lahir beberapa rakan budiMaN. Antaranya ialah :

1. 29hb Oktober
Mizi diB batch Jan 86 (gambar di tengah) hari lahirnya jatuh pada tarikh di atas. Mizi kini bertugas di Kedutaan Malaysia di Songhkla, Thailand. Kalau tengok gambar Mizi di atas, size badan dan raut wajahnya tidak banyak berubah. Dulu masa kat UitM Kuantan dia ni selalu di lihat dengan motosikalnya ( Honda Raider ke atau RXZ... gua tak berapa ingat la beb). Mizi ni seingat saya memang jenis humble punya type dan member kamcing dia dulu masa kat UitM ialah Joe Malady diB. Kalau ada kengkawan yang nak ke Songhkla boleh la menghubungi Mizi ni di tel : 012-6210000. Golfer jugak Mizi ni.

2. 30hb Oktober
Muslim @ FG dsS akan menyambut ulang tahun kelahirannya pada 30hb Oktober. Muslim kini bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal di Pandan Indah. Aktif dengan blog beliau "Cinta View Finder" dan masih lagi single trang tang-tang. Size dan raut wajah kalau tengok gambar kat atas memang tak serupa lah dengan actual figure sebenar sekarang tapi kalau kengkawan yang mengenali beliau semasa di UitM dulu tentunya walau tidak pernah berjumpa dengannya akan dapat mengecam beliau dengan segera.

Amir USA diB batch Jan 86 juga menyambut ulangtahun kelahiran beliau pada 30hb Oktober. Amir kini menetap di Amerika bersama isterinya Puan Afizah dan anak lelaki tunggal mereka sudah lebih dari 10 tahun. Kalau tengok gambar Amir (yang di hujung sekali) memang berbeza la dengan size dan wajah sekarang. Dulu Amir ni memang menunjukkan ciri-ciri kehenseman menjadi pujaan wanita (pujaan isteri beliau la...hehe) tetapi dengan size yang dengar khabarnya dah berlipat kali ganda sekarang ni masih lagi tetap menjadi pujaan kengkawan kerana Amir ni memang humble dan mudah bergaul dengan rakan-rakan. Rakan baik beliau dari dulu sampai sekarang ialah Fadil Sutok dbS dan mereka masih selalu berhubung.

Itulah tadi 3 rakan budiMaN yang akan menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini dan esok dan sempena hari ulangtahun mereka ini saya mendoakan mereka semua agar sihat sentiasa, di panjangkan umur, di murahkan rezeki, sejahtera dan berbahagia sentiasa di samping keluarga dan rakan-rakan. Selamat Harijadi kepada Mizi, Muslim dan Amir.

Tuesday, October 28, 2008

aGGp 2008 - All GuyS goLfiNG paRty

Pagi tadi Antu Raya @ Amy Jarr dpA - jutawan budiMaN ada menelefon saya memberitahu bahawa beliau ingin menganjurkan AGGP 2008 kerana khabarnya ramai kengkawan budiMaN ingin merebut trofi AGGP 2007 yang sekarang ini di sandang oleh beliau semasa acara Gathering budiMaN 2007 di Kompleks Belia Maran dahulu. Pada mulanya beliau bercadang mengadakan AGGP 2008 pada 12hb November 2008 tetapi setelah berbincang dengan beliau maka tarikh tersebut di awalkan seperti berikut :

Acara : All Guys Golfing Party 2008 (AGGP 2008)
Tarikh : 10hb November 2008 (Isnin)
Masa : 2-00 petang
Tempat : Kelab Golf Kinrara, Kuala Lumpur
Bayaran : RM65 untuk non-club members dan RM55 untuk club members bagi Green Fee, Buggy dan Buffet Dinner. Kalau buat pada hari lain weekdays maka bayarannya ialah RM85 untuk non-club members dan RM55 untuk club members.

Menurut Antu setakat ini yang telah confirm untuk pergi ialah Mat Taib diB, Anuar Mangkuk diB, Haji Charlie Koy diB dan beberapa kengkawan yang lain. Saya rasa kalau dapat 2-3 flights pun dah cukup elok dan meriah. Kepada sesiapa yang ingin menyertai boleh berhubung dengan Antu sendiri di tel : 012-9860005. Mungkin selepas golfing kita akan ada acara lain pula selepas itu pada sebelah malamnya nanti. Boleh suggest kepada Antu.

Monday, October 27, 2008

potLuCk aidiLfitRi

PotLuck Aidilfitri yang di adakan di rumah Kitang pada hari Ahad semalam di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, berjalan dengan sungguh meriah sekali. Kitang selaku tuan rumah bersama-sama isteri Puan Lily menyediakan satay dan nasi himpit istimewa serta meehoon goreng.

Saya pula yang terpaksa ke Terengganu pada petang Jumaat dan bertolak balik pada petang Sabtu dari Terengganu kira-kira jam 3-00 petang dan sampai di KL kira-kira jam 7-00 malam, bertukar kereta terus balik semula ke Temerloh kerumah Abah saya di Paya Pulai pada hari itu juga. Ini kerana saya dan SK nak menyediakan Roti Jala istimewa pada pagi Ahad untuk di bawa ke PotLuck Aidilfitri. Rupa-rupanya memakan masa untuk menyediakan roti jala ni dan setelah bermula pukol 9-00 pagi hari Ahad tu, semua siap sedia pada pukol 3-30 petang untuk dibawa ke rumah Kitang.

Saya sampai di rumah Kitang kira-kira jam 4-30 petang dan sudah berada di sana ialah ASP Mail Polis diA (Ismail Rodzi) bersama keluarganya yang kini berkhidmat di Mahkamah Shah Alam sebagai Pegawai Pendakwaan. Apamz sekeluarga bersama isteri Puan Miza dan baby girl baru Aqeela juga baru sahaja sampai kira-kira 20 minit sebelum saya. Sebelum itu Hakim dan Adenan dbS yang kini bekerja di EPF di Petaling Jaya dan Jalan Raja Laut juga antara yang awal sampai.

Setelah itu Ummi sekeluarga yang datang dari Bilut menziarahi nenek beliau juga sampai membawa kuih-muih. Jadi sambil bersembang dan bertanya khabar kami menikmati makanan-makanan yang di sediakan oleh tuan rumah dan yang dibawa oleh rakan-rakan budiMaN.

Dalam kemeriahan dan kerancakan bersembang tiba-tiba muncul pula Jamal Latif dsS yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Jamal Latif yang datang bersama isteri Puan Norita dan anak-anak beliau seramai 4 orang memang lawak giler dengan slang Peraknya yang masih tidak berubah. Jamal Latif ni sebenarnya duduk di hadapan bilik saya masa di Asrama Remaja Block C masa kita Part 1 dan 2 dulu. Bermacam-macam cerita dan memang lawak giler la Jamal Latif ni. Nanti saya akan siarkan satu artikel khas pasal Jamal Latif ni dengan biodata dia sekali.

Selepas itu sampai pula Roslina dbS yang kini berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Audit di ROC atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kuala Lumpur, bersama-sama ke dua-dua anaknya. Beliau yang berpuasa 6 hari yang penghabisan juga meriah dengan sembang dan cerita-cerita berkaitan kawan-kawan budiMaN. Roslina juga akan menunaikan fardu haji pada tahun ini dan akan bertolak pada 26hb November nanti bersama-sama kedua-dua ibubapanya. Nampaknya akan sekali dengan Wani dcS la nanti, insyaallah.

Akhirnya setelah sembang punya sembang dan Roslina pun selamat berbuka puasa, sekitar jam 8-00 malam kami semua bersurai. Gambar-gambar semasa PotLuck telah dirakamkan oleh Kitang dan insyaallah apabila Kitang selesai mengirimkan kepada saya nanti akan saya siarkan di sini. Buat sementara ni saya cuma ada gambar saya, SK dan Aimin tengah menyediakan roti jala saja hampir 6 jam ...hehe

Tuesday, October 21, 2008

tehtaRik beSday

Malam semalam kira-kira jam 9-00 malam, saya bersama-sama geng diA iaitu Kitang, Walid, Bob MG dan Lan Kentei telah bertemu untuk meraikan birthday Kitang, Walid dan Lan Kentei yang jatuh dalam bulan Oktober ini. Pada mulanya kami menikmati makan malam dan entertainment di sebuah Restoran di Jalan Sultan Ismail. Selepas itu kami pekena teh tarik pula di sebuah Restoran berhampiran bangunan Life Centre sehingga jam 3-00 pagi. Kebetulan Bob MG yang datang berkursus selama seminggu di KL ada, jadi meriahlah dengan pelbagai cerita dan kisah-kisah lama. Beliau juga memberitahu bahawa Sabri Cigak diA(roomate masa Part 1 dan 2) kini sudah berpindah ke KL bekerja di tempat yang sama di AmAssurance Bhd. Dulu Sabri Cigak bekerja di Kuala Terengganu.

Monday, October 20, 2008

potLuCk aidiLfitRi

Kitang ada menelefon saya dari Temerloh pada hari Sabtu lepas dan dengan cadangan beberapa rakan-rakan budiMaN, maka telah dipersetujui untuk diadakan satu PotLuck Aidilfitri budiMaN seperti berikut :

Tarikh : 26hb Oktober 2008 (Ahad)
Masa : Mulai 3-00 petang
Tempat : 12, Jalan TJ 5/7, Taman Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, Pahang (Rumah Kitang)
No Phone Kitang : 019-7567799

Semua rakan-rakan budiMaN tidak mengira batch di jemput hadir dan majlis ini akan di adakan secara PotLuck, jadi bolehlah kengkawan membawa juadah masing-masing untuk kita sama-sama bertemu dan bersilatulrahim antara rakan budiMaN dan keluarga kita semua nanti. Harap kepada yang akan hadir untuk mencatit di ruangan komen agar kemeriahan dan excitement untuk bertemu rakan-rakan berterusan sehingga ke hari PotLuck itu nanti.

Thursday, October 16, 2008

beSday geNG diA

Bulan Oktober ni sebenarnya banyak birthday rakan-rakan budiMaN. Ini pula tarikh-tarikh birthday geng diA yang jatuh pada bulan ini. Saya ucapkan Selamat Harijadi semoga sihat, sejahtera, di murahkan rezeki dan sentiasa berbahagia di samping keluarga dan rakan-rakan. Di bawah ini saya senaraikan geng diA yang menyambut harilahir dalam bulan Oktober ini.

1. Lan Kentei @ Norazlan diA
LK menyambut harijadinya pada 10hb Oktober 2008. LK yang kini bertugas di CIMB Kuala Lumpur tinggal di Shah Alam bersama-sama isteri Jun dan keluarga. Sudah tamat pengajian separuh masa di peringkat Master di UIA saya rasa. Seorang golfer yang kini jarang-jarang berada di padang golf akibat kesibukan pelbagai urusan. Walaupun jarang menyertai program BUDIMAN secara langsung tetapi amat aktif di belakang tabir dalam sebarang program BUDIMAN yang dijalankan.

2. Apamz @ Norhisham diA
Apamz pula akan menyambut harijadi beliau pada hari ini 16hb Oktober 2008. Kini tinggal di Kuantan bersama-sama isteri iaitu Miza yang mengalami sakit lumpuh dan 2 anak lelaki serta baby girl baru. Apamz berniaga sendiri di pasar-pasar malam di sekitar Kuantan. BUDIMAN amat prihatin dengan keluarga Apamz dan sentiasa cuba memberikan bantuan semampu yang boleh dari masa ke semasa.

3. Walid @ Syed Hamid diA
Walid juga akan menyambut harijadi beliau pada 21hb Oktober ini. Walid kini bekerja di Subang dan tinggal bersama keluarga di Sg Buloh, Selangor. Sering bersama dalam sebarang aktiviti BUDIMAN dan antara pengunjung paling setia blog ini.

4. Kitang @ Zainordin diA
Kitang juga akan menyambut harijadi beliau pada 22hb Oktober 2008 nanti. Kitang yang sering bertindak sebagai Bendahari kepada BUDIMAN juga sering bersama-sama dalam setiap aktiviti BUDIMAN. Kini bekerja di Maybank Bangsar dan menjadi weekend husband kerana keluarga beliau berada di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang. Isteri beliau Lily juga begitu aktif dalam BUDIMAN dan kini mengusahakan Butik Avon di Mentakab.

Kepada LK, Apamz, Walid dan Kitang saya sekali lagi mengucapkan selamat harijadi. Insyaallah minggu depan ada rakan-rakan budiMaN akan meraikan harijadi mereka ini di Kuala Lumpur dan dengar khabarnya Bob MG diA pun nak datang sekali.

Wednesday, October 15, 2008

seMbaNG-seMbaNG

Petang tadi sewaktu memukol bola golf di Bukit Unggul, Slamber Jr ada mengirim sms kepada saya memberitahu harga petrol akan diturunkan sebanyak 15 sen kepada RM2-30 seliter bagi RON 97. Terima kasih kepada Slamber Jr yang sudi memberikan info terkini kepada kengkawan.

Kesan kenaikan harga petrol, bahan makanan dan kini krisis kewangan global di Amerika dan Eropah bagi kebanyakan rakyat biasa sedikit sebanyak turut di rasai. Kenaikan petrol dan bahan makanan memberi kesan secara langsung dalam perbelanjaan harian dan menjejaskan simpanan pendapatan.

Namun kesan krisis kewangan global akibat runtuhnya Lehman Brothers dan Meryll Linch di Amerika dan beberapa bank di UK dan Eropah belum begitu dirasai oleh penduduk di Benua Asia amnya. Kegagalan dalam sistem Subprime Mortgage Loan, merudumnya industri hartanah dan perumahan di Amerika dan UK, keruntuhan Mortgage Backed Securities dan Interbank Money Market (Credit Crunch) sebenarnya akan membawa kesan domino kepada rakyat biasa. Ini terbukti dengan merudumnya pasaran saham di seluruh dunia dan beberapa kesan domino lain yang bakal di hadapi serta tidak dapat di elakkan lagi oleh masyarakat dunia seluruhnya.

Bagi kita di Malaysia, kesan krisis kewangan di USA dan Eropah khabarnya tidak akan di hadapi secara langsung kerana tiada bank Malaysia yang mengambil Mortgage Backed Securities dari USA atau Eropah. Namun kesan hebat domino akibat keruntuhan di Amerika akan secara perlahan-lahan menghinggapi rakyat Malaysia dalam waktu terdekat ini.

Mungkin suasana ekonomi di USA dapat diceritakan oleh rakan budiMaN kita di sana seperti Amir dan Fezah di ruangan komen. Pyan juga mungkin boleh bercerita suasana ekonomi di New Zealand, Mizi di Thailand dan Fadil di Cambodia. Kesan krisis kewangan di USA jika dapat diceritakan oleh Amir mungkin boleh menjadi sedikit panduan kepada kita di Malaysia agar lebih berjaga-jaga kerana domino effects akan bermula di sana dan merebak ke seluruh dunia.

Monday, October 13, 2008

haPPy beLAtEd biRthdaY uMMi

Pada 7hb Oktober lalu ialah harijadi Ummi dsS. Maaf saya pohon kepada Ummi kerana terlambat menyiarkan ucapan selamat harijadi. Untuk itu Happy Belated Birthday kepada Ummi semoga Ummi di panjangkan umur, murah rezeki, sihat sentiasa, sejahtera dan bahagia di samping keluarga hendaknya. Segala sumbangan dan jasabaik Ummi bersama budiMaN akan sentiasa di kenang oleh rakan-rakan budiMaN dan hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Selamat Hari jadi Ummi.

Wednesday, October 08, 2008

beRitA keNGkaWaN

1. Seminggu sebelum raya dahulu saya bersama SK ada berkunjung ke pejabat KWSP Petaling Jaya untuk urusan perumahan kami di Taman Ukay Bistari. Saya dan SK telah berjumpa dengan Hakim dbS dan dengan pertolongan beliau, urusan kami yang sepatutnya mengambil masa 2 minggu dapat di selesaikan dalam masa 1 hari sahaja. Hakim dbS kini di tempatkan di Bahagian Pengeluaran Pencen KWSP Petaling Jaya. Beliau juga memberitahu bahawa Adenan dbS juga kini berkhidmat di KWSP Cawangan Wilayah Persekutuan di Bangunan KWSP Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Jadi kalau ada kengkawan budiMaN yang ada urusan dengan KWSP mungkin boleh menghubungi Hakim atau Adenan dan mungkin mereka boleh membantu. Saya juga ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Hakim dbS yang membantu mempercepatkan urusan kami semasa di KWSP tempohari.

2. Sidi @ Che Dat dpA pula yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Belia Daerah Maran mulai Isnin 6hb Oktober 2008 telah ditukarkan sebagai Pegawai Belia Daerah Bera pula. Kawasan Bera ialah kawasan Menteri Belia dan Sukan sendiri iaitu YB Datuk Ahmad Sabri, jadi tentulah beliau semakin sibuk ketika ini. Mungkin beliau akan selalu berjumpa dengan Hamdan Boly diB yang bertugas sebagai ADO Bera di Pejabat Daerah Bera.

3. Salwani dcS pula ada mengirimkan email kepada semua kengkawan meminta doakan beliau yang insyaallah akan menunaikan haji bersama suaminya kira-kira sebulan lagi. Menurut Wani, pendaftaran haji pada masa ini mengambil masa yang lama tempohnya dan syukurlah beliau berpeluang menunaikan haji pada tahun ini. Saya harap semua budiMaN akan mendoakan semoga Wani dan suami akan beroleh haji mabrur, sihat, selamat dan sejahtera serta di permudahkan dalam mengerjakan haji nanti.

Tuesday, October 07, 2008

seMbaNG-seMbaNG

Balik beraya seminggu yang lepas ke Kedah dan Perlis memang menyeronokkan. Sampai semula ke Kuala Lumpur pada pagi Ahad setelah 16 jam berada di dalam kereta dari Kangar sememangnya meletihkan tetapi perjalanan raya tidak membosankan dengan singgah di sana sini dan berkonvoi beramai-ramai.

Di Perlis, seperti tahun-tahun yang lepas masih tidak sempat untuk berteh tarik dengan Walid yang juga berada di sana kerana kami semua tiada kelapangan dengan pelbagai program hari raya. Cuma dalam perjalanan balik bertemu Walid di tengah jalan di Gurun dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur.

Melihat e-mail yang saya terima, terdapat e-mail dari beberapa orang kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari raya selain dari menyampaikan khabar. Insyaallah akan saya siarkan e-mail khabar kawan-kawan yang saya terima nanti. Kitang dan Bilal pula ada menghantar gambar-gambar semasa penyerahan sumbangan Tabung Amal budiMaN kepada Rumah Anak Yatim Darul Izzah dan Darul Fikri Kuantan. Malangnya gambar dari Bilal terlalu besar saiznya dan komputer saya sukar untuk download gambar tersebut. Mungkin nanti Bilal boleh kecilkan sedikit saiz gambar tersebut dan hantar semula kepada saya untuk di siarkan. Alhamdulillah sumbangan-sumbangan Tabung Amal budiMaN telah selamat semuanya di sumbangkan kepada tempat-tempat yang memerlukan semasa Ramadhan lalu.