Monday, July 21, 2008

catAtAn


Dari hari Khamis minggu lepas saya sempat pergi ke beberapa tempat berjumpa dengan kengkawan budiMaN dan satu kenduri kahwin pada hari Sabtu. Di bawah ini saya catatkan peristiwa-peristiwa tersebut :

1. Khamis (17-07-2008)

Pada petang Khamis saya telah menghantar kereta Proton saya untuk overhaul di bengkel Kudin Mekanik. Kereta Volvo Bilal juga ada di sana sudah siap cat baru dari warna biru tua kepada warna coklat cerah. Kereta Avanza Kitang pula saya di beritahu sudah siap di baiki oleh Kudin dan dalam proses untuk di jual. Khabarnya Kitang bercadang membeli Myvi dan sebuah Proton Saga baru.

Saya berada di bengkel Kudin sehingga malam dan beliau telah menghantar saya pulang ke rumah dari Selayang ke Taman Bukit Permai. Sebelum menghantar saya pulang, saya dan Kudin sempat berteh tarik dengan Bilal yang baru sahaja sampai dari Kuching dan terus dari airport KLIA ke LRT Taman Melati di mana Kudin akan mengambil beliau untuk membawa pulang kereta Volvonya. Jadi kami pun berteh tarik di Taman Melati dan Kitang juga turut serta. Sambil teh tarik sempat lagi Bilal menurunkan ilmu mengurut kepada Kitang yang sakit belakang. Boleh tahan jugaklah kepandaian Bilal mengurut bukan setakat jadi pakar motivasi sahaja. Akhirnya malam itu Kudin, Bilal dan Kitang turut menghantar saya pulang ke rumah saya di Taman Bukit Permai.

2. Sabtu (19-07-2008)

Pada tengahari Sabtu saya telah dijemput menghadiri satu majlis perkahwinan yang telah di adakan di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan. Saya pun pergi satu keluarga. Dalam perjalanan turun dari bukit rumah saya tu, saya lihat ramai kereta dan orang di tepi jalan. Rupa-rupanya pesta Makan Durian dah bermula kat KL ni. Kat area bawah bukit rumah saya tu memang macam mini ekspo kalau musim durian. Bermacam-macam gerai durian di tepi jalan dan sentiasa di kerumuni orang ramai. Bau durian semerbak kalau lalu kat tempat tu.

Lebihkurang pukol 1-30 tengahari kami sampai di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan dan menikmati kenduri Nasi Buriani Bukhara, caterer Restoran Syed PJ. Memang sedap dengan gulai kambing memang power dan bermacam-macam lagi lauk pauk. Siap ada teh tarik mamak dengan kuih-muih lagi.

3. Ahad (20-07-2008)

Pada Ahad pula ialah harijadi abah saya Haji Mokhtar bin Haji Jaafar. Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Harijadi kepada beliau dan mendoakan kesejahteraan abah saya. Sejak pencen Guru Besar Sek Keb Seberang Chenor kira-kira 15 tahun lalu, abah saya aktif dengan Koperasi Guru seperti SAGUMPAS dan Koperasi Perumahan Guru sebagai Bendahari dan Ahli Lembaga Pengarah. Di samping itu beliau turut berkedai runcit di Pasar Besar Temerloh bersama Makcik saya. Namun baru-baru ini kedua-duanya dah berasa tidak larat lagi berniaga dan kini menumpukan sepenuh perhatian di rumah. Tambahan rumah baru abah saya di Kg Tanjung Besar yang siap 2 tahun dulu di depan Masjid, jadi aktiviti mereka sekarang tertumpu di masjid sahaja selain aktiviti koperasi.

Begitu lah serba sedikit catatan perjalanan saya sepanjang minggu lepas bertemu kengkawan budiMaN serta beberapa peristiwa yang saya lalui.

1 comment:

Anonymous said...

Emmm...suka je baca! Wah pakar motivasi pandai jugak mengurut ek! Nanti ramai la yang daftar nak mengurut, bukan nk trainning..hehe