Wednesday, July 09, 2008

aluMNi

Semalam sewaktu membuka e-mail saya dapati satu e-mail dari seorang bekas pelajar perempuan Sek Men Abu Bakar, Temerloh (ABS) yang telah mengikuti blog ini. Beliau adalah bekas pelajar ABS yang menduduki SPM pada tahun 1994. Harapannya kalau ada gathering bagi bekas pelajar ABS supaya dapat saya maklumkan kepadanya. Insyaallah. Saya pernah mendengar bahawa suatu waktu dahulu terdapat gathering Alumni ABS di buat di sekolah tetapi kemudiannya senyap begitu sahaja. Mungkin bekas pelajar ABS yang ada di budiMaN seperti Kitang dan Ummi boleh berikan sedikit maklumat.

Petang semalam di pejabat tempat saya dan beberapa rakan perniagaan dan golf selalu berkumpul di Wangsa Maju juga terdapat perbincangan berkenaan Alumni dan gathering. Sebenarnya pejabat tersebut menjadi markas utama kepada Alumni SDARA 76 - Sek Dato' Abdul Razak, Seremban. SDARA 76 merancang untuk mengadakan Golf Alumni pada Jumaat ini 12 Julai 2008 bertempat di Bangi Equatorial. Khabarnya akan di sertai oleh beberapa personaliti terkenal bekas2 SDARA seperti Tan Sri Isa Samad (bekas cikgu BM dan coach takraw di SDAR) dan Dato Dr Latif - Tim Menteri Kesihatan (batch SDAR 76)(Latif ni adalah rakan saya sama-sama belajar golf kira-kira 6 tahun dulu bersama Talib, Danny, Halim tetapi hampir 5 tahun dah tak pernah jumpa dia). Insyaallah saya akan menyertai program golf ini nanti. Pada hari Sabtu 13 Julai pula, SDARA akan mengadakan Jamuan Makan Malam di IOI Palm Garden dan khabarnya Menteri Penerangan Dato' Shabery Chek (batch SDAR 76) juga akan hadir dan bawa kombo RTM bersama Yusni Hamid dan Dayang Nurfaizah.

1 comment:

Anonymous said...

salam kida
bercakap pasai alumni nie just nak info exsas( bekas pelajar sek men sains sultan hj ahmad shah kuantan)akan buat bowling event ahad nie 20.7.2008 di sunway pyramid-aku insyallah akan turun
layari http://www.exsas.com.my/
wasalam