Wednesday, July 30, 2008

seMbaNG-seMbaNG

Isnin saya ceritakan pasal sahabat budiMaN penoreh getah. Malam semalam saya terima satu sms dari sahabat budiMaN kita itu. Sms tersebut lebih kurang begini :

Pening sangat ni brother. Nak ke KL tak lepas, duit tak ada, tambang bas pun tak lepas, ( sebenarnya sahabat budiMaN kita ni nak ke KL untuk menguruskan suatu hal yang penting yang mesti di buat dalam minggu ini juga - tambang bas tak sampai RM10 pun sehala ), asah pahat getah tak tajam2, anak bini tumpangkan makan di rumah emak saja sebab dapur 2-3 minggu tak berasap dah, setiap minggu kena sediakan RM110 untuk bayar wang pinjaman ( kalau tak silap saya ada diberitahu wang pinjaman PPRT atau KEMAS lebih kurang macam tu lah yang di gunakan untuk samada perniagaan atau bina rumah beliau yang masih tak siap-siap lagi kerana tiada kewangan untuk diteruskan - pinjaman ni kalau tak di jelaskan setiap minggu bermakna kumpulan orang miskin yang turut sama meminjam dalam kumpulan sahabat kita itu terpaksa berkongsi untuk membayarnya yang sudah tentunya menambahkan beban lagi kepada sahabat kita itu dan kumpulannya), goner gaya saya nak buat brother?

Itulah keluhan dari seorang sahabat budiMaN kita yang dapat sampai kepada saya. Bila saya terima sms begini saya teringatkan sahabat2 budiMaN kita yang susah. Saya teringatkan sahabat budiMaN yang pernah bercerita kepada saya terutama apabila buka sekolah dan ketika itu musim hujan di bulan Disember di mana hasil perniagaan pasar malam tidak laku. Ada sahabat lain pula yang terpaksa meminta kepada anaknya untuk memecahkan tabung anak untuk membayar zakat fitrah di Aidilfitri, sampai ke tahap begitu sekali.

Teringat pula saya kepada sahabat-sahabat budiMaN yang senang dan mewah, berjawatan besar, berkereta mewah, berumah besar, melancung ke luar negeri setiap tahun .... tolonglah ambil tahu nasib sahabat budiMaN kita yang kurang bernasib baik ini .... kalau tak boleh sumbang banyak .... sumbanglah setakat yang ikhlas hatta RM10 sekalipun. Jangan sebab anda berjawatan besar segan pula nak derma RM10 .... biaq pi la depa nak kata apa .... Hari ini hari mereka, hari kita, kita tak tahu lagi. Sebab itulah saya unjurkan Program Amal budiMaN seperti di bawah .... bukan nak tolong orang lain .... tolong saudara kita yang sama-sama dengan kita di UitM Kuantan dulu ..... kalau lebih sumbangan mungkinlah baru boleh kita berbakti dengan masyarakat setempat pula.

Ada sahabat budiMaN yang nampak saja macam senang tetapi sebenarnya susah sangat-sangat .... saya tahu. Ada sahabat budiMaN yang nampak susah dan sangat sederhana ... tapi sebenarnya banyak duit .... saya juga tahu ... saya tahu apabila mereka sampai boleh melabur RM30-40 ribu untuk sesuatu .... saya tahu apabila mereka senang-senang menabur RM50-100 untuk sesuatu yang tak berfaedah.

Tolonglah kepada sahabat-sahabat budiMaN kita yang memerlukan.

Monday, July 28, 2008

pRoGRaM aMaL budiMaN siri 2

Semalam genap sebulan sejak Program Amal budiMaN di lancarkan dan sehingga kini seperti yang dilapurkan oleh Bendahari budiMaN saudara Kitang, jumlah sumbangan hanyalah RM100 sahaja yang diterima setakat ini. Nyata jumlah tersebut amat mendukacitakan. Namun begitu dari perbincangan dengan Kitang, Bilal dan Kudin Mekanik pada minggu lepas, kami ingin melanjutkan lagi pemberian sumbangan ini sehingga masuknya Ramadhan nanti iaitu sekitar bulan September nanti bagi membolehkan sumbangan ini diberikan dalam bulan puasa nanti, insyaallah.

Saudara Apamz kita sebagai salah seorang target untuk diberikan sumbangan ini akan menyambut kelahiran anak ke3 beliau sekitar bulan Ogos nanti. Sumbangan oleh kengkawan budiMaN saya anjurkan supaya sedikit sebanyak dapat meringankan beban Apamz sekeluarga dari segi kewangan. Keperitan menjalani kehidupan seharian mungkin tidak terdaya di bantu oleh kita semua di sini tetapi dengan sumbangan amal budiMaN sekurang-kurangnya dapat meringankan sementara keadaan Apamz sekeluarga, insyaallah.

Saya juga baru-baru ini sempat bertemu dengan seorang lagi kawan budiMaN yang hidup dalam kemelaratan walaupun sering mendampingi kawan-kawan budiMaN yang lain. Beliau tidak merasa segan bergaul dengan kengkawan walaupun semua aktiviti bersama kengkawan di tanggung oleh kengkawan budiMaN yang lain. Mungkin tidak terlihat di muka beliau keperitan yang di alami. Masih bergantung hidup dengan menjadi penoreh getah dengan isteri yang tidak bekerja. Musim getah meluruh selama 2-3 bulan ini menjadikan beliau tidak berpendapatan. Saya juga ingin unjurkan agar sebahagian wang sumbangan itu nanti mungkin boleh di sedekahkan kepada beliau terutama dalam bulan Ramadhan nanti sebagai persediaan kepada keluarganya agar beliau dapat menyambut Hari Raya nanti dengan sedikit persiapan untuk anak-anaknya.

Teruskanlah dengan menyumbang kepada kengkawan budiMaN yang kurang bernasib baik kerana sumbangan anda semua bukanlah kepada orang asing jua tetapi kepada kengkawan budiMaN sendiri yang sama-sama bergelak ketawa, suka, duka semasa kita semua bersama-sama di UitM Kuantan suatu waktu dahulu.

Segala sumbangan bolehlah di bank in melalui akaun Maybank seperti butiran di bawah :

Bank : Maybank
No Akaun : 114254123223
Nama Akaun : Zainordin Awang Samah
Telefon : 03-22972584, 019-7567799
EMail : zainordin@maybank.com.my

Setelah anda menyumbang menerusi akaun tersebut, sila sms atau berhubung dengan Kitang untuk memberikan butiran sumbangan anda untuk tujuan catatan pengurusan.

Berbudi Melalui budiMaN
Beramal, Berbakti, BersilatulrahiM

Friday, July 25, 2008

caNdiD

Selain dari Bilal pakar motivasi kita yang ada kepakaran rahsia menjadi tukang urut, Kudin Mekanik yang terror dalam membaiki kereta juga mempunyai beberapa kepakaran terpendam yang sempat saya rakamkan seperti di atas. Antaranya tukang cat dan tukang gunting rambut. Jadi kalau kengkawan terdesak memerlukan khidmat tukang urut, tukang gunting dan tukang cat kereta.... dah tahu lah nak cari kat mana kan.

Monday, July 21, 2008

catAtAn


Dari hari Khamis minggu lepas saya sempat pergi ke beberapa tempat berjumpa dengan kengkawan budiMaN dan satu kenduri kahwin pada hari Sabtu. Di bawah ini saya catatkan peristiwa-peristiwa tersebut :

1. Khamis (17-07-2008)

Pada petang Khamis saya telah menghantar kereta Proton saya untuk overhaul di bengkel Kudin Mekanik. Kereta Volvo Bilal juga ada di sana sudah siap cat baru dari warna biru tua kepada warna coklat cerah. Kereta Avanza Kitang pula saya di beritahu sudah siap di baiki oleh Kudin dan dalam proses untuk di jual. Khabarnya Kitang bercadang membeli Myvi dan sebuah Proton Saga baru.

Saya berada di bengkel Kudin sehingga malam dan beliau telah menghantar saya pulang ke rumah dari Selayang ke Taman Bukit Permai. Sebelum menghantar saya pulang, saya dan Kudin sempat berteh tarik dengan Bilal yang baru sahaja sampai dari Kuching dan terus dari airport KLIA ke LRT Taman Melati di mana Kudin akan mengambil beliau untuk membawa pulang kereta Volvonya. Jadi kami pun berteh tarik di Taman Melati dan Kitang juga turut serta. Sambil teh tarik sempat lagi Bilal menurunkan ilmu mengurut kepada Kitang yang sakit belakang. Boleh tahan jugaklah kepandaian Bilal mengurut bukan setakat jadi pakar motivasi sahaja. Akhirnya malam itu Kudin, Bilal dan Kitang turut menghantar saya pulang ke rumah saya di Taman Bukit Permai.

2. Sabtu (19-07-2008)

Pada tengahari Sabtu saya telah dijemput menghadiri satu majlis perkahwinan yang telah di adakan di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan. Saya pun pergi satu keluarga. Dalam perjalanan turun dari bukit rumah saya tu, saya lihat ramai kereta dan orang di tepi jalan. Rupa-rupanya pesta Makan Durian dah bermula kat KL ni. Kat area bawah bukit rumah saya tu memang macam mini ekspo kalau musim durian. Bermacam-macam gerai durian di tepi jalan dan sentiasa di kerumuni orang ramai. Bau durian semerbak kalau lalu kat tempat tu.

Lebihkurang pukol 1-30 tengahari kami sampai di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan dan menikmati kenduri Nasi Buriani Bukhara, caterer Restoran Syed PJ. Memang sedap dengan gulai kambing memang power dan bermacam-macam lagi lauk pauk. Siap ada teh tarik mamak dengan kuih-muih lagi.

3. Ahad (20-07-2008)

Pada Ahad pula ialah harijadi abah saya Haji Mokhtar bin Haji Jaafar. Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Harijadi kepada beliau dan mendoakan kesejahteraan abah saya. Sejak pencen Guru Besar Sek Keb Seberang Chenor kira-kira 15 tahun lalu, abah saya aktif dengan Koperasi Guru seperti SAGUMPAS dan Koperasi Perumahan Guru sebagai Bendahari dan Ahli Lembaga Pengarah. Di samping itu beliau turut berkedai runcit di Pasar Besar Temerloh bersama Makcik saya. Namun baru-baru ini kedua-duanya dah berasa tidak larat lagi berniaga dan kini menumpukan sepenuh perhatian di rumah. Tambahan rumah baru abah saya di Kg Tanjung Besar yang siap 2 tahun dulu di depan Masjid, jadi aktiviti mereka sekarang tertumpu di masjid sahaja selain aktiviti koperasi.

Begitu lah serba sedikit catatan perjalanan saya sepanjang minggu lepas bertemu kengkawan budiMaN serta beberapa peristiwa yang saya lalui.

Wednesday, July 16, 2008

haPPy beSday SK

Hari ini 16 Julai 2008 adalah hari jadi SK, isteri saya yang tersayang. Selamat hari jadi yang ke 42 kepada SK, semoga di panjangkan umur, sihat sentiasa, bahagia, ceria, berjaya dan sejahtera di dunia dan akhirat.

Wednesday, July 09, 2008

aluMNi

Semalam sewaktu membuka e-mail saya dapati satu e-mail dari seorang bekas pelajar perempuan Sek Men Abu Bakar, Temerloh (ABS) yang telah mengikuti blog ini. Beliau adalah bekas pelajar ABS yang menduduki SPM pada tahun 1994. Harapannya kalau ada gathering bagi bekas pelajar ABS supaya dapat saya maklumkan kepadanya. Insyaallah. Saya pernah mendengar bahawa suatu waktu dahulu terdapat gathering Alumni ABS di buat di sekolah tetapi kemudiannya senyap begitu sahaja. Mungkin bekas pelajar ABS yang ada di budiMaN seperti Kitang dan Ummi boleh berikan sedikit maklumat.

Petang semalam di pejabat tempat saya dan beberapa rakan perniagaan dan golf selalu berkumpul di Wangsa Maju juga terdapat perbincangan berkenaan Alumni dan gathering. Sebenarnya pejabat tersebut menjadi markas utama kepada Alumni SDARA 76 - Sek Dato' Abdul Razak, Seremban. SDARA 76 merancang untuk mengadakan Golf Alumni pada Jumaat ini 12 Julai 2008 bertempat di Bangi Equatorial. Khabarnya akan di sertai oleh beberapa personaliti terkenal bekas2 SDARA seperti Tan Sri Isa Samad (bekas cikgu BM dan coach takraw di SDAR) dan Dato Dr Latif - Tim Menteri Kesihatan (batch SDAR 76)(Latif ni adalah rakan saya sama-sama belajar golf kira-kira 6 tahun dulu bersama Talib, Danny, Halim tetapi hampir 5 tahun dah tak pernah jumpa dia). Insyaallah saya akan menyertai program golf ini nanti. Pada hari Sabtu 13 Julai pula, SDARA akan mengadakan Jamuan Makan Malam di IOI Palm Garden dan khabarnya Menteri Penerangan Dato' Shabery Chek (batch SDAR 76) juga akan hadir dan bawa kombo RTM bersama Yusni Hamid dan Dayang Nurfaizah.