Tinggal 2 hari saja lagi menjelang gathering budiMaN 2007 yang bakal berlangsung di Komplek Rakan Muda Maran bermula Sabtu ini. Semenjak semalam, telefon saya kerapkali di hubungi oleh rakan-rakan samada dari Urusetia dan mereka yang ingin menyertai gathering di saat-saat akhir ini. Semuanya nampak betul-betul teruja dan tak sabar-sabar nak ke gathering nanti. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini tarikh akhir penyertaan gathering adalah semalam kerana pada hari ini pihak Urusetia perlu memaklumkan jumlah peserta untuk persediaan makanan kepada caterer makanan.
Walaubagaimanapun saya percaya akan tetap ada kengkawan yang akan menyertai kita di saat-saat akhir nanti dan pihak Urusetia terpaksalah mengambil risiko untuk menempah makanan yang di kira mencukupi untuk menampung penyertaan di saat-saat akhir ini. Untuk itu kepada kengkawan yang masih lagi tidak dapat mengesahkan penyertaan tetapi mahu menyertai gathering nanti maka saya perturunkan kadar bayaran yang perlu di jelaskan seperti dibawah :
- Penyertaan menyeluruh gathering, kadar bayaran adalah seperti kadar yang telah ditetapkan sebelum ini.
- Penyertaan untuk Minum Petang/Makan Malam/Supper sahaja: Solo RM50 Keluarga RM80
- Penyertaan untuk Sarapan/Makan Tengahari sahaja: Solo RM30 Keluarga RM60
Untuk penyertaan selepas tarikh dateline semalam, tiada jaminan goodies akan diberikan kerana tempahan tidak dapat di buat lagi. Goodies bergantung kepada siapa cepat dia dapat je la.
Panduan ke Kompleks Rakan Muda Maran :
Kepada mereka yang melalui Lebuhraya Pantai Timur samada dari Kuala Lumpur atau Kuantan bolehlah exit di Persimpangan Maran dan selepas membayar tol akan berjumpa traffic light dan belok ke kanan. Selepas itu akan berjumpa lagi 2 traffic light dan selepas traffic light ke 2, anda akan lihat Kompleks Rakan Muda Maran di sebelah kanan anda. Anda boleh buat pusingan U-turn di tempat yang di tetapkan dan kira-kira 50 meter dari U-turn tersebut adalah pintu masuk ke Kompleks.
Pesanan :
-Kita akan mengadakan beberapa acara sukan dan rekreasi air dan kepada peserta dan keluarga silalah bawa pakaian yang bersesuaian.
-Untuk Sembahyang Jemaah, Yassin dan Tahlil eloklah di bawa surat Yassin sendiri nanti. Tahlil dan Yassin itu nanti insyaallah kita niat untuk di sedekahkan kepada bekas-bekas pelajar UitM Kuantan seperti Allahyarhamah Radziah dbS Jan 85, Allahyarhamah Rosnah diA Jan 85, Allahyarham Fitri diB Jan 85, Allahyarham Zainal Ariffin Tukimin dbS Jul 85 serta Allahyarham Mohd Tarmizi Hassan diB Jan 86.
- Bagi penginapan Asrama, tuala mandi tidak di sediakan jadi kena bawa tuala sendiri. Sabun mandi tidak perlu dibawa kerana di sediakan oleh Asrama.
Kalau ada apa-apa pertanyaan, silalah tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah atau menghubungi saya sendiri melalui sms/phone atau kepada Sidi di 013-6843639 atau Wan Azhar di 019-9165765.
10 comments:
salute...:)
Catch the Rainbow
When evening falls
She'll run to me
Like whispered dreams
Your eyes can't see
Soft and warm
She'll touch my face
A bed of straw
Against the lace
we believed we'd catch the rainbow
Ride the wind to the sun......
Have fun guys. until we meet again along the road.
pyan
DIB JUL 85
amboi pyan.. riang ria sungguh..
Assalamualikum,
Tu..la pyan,,,
Hati nak gi..
hua..hua..hua..
DIB mesti bole sapu semua piala..
Futsal guarentee...
Net ball pun akan pulun.. Acit dan joe sure boleh pakai skirt..
VIVA DIB..
HIDUP DIB..
DBS DIA DPA DCS AMACAM..
Takkan nak biar final futsal DIB vs DSS kut...:)
-charlie-
ye la sk...tumpang happy walaupun x dpt bersama.
charlie..make sure DIB menang semua. baik bola sampai ke netball. kalu x aku akan suruh hg pa semua kawad satu pdg.heheehe.kiri kanan kiri kandan...:)sampaikan salam pd semua.
VIVA DIB
amboi charlie.. pyan...mentanglah DIB paling ramai....
to dbs chaiyok! 3x ... kalau sk ada kat sana leh jd pom2 gurl ahaks!
Hehe..sk, jadi pompom girl? Hah elok benor le tu, leh ajak sarah, najwa dan najiha sekalik! Sure meriah padang..kah kah.
Tapi mendung le padang, sk xdpt join...huuuuu..
Kida, kat dlm chalet tu, apa facilities dia ada ek. Chalet tu ada berapa bilik dlmnya. TV, iron sume tu ada ke? (hehe..bila masa nk tgk tv ek!..padan la dgn reganya pun kan). Saja le tanya, my kids suh tnya. Cadar, towel, sabun sume adala ek..jangan lak kang ada yang tanya kelambu ada ke x..hehe:D..Ya lah ada member ummi cakap nyamuk kat Maran beso anak ayam..(*gurau je org Maran ek) kuang kuang kuang..
Ummi,
Muzlina tak join ke?
ummi,
Haliza alang ahmad tak join ke..
to ummi,
yang sk tau chalet tu studio type jadi ada 1 queen bed... cadar, towel, sabun tu basic tentulah ada.. kalau tak de.. tak taulah nak kata..
di sebabkan ada 1 bed aje sk rasa kalau ramai 1 family tu kena bwk lah blanket atau pillow extra...nak bwk sleeping beg ke atau apa yg patutlah kot...nak bwk bantal busuk pun ok...
tv ada tapi tak taulah channel apa leh tgk. ada astro ke tak? tu tak pasti.
iron tu biasanya ada tapi kena pinjam kat room servicela ... buat nya ada 1 pastu rosak pulak kan susah jd sk rasa elok bwk sendirilah iron.. tp kalau sk mmg pakai tak iron lah.. malas! kekekeke...(sian kida selalu iron baju sendiri..tu yang wat syg kat kida muach!)
amboi besornya nyamuk kat maran? sediakan ridsectlah kot ahaks!
Wani,
Muzlina x dpt join, kna jaga mak dia dah sakit 3 bulan dah..
Elly pn ada email, dia pn x dpat join kali ni.
Sk, thanx for d info..Aa nk senang bawak sndiri segala ek..hehe..
Post a Comment