Monday, April 30, 2007

beRteMu rOhaNi diN daN nORaSh




Semalam saya dan SK sempat bertemu penulis novel terkenal dan pemenang hadiah Sayembara Novel Watan dari Singapura iaitu Makcik Anie(Rohani Din) dan NorAsh (Norisah A. Bakar). Kedua-duanya pernah menang Sayembara Novel banyak kali dengan novel seperti Dairi Bonda dan Takdir. Mula nya saya ingat nak escort SK dan biarkan mereka bertemu tetapi Makcik Anie ada bersama suaminya jadi saya pun join lah sekali. Ingatkan nak sembang kat coffee house Hotel Ancasa tempat mereka menginap tetapi mereka ajak pula sembang kat bilik mereka jadi kami pun ikut je la. Layanan mereka mesra sungguh dan dekat 2 jam jugaklah kami semua bersembang.

Saturday, April 28, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN 2

Semalam saya ada terima sms dari Bilal yang berbunyi begini :

Salam Kida. Pagi ini kebetulan koi dan kumpulan NADWAH ada program bulanan ziarah hospital. Sempat ziarah ayah Kla-Kla dan menyampaikan salam dan doa sejahtera mewakili BUDIMAN. Ayah dia ada sedikit masalah jantung dan tekanan darah mungkin kerana kekerapan travel dari Rompin ke Kuantan bagi menguruskan kesihatan emak Kla-Kla. Apa pun tengahari nanti akan discharge. Sama-samalah kita semua sahabat BUDIMAN mendoakan kesahjeteraan kedua-dua mereka, Insyaallah. Sorry, lupa nak ambil gambar.

Terima kasih Bilal kerana sumbangan berita di atas.

Friday, April 27, 2007

pEsTa bUkU aNtaRaBanGsa KuaLa LumPur (27 April - 6 Mei 2007)

Datanglah beramai-ramai ke pesta buku yang berlansung di PWTC bermula 27 April hingga 6 Mei 2007. Kunjungilah Booth 3193, tingkat 3 PWTC dari 10 pagi - 8 malam. Noor Suraya, Ruby Hazri dan Rynsa menanti anda di sana.

Jangan ketinggalan untuk dapatkan Pracetak Jun 2007 - Tiga Ceritera dalam Sebuah Gurindam Jiwa

Ceritera I: Schubert's Serenade oleh Hlovate
Lagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

Ceritera II: Vendetta oleh Imaen
Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya. "Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi."

Ceritera III: Hati Andriyana oleh Noor Suraya
Sebuah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia' yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya dan Manjalara.

Anda boleh mendapat harga istimewa hanya di Pesta Buku sahaja!!!
- Pembelian melalui pos hanya bermula 7 Mei 2007.
- Akan berada di pasaran 1 Jun 2007.

Penampilan khas Nina Suria, penulis dari Brunei pada 6hb Mei 2007 bersama buku resepi 'Bagas Tangan Bu Apsah' untuk sesiapa yang suka masak macam Chef Jun, boleh lah mendapatkan buku ini dengan pelbagai resepi masakan Brunei yang telah di susun semula dalam Bahasa Malaysia.

daRi LaPtOp LaN kENtei - siAPakAh sEBeNaRnYa KitA iNi

Kali ini saya hidangkan kepada anda semua catatan dari Lan Kentei yang dikirimkan melalui e-mail kepada saya semalam. Terima kasih LK kerana sumbangan kisah bertajuk Siapakah Sebenarnya Kita Ini.


Salam Kida & semua warga BUDIMAN..

Memang telah agak lama saya menyepi diri dari "physically" appearing in the Blog.. Walau bagaimana pun, saya tetap mengikuti perkembangan Blog melalui my wife June, dan juga sekali sekala mengikuti Blog secara terus melalui Nokia Communicator saya sekiranya berkesempatan. Sibuk?? Yaaaa.... Memang agak sibuk.. Tetapi, memang kesemua kita mempunyai tahap kesibukan tersendiri.. Itu lahhhh... Cuba memperbaiki kehidupan keluarga melalui bekerja dengan lebih kuat dan juga mencuba sedaya upaya memenuhi expectation from the employer, secara langsung memenuhi tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Melalui tempoh "merger" di antara SBB & BCB, menjadi CIMB Auto Finance ini, bukannya mudah.. Ianya adalah suatu “TRYING PERIOD” yg jika kita rapuh, sudah semestinya kita pecah atau patah dgn sendirinya.. Tidak semudah Maybank, acquiring others at one point in time, yang secara keseluruhannya dilaksanakan oleh pihak consultant.

Pembelajaran saya di UIA juga masih berjalan seperti biasa, Alhamdulillah.. Apa pun, itu semua cuma lah santapan harian saya yg memang saya tetap akan lalui.. Suka ataupun tidak.. Walau apa pun tanggapan dan andaian org lain terhadap saya. Difahami penuh isteri, anak2 dan keluarga saya. Asalkan saya tidak merompak untuk hidup dan saya menjaga keluarga dan diri saya, itu lah yang diperjuangkan.

Setiap pagi memandu ke tempat kerja di Jln Puncak, di bawah KL Tower, di Wisma Nusantara exactly lokasinya, saya pasti melalui Jln Raja Chulan, yg terdapatnya sebuah bangunan yg dinamakan "WISMA BUDIMAN" .. Sudah pasti Blog ini dan kawan2 semua sentiasa di hati saya setiap pagi, setiap hari without fail.

Yang ingin saya kongsikan this time ialah, setiap pagi Sabtu, so far, saya dan isteri saya June akan ke pasar besar seksyen 6 Shah Alam untuk membeli brg2 keperluan dapur utk bekalan selama seminggu. Ada kalanya kami terserempak dgn Jepun & Shima, atas tujuan yg sama.. Pada sebelah ptgnya, saya akan menghadiri kelas saya seperti biasa, meninggalkan seketika isteri dan anak2 dan bersama semula di sebelah malamnya.

Pada Sabtu minggu yg lalu, saya dan anak kecil lelaki saya yg berumur 6 tahun menunggu isteri saya June, membeli brg2 yg perlu, sambil minum di sebuah gerai yg terdapat di pasar tersebut. Setelah saya amat amati, selang beberapa buah meja dari meja yg saya duduki, terdapat seorg lelaki tua yg duduk minum & mengelamun keseorangan dgn sebuah wajah tua yg begitu kusam, sedih & begitu bermasalah. Kami tiba2 bertentang mata.. Saya cuma melemparkan sebuah senyuman untuk seorang lelaki yg saya lihat sebagai seorg ayah & dia cuma memandang saya secara tawar & hambar, wajah yg mempunyai seribu satu pertanyaan.. Saya tidak tahu mengapa,secara automatik saya bangun dan mengajak anak saya untuk duduk bersama dgn lelaki tersebut.. "Jom adik,kita breakfast dgn Atuk yg duduk kat sana tuu...", saya secara spontan berkata.. Setelah saya memberi salam dan disambut dgn baik, saya meminta izin untuk duduk bersama dan bersembang dgn lelaki tersebut.

Memulakan cerita, saya bertanya, "pakcik seorg saja ke datang ke mari?..". Beliau menjawab, "pakcik dtg dgn makcik, tengah membeli brg2 di dalam sana (sambil "menjuihkan" mulutnya ke hadapan, ke bahagian barang2 basah di pasar tersebut). "Oooo.... berdua saja lah yer??".. saya menyambung.. "Ha'ahh nak, berdua sajaaaa.." katanya.. “Pakcik tinggal di seksyen berapa?” tanya saya.. “Pakcik dtg dr Puchong..” katanya.. Saya berkata lagi, "maafkan saya pakcik, kalau saya mungkin akan bertanya soalan2 yg pakcik tidak suka untuk menjawab, atau pakcik mungkin akan berkata yg saya ini "busy body"..".. sambung saya lagi.. Dia dgn tenangnya menjawab, "memang pakcik dah lama memerhatikan anak dan cucu nie (sambil beliau memeluk anak kecil saya dgn mesra) dari sini, betapa rapat dan ikhlasnya hubungan anak dan cucu ini, Allah SWT saja yg tahu & pakcik cuma "berkongsi" dari sini.." tambahnya lagi.. Berharap yang saya memang akan datang dan berbual dengan beliau. Saya agak terkejut dgn kenyataannya itu.. Kata saya kepadanya,,"memang begini lah hubungan saya dan dua lagi anak saya yg masih tidur di rumah.." sambil saya memeluk anak kecil saya itu yg saya panggil "adik".. Tiba2 pakcik tersebut menitiskan airmata.. Allahuakbarrrrr... Allah SWT saja yg tahu betapa sedihnya perasaan saya ketika itu.. Seorg tua yg saya lihat sbg ayah, menitiskan airmata di hadapan saya.. Seorg tua yg belum saya kenali hati budinya.. Terpikir juga secara nakal sepintas lalu, apakah ini suatu "lakunan" utk menipu saya, mendapatkan simpati saya untuk tujuan2 tertentu, maklumlah pada masa sekrg ini, apa2 pun boleh berlaku demi kerana wang, atau apakah saya telah dgn tidak sengaja melukakan hati beliau.. Saya meminta maaf dari beliau dan bertanya lagi setelah beliau mengesat airmata beliau & cuba meng"cover" situasi tersebut.. “Kenapa pakcik menangis?” Tanya saya lagi.. Dia Cuma menjawab,”pakcik rindukan anak2 dan cucu2 pakcik..”. Lalu dia memulakan sebuah cerita yang di luar jangkaan saya. Di zaman yang serba maju dan canggih ini, seperti sebuah cerekarama yang biasa kita tonton di televisyen.

Menurutnya, beliau mempunyai 5 org anak kesemuanya. Sudah dewasa & mempunyai keluarga sendiri. Beliau baru sahaja pencen dari jawatan seorg pembantu teknik di Tenaga Nasional. Sedangkan isteri beliau masih bekerja, tidak pula diberitahunya di mana, dan akan juga pencen di tahun hadapan. Empat org anak2 beliau tidaklah begitu berjaya akan tetapi cukup sekadar menampung hidup keluarga masing2 secara sendiri. Pulang ke rumah org tua cuma sekali sekala. Cuma anak yang sulong, seorg lelaki, agak berjaya dgn lebih sedikit, menjadi seorg guru dan berkahwin dgn juga seorg guru, mempunyai 3 org anak sekrg ini. Pernah bertugas kedua2nya, mengajar di Jengka Pahang dan sekarang kedua2nya bertugas di Banting Selangor. Anak yang sulong ini sedari awalnya begitu taat dan menghormati org tua, menghulurkan apa2 yang patut semasa bujangnya, akan tetapi telah berubah dgn begitu ketara setelah berkahwin. Mungkin atas desakan hidup agaknya kata pakcik tersebut. Desakan hidup yang direkacipta oleh isteri beliau sendiri, secara tepat bersuara pakcik tua itu lagi.. Allah Maha Besar. Kekesalan yang diluahkan & dilemparkan oleh seorg ayah terhadap anak & menantunya. Saya masih mendengar dan sesekali mencelah,”bukan niat mereka untuk bersikap begitu agaknya pakcik..” cuba tidak mengeruhkan lagi keadaan dan cuba menghilangkan perasaan sebak pakcik tersebut. Akan tetapi dijawab, “pakcik cukup mengenali siapa anak pakcik itu, begitu juga dengan menantu pakcik tuuu…”. Pulang ke rumah pakcik cuma atas sebab untuk meminjam wang sahaja. Jika tidak, kelibatnya tidak akan kelihatan. Untuk berkunjung ke rumah mereka di Banting menjenguk cucu2nya, tidak pula dibenarkan. Saya cuma diam,tidak mengiyakan dan tidak juga menidakkan.

Secara ringkasnya, menurut pakcik itu, anak sulong dan isterinya itu begitu taksub dengan kebendaan yang pada setiap masa dikelilingi hutang semata2 untuk bergaya dan menandingi cikgu2 lain mahupun jiran tetangga di sekeliling mereka.Menukar kereta, mengecat rumah dan menukar perabut serta langsir walaupun belum tiba Hariraya, meminjam duit dgn adik beradik yang lain dan juga dari ibu dan bapa sendiri tanpa membayarnya. Juga mengugut ibu dan bapa sendiri tidak akan pulang menemui kedua ibu dan bapa sekiranya tidak diberi pinjaman wang dan lain2 keperluan. Begitu juga mengugut ibu dan bapa sendiri, tidak akan dapat berjumpa dgn cucu2nya lagi sekiranya tidak mahu “mambantu” pasangan cikgu tersebut, yang merupakan anak dan menantu sendiri. “Makcik tu secara diam2 dan menyorok2, masih lagi memberikan wang kepada mereka, pakcik tahu..” dia bersuara lagi.. Beliau sudah sampai ke tahap apa yang akan terjadi, akan diterimanya dengan redha. Tidak akan lagi memberi pinjam wang kepada anak sulongnya itu, bukan kerana tidak mempunyai wang, tatapi kerana sudah tidak tertahan dengan sikapnya itu.Cukup lah dgn anak2 yang lain dan cucu2 yang lain sekali sekala dtg menjenguk mereka. Kebanyakan dari masa mereka, cuma berdua di sebuah flat di Puchong. Semasa berjumpa dengan saya, beliau berkata, anak sulongnya sudah setahun tidak menjenguk atau menalipon ibu dan bapa sendiri, marah kononnya dengan bapa mereka yang tidak mahu membantu anak, menantu dan cucu2 sendiri.

Seketika selepas kata2nya itu, muncul seorg makcik dari belakang saya, menegur pakcik tua tersebut. Saya bertanya, “makcik ni tentunya isteri pakcik kan?”. Beliau menjawab, “ya.. kenapa nak?” lalu beliau memandang kepada anak saya dengan airmukanya sedikit berubah. “Pakcik ni dah menyusahkan anak ke?”, tanyan makcik itu kepada saya. “Ohhh… tidak.. tidak… saya cuma berbual dan menemankan pakcik minum”, kata saya. Menurut makcik tersebut, suaminya bukan lah seorang yang peramah dan suka bercakap dengan orang sangat. Akan tetapi, makcik itu dapat memerhatikan dari jauh sambil membeli brg2 dapur yang suaminya bercakap dan berbual begitu baik dengan saya dan sesekali memeluk anak saya. Itu agak menghairankan beliau. Tetapi, sebagai seorang isteri, beliau amat memahami mengapa suaminya bersikap demikian. Sebelum sempat isteri saya June datang menghampiri kami, pakcik dan makcik tersebut meminta izin untuk pulang. Saya telah menawarkan diri untuk membayar sarapan pagi yang tidak seberapa itu, lalu ditenung oleh kedua2 pakcik dan makcik tadi sambil keduanya berkata serentak, seperti berjanji, “anak2 kami pun tidak sebaik anak ini, sanggup meluangkan masa walaupun seketika untuk bersama org2 tua seperti kami, walaupun ini adalah lah kali pertama kita berjumpa.. Semuga Allah SWT sentiasa merahmati anak dan keluarga anak selama2nya”. Saya tergamam dan setelah membayar, pakcik tua itu memeluk dan mencium anak saya semahu2nya, begitu juga dengan makcik tersebut. Saya cuma membayangkan, betapa rindunya mereka terhadap anak2 dan cucu2 mereka. Lalu pakcik itu memeluk saya sambil mengucapkan terimakasih kerana sesungguhnya memang saya dan anak saya telah melepaskan sedikit rindu beliau terhadap anak2 dan cucu2nya yang entah bila akan menjenguk mereka lagi, sekiranya umur mereka panjang. Saya cuba mengambil alamat dan menawarkan mereka ke rumah saya, tetapi ditolak dgn baik oleh mereka dgn alasan tidak mahu menyusahkan saya dan keluarga saya.

Begitu lah wahai sahabat semua.. “siapakah sebenarnya kita ini…?”. Adakah kita anak2 yang berjaya sebenarnya? Berjaya dalam erti kata apa? Yang menjenguk dan bertanya khabar org2 tua kita dari semasa ke semasa? Memberi peluang kedua2 mereka yang masih bersama2 kita pada masa sekarang untuk bersama kita dan cucu2 mereka pada masa dan keadaan2 yang mengizinkan? Atau adakah kita tetap menyusahkan mereka sebermulanya kita dilahirkan sehingga sekarang? Renung2kan lahhhhh…. Jika seekor nyamuk pun terbang dan cuba mangganggu kita semasa kita kecil, akan dikejar dan cuba dimatikan oleh kedua mereka, apakah pula tugas kita sebagai anak2 dan menantu2 kepada kedua2 org tua kita??

“SIAPAKAH SEBENARNYA KITA INI….???”

Lan Kentei, June & anak2..

Thursday, April 26, 2007

seSSi teH taRiK beRSamA biLaL

Petang semalam juga Bilal ada menghantar sms kepada saya mengajak kawan-kawan teh tarik malam ini di sekitar Kuala Lumpur kerana beliau berada di sini untuk urusan kerja selama 2 hari. Kalau ada kawan-kawan yang kelapangan dan nak ngeteh sila hubungi saya atau Bilal sendiri. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan join teh tarik ini. Maybe kita boleh buat di Restoran Pelita, Suzy Corner atau nasi lemak KSS di Kg Baru.

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Petang semalam semasa tengah bergolfing di Bukit Unggul, Wan Rozain ada mengirim sms kepada saya memberitahu bahawa emak kepada Shamsul Amri @ Kla-Kla telah dimasukkan ke Hospital Tg Ampuan Afzan, Kuantan sudah 3 hari. Semasa beliau sms kepada saya, Rozain sedang menunggu Kla-Kla di Hospital tersebut. Namun begitu tiada pulak dinyatakan sakit apa dan apa perkembangannya. Harap Rozain atau Kla-Kla sendiri boleh menyampaikan sedikit maklumat berkaitan kepada kita nanti.

Wednesday, April 25, 2007

Dari Laptop Bilal

Salam Warga Budiman,

Semoga semua sejahtera dan dilindungi Allah. Dengan Izin Allah jua, kita dipertemukan lagi dalam Blog ni. Sekadar menyambung coretan 'Erti Sebuah Persahabatan'.. Saya terbaca coreta ZM dalam artikel saya sebelum ni dan saya fikirpun ramai mungkin bersetuju dengan ZM bahawa umat akhir zaman ni.. rasa kasih sayang sebuah persahabatan semakin terhakis. Sukar untuk mencari sahabat yang sejati.

Seperti yang saya nyatakan di artikel sebelum ni.. bukan sekadar sahabat yang boleh kita ajak ngeteh atau main golf atau sky diving ke.. malah lebih dari itu. Kerana itu saya fikir inisiatif mewujudkan BUDIMAN seakan merapatkan semua rakan-rakan yang akrab menjadi sahabat. Dalam erti kata lain, 'KALAU BOLEH' kita ingin jadikan BUDIMAN lain dari yang lain. Setiap aktivitinya melahirkan ramai "sahabat" yang mana kita turut menjadi rakan yang hampir dikala senang mahupun susah, kita saling membantu tak kira dalam bentuk apa sekalipun sekadar yang kita termampu. Malah beberapa aktiviti sebelum ini sudah menampakkan hala tuju yang selaras dengan matlamat. Kita bantu mangsa banjir.. kita bantu apamz.. kita bantu rakan misteri.. kita ziarah mereka yang sakit, kita ziarah mereka yang kehilangan orang tersayang, kita buat potluck dan pelbagai lagi.

Namun ianya tak seharusnya berhenti di sini.. dan ini bukan usaha KIDA and the gang sahaja.. atau Kitang and the gang sahaja.. atau bilal and the gang sahaja.. atau ummi and the gang sahaja atau Antu and the gang sahaja atau walid and the gang sahaja. BUDIMAN bukan milik kami tapi milik mereka yang ingin menjadi "sahabat"

Sebab jangka masa panjang kami mungkin anjurkan Grand gathering, Treasure hunt, bowling, potluck, ngeteh, memancing, Mungkin acara yasinan setiap bulan mengikut zon, atau acara merhaban rumah kerumah ( atas undangan) tatkala aidil fitri atau aidil adha, mewujudkan dana kebajikan membantu rakan yang dilanda musibah , merencanakan program motivasi untuk anak-anak BUDIMAN, acara lawatan, acara kebajikan bersama Komuniti dan banyak lagi agar "sahabat" dalam BUDIMAN kekal ke akhir hayat.Di Coretan akan datang saya akan lakarkan apa peranan kita untuk menjadikan kita "Sahabat" dalam BUDIMAN. Moga maklumbalas sahabat memerihakan coreta ini..

Wassalam

Tuesday, April 24, 2007

haJi kO LhDn

Petang tadi Kudin Mekanik ada menelefon saya memberitahu bahawa malam nanti beliau dan Haji KO dBs (saya kurang pasti nama sebenarnya) yang kini bertugas di Pejabat LHDN Wangsa Maju akan menolong Kudin Mekanik untuk mengisi borang cukai secara E-Filling di pejabatnya. Kudin mengajak kawan-kawan untuk teh tarik atau kalau ada yang nak hantar borang cukai bolehlah hantar kepada Haji KO terus dipejabatnya. Bagaimanapun kalau kawan-kawan mungkin ada yang masih kurang arif pasal pengisian dan penghantaran borang cukai atau E-Filling, saya rasa Haji KO tidak keberatan untuk membantu. Haji KO boleh dihubungi melalui 012-6864682.

eMaiL daRi aBg nU


2-3 hari ni saya betul-betul sibuk dan tak sempat untuk memikirkan pasal nak update blog walaupun bila balik rumah tu sempatlah jugak bukak sekejap selepas mandi dan sebelum masuk tidur. Abang Nu, suami Ummi ada mengirimkan satu artikel kepada saya semalam dan petang ni ada kelapangan sedikit saya siarkanlah artikel tersebut.

Assalamualaikum Kida,
Selamat Hari Jadi. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan dari apa yang dilakukan - rasanya masih tak terlambat saya mengucapkan selamat hari jadi pada kida.

Saya ingin mengiklankan beberapa events yang akan berlangsung di negeri Pahang terutamanya di Tioman yang mungkin diminati oleh rakan-rakan Budiman atau rakan-rakan diluar Budiman.

Event yang akan berlangsung tak lama lagi ialah Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sg. Pahang dari Lipis ke Pekan - 29 April hingga 6 Mei 2007. Saya minta maaf kerana dah terlewat memaklumkan perkara ini. Mungkin ada rakan-rakan yg berminat untuk menyertainya. Walau bagaimana pun, acara ini adalah acara tahunan Negeri Pahang sempena Bulan Pesta Air Nasional. Mungkin tahun hadapan Budiman boleh menubuhkan satu pasukan untuk menyertai ekspedisi ini. Untuk tahun ini saya terlibat secara langsung sebagai Urusetia Makan.

Lain-lain aktiviti ialah rock climbing competition bagi yang berminat dengan suka rock climbing. Yang berminat dengan selam skuba, boleh menyertai Tioman Mega Dive. Manakala yang berminat dengan sukan memancing, boleh menyertai Royal Pahang Billfish International Challenge - memancing ikan layaran. Disertakan brosur Tioman Events 2007 dan Tioman Mega Dive.

Untuk makluman Kida, saya selalu juga skodeng blog budakitmpahang. Bukannya apa, cuma nak tahu apa yg dipaparkan, apa yang diceritakan, apa yang diborakkan. Saya ni tak pandai nak berborak panjang. Dengar aje apa yang orang cakap. Itulah saya.....

Sekian dari saya Abang Nu.
Wassalam.

Monday, April 23, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN - fAtOnaH dBs


Kali terakhir saya dan SK jumpa Siti Fatonah DBS semasa acara makan-makan yang telah di adakan di rumah Jepun dan Shema pada bulan Januari yang lalu. Beliau yang bekerja di Arab Saudi bercuti di Malaysia pada masa itu. Malam semalam saya terima sms dari suami Fatonah memberitahu saya bahawa Fatonah cuba menelefon saya beberapa kali dari Arab Saudi tetapi tidak berjaya. Mungkin line telefon saya tidak berapa elok agaknya pada masa itu. Suami Fatonah memberitahu bahawa beliau sekeluarga sihat. Fatonah juga mengirim salam untuk semua kawan-kawan BUDIMAN di sini. Fatonah akan bercuti ke Malaysia dalam bulan Jun nanti. Mungkin nanti kita boleh adakan acara makan-makan lagi sambil bertemu dengan Fatonah sekeluarga.

Sunday, April 22, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

  1. Semalam saya sempat ngeteh dengan Kitang dan Lily sekeluarga di Restoran Petaling Maju, Taman Melati Utama, Gombak pada jam 10-00 malam. Kitang yang datang ke Kuala Lumpur sekeluarga pada petang semalam untuk membeli barangan keperluan untuk kedai Avonnya di Metakab dan tayar motosikal Superbike Honda Shadownya. Kudin Mekanik yang baru pulang dari melawat emak saudaranya yang baru menjalani pembedahan di Putrajaya juga sempat singgah untuk join ngeteh. Saya dan SK sekeluarga pula sebelum itu baru selesai menghadiri Jamuan yang di adakan oleh penulis novel terkenal Noor Suraya di KLCC sebelum ngeteh dengan Kitang.
  2. Antu pula ada menghantar sms kepada saya semalam memberitahu bahawa beliau telah kehilangan kereta Proton Iswara bewarna hitam no pendaftaran CBM 357 baru-baru ini. Beliau meminta kalau ada kawan-kawan BUDIMAN yang ternampak kereta tersebut untuk menghubungi beliau di 012-9860005. Dipercayai kereta tersebut berada di sekitar Kuala Lumpur dan pernah di lihat di sekitar Jalan Padang Tembak.

  3. Pyan DIB yang berada di New Zealand pula khabarnya telah menerima kelahiran baby sulongnya iaitu baby perempuan yang telah lahir pada tarikh yang sama dengan hari jadi saya pada 18hb April 2007 yang lalu. Harap Pyan boleh hantar maklumat lanjut beserta gambar baby untuk tatapan kawan-kawan jika tidak menjadi keberatan.

  4. Sidi @ Che Dat juga rasanya sudah menerima baby baru tetapi tiada sebarang berita pula di kirimkan kepada blog ini. Jika tidak menjadi keberatan harap Che Dat juga dapat mengirimkan sedikit berita dan gambar berkaitan kelahiran baby baru beliau itu.

  5. Pada pagi Khamis yang lepas pula saya sempat breakfast dengan Padil Sutoq di Selayang dan beliau memberitahu bahawa Amir USA ada menelefon beliau memberitahu bahawa Amir dan Afeza sekarang sedang mengikuti pengajian di peringkat Phd di sana. Khabarnya mereka berdua telahpun berjaya mendapat tajaan dari sebuah universiti tempatan di Malaysia. Lupa pula nak tanya Padil dalam bidang pengajian apa Amir dan Afeza ambil Phd. Maybe Amir atau Afeza boleh cerita sikit kalau tak keberatan.

  6. Ada beberapa kawan-kawan kita juga bertanyakan macam mana dengan PotLuck yang katanya nak di adakan di Kuantan pada 1hb Mei 2007 nanti beserta dengan bowling dan sebagainya. Maklumlah cuti panjang dan ramai yang nak plan untuk cuti tersebut. Kalau jadi PotLuck boleh lah di selitkan dalam plan mereka nanti. Harap kawan-kawan Kuantan yang bercadang untuk mengadakan acara PotLuck dan bowling boleh memberikan sedikit maklumat berkenaan perkara ini.

  7. Khabarnya Azahari DIB atau Bai telah berpindah kerja ke Nestle Shah Alam mulai April 2007 ini dari Pulau Pinang. Kalau ada kengkawan yang dapat memberitahu berkenaan berita ini harap dapat tulis sedikit kat blog ini atau Bai sendiri dapat menghantar maklumat ini kat blog. Apa-apa pun Selamat Datang ke Lembah Kelang buat Bai sekeluarga dan lepas ini bolehlah Kitang dan Bai datang ngeteh dengan Superbike mereka nampaknya.

Saturday, April 21, 2007

sUmBanGaN dARi aMiR

Amir USA ada menghantar satu artikel kepada saya untuk tatapan kita semua. Artikel ini bertajuk Time Management. Semoga ianya akan menambahkan pengetahuan dan memberi manfaat kepada kita.

Time Management

Assalamualaikum semua

Think about this, at a time when watches, cellphones and other constant reminders of what time it is did not exist, the Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him), was a remarkably punctual man. This commitment to punctuality reflects good time management in all aspects of his life. Our beloved role model, the mercy to all human beings, knew that time, more than money, is life's most valuable asset. And he knew how to balance this blessing of God.

The Prophet was able to spend time with his family without being rushed; he could offer his prayers and then play around with the neighborhood kids; he could discuss community affairs with the right number of minutes to focus on an issue and then move on to other things.

How did he do it? Seventh century Arabia of course is not 21st century in Malaysia or anywhere. But time in these last 1400-plus years hasn't changed. We still have the same 24 hours, 1,440 minutes and 86,400 seconds all of humanity has had and continues to have every day. The question is, what are we using this blessing of Allah for?

Time is the currency with which we "buy" our thoughts, words and actions for which we will be accountable for on the Day of Judgment. Don't think that hour wasted at Starbucks café won't come back to you. It will be asked on the Day of Judgment. And don't think that those extra five minutes spent helping someone lost find their way or digging into your pocket to drop some changes into a panhandler's cup don't matter. They do. And they, too, will come back to you on the Day of Judgment.

15 Reasons Not to Waste Your Life!
Sumbangan Br. Mujahid, Chicago.

We all feel bad "wasting" time. We realize time spent on trivial things makes us lazy and unproductive. However, many of us fail to visualize the long-term consequences of killing time on futile matters, both in this world and the world that awaits us.

The following words of wisdom will help us appreciate how the most productive and influential leaders and scholars of Islam valued time.

1. Time can't return. Whatever time passes by will not return and cannot be replaced.
Imam Ibn al-Jawzi used to say, "The breaths of man are his steps to death!". Moreover, Imam Ash-Shafiee would say, "Time is like a Sword. Cut it (wisely), before it cuts you!" Therefore, kill your time productively, before it kills you!
2. Boxes are sealed. A teacher used the following analogy of boxes: Each hour is like a box that is sealed and placed in a shelf. On the Day of Judgement, these boxes (24 boxes/per day) will be opened and their contents will be displayed to us.
If we filled each hour of our day in life with good deeds, we will rejoice. If we filled these hours with useless amusements and sins, we will regret to see the contents of the boxes on that Day. How we fill them these 24 boxes every day is our choice. Only we have control over it. Once they are sealed as the day ends, only Allah has the keys to unlock them on the Day of Judgment.
3. The most priceless possession of man: life itself. An Imam used to remind his students, "Time is not just money. It is more expensive than gold, diamonds and pearls. Time is life itself!" Hassan al Basri: "O son of Adam! You are but a bundle of days. As each day passes away, a portion of you vanishes away." Can we afford to lose a portion of our body or soul everyday to hellfire through wastage of time on useless and un-Islamic things?
4. Accountability of youth and life. We will be asked about our youth and life on the Day of Judgment, both of which are related to time. The Prophet, peace be upon him, warned us, "Man shall not be let go or discharged on the Day of Judgement until he has been questioned about FOUR things:
1- with regard to his Life: how did he spend it?
2- with regard to his Youth: in what ways did he expend it?
3- with regard to his Wealth: where did he earn it from and what did he spend it on?
4- with regard to his Knowledge: what use did he put it to?"
(Al-Bazzar and At-Tabarani)
5. Better to be stingy with wasting time. Hassan al Basri, a renowned follower of the Companions, once said, "I have lived with a people who were more stingy with their time than you people are with your money."
6. Idle Person: A sign of Allah's dislike. Imam Ibn Qayyim stated, "One of the many signs that one is disliked by Allah is the wasting of his or her time." Allah allows a person who is neglectful of His message to be involved in activities that are worthless.
7. Disrespect to Time. Productive Muslims of the past would consider it disrespect to time, if they spent a day without doing any thing beneficial to their community or to themselves. One of them would say, "I do not regret anything as much as I regret a day in which my good actions have not increased."
8. Procrastination and Laziness are dangerous! We are not sure whether we will live until tomorrow to be able to do something good. Even if we live till tomorrow, are we certain that there won't be any obstacles in carrying out that action. Why putt off something good to an abyss of uncertainty? If we procrastinate and waste time today, what will motivate us to spend time productively tomorrow?
9. Ungratefulness to Allah's gift. Leisure and spare time are blessings from Allah which we grossly undervalue today. As the Prophet Muhammad, peace be upon him, reminded us, "Good health and spare time are two of the blessings of Allah with respect to which many people are deceived." (Al-Bukhari)
10. Lose time, Lose peace. Some pious scholars used to say that those people who kill their time in unproductive ways would lose peace and serenity from their hearts. They would be so overwhelmed with work deadlines and harmful amusements of this life that they would rarely have time to spend with their family, in remembering Allah, and on causes that matter- the real source of tranquility in life.
11. Ready for tomorrow? Let's remember the old Muslim adage, "Work for your world as if you are going to live forever and work for your hereafter as if you are going to die tomorrow."
12. Productivity shouldn't die with our death. We should not miss any opportunity to do a good deed even if the world is ending. We are asked to be productive and optimistic even in times of crisis and chaos. Prophet Muhammad said, "If the Day of Judgment is about to happen and one of you has a seedling in his hands, he should go ahead and plant that before he is overwhelmed by the day." (Hadith)
13. Return Allah's Trust. Time is a trust from Allah, it is our responsibility to use it in the most effective way pleasing to Allah. We all know how difficult and embarrassing it is to face someone, for instance our parent or teacher, after we break their trust by disobeying their instructions. How would we face Allah if we break His trust?
14. Being Productive is Sunnah (Prophetic tradition). As the Prophet advised us, "Every day, for every joint in the body a person should perform a charity; reconciling between two brothers is charity; helping somebody lift his baggage is charity; every step you take towards Salaah is charity; and every time you remove something harmful from the way is charity. (Bukhari and Muslim). This is how the Prophet, peace be upon him, encouraged us to fill our time with such productive acts.
15. Prophet's Time Management: This is how Prophet Muhammad, (peace and blessings upon him) would plan his day:
He would divide his day into three parts: (1) for his family, (2) for spirituality and Ibadah (worship), usually a time in seclusion at night, and (3) for personal and social affairs (majority of this time would be spent dealing with people's problems, overseeing, educating, and mobilizing his community).

10 Tips on How to be Productive

1. Write down what needs to be accomplished – Use paper, not mind to store this info. Leave your brain for ideas and thinking. Reduces stress.
2. Break tasks down into the smallest unit possible – Determine the next action step. Start Now
3. Set Milestones & Reward yourself – Let others know about your deadlines to hold yourself accountable
4. Prepare your environment for productivity
5. Use your most productive hours for your most important tasks.
6. Start with the quickest/easiest tasks first – If something takes 2-5 minutes to complete, do it right away.
7. Only work on one task a time – complete one task at a time. no emailing, messenger, or calling.
8. Organize life on a daily and weekly basis - Treat each day as unique. Plan similar activities around the same time/on same days
9. Carve out time for non-urgent activities- Check your emails/voice messages 3 times a day. Fix time for regular chores.
10. Be flexible - Be willing to accommodate unexpected things for others and for Allah. Learn to negotiate with yourself.

Friday, April 20, 2007

seDiKit beRitA daRi maN teRoQ

Man Troq ada sms saya memberitahu bahawa beliau telah selesai berpindah ke rumah baru. Berkenaan PotLuck, beliau tengah mencari tarikh yang sesuai kerana beliau ada kursus di Melaka pada 22-25 April 2007. Selepas itu beliau ada mesyuarat dengan US Forces di Port Dickson pada 2-5 Mei 2007 dan kalau jadi beliau akan sambung kursus logistik PBB di Port Dickson pada 7-26 Mei 2007. Itu sebabnya beliau tidak dapat confirmkan tarikh yang sesuai untuk buat PotLuck. Tetapi kalau kawan-kawan semua ada cadangan tarikh yang sesuai bolehlah kemukakan di sini atau menelefon beliau terus.

Thursday, April 19, 2007

SeLaMaT HaRi LaHiR kidA... - siRi 2


Saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah menyampaikan ucapan kepada saya baik melalui sms, e-mail, telefon dan ucapan di ruangan komen. Semoga Allah swt memberikan anda semua tubuh badan yang sihat, dimurahkan rezeki, bertaqwa dan bahagia sentiasa di samping keluarga juga. Sessi teh tarik di Uptown Damansara saya difahamkan telah di tunda ke suatu tarikh yang akan di tentukan kemudian oleh penganjurnya Walid Ridzuan, walaupun petang semalam saya ada sms beliau untuk teruskan acara tersebut dan mungkin saya akan join lewat sikit. Walaubagaimanapun di harap sessi teh tarik tersebut akan dapat diadakan dalam masa yang terdekat ini. Meraikan harijadi saya yang ke 42 semalam, saya telah membawa keluarga saya untuk makan malam di tempat yang biasa iaitu pilihan anak perempuan saya Sarah di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Menu macam biasa Black Pepper Steak, Fish n Chips dan makanan kegemaran saya Fajitas. Tapi saja saya tak beritahu member-member HRC birthday saya, kalau tidak dah kena berdiri atas kerusi sambil pegang kek dan nyanyi birthday song.

Anyway bila umur makin meningkat ni, terbayang makin banyak cabaran, dugaan dan tanggungjawab yang makin banyak menanti. Kalau di bahagikan umur kita setiap 10 tahun maka tentunya kita akan mengimbau kembali pada setiap 10 tahun umur kita itu apakah kemajuan dan pencapaian yang telah kita lalui. Adakah diri kita semakin maju ke depan atau semakin mundur ke belakang. Semasa di lahirkan sehingga berumur 10 tahun kita menempuh alam kanak-kanak dengan sepenuh pergantungan kepada ibubapa kita. Tahap umur 10-20 tahun pula, diri kita meningkat remaja dan sifat-sifat berdikari dan tanggungjawab diri mula tersemai sebagai seorang pelajar dan remaja. Tahap umur 20-30 adalah titik permulaan kepada meningkat dewasa dengan permulaan karier dan perubahan cara hidup yang lebih sempurna. Tahap 30-40 pula adalah permulaan kepada pemikiran yang lebih matang dengan kehidupan berkeluarga dan memberi bimbingan kepada anak-anak. Kini di tahap 40-50 tahun umur kita adalah tahap yang paling kritikal sekali dengan fikiran sebagai seorang yang lebih matang untuk mencanaikan bermacam-macam peristiwa yang bakal di tempuh serta pembentukan haluan kehidupan.

Kadang-kadang kalau kita fikirkan balik 10 tahun yang lampau rasanya tidak terfikir oleh kita bahawa kehidupan kita itu akan menjadi sebegini. Seperti saya, 10 tahun yang lampau saya masih seorang Pegawai di Badan Pencegah Rasuah dengan impian hanya untuk menjadi seorang pegawai kerajaan yang akan pencen pada umur 56 tahun nanti dan hidup dengan menikmati duit pencen. Namun segala-galanya boleh berubah dalam sekelip mata dan pada usia 35 tahun saya telah mengubah kehidupan saya dan membentuk suatu cara kehidupan baru sebagai seorang yang bekerja sendiri pula. Itulah kehendak Allah swt dan semuanya itu sudah tertulis dalam Qada dan Qadar diri seseorang itu. Kini di umur 42 tahun saya juga tidak tahu bagaimanakah kehidupan saya semasa berumur 52 tahun nanti, jika dizinkan Allah swt untuk sampai ke umur tersebut. Sesungguhnya manusia hanya boleh merancang tetapi Allah swt jua lah yang akan menentukan segala-galanya.

Pada saya yang paling penting, di pertambahan umur pada setiap tahun, kita perlu tanya diri kita, apakah semakin bertambah usia ini, pengetahuan, kehidupan dan pemikiran kita semakin maju, matang dan lebih baik dari sebelumnya atau adakah kita semakin mundur ke belakang. Jika semakin meningkat umur semakin maju kehidupan kita, pada saya diri anda sudah berada pada kedudukan yang baik dan sempurna untuk menjadi manusia yang akan mencapai taraf kehidupan yang baik, bertaqwa dan beriman kepada Allah swt.

Wednesday, April 18, 2007

SeLaMaT HaRi LaHiR kidA...

Bismillahirahmanirrahim...
April 18 is my beloved husband's birthday! So SK takes this opportunity to wish Kida


My dear darling Kida,
No words that can describe you. You are such a wonderful husband and devoted father. May Allah swt bless you with more years of good health, wisdom and prosperous. May Allah swt increase you in good deeds, patience and taqwa. And I always pray that Allah swt may grant you success and may He (swt) shower you with His (swt) mercy...ameeennn

SK ada karang gurindam khas buat Kida (To all viewers, sorry SK jadi jiwang balada la plak ngeeee...)

Gurindam Untuk Suami Tersayang

Mencari ilham berhari-hari,
Mengarang madah sukar tak terperi,
Usia suami bertambah lagi,
Selamat Hari jadi khas untukmu suami.

Keluar masuk pasaraya tempatan,
Namun tak jumpa yang bersesuaian,
Sukarnya rasa nak buat pilihan,
Beri hadiah atau belanja makan?

Teringat kisah sewaktu dulu,
ITM Kuantan tempat bertemu,
Pada awalnya benci berbuku-buku,
Kuasa Allah siapa tahu?

Pertemuan pertama sukar dilupa,
Bersama teman-teman bukan berdua,
Bila mata bertentang mata,
Berdentum dentam jantung berirama!

Tahun berlalu cepatnya terasa,
Kasih berputik rindu tak terkira,
Walaupun tugas memisahkan kita,
Setia menunggu biarpun tanpa berita.

Aduhai kasih, aduhai sayang,
Siang malam terbayang-bayang,
Tidur tak nyenyak makan tak kenyang,
Teringatkan kekasih yang belum pulang.

Kepulangan menjadikan raja sehari,
Syukur pada Allah Rabbul Izzati,
Bahagia hatiku tidak terperi,
Janji di padu tanpa mungkiri.

Dialah suami, dialah kawan,
Teman bercerita, hati nan rawan,
Suka mengusik itu yang tak tahan,
Lawak yang lama jadi ulang-ulangan.

Dipendekkan cerita hingga saat ini,
Gembiranya hati tiada terperi,
2 orang anak di kurniai,
Lengkaplah keluarga lagi berseri.

Ku doakan kesejahteraan suami tersayang,
Bacalah gurindam yang baru dikarang,
Sebagai hadiah yang bukan sebarang,
Ikhlas dari hati ku untukmu sayang...

Lastly but not least this song is specially dedicated to Kida, Because You Love Me…..and of course I LOVE YOU TOO...mmuach!

Tuesday, April 17, 2007

Sesi ngetei medium grand @ Uptown Damansara

Ini e-mail yang dikirimkan oleh Walid Ridzuan (Syed Hamid) semalam untuk makluman anda semua.

Kpd rerodong seme...sesi ngetei medium gran kat Uptown Damansara :

Date : 18 April 2006
Time : 8.30 - 8.45 pm
Place : Uptown Damansara ( bekas tempat orang berniaga spai pagi2 tuuuu)
Sesi : Mengenal pasti Diri Anda..ngetei Medium Gran

Jika seshuai, sila inform kat Walid...n dtg ke sana trus ye...walid nak tau brapa ramai nak dtg jerrr

SimA - beNGkeL siAnG mALaM



Malam semalam pergi tukar bearing, break shoe dan break pump ke dua-dua tayar belakang kereta Proton Iswara di Bengkel Kudin di Selayang. Semasa saya sampai di sana, hari pun dah lewat petang kira-kira jam 6-00 petang. Sempat ngeteh dengan Kudin dulu di Restoran Barakath di Jalan Ulu Yam sebelum memulakan kerja-kerja penggantian tersebut. Hujan pun agak lebat dalam waktu senja di sana tetapi ianya tidak menghalang kerja Kudin. Akhirnya dalam pukol 11-00 malam kerja-kerja penukaran tersebut pun siap sambil di selang seli dengan pelanggan-pelanggan lain yang turut membaiki kereta mereka di situ. Selepas itu sempat juga sekali lagi mengeteh dengan Kudin sambil kami jamming main gitar dengan beberapa jiran Kudin di bengkel tersebut. Meriah jugak la. Emak mertua Kudin yang hari itu masuk Hospital Selayang kerana sakit jantung kini sudah kembali pulih dan berehat di rumah. Kalau ada masa lapang lagi insyaallah boleh lepak kat Bengkel Kudin sambil pekena teh tarik, Yong Tau Foo dan jamming gitar tong dan elektrik. Hilang tension beb. On special request, Kudin boleh baiki kereta kawan-kawan sehingga lewat malam pun tak kisah dengan upah yang berpatutan sesangat.

PeLanCaRaN noVeL Kerana Dia Cinta

Hari Ahad lepas (15/4/2007) SK dan Kida telah menghadiri majlis pelancaran novel terbaru terbitan Kaki Novel Enterprise. Kali ini majlis pelancaran novel agak istimewa kerana meraikan 2 buah novel baru sekali gus. 2 buah novel itu ialah Novel berjudul Kerana Dia Cinta karya Izza Aripin dan Seindah Gubahan Kasih karya Mina Mahanie (nanti bila ada gambar cover novel ni SK akan letak di sini).

Majlis yang berlansung di Restoran Burger King di K-Avenue ini bermula pada pukul 10.00 pagi. Tapi SK dan Kida sampai pada pukul 11.00 pagi dan ketika itu sudah ramai jemputan tiba. Antara jemputan penulis2 Kaki Novel ialah Izzul, Dina Najat dan Anita Abdullah. Juga tak ketinggalan penulis yang SK sayangi, Noor Suraya aka Kak Su turut di undang ke majlis tersebut. SK seronok sangat sebab bukan saja dapat berjumpa dengan penulis tapi dengan kawan2 SK.

Kali ini Kaki Novel buat kelainan sikit dalam aturcara majlis. Ada kuiz di mana soalan2nya sume dari novel Kaki Novel juga terdapat cabutan bertuah. Tapi tuah SK pada pagi tu tak da jadi tak dapat lah hadiah cabutan bertuah tu huhuu...Walau pun tak dapat hadiah, SK masih dapat goodies dari Kaki Novel, iaitu 2 buah Novel baru (Kerana Dia Cinta dan Seindah Gubahan Kasih).

Kerana Dia Cinta merupakan novel ke lima Izza Aripin dan tahniah SK ucapkan pada Izza kerana kelahiran novel baru. Moga Izza terus berjaya. Pada pembaca terutama peminat novel khususnya, anda boleh dapatkan novel Kerana Dia Cinta dan Seindah Gubahan Kasih di kedai2 buku berhampiran. Untuk ketahui maklumat lanjut sila layari laman web Kaki Novel.

Di sini SK dan suami mengambil kesempatan untuk ucapkan jutaan terima kasih pada Izza, pada Izzul selaku penganjur majlis dan juga En Rizal pemilik syarikat Kaki Novel kerana menjemput SK ke majlis ini.


p/s Gambar semasa pelancaran akan SK letak kemudian.

Monday, April 16, 2007

daRi LaPtOp biLaL - ceRitA aPaMZ


Bilal ada mengirimkan sedikit berita untuk tatapan kawan-kawan semua di sini berkaitan Apamz. Harap kawan-kawan yang lain dapat turut menyumbang berita-berita sebegini untuk disiarkan disini. Seperti Bilal, anda semua boleh mengirimkan berita tersebut dalam bentuk MMS dan sms yang lebih mudah menggunakan telefon bimbit anda yang canggih itu. Di bawah ini MMS dan sms yang telah dikirimkan oleh Bilal.

Petang tadi saya sempat singgah di gerai Ice Blended Apamz di Pasar Malam Sg Isap, Kuantan. Beliau kelihatan ceria. Sempat mengikuti perkembangan biasiswa anak Apamz. Menurut Apamz masih dalam proses. Apamz juga sedang mencari jalan untuk memperkembangkan bisnes ice blendednya. Insyaallah. Aku sempat ambik photo beliau tengah bisnes.

Terima kasih banyak-banyak Bilal atas sumbangan berita anda ini. Harap kawan-kawan yang lain akan turut menyumbang berita-berita seumpama ini.

Sunday, April 15, 2007

daRi LaPtOp biLaL - siRi 2

Sambungan..

Tak ramai yang benar-benar faham hakikat persahabatan. Ada yang beranggapan kalau dapat sekadar bertanya khabar sekali sekala, dapat ngeteh sekali sekala, dapat bersuka ria sekali sekala..dapat bersama main golf sekali sekala sudah memadai. Itu dah kira persahabatan yang akrab..Ya ke ? Anda bersetuju ?

Dua Minggu lalu saya ada Public program di Kuching, Sarawak. Sampai di Airport, seorang pemandu teksi yang saya panggil Wak Minan telah setia menanti saya. Saya mula mengenali Wak Minan ketika saya ke Kuching Bulan Oktober 2005. Dan setiap kali ke sana, pasti saya akan menghubungi beliau. Apa pun saya bukan nak menceritakan hubungan saya dengan beliau, cuma yang menariknya bagi pemandu teksi yang berusia 57 tahun ini ialah ketika saya berkunjung ke Kuching baru-baru ini, saya sempat bersiar-siar dengan beliau. Antara cerita beliau yang mencuit hati saya ialah setiap minggu beliau pasti akan balik ke kampung yang terletak hampir 2 jam perjalanan ( driving) dari Kuching. Beliau berusaha untuk sampai sebelum solat jumaat dan ingin solat jumaat bersama sahabat-sahabatnya di kampung. Lantas saya bertanya apa istimewanya wak ? Jawab Wak istimewanya ialah tatkala dapat bersalam dengan sahabat selepas solat, bertanya khabar dan sebelah petang atau malam akan berkunjung kerumah mereka bagi mengeratkan lagi silatur rahim. Itu sudah memberi kepuasan pada dia kerana dapat menunaikan tanggungjawab bersahabat. Ketika dia bercerita, lama saya mengamati wajah orang tua itu. Dalam hati saya berkata..Wak tidak berpelajaran tinggi.Tidak tahu pasal komputer apatah lagi mempunyai blog .Tidak punyai platform seperti kita untuk bersembang. Saya kira fasa persahabatan yang kekal dalam diri dia ialah fasa sekolah menengah dan juga kejiranan di kampong halaman. Namun yang saya kagum, meskipun pelajarannya tidak tinggi, beliau amat mengerti malah menitik beratkan erti sebuah persahabatan. Saya melontarkan pertanyaan seterusnya.. Kenapa Wak bersusah payah melakukan ini semua ?Jawab beliau ..bukan mudah mencari sahabat yang baik zaman ini.., nak dan jika kita ingin orang menganggap kita sebagai sahabat, kita kena bina 'persahabatan' dulu dengan mereka..Saya tersenyum dan serta merta fikiran melayang kepada BUDIMAN. Berbalik kepada kewujudan BUDIMAN dan apa kaitan dengan isu yang saya ingin kupaskan..

Kita sambung nanti...

Saturday, April 14, 2007

nGetEh deNgaN kiTanG

Malam semalam sempat ngeteh dengan Kitang kat Melati Utama sebelum beliau balik Temerloh. Tapi tak sempat lama kerana Kitang nak balik Temerloh dan saya ada function meraikan Jamuan Perpisahan kawan golf di Jalan Genting Kelang. Sembang dengan Kitang dan beliau beritahu pada malam Selasa lalu beliau ada ngeteh dengan Man Troq, Kudin Mekanik dan Padil Sutoq. Khabarnya Man Troq akan berpindah sepenuhnya ke rumah baru dalam minggu depan ni dan maybe selepas dah settle down bolehlah Man Troq buat PotLuck seperti yang beliau beritahu saya tempohari. Acara PotLuck kat Kuantan yang dirancang oleh Bilal dan Ummi saya tak tahu sejauh mana perkembangannya yang khabarnya ingin di adakan pada 1hb Mei nanti semasa cuti Hari Buroh dan Hari Wesak. Maybe Ummi atau Bilal boleh hantar artikel untuk diwar-warkan di blog ini. Maybe Niazor pun boleh tolong.

Pagi Rabu lalu pula saya lupa nak catatkan di sini saya juga sempat sarapan dengan Kudin Mekanik di Selayang kerana kebetulan ada urusan di sana. Pekena Laksam dan kuih-kuih kat situ. Sempat sembang juga berkaitan khabar beberapa kawan-kawan BUDIMAN kita. Banyak antara kawan-kawan BUDIMAN yang berniaga dengar khabarnya tahun ini mengalami kemorosotan dan struggle to survive. Harap kawan-kawan yang berniaga akan sentiasa tabah dalam melalui perjalanan hidup yang getir ini. Insyaallah bila kita menurun, suatu hari nanti ianya akan menaik kembali. Tapi berapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, memang ungkapan kata-kata peransang begini mudah untuk di ucap tetapi menempuh setiap saat hanya empunya diri dan Allah swt saja yang tahu. Maybe kawan-kawan yang bekerja makan gaji tak rasa sangat kot.

Friday, April 13, 2007

sEdiKit beRitA gOLf

Petang semalam gua sempat balun golf di Bukit Beruntong Golf and Country Club dan telah berjaya mendapat Eagle di Par 5 Hole no 3 Second Nine East Course. Punye la suka beb. Ntah macamana hari ini gua punye T.Off dan 2nd shot memang ngam punye masa Par 5 sepanjang 510 meter tu. Ini Eagle ke 2 gua sepanjang 5 tahun berkecimpung dalam sukan golf ni. Eagle yang pertama kira-kira 2 tahun yang lepas. Tapi apa-apa pun tak dapat nak register untuk Eagle Club Malaysia sebab syaratnya kena dapat 2 Eagle dalam satu game. Hari Selasa lalu masa di IOI Palm Garden untuk Tournament Golf KPRAMD, gua berjaya dapat no 5 dengan 36 stableford point. Buat masa ini gua sayang sungguh dengan Cleveland Launcher Driver gua yang banyak berjasa tu. Tapi kalau ada sesiapa berhajat gua boleh jual dengan harga yang istimewa kerana gua ingat nak sambar Cleveland Hi-Bore XL atau Titleist 905T yang gua tengok lagi power dan tengah sale kat Isetan Bukit Bintang sekarang ini.

Hari Isnin 16hb April 2007 ni (minggu depan), Antu telefon gua semalam ajak balun golf lagi petang tu bersama-sama Padil Sutoq dan Che Dat yang akan datang dari Melaka. Gua ingat maybe di Bukit Unggol Golf And Country Club. Kalau ada kengkawan yang sanggup nak cuti separuh hari petang Isnin nanti dan nak join kami beramai-ramai, jom lah beb, Lan Kentei, Kitang, Jepun, Mat Dwan, Man Troq...jom la brother, kerja teruk-teruk pun kena rilek jugak beb, bukan apa untuk kesihatan lu orang jugak. Maybe lepas golf tu kita boleh lah ngeteh ke atau fikir-fikir nak buat apa-apa acara lain ker....

Gua harap kawan-kawan yang lain yang datang ke Kuala Lumpur kalau ada masa tu dapatlah kontek kawan-kawan kat KL ni dan beriadah bersama-sama atau sekurang-kurangnya boleh ngeteh bersama-sama pun dah kira orait la tu macam Antu dengan Che Dat selalu buat bila outstation ke KL. Takde la senyap-senyap je datang, kemudian kawan yang lain dengar cerita je bahawa dia datang KL hari tu tapi langsung tak mahu kontek kawan-kawan kat sini. Kontek mengontek ni bukan sahaja untuk kawan yang datang ke KL. Kalau kita pergi ke Johor Bahru ke, kontek-kontek lah Zuhairi kat sana maybe kalau Zuhairi sudi boleh ngeteh sekali atau kalau ke Kuantan, call la Bilal ke atau Antu ke, ajak ngeteh sekali kalau dia orang sudi. Kalau dia orang tak sudi then nak buat camne..terima je la. Apa-apa pun sudi ngeteh ker atau tak sudi ngeteh ker, cerita tu e-mail kat gua. Pendek kata lepas ngeteh tu e-mail cerita berjumpa kawan-kawan tu kat gua, boleh gua siarkan kat blog ini, mesti kawan-kawan yang lain suka bangat nak tahu. Kalau semuanya pakat senyap akhirnya sunyi dan sepi la kita ni akhirnya... betul tak?

Thursday, April 12, 2007

HaPPy BiRthDaY aBanG Nu

SK dan Kida ucapkan Selamat Hari Lahir pada Abang Nu (suami Ummi) yang jatuh pada hari ini 12hb April 2007. (Ummi, yang ke berapa ummi? shakap lah....)

Kami doakan moga Abang Nu dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa beroleh keberkatan dari Allah swt.

Wednesday, April 11, 2007

daRi LaPtOp biLaL

Salam semua sahabat BUDIMAN tak kira di mana anda berada. Semoga semuanya dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa.

Hari ini saya nak mulakan coretan di Blog ini dengan mengupas isu ERTI SEBUAH PERSAHABATAN. Semua diantara kita punya ramai kawan tak kira pelbagai bangsa, dari pelbagai lokasi dan destinasi.

Ada yang mula berkawan dari kecil, di kawasan perjiranan taman perumahan, kampung, sekolah tadika, kemudiannya sekolah rendah dan menengah, diikuti pula ke kolej, Universiti mahupun UITM seperti kita dan kemudian berkawan ketika bekerja. Ada kawan yang kekal sebagai kawan, kawan menjadi lawan, kawan menjadi cinta dan sekaligus menjadi pasangan bahagia serta adapula yang kekal menjadi sahabat. Apa bezanya sahabat dan kawan. Dalam kamus, maksudnya sama Cuma dari persepsi, sahabat beerti kawan rapat, akrab atau karib. Sahabat lazimnya kita jadikan kawan yang boleh berkongsi padangan, masalah dan sebagainya. Hampir sama rapatnya bagaikan adik beradik tapi oleh kerana ber “ Bin dan Binti” yang berlainan maka ia kekal sebagai sahabat. Malah dengan sahabat jika berselisihan faham sekalipun dengan cepat ia akan settle. Dari pengamatan dan analisa saya.. dalam banyak-banyak fasa berkawan, fasa ketika di UITM lah ramai kawan yang kekal menjadi sahabat. Mungkin kerana proses yang kita lalui bersama dalam keadaan kita benar-benar matang dan dewasa jika dibandingkan dengan fasa yang lain..

Bersambung….

Tuesday, April 10, 2007

seMbaNg-sEmbAnG kOsOnG

Petang semalam sempat saya masuk blog sekejap dan bersembang dengan Ummi. Nampaknya makin hari blog ini makin tambah sunyi dan tidak semeriah dulu lagi semasa ianya di mulakan kira-kira 6 bulan dahulu. Ramai yang makin menyepi dari blog. Mungkin persahabatan ni dah hilang steam kot agaknya. Kalau dulu kita boleh lihat kemeriahan di chatbox tetapi sekarang keadaan betul-betul berubah. Takde lagi Amir dan Fezah USA, Awin, Zuhairi, FG, Pablo, Walid, Niazor, Mat Dwan dan lain-lain lagi. Mungkin kesibukan tahun 2007 menghalang beberapa kawan-kawan kita yang selalu di sini untuk bersama-sama kita lagi. Platform penghubung antara kawan-kawan semua di sini nampaknya tidak begitu berfungsi lagi.

Ketiadaan artikel-artikel perkembangan terkini antara kita semua juga merupakan suatu tarikan yang hilang disini. Ketiadaan artikel dan maklumat terkini saya rasakan akan menyebabkan blog ini akan hilang dan terpadam secara perlahan-lahan akhirnya nanti. Bagaimanapun menemukan anda semua setelah hampir 20 tahun terpisah bagi saya sudah mencapai matlamat dan jika ianya tidak dapat diteruskan mungkin suatu hari nanti ada usaha lain yang boleh merapatkan ikatan itu kembali.

Bersembang dengan Ummi petang semalam dimana Ummi ada memberitahu bahawa beliau dan Bilal ada merancang untuk mengadakan Bowling Reunion dan PotLuck di Kuantan sekitar 1hb Mei 2007 nanti. Bagaimanapun belum ada pengesahan berkaitan perkara ini dan kerana itulah suatu pengumuman rasmi belum lagi dibuat. Antu sebelum itu ada membuat rancangan untuk mengadakan Golfing Reunion juga bertempat di Kuantan. Saya rasa kalau di buat one day event iaitu pagi Golfing Reunion, petang Bowling Reunion dan malam PotLuck ( rancangannya di Taman Gelora ) pun elok juga. Bagaimanapun Ummi dan Bilal sedang mengusahakan idea-idea tersebut dan mungkin dalam masa terdekat ini suatu pengumuman di blog ini dapat dibuat.

Sessi teh tarik di Kuala Lumpur juga sudah lama tidak di adakan. Kali terakhir saya rasa kira-kira 2 bulan yang lalu di Restoran Pelita bersama-sama Bilal, Anita, AR, Kudeng, Apek, Man Troq dan Kitang. PotLuck juga kali terakhir di Temerloh kira-kira 2 bulan yang lalu. Saya memang tak sempat untuk initate perkara-perkara macam ini buat jangkamasa ini tetapi nampaknya kawan-kawan yang lain pun turut menyepi.

Event yang Bilal cadangkan pula iaitu Kem Pemantapan Sahsiah Remaja Cemerlang yang dibuka kepada anak-anak BUDIMAN, saya tidak tahu bagaimana sambutannya. Harap-harap kem tersebut akan menjadi kenyataan dan berjalan dengan sambutan yang baik dari kawan-kawan semua.

Untuk mengadakan acara-acara yang lebih besar seperti Grand Gathering dan sebagainya, saya rasa macam tak nampak jalan lagi dan mungkin, kalau yang terlibat adalah orang-orang yang sama yang mana kadang-kadang tu saya sendiri kesian dan terharu dengan kegigihan sesetengah antara kita sedangkan yang lain-lainnya susah nak cerita...

Apa-apa pun ini sembang kosong jer dan saya ada Tournament Golf di IOI Palm Garden sebelah pagi ini dan sebelah petang dan malam ada beberapa aktiviti rasmi dan tak rasmi. So harap kawan-kawan semua samada yang busy sesangat atau saja-saja buat busy tu, ingat2 umur dah masuk 40 tu macam2 hal boleh jadi kalau kerja teruk-teruk sangat, Take a break. Have fun. Do something interesting and make your wife angry ( If she never angry with u, if she always angry don't try2 la). There are so many interesting places and things outside. Go. Make everyday a very enjoyable day to live and always looking foward for tommorow.

Sunday, April 08, 2007

PeLanCaRaN noVeL SuRaT UnGu nNtuK NuHa

Sebenarnya SK dan Kida baru je baru balik dari kampung hari ini. Memang sudah menjadi satu agenda wajib bagi kami untuk balik kampung kalau tidak 2 minggu sekali setidak2nya sebulan sekali.

Dan pada hari ini juga kebetulan SK dapat jemputan dari Jemari Seni untuk menghadiri majlis pelancaran novel baru Puan Noor Suraya atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Kak Su.

Walaupun Kida dalam keadaan letih dan penat tapi sanggup menemani SK ke majlis tersebut. Sayang banget sama kamu Kida! SK, Kida dan anak2 sampai di majlis pelancaran novel itu pada pukul 3.15 petang (dari Temerloh terus ke KL Sentral). Majlis itu telah di adakan di Restoran AyamMas KL Sentral. Masa SK sampai punyalah ramai orang bersesak2 untuk dapatkan novel dan tandatangan Kak Su.

Tapi untuk SK dah siap reserved jadi tak payah ler nak beratur panjang hehehehe...Sayang Kak Su! Novel Surat Ungu Untuk Nuha (SUUN) ini merupakan karya keenam Noor Suraya. Novel ini akan berada di pasaran pada hari esok 9 april 2007. SK memang suka dengan penulisan Noor Suraya kerana gaya bahasa dan jalan cerita yang menarik. Kesemua novel Noor Suraya SK ada dan disimpan sebagai koleksi peribadi SK.

SK ambil sinopsis dari cover SUUN dan letakkan di sini yea..
Surat Ungu Untuk Nuha membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Arifin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut afro itu sejak mula!Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu!

Jadi pada sesiapa yang ingin mengetahui apakah yang berlaku dalam perjalanan hidup Nuha dan Alang dapatkan SUUN yea!

Berbalik pada majlis pelancaran, SK tak sempat bergambar pun huhuhuhu...jadi kalau ada gambar2 SK terima dari kawan2 SK akan letak kat sini.


HaPPy BiRthDaY LiLy




Hari ini, 8 April 2007 adalah hari lahir Lily (isteri Kitang). SK & Kida ucapkan semoga Lily dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa diberkati Allah swt. (Sebenarnya birthday Lily pada 9hb April bukannya 8hb April iaitu pada hari Isnin dan Kitang bawak Lily pergi candle light dinner kat Bukit Tinggi Resort - caya la....)

Thursday, April 05, 2007

keM peMaNtapAn sAhSiaH rEMajA ceMeRLanG - siRi 2

( Ini e-mail dari Bilal yang dikirim kepada saya semalam)
Salam.

Seperti yang diwar-warkan dalam blog, saya sertakan phampletnya (aturcara program dsb akan di siarkan kemudian) dan program ini hanya untuk anak-anak BUDIMAN tak kira senior, junior atau yang sewaktu dengannya. Program ini telah dilakukan dengan jayanya pada 2005 dengan penglibatan 150 orang pelajar dari sekitar Kuantan, Pekan dan Jengka. Kali ini saya bercadang untuk buat di Dusun Eco. Kalau ada jiran atau sedara mara BUDIMAN berminat juga boleh dipertimbangkan sebab saya berhasrat jika ada penglibatan 100 orang ke atas, 10% dari yuran penyertaan akan disumbangkan ke dana kebajikan BUDIMAN untuk sebarang aktiviti kebajikan pada masa akan datang.

Juga mohon sponsor untuk T.shirt dan alat tulis bagi usahawan dan dermawan di atas majlis ilmu tersebut. Mereka yang berminat nak sumbang samada dalam bentuk RM atau material amat dialu-alukan dan dihargai. Maklum balas segera diperlukan.

Terima kasih dan wassalam.
Bilal
azmiab@streamyx.com

Wednesday, April 04, 2007

seSSi tEh taRiK di BanGSaR

Semalam saya ada terima e-mail tetapi tak pasti samada dari Khatilah atau Kitang yang ada mengajak rakan-rakan semua untuk sessi teh tarik malam nanti (Rabu 4/4/2007) jam 9-00 malam bertempat di Restoran Pelita, Bangsar. Kalau nak confirm tu kena tanya Khatilah atau Kitang la kot. Kitang macam biasa phone no 019-7567799.

keM peMaNtapAn sAhSiaH rEMajA ceMeRLanG

Bilal ada menghantar satu artikel yang mana beliau berhasrat untuk menganjurkan satu program khas kepada anak-anak BUDIMAN seperti di bawah ini. Keterangan lanjut boleh didapati dengan menghubungi Bilal sendiri di 013-9864049. Bilal juga ada menyertakan Borang Penyertaan kepada saya tetapi oleh kerana borang tersebut terlalu panjang jadi saya rasa elok pada sesiapa yang inginkan borang itu supaya menghubungi Bilal untuk di e-mail kepada anda :

SMART Knowledge CONSULTANT

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH REMAJA CEMERLANG
Tarikh : 1,2 dan 3 Jun 2007
3 HARI 2 MALAM
Lokasi : ( Akan di maklumkan kemudian)

Cuti sekolah yang panjang jarang sekali terdapat pengisian aktiviti yang benar-benar memanfaatkan remaja. Ada ketikanya mereka terbiar dengan aktiviti yang melalaikan. SMART Knowledge CONSULTANT kini tampil dengan program pemantapan asas yang memfokus kepada :

Penghayatan Solat – memperbaiki Kualiti solat.
Mind Power – Pembinaan Kuasa Minda untuk kecemerlangan pelajaran dan peperiksaan
Pemantapan Akidah –Menyedarkan bahaya Gejala sosial, black metal, sex bebas, ajaran sesat dan Murtad serta tanggung jawab mereka pada ibu-bapa dan keluarga.
Aktiviti Riadah dan Bina insan – Menjadikan Program ini lebih menyeronokkan.

Program Pengisian Ilmu Cuti Sekolah)
Khusus Untuk Anak – anak BUDIMAN

Nota:
Di sebabkan kida tak sempat nak convert form to image jadi SK buatkan dan linkkan di bawah. Pada sesiapa berminat untuk mendaftar boleh print form dgn cara klik mouse (rightside) pada image dan choose "save picture as". Savekan dulu form tu dalam pc anda sebelum di cetak.

Borang Pendaftaran

Monday, April 02, 2007

sEDiKit kiSaH daRi maN tROq - siRi 2

Berita terbaru mengenai saudara Man Troq yang di perolehi dari Awin

Anak lelaki yang di katakan dalam keadaan kritikal telah meninggal dunia pada pukul 4.30 petang semalam (Ahad). Arwah di kebumikan pada pukul 9 malam semalam di tanah perkuburan Hutan Rastali.

Kata Awin lagi, sememangnya Celcom membuat kutipan sumbangan tapi buat masa sekarang yang penting adalah bantuan pakaian wanita (contohnya baju kurung, tudung, kain batik, pakaian dalaman dsbnya).

Rumah yang telah musnah itu akan di bina semula. Jadi pada sesiapa yang ingin bersedekah perabut terpakai boleh berbuat demikian apabila rumah sudah siap nanti. Buat sementara ini saudara Man Troq menumpang di rumah adik beradik mereka.

Pada sesiapa yang ingin hulurkan bantuan sila berhubung terus dengan Man Troq.

Terima kasih pada Awin untuk maklumat terkini.

posted by SK

sEDiKit kiSaH daRi maN tROq

Semalam Man Troq ada menghantar sms kepada saya memberi sedikit berita terkini berkaitan dirinya. Ada 2 sms yang dihantar :

1. Salam kidA...lama doh kita tak pegi ngeteh. Koi skrg tengah sibuk mengemas brg utk pindah ke rumah baru. Rumah kerajaan bukan rumah sendiri... rumah tu bedekatan dengan Mindef dan bersebelahan dengan kondo Lanai Gurney. Sebenornya dah seminggu koi mengankat barang2 yg kecil dengan kereta koi. Brg2 besar koi kena tunggu trak tentera. Cadang minggu depan hari Rabu koi nak pindah tapi terpaksa tangguh dulu sebab koi kena pegi kursus kat P. Dickson dari Isnin sampai Jumaat. Insyaallah sebelum pertengahan bulan ni koi akan duduk rumah baru. Bila dah selesai semua koi bercadang untuk ngajak rodong2 buat PotLuck kat rumah baru koi, Insyaallah...

2. Salam kidA...Koi nak maklumkan pada awk, rumah mak mertua adik ipar koi (ibu tunggal) di Taman Seri Kamunting, Kuantan (belakang rumah mak Lan Kentei) telah mengalami musibah kebakaran pada minggu lepas hari Rabu. Kebakaran berpunca dari tindakan anak lelakinya yang mengalami tekanan jiwa memotong getah dapur gas memasak. Kemusnahan Total. Anaknya dalam kritikal. Beliau memohon bantuan dalam bentuk apa saje. Mohon maklum kepada sesiapa yang ingin membantu.

Sms pertama di hantar kepada saya pada petang Sabtu manakala sms ke dua pada tengahari Ahad semalam sewaktu saya tengah driving balik dari majlis di Putrajaya. Selepas mendapat sms ke dua itu saya terus menghubungi beliau tetapi malangnya bateri phone saya pulak weak dan terputus perbualan. Walaubagaimanapun sempat lah berbual sedikit dengan beliau berkenaan musibah yang menimpa saudara beliau itu. Menurut Man Troq, pihak Celcom Kuantan juga ada menjalankan kutipan sumbangan untuk saudaranya itu namun begitu sumbangan dalam apa jua bentuk masih lagi diperlukan. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang harap dapat berhubung terus dengan Man Troq di telefon 019-9882907 untuk menyampaikan terus sumbangan samada barangan atau apa saja yang difikirkan sesuai.

Sunday, April 01, 2007

meRtuA kUDin mEkaNiK maSUk hOSpiTaL


Malam tadi kira-kira pukol 9-00 malam sempat bertemu Kudin Mekanik di rumahnya kerana membetulkan lampu brek Volvo saya yang tidak berfungsi. Kudin Mekanik baru sahaja balik dari Hospital Selayang menghantar Aisyah, isterinya ( Aisyah ni satu kelas dengan saya dan Kudin masa di UitM Shah Alam ) yang menjaga emak beliau yang di masukkan ke Hospital Selayang pada tengahari tadi kira-kira pukol 2-00 petang kerana sakit jantung. Kita doakan agar emak mentua Kudin agar cepat sembuh. Selalu kadang-kadang bila saya dan Padil Sutok berkunjung ke rumah Kudin ( rumah emak mertua Kudin ni terletak berdekatan dengan rumahnya ), kami di jamu dengan makan tengahari dan kuih-muih oleh emak mertua Kudin ni. Memang sedap masakannya.