Tuesday, December 25, 2007

aidiLAdhA daN baNjiR

Hampir seminggu saya tidak berpeluang untuk update blog kerana beberapa urusan yang perlu diselesaikan dan juga bercuti di Temerloh kerana menyambut AidilAdha dari hari khamis sehingga Ahad yang lalu. Bagaimanapun tak banyak berita berkenaan kawan-kawan budiMaN yang di terima oleh saya, mungkin kerana hujung tahun banyak kengkawan yang sibuk dengan pelbagai urusan pejabat dan persendirian yang perlu di bereskan.

Saya juga tidak menerima apa-apa berita dari kengkawan yang berada di kawasan banjir cuma Wan Rozain dbS ada mengirimkan sms kepada isteri saya SK memberitahu rumah beliau di Pekan, Pahang telah terkepung dalam air banjir beberapa hari yang lepas dan beliau tidak boleh pergi kerja. Saya harap keadaan banjir berhampiran rumah beliau telah reda kini dan beliau dapat menjalankan aktiviti seperti biasa.

Walaubagaimanapun bagi kawan-kawan yang lain yang mungkin menghadapi masalah banjir diharap telah pulih seperti biasa semula. Bilal di Sg Isap, Wan Azhar dan Che Dat di Maran serta kengkawan yang lain harap-harap tidak terjejas dengan banjir yang melanda kawasan mereka.

Semasa berkunjung ke rumah sanak saudara di Temerloh di AidilAdha, sempat saya rakamkan beberapa situasi banjir yang melanda sekitar daerah Temerloh. Kesan-kesan banjir masih jelas kelihatan dan di sesetengah tempat air banjir masih lagi bertakung. Masih ada sesetengah rumah yang masih digenangi air banjir. Ianya seperti di kampung-kampung yang menghala ke Triang dan sedikit di Tanjung Lalang, Temerloh. Mungkin kini dengan keadaan cuaca yang bertambah baik keadaan telah semakin pulih.

Tumpuan saya bagaimanapun adalah memerhatikan keadaan surau-surau dan balairaya yang telah ditenggelami air banjir. Di sekitar jalan menuju ke Triang seperti di Kampung Tenggoh, Lebak dan Tanjung Belenggu, saya dapati beberapa surau yang di naiki banjir kerana kesan-kesan lumpur dan sampah sarap jelas kelihatan. Ada sesetengahnya pula di kawasan sekeliling surau itu masih di genangi banjir.

Seperti gambar di atas di surau Kampung Tanjung Belenggu, saya di fahamkan banjir telah menenggelamkan surau tersebut sedalam 5 kaki dan merosakkan carpet dan segala peralatan surau yang sememangnya telah usang itu. Namun dalam keadaan surau yang telah di genangi banjir, umat Islam di situ tetap meneruskan ibadah mereka di surau tersebut dengan beralaskan tikar plastik dan sebagainya. Dengan keadaan banjir di rumah penduduk sekelilingnya yang masih belum reda (sehingga Ahad lalu), penduduk tidak berpeluang untuk membersihkan surau tersebut sepenuhnya dan saya lihat beberapa peralatan surau terbiar akibat banjir. Rata-rata penduduk di situ pula hanya membuat kerja-kerja kampung seperti menoreh getah, berkebun dan sebagainya. Saya rasa dengan kedaan kewangan surau itu, tentulah sukar bagi mereka untuk menggantikan peralatan-peralatan surau yang telah terjejas dan rosak akibat banjir tanpa mengharapkan sumbangan dan derma dari orangramai.

Alangkah eloknya kalau budiMaN dapat mengadakan satu lagi ekspedisi seperti yang kita lakukan semasa banjir di Johor tempoh hari (eM2bJ). Semasa di Johor dulu kita berkonvoi beramai-ramai dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat dan Parit Yanni dan beramai-ramai memberi bantuan kepada orang kampung, bergotong royong membersihkan balairaya dan surau serta mengadakan sedikit acara bersama kanak-kanak di Pusat Pemindahan Banjir Parit Yanni.

Mungkin di surau Kampung Tanjung Belenggu ini kita boleh bergotong royong membersihkan surau tersebut, mengecat surau serta menggantikan beberapa peralatan rosak setakat mana yang termampu oleh kita. Mungkin juga di penghujungnya nanti kita boleh pula bergotong royong mengadakan sedikit kenduri kecil bersama-sama penduduk kampung (kita pun ramai chef yang berkaliber seperti Chef Jun dan Chef Ummi - masa nilah eloknya nak keluarkan kepakaran memasak tu rasanya sambil berbakti kepada masyarakat) dan mengadakan solat bersama-sama serta sedikit tahlil dan doa selamat. Penduduk di kampung tersebut saya perhatikan tidak begitu ramai dan jumlah penduduk yang akan bergotong royong pun mungkin dalam 100 orang sahaja.

Apa-apa pun saya cuma menyampaikan idea saya sahaja di sini dan terpulanglah kepada anda semua kengkawan budiMaN saya untuk memberikan reaksi anda terhadap idea ini. Peluang membuat pahala terbuka luas di depan mata dan ianya perlu di rebut dengan segera. Mungkin ianya boleh kita lakukan di hujung minggu selepas pembukaan sekolah dimana segala permasalahan sekolah anak-anak kita telah di selesaikan ( kira-kira 2-3 minggu dari sekarang). Jadi apa kata kengkawan semua? Sila feed back di ruangan komen untuk memberikan pendirian anda dan janganlah hanya berdiam diri sahaja dan membiarkan kengkawan yang sama (balik-balik muka tu jugak) sahaja. Kita nak tengok juga muka-muka baru dengan pendirian dan idea-idea mereka daripada diam memerhatikan sahaja blog ini tanpa ingin bersuara (takut menyusahkan diri sendiri kot). Janganlah hanya sokong dari belakang sahaja, marilah bersama-sama kita turun padang, berbakti sendiri dengan masyarakat, barulah kita lihat sendiri dan dapat menyaksikan kepayahan mereka. Duit ringgit sesiapa pun boleh hulurkan tetapi takkan sama dengan pergi sendiri melihat, duduk bersama mereka dan menyaksikan sendiri kepayahan mereka ( Ada jenis yang main hulur derma sahaja tapi tak mahu kotorkan baju bersama orang kampung).

Tuesday, December 18, 2007

sELaMat meNyaMbUt aiDiLAdhA

Kepada semua budiMaN, saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha yang akan jatuh pada hari Khamis ini 20hb Disember 2007. Mungkin ramai yang akan pulang berhari raya di kampung halaman dan mungkin juga ada yang akan menyambutnya di rumah masing-masing sahaja. Namun begitu kemeriahan AidilAdha tentunya akan lebih terasa di kalangan kita semua dengan acara korban yang akan dijalankan di masjid-masjid dan surau-surau yang berhampiran rumah kita semua. Kepada yang akan memandu untuk pulang ke kampung, selamat memandu dengan penuh cermat dan berhemah. Saya sekeluarga insyaallah akan pulang berhariraya di Temerloh selepas sembahyang raya di Kuala Lumpur dan mungkin berada di sana beberapa hari sehingga Ahad nanti. Dengan keadaan banjir yang masih belum reda di sesetengah tempat di Pahang, harap-harap semua kengkawan budiMaN tidak akan tersangkut dalam banjir semasa cuti AidilAdha ini.

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Baru-baru ini saya telah menerima e-mail dari 2 kawan budiMaN kita iaitu Norzulaipah Abu Bakar diA atau lebih dikenali sebagai Zola. Beliau telah mengirimkan sedikit biodata berkenaan diri beliau dan insyaallah akan saya muatkan di dalam directory budiMaN nanti. Zola kini bertugas di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan tinggal di Taman Inderapura, Kuantan.

Saya juga turut menerima e-mail daripada Jalil dcS yang kini menetap di Dubai dan beliau juga ada menyatakan sedikit biodata tentang diri beliau. Insyaallah akan saya muatkan di ruangan directory budiMaN juga nanti.

Saturday, December 15, 2007

HaPPeniNg Nite at BoRa OmbaK

Nampaknya SK terpaksa jadi wartawan budiMaNlah sebab kidA berada jauh nun di utara huhuhu...Tak tau camner nak letak story kat sini uuwwaaaaa....

Petang semalam lepas berbalas2 msg kat chat box dengan Dona, tak cukup msg kat chat box smbg guna text sms la pulok! At last SK confirmed untuk join sessi teh tarik bersama Dona (masa tu SK tak tau lagi sapa yg turut serta). But then sessi teh tarik di Tesco Ampang telah bertukar menjadi dinner at Bora Ombak. Enjoy sangat!

Selepas maghrib lebih kurang 7.40 pm gitu, SK dan anak2 terus ke Bora Ombak, Ampang. Sampai di sana lebih kurang 8.15 pm SK nampak Dona dan beberapa lagi 'kanda2' ex-ITM. Segan gak tapi wat2 tak segan jelah. Antara yang hadir ialah Rahim, Milah, Sheena, Dona, Habib, Halem, Norm, dan Rosman (masa SK sampai Rosman dah balik).

Walaupun sebelum ni SK tak pernah bertegur sapa dan ada yang SK kurang cam tapi SK tak terasa canggung lansung join the crowd ahaks! Biasalah kalau dah jumpa tu cerita2 lama tentunya jadi topik.

Sorry tak banyak pun SK leh update kat sini, antaranya ialah:-
  • Abdul Halem Mat Som - dpA, bekerja di Syabas. SK dengor selalu jer kuar dalam news (TV, radio dan news paper) amboi glamor eh! Jadi kalau nak kenal sape Halem tontonlah TV, dengarlah radio dan bacalah akhbar setiap masa hua hua hua...

  • Azlina Ismail (nickname - Dona) bekerja di payment Transaction Technologies Sdn Bhd as Customer Service Manager (hehehehe thanks for the biz card).

  • Normawati (nickname – Norm). SK tak sempat interview tapi memang vogue (psstt Norm leh kasi petua tak?). Bila borak2 dgn Norm barulah SK ingat, dulu SK panggil kakak garang huhuhuhu. Actually she's not.. she's really nice person. Kiranya malam tadi farewell untuk Norm lah.. sbbnya Norm nak berpindah ke Kertih. Oh yea! Norm ni roommate Rosnah dcS.

  • Sharifah Norashikin (nickname – Sheena). Disebabkan SK asyik tengok jer terlupa gak nak interview. adeh! *tepuk dahi* Maintain wa cakap lu… Anggun!... lepas ni SK nak blajor grooming ngan Sheena dan Normlah ahaks!

  • Rosmila Baharudin - dpA (nickname - Milah). Pada mulanya SK memang tak berapa cam tapi bila dok tengok senyuman Milah barulah SK leh recall. Tapi tak sangka betul Milah ni berjiran pulak dengan penulis kesayangan SK, Noor Suraya.

  • Rahim (tak silap course diA) – SK pernah jumpa sekali tapi tu pun SK segan gak nak tanya lebih2 sbb Rahim ni pendiam nor!

  • Syed Karami - diA Jan '86 (nickname - Habib). Kat ITM dulu dengornya vocalist. Pernah menjadi remiser dan kini involve in event management (tu curi2 dengor jer)

About 10 pm lebih cam tu.. we all pun make a move...SK nak ucapkan thanks to all. SK and kids really enjoy the dinner and had a great time. Insyaallah panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi...


Friday, December 14, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Sudah beberapa hari sibuk sedikit dengan pelbagai urusan dan tak sempat nak buat artikel atau nak update directory budiMaN. Namun begitu ada beberapa berita berkaitan kengkawan yang sampai kepada saya dan saya kongsi dengan anda semua di sini :

1. Pada Selasa malam yang lepas, saya dan Fadil Sutoq sekeluarga sempat menonton theater muzikal kanak-kanak Alladin yang telah dipentaskan di Istana Budaya. Meriah juga, maklumlah anak-anak saya dan Fadil tidak dapat berjumpa semasa gathering di Maran dahulu. Budak-budak tu pula dah mula rapat setelah bertemu dalam beberapa acara budiMaN sebelum ini. Actually anak-anak budiMaN yang sebaya yang pernah menyertai acara budiMaN bila bertemu sudah mesra kerana hubungan yang rapat antara ibubapa mereka. Hampir 3 jam kami menonton theater lakonan Erma Fatimah dan Faizal Ismail Hot FM yang bermula pada jam 8-30 malam dan selepas itu kami semua pekena nasi lemak Kg Baru pula sehingga tengah malam.

2. Wan Azhar dan Raman Kerbau ada sms kepada saya memberitahu keadaan banjir yang teruk di Maran dan Chenor. Harap-harap tiada kengkawan budiMaN yang rumahnya di naiki air banjir. Kalau dulu rumah Kla-Kla dan Bilal di Kuantan yang terletak di Sg Isap selalunya di naiki air banjir tetapi tak tahu lah pulak pada kali ini. Saya pun ada terfikir juga untuk mengadakan ekspedisi membantu mangsa-mangsa banjir Pahang seperti mana yang kita pernah buat semasa banjir Johor dahulu. Mungkin kita boleh berikan sedikit sumbangan, membersihkan surau dan balairaya dan sebagainya. Mungkin kawan-kawan di Pahang boleh berikan maklumat bagaimana boleh kita memberikan bantuan melalui budiMaN.

3. Dona DSS juga ada sms kepada saya petang semalam memberitahu bahawa beliau bersama beberapa bekas pelajar UitM Kuantan akan mengadakan sessi teh tarik hari ini (Jumaat) di Tesco Ampang bermula jam 6-30 petang. Katanya antara yang akan hadir ialah Hasni, Jim, Habib, Rosman, Rahim, Sheena, Norm, Milah dan beliau sendiri. Maybe kalau ada kengkawan budiMaN yang kelapangan boleh join sekali dan boleh call Dona ( no phone kat link directory yer).

So, begitulah serba sedikit beberapa berita yang saya perolehi dan sempat saya catatkan di sini. Namun begitu idea untuk mengadakan satu ekspedisi bagi membantu mangsa banjir Pahang masih menjadi harapan utama saya dan saya harap weekend ni boleh sitdown dan fikirkan something to proceed with the idea. Saya cadang maybe kita boleh pergi satu kampung dan berikan sedikit sumbangan, membersihkan surau atau balairaya di situ yang di genangi air banjir atau bergotong royong bersama penduduk kampung tersebut. Kalau ada kengkawan yang mempunyai maklumat especially yang berada di Pahang, harap dapat catatkan di ruangan komen.

Selain itu, saya juga ada terfikir untuk mengadakan sedikit bantuan kepada Apamz sekeluarga maklumlah dengan keadaan banjir dan hujan yang khabarnya tidak berhenti-henti di Kuantan sudah tentulah menjejaskan pendapatannya berniaga di Pasar Malam sedangkan penggal persekolahan akan bermula dan sudah tentulah perbelanjaan yang tinggi akan di hadapinya. Semasa gathering di Maran dulu, beliau ada memberitahu saya dengan sumbangan budiMaN semasa bulan puasa dahulu dapatlah beliau menggantikan seat van beliau yang menjadi tempat duduk Miza semasa beliau berniaga dan di pasangkan kipas bagi keselesaan Miza dan anak ke 2 beliau menunggu di dalam van semasa beliau berniaga.

Dalam kesibukan kengkawan budiMaN yang saya tahu pada hujung tahun ini penuh dengan kesibukan tugas-tugas di pejabat dan sebagainya, namun begitu maybe kita boleh luangkan sedikit masa untuk kerja-kerja amal sebagai bekalan kita di akhirat dan sebagai sumbangan kita kepada masyarakat, bangsa dan agama.

Tuesday, December 11, 2007

RosNah Ismail dcS

(gambar lama, Rosnah yang bertudung hitam)


Hari ni seperti biasa wajib SK buka personal email selain office email. Bukan apa teruja sesangat nak gi gathering@potluck yang di anjurkan oleh Wani dcS dan lokasinya pula di rumah Rosnah. Masa mula2 dapat email tu rasa segan gak nak join sebab SK tengok email address semuanya to dcS girls dan SK sorang jer dari dbS. Tapi memandangkan walaupun SK berlainan kursus mereka sudi menjemput SK jadi SK buanglah rasa malu tu mmmmhhh atau SK sememangnya tak malu! ahaks!


(gambar terkini)


Tak kisahlah kalau dulu tak pernah bertegur sapa atau mungkin kurang mengenali antara satu sama lain. Sekurang2nya kali ini SK di beri peluang untuk mengenali dan mengikat semula silatulrahim yang telah terputus lebih kurang 19 atau 20 tahun.. huh lama tuh! Macam program jejak kasih jer! Thumbs up to you Wani! Moga Allah swt. memberi seribu keberkatan atas usaha murni Wani ni.

Nak di jadikan cerita dalam berbalas2 email barulah SK terperasan email address Rosnah. Tak sangka betul! Rupa2nya ofis kita berjiran Rosnah ooiiii… keciknya doniaaaaa….Jadi tadi SK pun bermsglah dgn Rosnah untuk bertemu masa lunch td…. Macam wat blind date jer rasanya sebab manalah tau kot2 SK tak leh cam Rosnah yelah dah beberapa tahun berlalu pun kan… atau mungkin jugak Rosnah tak kenal SK (mmg betul pun *wink*) huhuhuu... Dalam pada tu SK sempat gi amik gambar Rosnah untuk tatapan kengkawan (tapi SK tak cakap pun nak letak kat sini harap mu tak marah yea Rosnah)


Sunday, December 09, 2007

diReCtoRy budiMaN

Satu link khas telah saya buat di bawah dengan nama Directory budiMaN yang mengandungi senarai nama budiMaN beserta sedikit biodata yang telah di berikan menerusi catatan semasa berlangsungnya Gathering budiMaN edisi ke 2 di Maran baru-baru ini. Ianya mengandungi no telefon, alamat rumah dan beberapa catatan lain berkenaan budiMaN. Link ini sebenarnya adalah satu subsidiary blog budiMaN dibawah blogsome. Biodata kengkawan budiMaN boleh di cari dengan klik kepada kategori yang saya pecahkan mengikut kursus atau samada terus menaip nama kengkawan budiMaN itu di ruangan Search dan klik di situ. Insyaallah biodata tersebut akan saya tambah lagi dari masa ke semasa bergantung kepada maklumat daripada kengkawan dan akan saya siarkan sekali bersama gambar setiap kengkawan budiMaN nanti. AlMaklumlah kerja nak buat directory ni mengambil masa juga kerana nak salin setiap maklumat yang ada. Saya juga berharap kengkawan budiMaN dapat memberikan maklumat biodata kengkawan yang lain jika anda ada dengan e-mail kepada saya atau kepada sesiapa yang nak masukkan biodata mereka juga, sila lah e-mail kepada saya. Jika terdapat sebarang maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat yang telah disiarkan, saya juga berharap kengkawan dapat memperbetulkannnya dengan e-mail kepada saya atau mencatat di ruangan komen di link directory tersebut di bahagian biodata kengkawan tersebut.

Saturday, December 08, 2007

jOM gathERiNG baWaK faMiLy ke iStaNA budAyA


Sempena dengan musim gathering ni, saya dan keluarga serta kengkawan budiMaN sekeluarga nak buat gathering family jugak kat Istana Budaya. Kebetulan theatre muzikal kanak-kanak Alladin akan dipentaskan di sana bermula 11-18 Disember ini. Jadi pada Selasa lepas sempatlah kami semua pergi ambil tiket untuk menyaksikan pembukaan theater yang akan berlangsung pada 11hb Disember, Selasa ini jam 8-30 malam. Setelah kita semua bergathering di Maran tempoh hari, kini kita bagi peluang pulak kepada anak-anak kita dan keluarga untuk bergathering sambil tengok theater. Kalau tahun lepas ada theater kanak-kanak Ali Baba yang begitu menghiburkan dengan Aznil Nawawi. Harap-harap theater Alladin ini yang menampilkan pengarah yang sama dengan Pengarah Muzikal Pak Ngah akan lebih menghiburkan lagi. Memang suatu pengalaman baru kepada kanak-kanak yang pergi tengok theater ni, kena pula theater tersebut bagus mutunya. Jadi kepada kengkawan yang nak bawak family join sekali tu jomlah, tiket-tiket ada lagi kat Istana Budaya tu rasanya.

Thursday, December 06, 2007

muSiM gAthERiNG

Agaknya sekarang musim gathering. Iyelah sekarang ni pun banyak kenduri kendara dan sebagainya di musim cuti sekolah ni, tu pun gathering jugak, gathering keluarga dan sahabat handai. budiMaN pun baru sudah mengadakan gathering budiMaN 2007 pada 1-2 Disember yang lepas. Dengar-dengar khabarnya kalangan sahabat-sahabat budiMaN pun akan mengadakan gathering lagi dalam masa terdekat ini. Antaranya yang saya dengar ialah :

1. PotLuck di Kuantan yang dianjurkan oleh Sheena, Amy Jarr dan beberapa kengkawan yang lain di Taman Gelora, Kuantan. Khabarnya pada 9hb Disember ni. Tentunya meriah dengan kehadiran ramai kengkawan dan budiMaN semua.

2. Wani dcS pun khabarnya ada menganjurkan PotLuck juga di rumah Rosnah dcS antara 29 atau 30 Disember nanti. Khabarnya PotLuck ini untuk Ladies sahaja dan ramai geng dcS dan beberapa kursus lain bakal menyertai.

3. Geng dsS pun khabarnya ada buat ReUnion juga anjuran Muslim@ FG. Mungkin untuk dsS sahaja agaknya.

Apa-apapun alhamdulillah, nampaknya semakin ramai kengkawan UitM Kuantan kini telah kembali bertemu dan bersilatulrahim sesama mereka semua. Di harap dengan ramai permuafakatan akan memudahkan dan memperbanyakkan lagi kerja-kerja amal yang bakal kita lakukan pada tahun hadapan supaya pertemuan semula kita ini iaitu semua bekas-bekas pelajar UitM Kuantan akan membawa manfaat kepada kita, keluarga dan masyarakat daripada hanya berjumpa dan bersembang kosong tanpa sebarang faedah dan matlamat.

teruS beRbudi meLaLui budiMaN
beRaMaL, beRbaKti, beRsiLatuLRahiM

pOSinG mAUt gAthERiNG

Gambar-gambar gathering budiMaN 2007 telah pun di muatkan dalam satu link khas di bawah dengan tajuk Gambar Gathering budiMaN 2007 untuk tatapan kengkawan semua. Cuma gambar-gambar dari kamera Abang Nu sahaja yang telah saya terima melalui PosLaju pada hari Selasa lepas belum lagi dimuatkan. Insyaallah akan saya muatkan kemudian. Itupun saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada SK, isteri saya yang telah bersusah payah memuatkan gambar-gambar tersebut kerana saya sendiri tidak sempat untuk berbuat demikian kerana kesibukan menguruskan beberapa hal.

Dalam banyak-banyak gambar yang saya ambil pada hari itu ada satu gambar posing maut telah diberikan oleh 2 orang sahabat budiMaN kita semasa di Air Terjun Teladas. Cuba teka siapakah mereka ini agaknya. Ramai yang dah tahu agaknya sebab gambar nipun ada di muatkan dalam link gambar gathering. Gambar ni pun sebenarnya di ambil secara lawak sahaja dan jangan prasangka buruk pulak.

Apa yang sebenarnya saya nak beritahu kepada kengkawan semua menerusi gambar ini ialah walaupun setelah 22 tahun bertemu, berpisah dan bertemu kembali, semangat persahabatan, kemesraan dan ikatan seperti adik beradik masih lagi tersemat antara budiMaN semua. Itulah yang ditunjukkan oleh semua budiMaN yang menyertai Gathering budiMaN baru-baru ini. Kemesraan jelas terlihat di semua budiMaN walaupun sebelum ini mungkin ada antaranya yang tidak pernah bertegur sapa semasa di UitM Kuantan dulu, contohnya Wani, Dona, Sheena, saya sendiri tak pernah bertegur sapa dengan dia orang sebelum ini. Begitu juga Hamdan Boly dan lain-lain lagi. Tapi saya lihat pada gathering tersebut semuanya macam sahabat akrab tanpa ada rasa segan, pemalu, rendah diri atau takut untuk berjumpa kawan. Yang berjawatan tinggi, berjaya dalam perniagaan membuangkan semua pangkat dan darjat dan duduk bersama-sama macam adik beradik. Sebenarnya tiada penghalang antara kita semua sebab kita semua daripada asal yang sama iaitu UitM Kuantan. Jadi tidak sepatutnya kalau kawan-kawan yang lebih berjaya untuk bermegah atau membangga diri.

Apa-apapun semoga silatulrahim yang terjalin antara kita semua selama ini akan terus berkekalan dan semoga kengkawan yang menjauhkan diri akan kembali mendekati kita semua agar dengan lebih ramai budiMaN akan memberikan lebih banyak manfaat kepada semua budiMaN nanti.

Tuesday, December 04, 2007

cAtAtaN peRjaLaNaN gatHeRiNG budiMaN 2007

Setelah hampir sebulan membuat perancangan untuk mengadakan Gathering budiMaN 2007 edisi ke 2, tarikh 1hb Disember 2007 yang dinanti-nantikan pun tiba jua akhirnya. Saya memulakan perjalanan menghadiri gathering dengan bertolak dari Kuala Lumpur pada malam 30hb November 2007 menuju ke Maran, Pahang tempat berlansungnya gathering nanti. Sampai di Temerloh lebih kurang jam 11-30 malam dan saya bertemu Raman Kerbau yang sudah siap sedia menanti saya. Kami mengadakan perbincangan untuk memastikan segala persiapan gathering akan berjalan lancar pada keesokannya.

1hb Disember 2007, jam 7-15 pagi saya sudah berada di Pekan Maran menikmati teh tarik dan roti canai di sebuah restoran di sana. Tidak lama kemudian Sidi, Bilal, Raman Kerbau bersama 2 adiknya juga tiba. Hamdan Boly diB yang kini bertugas sebagai ADO Bera yang saya kira sejak dari graduate dulu tidak pernah saya temui juga sampai. Kami semua menikmati sarapan pagi bersama-sama. Selesai sarapan, kami bertolak ke Kelab Golf Maran di mana acara gathering yang pertama iaitu Pertandingan Golf Piala budiMaN akan di adakan.

Setibanya di Kelab Golf Maran, kami semua bertemu pula Antu dan Amin dsS yang juga tiba pagi tadi dari Alor Star, Kedah. Lebih kurang jam 8-45 pagi, pertandingan golf budiMaN pun dimulakan. Sebanyak 3 flight golf telah memulakan pukolan di TeeBox Pertama untuk acara ini. Acara golf telah berakhir lebih kurang jam 2-30 petang. Sementara itu panggilan telefon dari beberapa kengkawan yang memberitahu mereka sudah sampai di Maran membuatkan kami yang bermain golf semakin teruja. Tamat permainan golf, pemain-pemain telah menikmati makan tengahari di Kelab Golf Maran tetapi saya terus bergegas ke Kompleks Rakan Muda Maran untuk bersama-sama Urusetia Pendaftaran Peserta iaitu Keluarga Ummi dsS yang telahpun berada di sana sejak jam 1-00 tengahari lagi. Keputusan Acara Golf Piala budiMaN :

Johan : Antu dpA
Naib Johan : Raman Kerbau dbS
Tempat ke 3 : Lan kidA dbS

Semasa sampai lebih kurang jam 3-00 petang di Kompleks Rakan Muda, saya dapat mendengar keadaan riuh rendah dengan suara budiMaN yang bertemu rakan-rakan lama. Tak dapat dibayangkan keseronokan bertemu kawan-kawan lama yang sekian lama terpisah. Ummi memberitahu saya beberapa budiMan dan keluarga telahpun mendaftar. Setiap budiMaN yang mendaftar telah diberikan Aturcara Program, Goodies berupa Mug dan HandTowel tertera dengan tulisan Gathering budiMaN 2007 dan mencatatkan biodata diri dalam Buku Catatan Gathering budiMaN 2007. Antara yang telah mendaftar ialah Antu dpA sekeluarga, Ummi dsS sekeluarga, Rohana dsS sekeluarga, Wan Rozain dbS sekeluarga, Azahari (Bai) diB, Wan Azhar diA sekeluarga, Wan Mazlan (Apek) dpA sekeluarga, Norhisham (Apamz) diA sekeluarga, Salwani Ali dcS sekeluarga, Rashidah dsS sekeluarga dan Joe Malady diB sekeluarga. Ini diikuti pula dengan kehadiran peserta-peserta golf budiMaN yang sampai dari Kelab Golf Maran seperti Bilal dpA, Amin dsS, Raman dbS dan Sidi dpA.

Lebihkurang jam 4-00 petang, Minum Petang telah di hidangkan kepada semua budiMaN yang telah berada di Kompleks Rakan Muda Maran. Semasa minum petang, ramai lagi budiMaN yang tiba untuk mendaftarkan diri seperti Zambran dbS, Kitang diA sekeluarga, Kudeng dsS sekeluarga, Padil Sutoq dbS dan Charlie diB. Tepukan gemuruh di Dewan Makan Kompleks kedengaran setiap kali budiMaN dan keluarga tiba mendaftar dan memasuki dewan. Memang meriah dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata keseronokan bertemu semula setelah sekian lama. Kedengaran teriakan, sorakan, gelak ketawa dan keadaan dalam dewan hingar bingar dengan suara budiMaN.

Acara sukan yang sepatutnya di mulakan pada jam 5-00 petang terpaksa di mulakan lewat akibat kawan-kawan yang enggan berganjak dari dewan kerana tak habis-habis lagi excitement berjumpa kengkawan lama. Namun akhirnya acara sukan dapat juga dimulakan pada jam 5-30 petang. Sebelum sukan bermula, beberapa keluarga juga di dapati baru sampai seperti Mat Taib diB sekeluarga, Nasrun diA dan juga Syed Hamid diA.

Acara sukan telah di hoskan oleh Amy Jarr@ Antu pada petang itu dan telah dimulakan dengan senaman ringkas beramai-ramai yang telah di berikan oleh Sidi. Acara sukan telah diadakan di padang futsal yang terletak di tengah-tengah kompleks. Selesai senaman ringkas bagi memanaskan badan terutama kepada kengkawan yang jarang bersenam, acara Futsal Lelaki antara kursus pun bermula. Sementara itu acara sukaneka kanak-kanak telah di selang selikan antara perlawanan Futsal Lelaki. Acara Bola Baling Wanita juga telah diadakan melibatkan 2 buah pasukan. Keadaan Kompleks riuh rendah dengan sorakan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian seolah-olah seperti semasa di UitM Kuantan dulu semasa perlawanan antara kursus di adakan. Keputusan Acara Sukan :

Johan Piala budiMaN Futsal Lelaki Antara Kursus : DiploMa iN BankinG
Johan Acara Bola Baling Wanita : Pasukan Ummi

Akhirnya acara sukan berakhir pada jam 6-45 petang dan kami semua bersiap sedia untuk acara seterusnya iaitu Solat Maghrib berjemaah.

Lebih kurang jam 7-15 malam, kami semua berkumpul di Surau Kompleks untuk Solat Maghrib berjemaah dengan di imamkan oleh Kudeng dsS. Selesai solat maghrib, kami semua telah mengadakan bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat dengan niat untuk di sedekahkan kepada kawan-kawan UitM Kuantan yang telah meninggal dunia seperti Allahyarhamah Radziah dbS Jan 85, Allahyarhamah Rosnah diA Jan 85, Allayarham Aidilfitri diB Jan 85, Allayarham Zainal dbS Jul 85 dan Allahyarham Tarmizi diB Jan 86. Selesai doa selamat, kami berkumpul di surau dan menunggu azan Isyak. Azan kemudiannya telah dikumandangkan oleh biLaL dpA dan kami semua bersembahyang berjemaah bersama-sama.

Jam 8-45 malam, kami semua berkumpul pula di Dewan Makan Kompleks untuk Jamuan Makan Malam budiMan. Sementara itu beberapa budiMaN yang baru tiba seperti Zul Sani diB, Halim Lucah diB, Wahab Kasim diB dan isteri, Dona dsS dan Sheena dsS turut menyertai Makan Malam. Kami semua dihidangkan dengan Nasi berlaukkan ikan patin masak tempoyak, ayam goreng, sayur, kerabu pucuk paku dan beberapa masakan lain yang sungguh menyelerakan. Disamping itu kengkawan budiMaN masih lagi tidak henti-henti bertemu dan bersembang, bertanyakan khabar dan suasana memang meriah sekali. Bilal yang menjadi hos pada malam itu telah memulakan acara dengan pengenalan diri di ikuti dengan kengkawan budiMaN yang lain. Penyampaian hadiah turut di lakukan untuk beberapa acara sukan yang telah di adakan pada sebelah siangnya. Suasana gemuruh dengan sorakan dan teriakan kengkawan.

Acara malam itu turut di meriahkan dengan persembahan karaoke dari beberapa budiMaN seperti Amin, Sidi, Nasrun dan lain-lain. Memang suara dia orang ni power-power lagi seperti Amin dan Antu serta Nasrun dan lain-lain. Wan Azhar yang meniru gaya ala-ala Mawi memeriahkan dengan lagu Kian. Dona dsS juga tak kalah dengan suara merdunya berduet mendendangkan lagu Dua Insan. Bermacam-macam aksi kengkawan budiMaN ditunjukkan untuk memperlihatkan bakat masing-masing.

Sementara itu turut di berikan lucky draw yang berupa 5 hadiah sumbangan dari Hasni diB Jan 86 yang tidak dapat hadir tetapi telah mengirimkan sumbangan menerusi Charlie Koy. Sumbangan beliau iaitu Magnetic Bangle bernilai RM200 setiap satu telah di jadikan hadiah lucky draw. Antu juga telah mengadakan acara birthday untuk anak ke 2nya yang telah memotong kek seberat 3kg dan memberikan goodies untuk kanak-kanak.

Supper pula telah dihidangkan sekitar jam 11-00 malam dan kami semua meneruskan acara sambil bersembang dengan kengkawan budiMaN dan keluarga. Lebihkurang jam 12-30 malam, beberapa keluarga budiMaN telah beredar. Begitu juga dengan Dona dan Sheena yang turut beredar pulang ke Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun sebilangan besar budiMaN masih lagi berada di Dewan meneruskan perbualan dengan rakan-rakan yang lama tidak bertemu. Serasa memang tidak cukup masa dan banyak cerita yang ingin di tanyakan dan di bualkan. Setelah hampir 20 tahun terpisah, terlalu banyak yang ingin di tanyakan, di ceritakan dan dibualkan. Kemesraan semacam adik beradik sama seperti semasa di UitM Kuantan dahulu dapat dirasakan walaupun telah terpisah lama. Mungkin dulu semasa di UitM ada antara kita mungkin tidak pernah bertegur sapa pun tetapi dengan adanya gathering ini, ianya telah menyatukan silatulrahim antara semua budiMaN seolah-olah kita semuanya kawan yang teramat karib dari dulu hingga kini.

Jam hampir 2-30 pagi dan kami semua beredar ke bilik Asrama. Zul Sani, Halim Lucah dan Bai diB yang pada mulanya bercadang untuk balik ke Kuala Lumpur pada malam itu, menangguhkan hasrat mereka untuk terus bersama kengkawan sehingga esok pagi. Charlie, Antu, Joe Malady, Mat Taib yang sepatutnya tidur di chalet bersama keluarga turut "skuad" (term masa kat UitM Kuantan bila tumpang bilik orang lain) kat bilik Asrama. Di bilik asrama kami semua sembang lagi dan saya akhirnya terlelap kira-kira jam 3-30 pagi.

6-30 pagi kami semua di kejutkan dengan suara BiLaL yang mengajak kengkawan untuk sembahyang Subuh. Pada jam 8-00 pagi, kami semua bersarapan di Dewan Makan. Semuanya nampak ceria dan bersemangat dan masih tak henti-henti bersembang dengan budiMaN yang lain walaupun tidak cukup tidur.

Jam 9-00 pagi kami semua berkonvoi untuk Pusat Rekreasi Air Teladas dengan di dahului oleh Wan Azhar yang bertindak sebagai hos untuk acara ini. Perjalanan ke Teladas mengambil masa lebih kurang 10 minit dari Kompleks. Sesampai di Teladas, kanak-kanak tanpa membuang masa terus terjun untuk mandi air sungai Teladas. Beberapa acara kanak-kanak telah di aturkan oleh Wan Azhar di tepi sungai tersebut. Makanan dan minuman serta goodies kanak-kanak turut di berikan. Acara santai seperti Limbo dan acara games keluarga juga di adakan. Meriah dengan gelak ketawa dan suara budiMaN dan keluarga memberikan suasana yang sungguh menceriakan.

Setelah hampir 3 jam, berendam dalam air yang sejuk dan mengambil bahagian dalam games yang di hoskan oleh Wan Azhar, kami semua beramai-ramai berkonvoi pulang ke Kompleks dan chalet untuk acara terakhir Jamuan Makan Tengahari. Jam 1-00 tengahari, kami berkumpul di Dewan Makan kompleks untuk bersama-sama menikmati makan tengahari iaitu Nasi Minyak dengan lauk-lauk yang menyelerakan. Dan setelah mengadakan sedikit acara penutup dan pemberian hadiah untuk acara games dan sukan air, kami semua telah mengambil gambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan sebelum semuanya bersurai kira-kira jam 3-00 petang.

Begitulah catatan perjalanan Gathering budiMaN 2007 dan alhamdulillah perjalanan aturcara gathering semuanya telah berjalan dengan lancar dan baik. Sebanyak 32 budiMaN telah menghadiri gathering pada kali ini dengan 14 yang datang secara solo sementara bakinya seramai 18 telah datang bersama-sama keluarga masing-masing yang berjumlah hampir 110 orang. Walaupun bayaran penyertaan tidak mencukupi untuk menampung jumlah perbelanjaan gathering namun sumbangan dari beberapa kengkawan seperti Wan Azhar, Antu dan saya sendiri telah mencukupkan jumlah kewangan untuk menjelaskan semua bil yang harus di bayar.

Saya dengan ini juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang hadir memeriahkan gathering, semua wakil-wakil kursus yang telah bertungkus lumus berusaha menjemput kengkawan tanpa mengira masa, bil telefon dan komitmen yang tak mengenal putus asa, kepada Urusetia Gathering iaitu Sidi, Wan Azhar, Ummi dan Abg Nu sekeluarga, Antu, Bilal dan Raman Kerbau serta kepada semua pihak yang telah terlibat baik secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan gathering pada kali ini. Ribuan terima kasih juga kepada semua penyumbang seperti Antu, Wan Azhar, Joe Malady, Hasni dan yang lain-lain baik sumbangan wang ringgit, idea, tenaga dan usaha atau apa saja demi menjayakan gathering ini. Gambar2 gathering akan saya loadkan dalam satu link khas setelah saya terima gambar2 dari kamera Abg Nu nanti.

Jika terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan dalam pengurusan gathering ini, saya mewakili urusetia memohon ampun dan maaf, berikanlah teguran kepada kami, insyaallah kami akan cuba membaikinya di gathering yang akan datang. Moga kita akan dipertemukan lagi dalam lain-lain acara yang bakal di adakan oleh budiMaN dan semoga pertemuan kita di Maran tidak terhenti setakat itu sahaja. Kepada yang baru menyertai kita semua di Maran seperti Wani dcS, Dona dan Sheena, teruskanlah menjadi sebahagian dari budiMaN kerana anda semua dan sesiapa sahaja bekas pelajar UitM Kuantan adalah budiMaN dan di harapkan untuk menyertai sebarang aktiviti bersama budiMaN. Insyaallah selepas ini sudah ada cadangan dari beberapa budiMaN untuk mengadakan acara-acara Amal maybe dalam 2-3 bulan lagi. ( Ada cadangan seperti untuk beramal dengan mengecat dan membaiki surau di kampung yang terpencil sambil mengadakan Jamuan dan Doa Selamat bersama penduduk kampung tersebut, insyaallah). Sememangnya hasrat saya untuk kita berkumpul beramai-ramai ini dengan mempunyai tujuan yang jelas sesuai dengan halatuju budiMaN iaitu BeRAmaL, BeRbaKti dan BersiLatULrAhiM daripada kita hanya berkumpul tanpa sebarang matlamat dan tujuan. Inilah saluran kita untuk membuat sedikit bakti dan amal secara terus kepada masyarakat dengan sumbangan seikhlas dan semampu oleh kita semua.

Gathering budiMaN 2007 telahpun berakhir namun kenangan selama 2 hari 1 malam bersama-sama budiMaN sesungguhnya sukar untuk di lupakan. Semoga kemeriahan dan ikatan silatulrahim antara budiMaN dan keluarga tercapai dan berkekalan dan akan membuka ruang yang lebih luas lagi untuk kita terus bersama-sama dalam satu halatuju yang jelas sebagai bekalan kita dalam sisa-sisa hayat yang ada ini.

teRuS beRbuDi beRSaMa budiMaN
BeRaMaL, beRbaKti, beRSiLatuLRahiM

Sunday, December 02, 2007

baRu saMpAi

Baru sampai rumah kira-kira pukol 10-00 malam tadi dari Gathering budiMaN 2007 di Maran, Pahang. Setelah hanya tidur lebih kurang 1 jam sahaja pada Jumaat malam dan kemudiannya pada Sabtu malam setelah jamuan gathering, bersembang sampai pukol 3 pagi dengan kengkawan dan pada pukol 6-30 pagi pula di kejutkan oleh Bilal untuk sembahyang Suboh. Jadi dengan tidur hanya 5 jam dalam masa 3 hari ini membuatkan betul-betul flat bila sampai rumah. Walaupun gathering selesai kira-kira pukol 3-00 petang semalam namun saya bersama Wan Azhar dan Che Dat telah berkumpul semula dalam suatu perbincangan bagi menyelaraskan semua perbelanjaan untuk bayaran melalui kutipan yang di perolehi. Hampir 1 jam berbincang dan menyelesaikan semua perbelanjaan yang dilakukan, saya mengemaskan barangan saya, mandi dan bertolak keluar dari Asrama kira-kira jam 5-00 petang. Singgah sebentar di rumah ayah saya di Kg Paya Pulai, Temerloh dan selepas maghrib bertolak balik ke KL dan sampai pada pukol 10-00 malam tadi. Insyaallah esok akan saya ceritakan secara terperinci Catatan Perjalanan Gathering budiMaN 2007 yang telah berlansung selama 2 hari di Maran beserta sedikit gambar-gambar. Saya juga menunggu gambar yang diambil menerusi kamera Abg Nu untuk di hantar kepada saya nanti dan insyaallah apabila semua gambar telah ada akan di buat satu link baru gambar Gathering budiMaN 2007 nanti. So, sehingga esok, Selamat Malam sebab gua dah nak pi tidur dah beb, nak cover tidur 3 hari yang dah miss.....chau chin chau.

Friday, November 30, 2007

gAtheRiNG bUdiMaN 2007 - siRi 10 (fiNaL cOuntDOwN)

Sebenarnya dah tak tahu apa nak tulis lagi pasal gathering sebab dah terlalu excited nak pergi di tambah dengan sms dan panggilan dari kengkawan serta Urusetia yang memberikan maklumat-maklumat terkini berkaitan penyertaan dan persiapan yang telah dilakukan. Mungkin sewaktu anda membaca artikel ini sudah ada kawan kita yang telah mula meninggalkan rumah jauh di Utara iaitu Alor Star menuju ke Maran bagi menghadiri gathering ini esok.

Antu, Sidi dan Wan Azhar yang menjadi sebahagian dari Urusetia telah memberikan maklumat terkini berkaitan gathering dengan segala persiapan terakhir bagi menempah hadiah, goodies, caterer makanan, persiapan sukan dan sebagainya.

Khabarnya geng senior juga akan hadir di gathering nanti dan bermula dengan acara golf yang akan berlangsung pada jam 8-00 pagi esok. Hanif diB, Halim Mat Som di jangka akan menyertai acara golf bersama-sama saya sendiri, Antu, Bilal, Sidi, Raman, Hamdan Boly, Amin dsS dan beberapa orang lagi. Kiranya dah ada 3 flight golf dan saya harap acara golf akan dapat di selesaikan sekitar jam 12-00 tengahari.

Norm senior dsS juga ada mengirimkan sms kepada saya menyuarakan hasrat beliau untuk hadir ke gathering ini untuk Jamuan Makan Malam. Saya rasa Dona juga pastinya akan turut serta jika keadaan mengizinkan tambahan pula beliau kini berada di Jerantut berdekatan dengan pekan Maran.

Kepada kengkawan yang lain yang akan ke gathering nanti, pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati dan jika ada apa-apa masalah untuk ke Kompleks Rakan Muda Maran silalah hubungi saya sendiri atau Sidi atau Wan Azhar untuk mendapatkan panduan. Saya sendiri akan bertolak ke Maran malam ini mungkin selepas Maghrib, insyaallah. Selamat bertemu di gathering dan semoga perjalanan pergi ke Maran semuanya selamat, semoga kita semua mencapai tujuan untuk meneguhkan silatulrahim dengan gathering ini nanti dan semoga perancangan kita ini di berkati Allah swt jua.

SELAMAT DATANG budiMaN KE GATHERING 2007!

Thursday, November 29, 2007

gAtheRiNG bUdiMaN 2007 - siRi 9

Tinggal 2 hari saja lagi menjelang gathering budiMaN 2007 yang bakal berlangsung di Komplek Rakan Muda Maran bermula Sabtu ini. Semenjak semalam, telefon saya kerapkali di hubungi oleh rakan-rakan samada dari Urusetia dan mereka yang ingin menyertai gathering di saat-saat akhir ini. Semuanya nampak betul-betul teruja dan tak sabar-sabar nak ke gathering nanti. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini tarikh akhir penyertaan gathering adalah semalam kerana pada hari ini pihak Urusetia perlu memaklumkan jumlah peserta untuk persediaan makanan kepada caterer makanan.

Walaubagaimanapun saya percaya akan tetap ada kengkawan yang akan menyertai kita di saat-saat akhir nanti dan pihak Urusetia terpaksalah mengambil risiko untuk menempah makanan yang di kira mencukupi untuk menampung penyertaan di saat-saat akhir ini. Untuk itu kepada kengkawan yang masih lagi tidak dapat mengesahkan penyertaan tetapi mahu menyertai gathering nanti maka saya perturunkan kadar bayaran yang perlu di jelaskan seperti dibawah :

- Penyertaan menyeluruh gathering, kadar bayaran adalah seperti kadar yang telah ditetapkan sebelum ini.
- Penyertaan untuk Minum Petang/Makan Malam/Supper sahaja: Solo RM50 Keluarga RM80
- Penyertaan untuk Sarapan/Makan Tengahari sahaja: Solo RM30 Keluarga RM60

Untuk penyertaan selepas tarikh dateline semalam, tiada jaminan goodies akan diberikan kerana tempahan tidak dapat di buat lagi. Goodies bergantung kepada siapa cepat dia dapat je la.

Panduan ke Kompleks Rakan Muda Maran :
Kepada mereka yang melalui Lebuhraya Pantai Timur samada dari Kuala Lumpur atau Kuantan bolehlah exit di Persimpangan Maran dan selepas membayar tol akan berjumpa traffic light dan belok ke kanan. Selepas itu akan berjumpa lagi 2 traffic light dan selepas traffic light ke 2, anda akan lihat Kompleks Rakan Muda Maran di sebelah kanan anda. Anda boleh buat pusingan U-turn di tempat yang di tetapkan dan kira-kira 50 meter dari U-turn tersebut adalah pintu masuk ke Kompleks.

Pesanan :
-Kita akan mengadakan beberapa acara sukan dan rekreasi air dan kepada peserta dan keluarga silalah bawa pakaian yang bersesuaian.
-Untuk Sembahyang Jemaah, Yassin dan Tahlil eloklah di bawa surat Yassin sendiri nanti. Tahlil dan Yassin itu nanti insyaallah kita niat untuk di sedekahkan kepada bekas-bekas pelajar UitM Kuantan seperti Allahyarhamah Radziah dbS Jan 85, Allahyarhamah Rosnah diA Jan 85, Allahyarham Fitri diB Jan 85, Allahyarham Zainal Ariffin Tukimin dbS Jul 85 serta Allahyarham Mohd Tarmizi Hassan diB Jan 86.
- Bagi penginapan Asrama, tuala mandi tidak di sediakan jadi kena bawa tuala sendiri. Sabun mandi tidak perlu dibawa kerana di sediakan oleh Asrama.

Kalau ada apa-apa pertanyaan, silalah tinggalkan pesanan di ruangan komen di bawah atau menghubungi saya sendiri melalui sms/phone atau kepada Sidi di 013-6843639 atau Wan Azhar di 019-9165765.

Wednesday, November 28, 2007

gAtheRiNG bUdiMaN 2007 - siRi 8

Semalam saya bersama beberapa rakan-rakan budiMaN telah menghadiri satu mesyuarat Gathering budiMaN 2007 yang telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda Maran (nama sebenar kompleks tersebut dan bukannya Komplek Belia Maran). Hadir dalam mesyuarat yang telah berlansung pada jam 11-30 tengahari ialah Sidi, Antu, Wan Azhar dan Raman Kerbau. Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut yang merupakan antara persiapan terakhir Urusetia Gathering nanti.

Setakat tengahmalam tadi (27hb Nov 2007) sebanyak 35 peserta telahpun mengesahkan penyertaan samada melalui wakil kursus, e-mail, ruangan komen, sms dan phone. Senarai akhir peserta setakat ini akan saya tuliskan di ruangan komen. 35 peserta yang akan datang berkeluarga dan solo di anggarkan seramai 120 orang. Sebanyak 11 buah chalet juga telah ditempah bagi menampung 11 keluarga yang memilih penginapan chalet sementara bakinya memilih penginapan asrama kompleks.


Aturcara gathering telah dipersetujui seperti aturcara di artikel siri 7 dengan maklumat terperinci seperti berikut :

1. Pendaftaran peserta gathering
Pendaftaran peserta akan bermula pada jam 1-00 tengahari, 1hb Disember 2007 (Sabtu) di Kompleks Rakan Muda Maran. Semua keluarga baik yang akan menginap di Asrama atau di Chalet di kehendaki mendaftar di kompleks. Bagi keluarga yang menginap di Asrama akan diberikan cadar, sarung bantal dan selimut. Tuala mandi dan sabun perlu dibawa sendiri oleh peserta dan keluarga bagi penginapan Asrama. Keluarga yang menginap di chalet akan diberikan kunci chalet.

Semasa mendaftar peserta akan di berikan barangan seperti di atas dan selepas itu di kehendaki mengisi maklumat diri dalam sebuah Buku Catatan Khas yang akan di sediakan di meja pendaftaran. Setiap peserta akan diberikan goodies berupa 2 barangan untuk kenangan gathering ini dan juga Buku Program Gathering. Setelah itu peserta bersama keluarga akan bergambar keluarga sebelum beredar dari meja pendaftaran.

2. Sukan
Sebanyak 3 acara sukan akan di adakan secara santai dan kasual iaitu acara Futsal dan Bola Jaring antara kursus. Ianya akan di adakan mengikut undang-undang tersendiri dengan mementingkan semangat silatulrahim dan bukannya secara serius dan pertandingan. Futsal dan Bolajaring akan di wakili oleh pasukan yang dibentuk mengikut kursus terdiri dari peserta dan ahli keluarga. Futsal hanya untuk lelaki dan Bolajaring untuk wanita. Wakil kursus yang dilantik di minta untuk membentuk pasukan kursus masing-masing bagi ke dua-dua acara ini. Jika sekiranya sesuatu kursus itu tidak mempunyai cukup ahli dan tidak dapat bermain maka kemenangan walkover akan diberikan. Pertandingan akan di adakan secara liga kumpulan dan juara kumpulan akan ke peringkat akhir. Sebuah Piala Pusingan budiMaN akan di hadiahkan kepada Johan Kursus yang mana insyaallah ianya akan di pertandingkan pada setiap kali gathering nanti. Selain itu pemenang tempat pertama dan ke dua juga akan menerima hadiah barangan.

Kanak-kanak juga akan terlibat dalam suatu acara sukaneka ringkas kanak-kanak yang akan dikendalikan oleh Urusetia nanti.

3. Solat Maghrib Berjemaah, Bacaan Yassin dan Tahlil.
Solat maghrib dan Isyak berjemaah akan di adakan di surau Kompleks. Selesai solat maghrib akan di adakan bacaan Yassin dan Tahlil untuk di sedekahkan kepada bekas pelajar UitM Kuantan yang telah meninggal dunia iaitu Allahyarhamah Kak Radziah (dbS Jan 85), Allahyarham Fitri ( diB Jan 85) dan Allahyarham Zainal Abidin Tukimin ( dbS Jul 85).

4. Jamuan Makan Malam
Makan Malam akan di adakan selepas Solat Isyak mulai jam 8-45 malam di Dewan Asrama Kompleks ( pada mulanya hendak di adakan di Dewan Utama Kompleks tetapi oleh kerana kerja-kerja renovation masih lagi belum selesai). Makanan secara buffet dengan masakan lauk tempatan citarasa negeri Pahang. Pada mulanya juga cadangan untuk menjemput pancaragam tetapi akibat kekurangan budget maka hanya set karaoke beserta DJ sahaja yang akan di undang untuk menyerikan majlis nanti. Suatu acara untuk kanak-kanak dan dewasa akan di adakan dengan sedikit token kepada peserta yang mengambil bahagian.

6. Rekreasi Air di Pusat Rekreasi Air Teladas
Acara ini adalah acara keluarga secara santai dan bebas di suatu kawasan perkelahan air terjun yang terkenal di Daerah Maran. Ianya terletak berhampiran kompleks kira-kira 10 minit perjalanan. Suatu acara sukaneka bagi kanak-kanak secara santai akan di adakan di situ oleh pihak Urusetia nanti beserta dengan sedikit token untuk kanak-kanak. Di samping itu barbeque secara simple dengan makanan ringan juga akan di adakan di situ selain di sediakan minuman dan snacks.

Lain-lain Hal
Urusetia gathering juga akan membuat satu banner di pintu masuk Kompleks iaitu Selamat Datang ke Gathering budiMaN 2007. Semua peserta dan keluarga di minta membawa keperluan peribadi serta pakaian sukan yang bersesuaian dan pakaian mandi jika ada untuk aktiviti gathering nanti. Kalau takde then belasah je la apa yang ada. Tiada paksaan, kasual dan tidak formal.

Anggaran Belanjawan Gathering budiMan 2007
Dari seramai 35 peserta gathering di anggarkan kutipan sebanyak RM 3,855 untuk bayaran penyertaan.

Anggaran perbelanjaan pula iaitu seperti berikut :
Catering Makanan : 110 pax x RM25 = RM2,750
Chalet : 11 chalet x RM70 = RM770
Asrama : 40 x RM8 = RM320
Banner = RM60
Goodies = RM480
Hadiah Sukan = RM350
Token Acara Malam = RM100
Token Sukan Air Teladas = 100
Sewa Karaoke dan DJ = RM200
Jumlah Anggaran Perbelanjaan jika di campur di atas berjumlah RM5,130. ( Belanjawan Defisit)

Walaupun anggaran pendapatan tidak mencukupi bagi menampung anggaran perbelanjaan tetapi insyaallah pihak Urusetia akan menampung lebihan perbelanjaan tersebut dengan sumbangan dari beberapa rakan Urusetia nanti.

Bagi catering makanan pihak urusetia juga terpaksa menimbangkan kengkawan budiMaN yang datang pada saat-saat akhir atau datang sekejap sahaja untuk makan malam atau makan tengahari dan terpaksa jugalah di pelawa makan dan sebagainya walaupun tiada penyertaan. Insyaallah Urusetia akan cuba workout dan menampung perbelanjaan itu nanti. Jadi jumlah 110 pax tersebut masih tidak betul-betul tepat lagi dan mungkin dipinda di saat-saat akhir nanti jika ianya boleh dipenuhi oleh pihak caterer.

Walau apa-apa pun, saya dengan pihak urusetia yang bermesyuarat semalam di Maran berharap semua kawan-kawan yang akan hadir di gathering nanti berpuas hati dengan perancangan perjalanan gathering itu nanti. Mungkin ianya tidak sebaik semasa Gathering 2006 di Cherating dahulu tetapi di harap semangat silatulrahim yang ingin di ketemukan kembali antara kita semua mendahului tujuan kita bertemu semula di Maran nanti.

Monday, November 26, 2007

gAtheRiNG bUdiMaN 2007 - siRi 7

Aturcara gathering masih dalam perancangan dan perbincangan dengan beberapa rakan-rakan budiMaN. Sebarang maklumbalas dari kawan-kawan semua amatlah diharapkan. Walaupun gathering ini nanti akan di jalankan sepenuhnya secara kasual dan tidak formal namun penyusunan acara yang terancang akan memberikan keselesaan dan kesempurnaan kepada gathering itu nanti. Secara ringkasnya perancangan aturcara adalah seperti berikut :


1hb Disember 2007 (Sabtu)
1-00 pm : Pendaftaran peserta gathering
4-00 pm : Minum Petang
5-00 pm : Sukan
6-30 pm : Tamat Acara Sukan
7-00 pm : Solat Maghrib berjemaah di ikuti dengan Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat
8-15 pm : Solat Isyak berjemaah
8-45 pm : Jamuan Makan Malam ( Persembahan Pancaragam/Children Karaoke)
11-00 pm : Supper


2hb Disember 2007 (Ahad)
8-00 am : Sarapan
9-00 am : Rekreasi Air di Pusat Rekreasi Air Teladas
12-00 pm : Jamuan Makan Tengahari
2-00 pm : Bersurai


Acara Sukan :
Seperti pregathering dulu pada tahun 2006 di Cherating, kita telah mengadakan sukaneka kanak-kanak dan dewasa di tepi pantai yang telah di kelolakan oleh Amy Jarr@ Antu dpA. Untuk tahun ini ada cadangan supaya di adakan acara yang sama. Ada juga mencadangkan agar di buat pertandingan Futsal antara kursus dengan cara kita sendiri seperti tempoh permainan cuma 5 minit sahaja, penjaga gol terdiri dari wanita ( supaya wanita boleh ambil bahagian), pasukan di anggotai oleh budiMaN dan keluarga, boleh tukar pemain bila-bila masa dsb.

Sembahyang berjemaah, Yassin dan Tahlil :
Sembahyang Maghrib dan Isyak berjemaah di Surau Kompleks dan kita adakan bacaan Yassin dan Tahlil untuk disedekahkan kepada kengkawan UitM Kuantan yang telah meninggal dunia seperti Aruah Fitri dan Zainal. Saya rasa Kudeng dsS atau Bilal mungkin boleh lead untuk acara ini.

Jamuan Makan Malam (Persembahan Pancaragam/Children Karaoke) :
Harap-harap makan malam pukol 8-45 malam tidak terlalu lewat terutama untuk kanak-kanak. Jadi kita mulakan acara ini dengan terus Jamuan Makan Malam dan sebarang ucapan atau acara kita selitkan semasa hadirin sedang makan. Makanan secara buffet dan akan di buat di dalam Dewan Kompleks tersebut.

Rekreasi Air di Pusat Rekreasi Air Teladas :
Pusat Rekreasi Air Teladas terletak berhampiran Kompleks Sukan. Ianya adalah kawasan perkelahan air terjun Teladas yang terkenal di kawasan Maran. Menurut Wan Azhar terdapat aktiviti rekreasi air yang boleh di buat di sana seperti berkayak dsb.

Golf :
Acara golf pula akan diadakan pada sebelah pagi Sabtu di Kelab Golf Maran berhampiran chalet yang akan diduduki oleh sebilangan budiMaN. Kepada sesiapa yang hendak menyertai boleh menghubungi saya sendiri atau Che Dat. T.Off dalam pukol 8-00 pagi. Dan kalau ada yang tak puas hati mungkin boleh buat round ke 2 pada petang Ahad selepas bersurai dari gathering pula nanti.

Goodies :
Saya juga berharap dapat menyediakan goodies atau cenderahati kepada budiMaN yang hadir nanti sebagai kenang-kenangan gathering 2007. Mungkin tidak perlu sesuatu yang mahal tetapi ianya boleh diberikan sebagai tandamata semasa peserta dan keluarga datang membuat pendaftaran nanti.

Begitulah serba ringkas aturcara yang masih dalam perancangan dan mengharapkan maklumbalas kengkawan semua untuk lebih teratur dan kemas lagi. Sekiranya aturcara sudah di finalise nanti maka ianya akan tertera di Buku Program Gathering budiMaN 2007 nanti sebagai aturcara rasmi. Jadi saya amat berharap kepada maklumbalas dan komen kengkawan berkaitan aturcara di atas.

Sunday, November 25, 2007

gAtheRiNG bUdiMaN 2007 - siRi 6

Tinggal 5 hari saja lagi dan insyaallah sebahagian daripada kita akan berkumpul di Kompleks Belia Maran bagi Gathering budiMaN 2007 yang bakal berlansung pada 1-2 Disember 2007. Setakat ini hampir 30 peserta bersama keluarga masing-masing telahpun mengesahkan penyertaan mereka untuk bertemu kawan-kawan yang sekian lama terpisah. Kepada kawan-kawan yang telah mengesahkan penyertaan harap dapat menjelaskan bayaran penyertaan kepada wakil kursus masing-masing sebelum 28hb November ini bagi memudahkan kita membuat tempahan makanan dan mengatur penginapan. Walaubagaimanapun jika tidak berpeluang membuat pembayaran pada tarikh tersebut di harap dapat membuat pembayaran semasa pendaftaran gathering nanti di Maran.

Kita juga berharap kepada sesiapa yang masih lagi belum dapat mengesahkan penyertaan mereka agar dapat berbuat demikian secepat mungkin sebelum 28hb November ini kerana caterer makanan kita mengkehendaki membuat pengesahan tempahan makanan pada 29hb November iaitu 2 hari sebelum gathering untuk memudahkan mereka menyediakan makanan. Mungkin kepada yang masih belum membuat keputusan itu, saya nasihatkan kalau tidak boleh datang untuk keseluruhan acara gathering mungkin boleh datang pada sebelah malam untuk Jamuan Makan Malam atau kalau tidak boleh juga, mungkin boleh datang untuk Jamuan Makan Tengahari pada hari Ahad 2hb Disember nanti. Sekurang-kurangnya semangat untuk bertemu kawan-kawan lama tetap ada di hati kengkawan semua walaupun dalam kesibukan kerana urusan peribadi atau lain-lain. Lagipun Maran hanya terletak kira-kira 1 jam setengah perjalanan dari KL atau dari Kuantan dan memang mudah dengan adanya Lebuhraya Pantai Timur ( boleh balik hari saja - macam KL nak pergi Kelang atau Bukit Beruntung je). Jadi pada saya tiada alasan sebenarnya kepada sesiapa yang tidak mahu datang ke gathering, kalau tak boleh Sabtu, datang Ahad, kalau tak boleh datang lama, datang sekejap sebelah malam dan sebagainya. Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak memang seribu dalih.

Apa-apa pun insyaallah gathering ini nanti akan mempertemukan kengkawan yang sekian lama terpisah dan saya sendiri dalam kesibukan kerja memang merasa sangat teruja terutama apabila ingin bertemu kawan-kawan lama. Rasa nak tahu khabar kawan-kawan, keluarganya, kesihatannya dan macam-macam lagi. Setelah 22 tahun dulu kita semua bersama bagaikan adik beradik, membesar bersama selama 3 tahun dalam suatu jangkamasa umur remaja yang cukup menyeronokkan penuh dengan kenangan, perasaan keterujaan untuk mengetahui khabar kawan-kawan yang lain menjadi priority lebih dari urusan lain pada masa ini. Insyaallah bertemu kita semua nanti di Maran.

Friday, November 23, 2007

gAtheRiNG bUdiMaN 2007 - siRi 5

Alhamdulillah setakat ini berdasarkan catatan di ruangan komen dan makluman dari beberapa wakil kursus, 20 keluarga telahpun mengesahkan penyertaan dan 4 orang pula akan datang secara solo. Wakil-wakil kursus masih lagi mengusahakan untuk mendapatkan pengesahan daripada beberapa kengkawan yang lain yang masih lagi tidak dapat memberikan keputusan mungkin kerana terlalu sibuk dan padat dengan jadual yang membuatkan mereka terpaksa mengenepikan dulu samada ingin menyertai gathering ini.

Walaubagaimanapun tarikh akhir untuk menempah chalet ialah pada hari ini dan sehingga ini sudah ada 4 keluarga yang telahpun mengesahkan untuk menempah chalet. Chalet hanya terdapat 14 buah unit sahaja dan tempahan awal adalah untuk mengelakkan ianya dari kehabisan.

Kesibukan tugas juga memaksa saya menangguhkan pemergian untuk bermesyuarat di Maran pada semalam dan hari ini walaupun begitu banyak perkara yang harus di selesaikan di sana. Persediaan aturcara, finalise menu makanan dengan caterer, sukaneka, pedaftaran peserta dan penetapan bilik2 penginapan, buku program, hadiah2 dan goodies, perlantikan urusetia acara, peralatan dan beberapa perkara lain masih lagi belum di selesaikan.

Walaupun gathering ini nanti akan di adakan secara kasual dan tidak formal, saya berharap ianya akan dapat dilaksanakan dengan tersusun dan teratur dengan sempurna. Kita berharap ianya nanti akan dapat memberikan keselesaan kepada kaum keluarga dan spouse BudiMaN yang hadir agar mereka tidak berasa tersisih dan tiada involvement dalam acara yang dijalankan nanti. Gathering ini adalah bertujuan untuk kita saling berkenal-kenalan semula setelah 22 tahun di pertemukan di Kuantan dahulu di samping beramah mesra dengan ahli-ahli keluarga yang hadir nanti.

Kepada kengkawan yang masih belum membuat pengesahan untuk hadir gathering nanti, silalah berbuat demikian secepat mungkin kerana inilah peluang untuk berjumpa semula dengan kawan-kawan yang lama terpisah di samping membina silatulrahim dan kontek baru yang mungkin berguna kepada kita semua suatu hari nanti.

Kepada wakil-wakil kursus sila nyatakan jumlah kehadiran ahli keluarga secara tepat kepada saya sebelum 28hb November ini kerana saya memerlukan senarai yang lengkap jumlah peserta untuk membuat tempahan dengan caterer makanan kita nanti di samping untuk membuat penetapan bilik-bilik penginapan. Sila nyatakan jumlah ahli keluarga, dewasa, kanak-kanak dan anak-anak yang berumur 12 tahun ke atas. Senarai tersebut bolehlah di hantar secara menulis komen di bawah ataupun e-mail kepada saya.

Wednesday, November 21, 2007

pRoMoSi paSaRaYA mydiN niLAi n paBLo

1. Towkey Mydin Nilai, Slambe Jr dpA ada mengirimkan e-mail dan sms kepada saya semalam minta di siarkan di dalam blog tentang promosi "Back To School" di pasaraya Mydin Nilai milik beliau. Di bawah ini saya siarkan e-mail beliau :

Salam
Minta tolong beritahu para BUDIMAN sekelian kedai aku Mydin Mart Nilai ada buat promo Back to School dari 21/11/07-6/1/08.

Hampir 400 jenis barangan sekolah dibuat promosi dengan harga rendah dan berpatutan. Ini termasuk baju sekolah, seluar, tali pinggang, beg, botol minuman, bekas makanan, stokin, cadar asrama, track, songkok, baju kurung, pensil warna, pen, calculator, exercise book dan sebagainya. Yang berjenama seperti Baju Canggih dan BATA pun ada. Biasanya yang berjenama ni standard price, tiada diskaun kerana harga kawalan agen. Tapi untuk rodong2 aku bagi gak diskaun dengan syarat bila nak datang tepon aku dulu. Aku bagi kad diskaun sementara.

Jadi mana rodong2 yang lalu kat Nilai ni atau yang tinggal di daerah berdekatan, datanglah beli barang sekolah kat kedai aku ni. Tolonglah rodong sorang ni nak berniaga skit. Jadi bagitau sedara-mara, kawan2, sedara kpd kawan2, kawan kpd sedara kawan2 sekali..yg datang sekali ngan rodong tu pun aku bagi diskaun sekali.

2. Wan Rozain dbS juga ada menghantar sms kepada saya baru-baru ini memberitahu bahawa Pablo diA akan menghadiri konvokesyen di PWTC pada 8hb Disember 2007 ini. Beliau memperolehi Ijazah di dalam bidang Information Technology. Tapi takde pulak Rozain nyatakan dari universiti mana. Tahniah kepada Pablo kerana berjaya memperolehi Ijazah.

Monday, November 19, 2007

gAtheRiNG bUdiMaN 2007 - siRi 4

Alhamdulillah sambutan terhadap Gathering BudiMaN 2007 nampaknya begitu mengalakkan dengan penyertaan yang makin bertambah dari hari ke sehari. Dengan usaha yang penuh kesabaran dan tak jemu-jemu oleh wakil-wakil kursus, insyaallah gathering ini mungkin akan menjadi perhimpunan terbesar bekas-bekas pelajar UitM Kuantan setelah 22 tahun. Bermacam karenah yang terpaksa di hadapi oleh wakil-wakil kursus namun saya harap mereka semua akan tetap sabar demi memujuk rakan-rakan dan mendapatkan pengesahan dan pembayaran penyertaan daripada kawan-kawan semua. Pengorbanan masa, wang ringgit (sms/phone) dan ketabahan anda wakil-wakil kursus amat-amat saya fahami dan hargai.

Mungkin wakil kursus boleh memberikan beberapa senarai kengkawan yang telahpun mengesahkan penyertaan di sini untuk tatapan semua agar mungkin ianya dapat mendorong kawan-kawan lain yang belum membuat pengesahan untuk sama-sama berhimpun di Maran nanti. Kalau boleh dapat di update dalam ruangan komen pada setiap hari oleh wakil kursus jika ada kelapangan.

Sememangnya kalau boleh kita mahukan pengesahan penyertaan kengkawan seberapa segera di tambah pula dengan jumlah kehadiran yang ramai ini untuk membolehkan pihak Urusetia membuat beberapa persiapan aturcara, penginapan dan makanan serta budget. Jadi minta kepada kengkawan untuk membuat pengesahan dan pembayaran serta nyatakan jumlah ahli keluarga yang akan hadir dan nyatakan juga jumlah anak di bawah 12 tahun dan anak 12 tahun ke atas secepat mungkin.

Di bawah ini di nyatakan kadar bayaran yang lengkap setelah beberapa penyertaan di terima dengan tidak mahu penginapan, mahukan chalet dan sebagainya :

1. Penginapan Asrama Komplek Belia Maran :
- Keluarga yang mempunyai anak berumur kurang dari 12 tahun : RM135 perfamily
- Keluarga yang mempunyai anak berumur 12 tahun keatas tidak lebih dari 2 orang : RM 150 perfamily
- Keluarga yang mempunyai anak berumur 12 tahun keatas lebih dari 2 orang : RM 180 perfamily
- Penyertaan solo : RM50

2. Penginapan Chalet ( kadar tetap RM70 semalam):
- Keluarga yang mempunyai anak berumur kurang dari 12 tahun : RM170
- Keluarga yg mempunyai anak 12 thn keatas tidak lebih dari 2 org : RM190
- Keluarga yg mempunyai anak 12 thn keatas lebih dari 2 org : RM210

3. Penyertaan Gathering tetapi tidak bermalam :
- Keluarga yang mempunyai anak berumur kurang dari 12 tahun : RM100
- Keluarga yg mempunyai anak 12 thn keatas tidak lebih dari 2 org : RM115
- Keluarga yg mempunyai anak 12 thn keatas lebih dari 2 org : RM140

Kadar di atas adalah untuk pakej penginapan ( tanpa penginapan), makanan dan aktiviti yang akan dijalankan nanti. Harap kengkawan semua berpuashati dengan kadar bayaran seperti di atas dan jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemuskyilan, silalah berhubung dengan saya. Harap dapat kengkawan menjelaskan bayaran penyertaan kepada wakil kursus masing-masing dan wakil kursus menyerahkannya kepada Bendahari Gathering iaitu saudara Wan Azhar.

Setakat ini pada jam 8-44pm (19 Nov 07), saya anggarkan sudah terdapat lebih kurang 25 keluarga yang telah mengesahkan penyertaan dengan hampir 80 orang termasuk kanak-kanak dan 4 keluarga juga telah menempah chalet untuk bermalam nanti. Kepada sesiapa yang ingin menempah chalet, saya bagi dateline sehingga Jumaat ini ( 23 Nov 2007) dan harap wakil kursus akan dapat memberitahu kepada saya selewat-lewatnya Jumaat nanti supaya tempahan dapat di lakukan dengan Pejabat Daerah Maran. Insyaallah walau kehadiran kengkawan nanti melebihi dari jangkaan, saya dan pihak Urusetia Gathering sudahpun bersiap sedia dengan penginapan untuk keselesaan tuan-tuan dan puan-puan semua. Urusetia Gathering berkemungkinan juga akan mengadakan pertemuan sekali lagi di Maran dalam minggu ini bagi memastikan perjalanan gathering nanti dapat berjalan dengan sempurna. Kepada kawan2 yang turut ingin sama bermesyuarat di Maran nanti, silalah hubungi saya atau Che Dat. Marilah kita sama-sama mendoakan ke hadrat Allah swt agar segala perancangan kita ini beroleh kejayaan.

Thursday, November 15, 2007

gAtheRiNG bUdiMaN 2007


Mesyuarat Gathering BudiMaN 2007 telah di adakan semalam bertempat di Kompleks Belia Maran lebih kurang jam 12-30 tengahari. Ianya telah di hadiri oleh Che Dat, Antu, Wan Azhar, Raman Kerbau dan saya sendiri. Setelah berbincang dengan panjang lebar selama hampir 2 1/2 jam dan kemudiannya meneliti kawasan kompleks Belia tersebut maka kami mengambil rumusan seperti berikut :

Gathering BudiMaN 2007 akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 1 dan 2 Disember 2007
Venue : Kompleks Belia Daerah Maran
Check In : 1 tengahari

1. Penginapan kompleks tersebut mempunyai 90 buah katil dalam bentuk dorm asrama terbahagi kepada Asrama Lelaki dan Perempuan. Setiap keluarga nanti tidak dapatlah bermalam dalam satu bilik kerana lelaki dan wanita di letakkan berasingan dalam dorm yang mempunyai 8 katil setiap satu. Semua keluarga terpaksalah berkongsi bilik dorm dengan keluarga yang lain. Kanak-kanak di bawah 12 tahun boleh samada bermalam di Asrama Lelaki atau Perempuan. Bayaran RM8 sekepala di kenakan untuk bayaran penginapan. Jika sekiranya penginapan tidak mencukupi, terdapat chalet milik Pejabat Daerah Maran yang boleh juga di sewakan. Terdapat 14 buah chalet studio type dengan harga RM70 semalam terletak di Kelab Golf Maran kira-kira 5 minit perjalanan dari kompleks tersebut.

2. Makanan akan disediakan seperti berikut :

Sabtu - 1hb Disember 2007
Minum Petang - 4-00 petang ( Menu : Teh Tarik, Milo, Kuih-Muih dan Asam Laksa)
Makan Malam - 8-00 malam ( Menu : Nasi Putih, Ikan Patin Sangkar Tempoyak, Ayam Goreng, Sayur Campur, Kerabu Pucuk Paku, Buah2an dan Minuman)
Supper - 10-30 malam ( Menu : Teh, Kopi dan kuih-muih)

Ahad - 2hb Disember 2007
Sarapan Pagi - 8-00 pagi (Menu : Teh, Kopi, Nasi Lemak, Mee Goreng dan kuih-muih)
Makan Tengahari - 12-00 tgh (Menu : Nasi Minyak, Kurma Daging, Ayam Masak Merah, Acar, Buah2an dan Minuman)

Caterer Berdaftar Kompleks Belia Maran ( adik kepada Amran Ayub diB Jan 85) telah mengenakan caj sebanyak RM25 sekepala tidak mengira dewasa atau kanak-kanak.

3. Perlantikan Wakil Kursus untuk Jemputan dan Penerimaan Bayaran Pengesahan Penyertaan. Setelah menghubungi beberapa BUDIMAN untuk meminta pertolongan menjadi wakil kursus maka senarainya adalah seperti berikut :

Wakil dBS - Shema dan Jepun ( 019-3161751)
Wakil diA - Syed Hamid ( 017-2525800)
Wakil diB - Charlie Koy (019-9861331)
Wakil dcS - Kadir (019-2110099)
Wakil dsS - Ummi (019-9799182)
Wakil dpA - Bilal (013-9864049)
Wakil Senior - Dona (012- 9021086)
Wakil diB Jan 86 - Rod

Kepada bekas-bekas pelajar ITM Kuantan yang lain (selain dari di atas) tidak mengira batch mana sekalipun yang turut ingin menyertai gathering ini juga bolehlah menghubungi saya sendiri untuk mengesahkan penyertaan anda.

Wakil kursus akan menguruskan pengesahan penyertaan termasuk menerima pembayaran penyertaan. Di harap kengkawan yang ingin menyertai gathering ini supaya dapat menghubungi wakil kursus masing-masing dengan menyertakan bayaran dan jumlah ahli keluarga yang akan hadir. Wakil kursus setelah menerima senarai pengesahan penyertaan dan bayaran akan menyerahkan bayaran tersebut kepada Bendahari Gathering iaitu saudara Wan Azhar diA. Tarikh akhir penyertaan dan pembayaran adalah pada 28hb November 2007 iaitu kira-kira 14 hari dari sekarang. Wan Azhar sebagai Bendahari utama Gathering boleh di hubungi melalui no telefon 019-9165765.

4. Aturcara Gathering juga telah dibincangkan. Walaubagaimanapun ianya cuma di peringkat perancangan dan sebarang cadangan daripada kengkawan semua amatlah di alu-alukan. Secara ringkas perancangan aturcara adalah seperti berikut :

Sabtu 1hb Disember 2007
1-00pm : Check In peserta gathering BudiMaN
4-00pm : Minum Petang
5-00pm hingga 6-30pm : Sukaneka
8-00pm : Jamuan Makan Malam - Pengenalan keluarga baru, Persembahan Pancaragam dan Karaoke Kanak-Kanak.
10-30pm : Supper

Ahad 2hb Disember 2007
8-00am : Sarapan
9-00am : Aktiviti Keluarga di Pusat Rekreasi Air Teladas
12-00tgh : Jamuan Makan Tengahari
2-00pm : Bersurai

Sebarang cadangan lain untuk aktiviti sepanjang gathering amatlah dialu-alukan daripada kengkawan semua. Kompleks Belia Maran mempunyai pelbagai kemudahan sukan dan dewan. Antara kemudahan sukan seperti Futsal, Badminton, Bolajaring dan lain-lain lagi. Acara golf pula mungkin akan diadakan pada sebelah pagi Sabtu 1hb Disember 2007 di Kelab Golf Maran dan kepada sesiapa yang ingin menyertai bolehlah menghubungi saya untuk keterangan lanjut.

5. Lain-Lain Hal
Bagi keluarga yang besar yang ingin menyertai Gathering nanti bolehlah juga membawa toto atau sleeping bag untuk tempat tidur anak-anak jika katil tidak mencukupi. Pakaian pula mungkin perlu bawa pakaian mandi untuk aktiviti di Pusat Rekreasi Air Teladas.

Komplek Belia Daerah Maran terletak di dalam pekan Maran, Pahang. Ianya boleh di access melalui LebuhRaya Pantai Timur dan exit di Maran. Selepas Tol Exit Maran akan berjumpa traffic light dan ambil ke kanan menuju ke Pekan Maran. Selepas itu akan menempuh 2 traffic light lagi dan anda akan dapat melihat Kompleks Belia tersebut di sebelah kanan anda. Anda bolehlah membuat pusingan U di tempat yang ditetapkan dan berpatah balik menuju ke kompleks tersebut.

6. Bayaran Penyertaan
Setelah berbincang dan mengambil kira kos pengedalian dan penginapan ( RM8 perhead) serta makanan (RM25 perhead) yang akan disediakan maka perbincangan telah memutuskan bayaran penyertaan di tetapkan seperti berikut iaitu jumlah lumpsum untuk sebuah keluarga (suami/isteri serta anak-anak) :

- Keluarga yang mempunyai anak berumur kurang dari 12 tahun : RM135 perfamily
- Keluarga yang mempunyai anak berumur 12 tahun keatas tidak lebih dari 2 orang : RM 150 perfamily
- Keluarga yang mempunyai anak berumur 12 tahun keatas lebih dari 3 orang : RM 180 perfamily
- Penyertaan solo : RM50

Bayaran tersebut meliputi pakej untuk penginapan, makanan serta aktiviti yang dijalankan nanti selama 2 hari 1 malam.

Rumusan
Begitulah serba sedikit hasil perbincangan yang telah di adakan di Komplek Belia Maran semalam antara Che Dat, Antu, Wan Azhar, Raman Kerbau dan saya sendiri. Sebarang pertanyaan berkaitan gathering bolehlah dibuat dengan menghubungi saya sendiri atau Che Dat (013-6843639) atau Wan Azhar ( no phone di atas).

Sebarang sumbangan untuk goodies, hadiah-hadiah atau hamper amatlah dialu-alukan dari kengkawan semua. Mungkin ada antara tokoh-tokoh korporat BudiMaN dapat menghulurkan sumbangan yang akan menambahkan meriahnya lagi gathering itu nanti. Perkembangan gathering insyaallah akan sentiasa di update melalui blog ini nanti. Kepada kengkawan BudiMaN juga di minta untuk mewar-warkan gathering ini kepada kengkawan BudiMaN yang lain yang mungkin tidak mengetahui dan mengikuti blog ini.

Tuesday, November 13, 2007

meSyORat gatHeRiNG di mARaN


Hari ini suatu mesyuarat Gathering BudiMaN 2007 akan di adakan di Komplek Belia Maran pada jam 12-30 tengahari dan insyaallah akan di hadiri oleh saya sendiri, Sidi@ Che Dat, AntuRaya, Wan Azhar, Bilal dan Raman Kerbau serta beberapa kengkawan yang lain. Che Dat sendiri telah menghubungi beberapa kengkawan bagi mengadakan mesyuarat ini. Kepada kengkawan yang lain yang ingin turut serta menghadiri perjumpaan ini amatlah di alu-alukan dan harap dapat berhubung dengan saya atau Che Dat. Saya akan bertolak dari Kuala Lumpur pada pagi ini untuk menghadiri perjumpaan tersebut yang akan membincangkan secara terperinci pelan perancangan untuk gathering nanti.

Antara perkara-perkara yang akan dibincangkan adalah seperti :

1. Penentuan tarikh gathering
2. Aturcara
3. Catering Makanan
4. Jemputan - Perlantikan wakil2 kursus
5. Venue dan penginapan
6. Hal-hal lain

Semoga dengan perbincangan ini akan dapat memutuskan tarikh yang bersesuaian dan bayaran yang akan dikenakan nanti. Pada asalnya tarikh yang dicadangkan adalah pada 1hb Disember 2007 dan ianya tidak menampakkan sebarang bantahan dari kengkawan di sini. Cuma ada 1-2 orang iaitu Ismail Rodzi (diA batch Jan 86) yang mencadangkan pada minggu pertengahan Disember. Begitu juga Rodzi (diB batch Jul 85) ada sms kepada saya meminta di buat pada minggu ke 2 atau ke 3 bulan Disember. Walaubagaimanapun majoriti BUDIMAN nampaknya tidak membantah tarikh asal 1hb Disember 2007 dan jika Komplek Belia Maran mempunyai kekosongan pada tarikh tersebut maka ianya akan diteruskan pada tarikh itu.

Berkaitan jemputan pula, wakil-wakil setiap kursus akan di lantik bagi menghubungi dan pengesahan kehadiran dan bayaran bagi setiap peserta dari kursus masing-masing. Sebenarnya pada Pregathering Kuantan 2006 lalu sudahpun di lantik wakil-wakil kursus ini dan di harap wakil-wakil kursus nanti akan dapat bekerja bersama-sama demi menjayakan gathering ini nanti. Di bawah ini saya siarkan semula lantikan AJK Gathering seperti yang telah di persetujui dalam mesyuarat Pregathering 2006 dahulu :

Lantikan AJK Grandgathering :
- Pengerusi : Mazlan Mokhtar @ Lan Kida
- Setiausaha : Azmi Abu Bakar @ Bilal
- Bendahari : Zainordin @ Kitang

- Wakil Kursus :
Dip In Accauntancy : Syed Hamid
Dip Business Studies : Hairul Salleh @ Jepun
Dip Public Admin : Apek / Antu
Dip Secretary : Muslim (jika Muslim setuju)
Dip Computer Science : Raman Boss
Dip Banking : Zul Sani
Wakil Junior : Md Nor @ Karat
Wakil Senior : Halim Mat Som
Wakil Wanita : Mahanim/ Shema

- Urusetia Tempat : Norazalan @ Lan Kentei

Walaubagaimanapun dari senarai di atas nampaknya ramai yang memerlukan bantuan kerana kesibukan tugas dan tidak dapat memberikan komitmen, maka senarai baru AJK dan wakil kursus akan di putuskan semula nanti. Insyaallah akan saya siarkan keputusan perjumpaan di Maran pada hari ini secepat mungkin bagi membolehkan semua pihak menjalankan kerja masing-masing dan pengesahan penyertaan dapat diputuskan seberapa segera.

Tuesday, November 06, 2007

seNaRai naMA buDiMaN

Sebelum ni tak terfikir nak buat, jadi sekarang baru terfikir, boleh tak kengkawan dari setiap kursus masa di UitM Pahang batch Julai 85 atau batch2 lain listkan nama-nama classmate masing-masing. List tu bolehlah dibuat diruangan komen. Sebagai contoh saya listkan dulu senarai nama classmate saya course dbS batch Julai 85.

Monday, November 05, 2007

seMbaNg hujUNG tahUN

Sedar tak sedar kita sebenarnya sudah menghampiri penghujung tahun 2007 dan tinggal beberapa hari lagi akan menjelmalah pula tahun 2008. Setelah hampir 3 minggu menyambut Aidilfitri yang saya rasakan agak suram berbanding tahun-tahun sebelumnya ekoran kesan kenaikan harga sesetengah barangan pengguna, sindrom kesuraman tersebut nampak berterusan bersesuaian dengan keadaan cuaca mendung dan hujan sekali-sekala.

Hujung tahun bermakna ibubapa harus memikirkan beberapa perbelanjaan yang perlu disediakan menjelang tahun baru. Anak-anak akan bercuti sekolah tidak lama lagi. Pengisian aktiviti keluarga untuk cuti sekolah perlu pula difikirkan. Kemanakah destinasi percutian keluarga pada kali ini? Perbelanjaan untuk membeli pakaian sekolah baru dan peralatan persekolahan. Buku teks pula khabarnya akan diberikan secara percuma oleh kerajaan, jadi ringanlah sedikit beban membeli buku-buku teks.

Peningkatan beberapa harga barangan pengguna seperti harga ayam, roti, tepung dan beberapa keperluan asas sepanjang tahun 2007 meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada pendapatan ramai pengguna. Beberapa BUDIMAN yang ditemui turut merasakan beban perbelanjaan yang tinggi di tambah dengan kadar pendapatan yang tetap sama dan bagi golongan peniaga yang semakin mengecil.

Dengar khabarnya kenaikan beberapa perkara juga akan berlaku tidak lama lagi memandangkan ianya tidak dapat dielakkan lagi. Harap-harap peningkatan perbelanjaan di tahun 2008 akan selari dengan peningkatan pendapatan nanti, Insyaallah.

Kesuraman kepada BUDIMAN kesan akibat peningkatan taraf hidup yang tinggi memperlihatkan beberapa kengkawan BUDIMAN mengadu kepada saya tentang perniagaan yang semakin merosot dan ketidakupayaan untuk bertemu kengkawan akibat tekanan hidup. Agak sedih bila memikirkan ada sesetengah kengkawan yang terpaksa melupakan seketika aktiviti BUDIMAN kerana tekanan dan kesempitan hidup yang mencengkam.

Walaubagaimanapun tidak semua kengkawan BUDIMAN yang dilanda keperitan hidup. Ada kengkawan BUDIMAN yang telah berjaya di tahun 2007 dalam perniagaan masing-masing. Blog BUDIMAN juga telah lama tidak mendengar khabar dari beberapa usahawan BUDIMAN seperti Slamber Jr yang mempunyai pasaraya Mydin, Mat Dwan yang mempunyai kilang wire harness bertaraf vendor multi nasional, Antu Raya yang menjalankan kontraktor Kelas A dengan projek-projek yang khabarnya mencecah jutaan ringgit dan beberapa kengkawan usahawan yang lain. Mungkin dengan keadaan ekonomi yang semakin baik dalam beberapa industri, mereka ini agak sibuk dan tidak sempat bertemu kengkawan. Kita harap semoga mereka dapat singgah di sini untuk mengetahui keadaan mereka dan semoga kejayaan mereka seperti Slamber Jr, Mat Dwan dan Antu Raya boleh membakar semangat kengkawan yang lain sebagai usahawan dan jutawan.