Kepada semua budiMaN, saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha yang akan jatuh pada hari Khamis ini 20hb Disember 2007. Mungkin ramai yang akan pulang berhari raya di kampung halaman dan mungkin juga ada yang akan menyambutnya di rumah masing-masing sahaja. Namun begitu kemeriahan AidilAdha tentunya akan lebih terasa di kalangan kita semua dengan acara korban yang akan dijalankan di masjid-masjid dan surau-surau yang berhampiran rumah kita semua. Kepada yang akan memandu untuk pulang ke kampung, selamat memandu dengan penuh cermat dan berhemah. Saya sekeluarga insyaallah akan pulang berhariraya di Temerloh selepas sembahyang raya di Kuala Lumpur dan mungkin berada di sana beberapa hari sehingga Ahad nanti. Dengan keadaan banjir yang masih belum reda di sesetengah tempat di Pahang, harap-harap semua kengkawan budiMaN tidak akan tersangkut dalam banjir semasa cuti AidilAdha ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam seme,
Terima kasih saya ucapkan kepada beberapa orang kawan-kawan yang telah mengirimkan ucapan sms selamat Aidiladha kepada saya dan keluarga.
Post a Comment