Aku tak banyak sangat dapat info untuk teruskan senarai kengkawan kita punya hidup selepas ITM ni. Mana yang aku tau, aku tulis la, itupun update punya info aku tadak, cuma yang ada base dari cerita lama2 yang aku dapat dari beberapa sumber. Jadi sekali lagi, aku mintak maaf kalau info aku ni dah outdated dah atau tak betul langsung kerana aku pun cuma menulis dari apa yang diceritakan kepada aku sahaja bukan dari tuanpunya badan sendiri.
Suffian (DIB) - Dulu dia bukak cybercafe kat Kuantan lepas balik belajar kat USA. 2 tahun lepas dia bernikah dan bini dia dapat sambung belajar kat New Zealand, jadi dia pun ikut la bini dia pindah sana. La ni dia jadi guru agama kat NZ ( Joe beritau aku ).
Amir (DIB) - Amir ni junior kita satu semester tapi bini dia budak DIB batch kita (aku tak tau nama). Dia sambung belajar kat USA dan terus tak balik2 dah duduk kat sana. Tahun lepas dia ada kontek aku dengan Padil pasal ingat nak buat bisnes. Dia pun bisnes kecil2an kat sana dengan bini dia. Dia ada kat New York la ni rasanya...nanti aku tanya Padil.
Mohd Othman (DBS) - Dulu dalam tahun 1995, dia kerja kat Singapore, la ni aku pun tak tau dia ada kat mana, bernikah ke padahal kampung dia tak jauh dari kampung aku kat Temerloh tu.
Razali @ Toteq (DBS) - Ni tahun 1995 jugak, masa tu dia kerja Mbf Jeli, Kelantan, sebelum tu Mbf Kuantan, la ni Mbf pun tadak dah jadi Ambank, aku pun tak tau dia masih kat Jeli lagi ke. Aku dengar masa tu dia Asst. Manager Jeli, la ni dah jadi Senior Manager dah kot.
Jeffri (DBS) - Budak rambut afro ni aku rasa ada kat Kuantan lagi. Nanti aku tanya Joe. Joe tolong investigate cari info....hehehe.
Budak2 lain seperti budak2 DPA yang asal dari Johor seperti Zulhairi, Somprak, Husin, Siti Minah, Golden, ni semua rasanya banyak kat Johor...nanti aku suroh Hantu Raya siasat la, Hantu tolong tengok2kan ye.... manakala budak2 pompuan DBS aku nak mintak tolong Arfah atau Roslina atau Shema la, tolong la bagi info ye....pasal Mazidah, Azlina, Normah, Jameah ye. Nanti aku belanja korang air kosong kat Planet Hollywood ye....hehehe.
No comments:
Post a Comment