Friday, September 29, 2006

Gua Nak Cerita Sikit....

Gua kira dah hampir 21 tahun dah kita berjumpa buat pertama kalinya di ITM Pahang, Kuantan dan hampir 18 tahun dah kita semua meninggalkan ITM dan mencari haluan hidup masing2. Dari mula kita berjumpa dengan orientasi yang macam ntah apa2 yang dikendalikan oleh senior2 yang diketuai oleh Mohideen, duduk di hostel dekat Percitakan Inderapura dan setengahnya kat rumah kedai depan kilang Astec di Tanjung Api tu, kita semuanya pernah mengharung laut depan Taman Gelora dikerah oleh Cikgu Harun, instructor KESATRIA kita semua. Kita semua terikat dengan peraturan hostel oleh Kak Zah yang sangat digeruni tetapi kita lega dengan senyuman oleh Pakcik Kelana yang baik hati.


Kalau di hostel rumah kedai depan Astec di meriahkan oleh kumpulan Clark Gable, Lan Kentel, Mat Rock dan lain2nya dengan kemeriahan mengurat awek2 Astec bila pukol 5 petang dia orang habis kerja, di hostel Seroja pula dimeriahkan dengan geng Sarip dan Sidi yang bergabung dengan senior2 seperti Meg, Apal, Amran, Noni, Megat dsbnya. Tingkat 4 Hostel Blok C memang meriah dan happening. Banyak peristiwa2 yang sukar dilupakan. Kisah Apek dan Sidi, Joe tukang gunting rambut dan alter seluar, kisah heavy metal music, band boys.....


Kalau pagi ahad, memang syok bangun awal di tingkat 4 blok C, awek blok B sidai kain, mandi berkemban semuanya boleh kita ingat lagi. Tambah pulak bulan posa macam sekarang ni, memang tak tido sampai pagi dan syok tengok awek2 pergi makan sahur dengan muka baru bangun tido tapi ada seorang Komander DSS mesti mekap punye kalau bangun sahur.


Lepas tu kita semua dipindahkan ke hostel Bukit Sekilau, apartment 3 bilik. Tambah lagi meriah. Satu ketika berlaku kes Taun, semua kena check punggong, pakat semua lari. Kes dadah, kes Mr T berkawan dengan Niza nak bertumbuk, macam2 hal ada....


Sempat satu semester kita di Bukit Sekilau, balik pulak di pindahkan ke Asrama Seroja dekat Percitakan Inderapura. Kes gaduh lagi dengan budak2 DPIM. Clark Gable kita hantar bertumbuk dengan budak DPIM, habis dia orang cabut lari. Masuk Mahkamah ITM. Nasib baik lepas.


Masa kat Kuantan, jangan sesiapa la nak cuba couple dengan awek. Ada penguasa yang akan memerhati. Sarip n the geng. Tanya la Mat Tonggek DBS dengan Jenna DSS. Tanya la Padil dengan budak DSS, apa kutukan yang diterima. Tanya la Golden DPA, Siti Minah....


Lepas tu kita semua berpindah ke Shah Alam. Tapi persahabatan kita semua tak pernah putus walaupun kita bertemu kawan2 baru di Shah Alam, ITM Kuantan jugak la yang masih kita pegang. Masa kat Shah Alam semuanya masuk tabligh gara2 Sarip punye pengaruh tapi sikit sebanyak memang ianya banyak membawa kesan di kemudian hari. Dan akhirnya kita graduated dan meninggalkan semuanya......


Semua terpisah... walaupun ada diantara kita yang masih saling berhubungan tetapi semuanya tak macam dulu lagi. Kekalutan mencari kerja dizaman inflasi yang paling teruk sekali memaksa kita semua mencari haluan masing2. Ada yang sambung belajar dan ada yang merangkak2 mencari kerja dan haluan hidup baik di Kuala Lumpur, Kuantan atau dimana2 jua.....


Sehinggalah ke hari ini kita semua masih terpisah...kenangan2 dulu hanya tinggal ingatan di dalam kotak fikiran kita dan tak dapat dikongsi lagi bersama sahabat2 dulu yang makan,minum, tidur sekali. Sesekali mungkin diadakan pertemuan atau kita terjumpa balik kawan2 lama tapi kemesraan dulu hanya tinggal kenangan indah sahaja.


Perasaan rendah diri dengan kelemahan diri, dilihat banyak menghantui beberapa orang dari kawan2 kita dan menjadikan mereka takut untuk berjumpa dengan kawan2 lama dulu. Kekurangan melihatkan kawan2 berjaya dalam pekerjaan, memperoleh ijazah sedangkan dirinya masih ditahap lama serta keadaan hidup yang serba kekurangan menyebabkan sesetengah kawan2 kita menjauhkan diri.


Tidak dinafikan beberapa kawan2 kita yang berjaya dalam pekerjaan, berpangkat tinggi, berada dalam situasi dan tahap yang lebih tinggi susah untuk bermesra kembali dengan kawan2 lama. Dan kawan2 yang kekurangan berasa segan untuk berjumpa.


Memang perangai dan fikiran manusia jarang berubah. Kalau dari dulu dia akan ego dengan pengaruh dan kelakuannya, maka kelakuan itu lah juga yang akan dibawanya sampai bila2.


Dari itu, buangkan lah sifat2 buruk kita itu dan bertindak lah menjadi seorang yang arif, matang dan dewasa. Marilah mulai dari saat ini kita memperbaharui persahabatan kita dengan kawan2 lama kita yang pernah makan, minum dan tidur sekali dan melupakan tahap dan kedudukan kita untuk turun menjemput mereka dan menelefon serta bertanyakan khabar dan duduk setaraf dengan semua orang sesuai dengan kita semua yang pernah setaraf sewaktu kita mula2 melangkah untuk mendaftarkan diri di ITM Pahang dulu.


Dan pada mereka yang mempunyai perasaan rendah diri untuk berjumpa kawan2 lama, buangkan lah perasaan itu, kerana itulah kawan2 kamu dan jika mereka masih sanggup bertanyakan khabar, datang dari jauh semata2 untuk bertemu dengan kamu, maka setinggi mana mereka maka mereka adalah setaraf dengan kamu yang pernah makan, minum dan tidur sekali dahulu.


Maka mulai dari saat ini, saya dengan rendah diri mengajak kita semua berhubunglah kembali dengan kawan2 lama....

5 comments:

Anonymous said...

tul ..saya sokong ...kat ITM SA pun geng kita kumpul kat Perindu kedai Noramin..bwh pokok , tpt tu kita yg punyer..aku parttime ngan bang noramin tu...dpt mkn free..

LaN KidA said...

Kedai Noramin...ye,ye...aku ingat lagi. Nasik separuh, telur mata kerbau...70sen. By the way, sape punye komen kat atas ni...ko bubuh la identity tu kat Other...pas tu taruk nama ko...kan senang kengkawan nak kenal. Aku nak jugak tau sape kerja dengan Noramin ni.

Anonymous said...

sori la aku lupak lak nak taruk. aku la

Anonymous said...

tp aku la yg keje part time selepas mlm2...dpt mkn free pastu bang noramin siap kasi wang lagi $10...tp byk gak la keje aku

Anonymous said...

cuma aku n budak lik aku jer yg tau(budak itm melaka)masa kat Perindu