Saturday, September 30, 2006

Hidup Sesudah ITM Bhg 2

Aku tak banyak sangat dapat info untuk teruskan senarai kengkawan kita punya hidup selepas ITM ni. Mana yang aku tau, aku tulis la, itupun update punya info aku tadak, cuma yang ada base dari cerita lama2 yang aku dapat dari beberapa sumber. Jadi sekali lagi, aku mintak maaf kalau info aku ni dah outdated dah atau tak betul langsung kerana aku pun cuma menulis dari apa yang diceritakan kepada aku sahaja bukan dari tuanpunya badan sendiri.


Suffian (DIB) - Dulu dia bukak cybercafe kat Kuantan lepas balik belajar kat USA. 2 tahun lepas dia bernikah dan bini dia dapat sambung belajar kat New Zealand, jadi dia pun ikut la bini dia pindah sana. La ni dia jadi guru agama kat NZ ( Joe beritau aku ).


Amir (DIB) - Amir ni junior kita satu semester tapi bini dia budak DIB batch kita (aku tak tau nama). Dia sambung belajar kat USA dan terus tak balik2 dah duduk kat sana. Tahun lepas dia ada kontek aku dengan Padil pasal ingat nak buat bisnes. Dia pun bisnes kecil2an kat sana dengan bini dia. Dia ada kat New York la ni rasanya...nanti aku tanya Padil.


Mohd Othman (DBS) - Dulu dalam tahun 1995, dia kerja kat Singapore, la ni aku pun tak tau dia ada kat mana, bernikah ke padahal kampung dia tak jauh dari kampung aku kat Temerloh tu.


Razali @ Toteq (DBS) - Ni tahun 1995 jugak, masa tu dia kerja Mbf Jeli, Kelantan, sebelum tu Mbf Kuantan, la ni Mbf pun tadak dah jadi Ambank, aku pun tak tau dia masih kat Jeli lagi ke. Aku dengar masa tu dia Asst. Manager Jeli, la ni dah jadi Senior Manager dah kot.


Jeffri (DBS) - Budak rambut afro ni aku rasa ada kat Kuantan lagi. Nanti aku tanya Joe. Joe tolong investigate cari info....hehehe.


Budak2 lain seperti budak2 DPA yang asal dari Johor seperti Zulhairi, Somprak, Husin, Siti Minah, Golden, ni semua rasanya banyak kat Johor...nanti aku suroh Hantu Raya siasat la, Hantu tolong tengok2kan ye.... manakala budak2 pompuan DBS aku nak mintak tolong Arfah atau Roslina atau Shema la, tolong la bagi info ye....pasal Mazidah, Azlina, Normah, Jameah ye. Nanti aku belanja korang air kosong kat Planet Hollywood ye....hehehe.

Friday, September 29, 2006

Aktiviti Bulan Posa

Bulan Ramadhan datang lagi. Masuk hari ni dah 6 hari kita berpuasa. Kengkawan kita aku tengok bulan puasa ni senyap sikit. Maklum lah aktiviti golf pun takde masa puasa ni, tu yang semuanya menyepi, buat amal ibadat lebih sikit. Tapi kalau nak golf pun boleh. Banyak kelab golf buat promosi bulan puasa ni, package main golf dengan buffet buka puasa sekali. Bukit Unggul Country Club, Bangi Golf Resort, Monterez biasanya ada package golf dengan buffet dalam bulan puasa ni. Tahun lepas ada 4 kali jugak aku buka puasa kat padang golf ni.


Bisnes dalam bulan puasa ni aku tengok kengkawan ITM kita ada yang laju dan ada yang slow. Tapi masing2 tak nak lepaskan peluang nak cari duit raya, maklum lah berniaga ni time2 raya la nak kena bagi bonus kat staff la, bini nak duit lebih la, macam2 lagi.


Ada kengkawan kita yang berniaga lebih masa nak cari duit raya. Raman (Kerbau) berniaga pasar ramadhan kat Chenor, jual kuih-muih, lampu lip lap special, kuih raya.


Kudin hari tu beritau aku dia nak bukak tempat bakar lemang tepi jalan ke Ulu Yam dekat Selayang bersama 2-3 orang kawan2nya dekat hari raya nanti. Sape nak tempah lemang boleh la kontek Kudin. Bini Kudin, Aisyah budak DBS Shah Alam bisnes jahit baju kurong. Bini aku pun kerap tempah kat dia. Harga berpatutan. Budak2 pompuan atau bini kengkawan yang nak tempah baju kurung boleh jugak kontek Kudin.


Begitu lah aktiviti kengkawan nak cari duit lebih musim raya ni. Ye lah, ada sesetengah dari kita yang jadi pegawai kerajaan mungkin lah mewah sikit dengan bonus gaji bulan Oktober nanti. Mana yang swasta gaji biasanya tinggi, orang korporat la katakan, takde masalah sangat nak raya ni. Elaun oversea, elaun entertainment, macam2 elaun tak de masalah.


Tapi bagi yang macam aku ni bisnes kecik2, bukak worksyop, kontraktor kelas F, memang lah perit jugak time raya ni. Tapi alhamdulillah tiap2 tahun kita sama2 dapat juga beraya. Cuma rasanya elok lah kita beringat dan kenangkan sikit bahawa ada kawan-kawan kita sama2 ITM dulu yang tak bernasib baik dan amat memerlukan sumbangan dan bantuan terutama time2 raya ni. Ada kengkawan kita yang aku lihat sendiri dan bercerita dengan aku sendiri terpaksa menagih simpati kewangan, mencari besi-besi buruk dalam tong sampah untuk beli baju raya anak, mengheret anak bini yang tak sihat berembun di malam hari kerana berjual untuk mencari sesuap nasi dan banyak cerita lagi. ( Akan gua ceritakan dalam satu artikel special nanti....Tungguuuuuuuu) Oleh itu berhubunglah dengan rakan2 lama kita, kerana mungkin kita terleka dengan kesenangan kita dan terlupa bahawa tidak semua orang sama macam kita.

Gua Nak Cerita Sikit....

Gua kira dah hampir 21 tahun dah kita berjumpa buat pertama kalinya di ITM Pahang, Kuantan dan hampir 18 tahun dah kita semua meninggalkan ITM dan mencari haluan hidup masing2. Dari mula kita berjumpa dengan orientasi yang macam ntah apa2 yang dikendalikan oleh senior2 yang diketuai oleh Mohideen, duduk di hostel dekat Percitakan Inderapura dan setengahnya kat rumah kedai depan kilang Astec di Tanjung Api tu, kita semuanya pernah mengharung laut depan Taman Gelora dikerah oleh Cikgu Harun, instructor KESATRIA kita semua. Kita semua terikat dengan peraturan hostel oleh Kak Zah yang sangat digeruni tetapi kita lega dengan senyuman oleh Pakcik Kelana yang baik hati.


Kalau di hostel rumah kedai depan Astec di meriahkan oleh kumpulan Clark Gable, Lan Kentel, Mat Rock dan lain2nya dengan kemeriahan mengurat awek2 Astec bila pukol 5 petang dia orang habis kerja, di hostel Seroja pula dimeriahkan dengan geng Sarip dan Sidi yang bergabung dengan senior2 seperti Meg, Apal, Amran, Noni, Megat dsbnya. Tingkat 4 Hostel Blok C memang meriah dan happening. Banyak peristiwa2 yang sukar dilupakan. Kisah Apek dan Sidi, Joe tukang gunting rambut dan alter seluar, kisah heavy metal music, band boys.....


Kalau pagi ahad, memang syok bangun awal di tingkat 4 blok C, awek blok B sidai kain, mandi berkemban semuanya boleh kita ingat lagi. Tambah pulak bulan posa macam sekarang ni, memang tak tido sampai pagi dan syok tengok awek2 pergi makan sahur dengan muka baru bangun tido tapi ada seorang Komander DSS mesti mekap punye kalau bangun sahur.


Lepas tu kita semua dipindahkan ke hostel Bukit Sekilau, apartment 3 bilik. Tambah lagi meriah. Satu ketika berlaku kes Taun, semua kena check punggong, pakat semua lari. Kes dadah, kes Mr T berkawan dengan Niza nak bertumbuk, macam2 hal ada....


Sempat satu semester kita di Bukit Sekilau, balik pulak di pindahkan ke Asrama Seroja dekat Percitakan Inderapura. Kes gaduh lagi dengan budak2 DPIM. Clark Gable kita hantar bertumbuk dengan budak DPIM, habis dia orang cabut lari. Masuk Mahkamah ITM. Nasib baik lepas.


Masa kat Kuantan, jangan sesiapa la nak cuba couple dengan awek. Ada penguasa yang akan memerhati. Sarip n the geng. Tanya la Mat Tonggek DBS dengan Jenna DSS. Tanya la Padil dengan budak DSS, apa kutukan yang diterima. Tanya la Golden DPA, Siti Minah....


Lepas tu kita semua berpindah ke Shah Alam. Tapi persahabatan kita semua tak pernah putus walaupun kita bertemu kawan2 baru di Shah Alam, ITM Kuantan jugak la yang masih kita pegang. Masa kat Shah Alam semuanya masuk tabligh gara2 Sarip punye pengaruh tapi sikit sebanyak memang ianya banyak membawa kesan di kemudian hari. Dan akhirnya kita graduated dan meninggalkan semuanya......


Semua terpisah... walaupun ada diantara kita yang masih saling berhubungan tetapi semuanya tak macam dulu lagi. Kekalutan mencari kerja dizaman inflasi yang paling teruk sekali memaksa kita semua mencari haluan masing2. Ada yang sambung belajar dan ada yang merangkak2 mencari kerja dan haluan hidup baik di Kuala Lumpur, Kuantan atau dimana2 jua.....


Sehinggalah ke hari ini kita semua masih terpisah...kenangan2 dulu hanya tinggal ingatan di dalam kotak fikiran kita dan tak dapat dikongsi lagi bersama sahabat2 dulu yang makan,minum, tidur sekali. Sesekali mungkin diadakan pertemuan atau kita terjumpa balik kawan2 lama tapi kemesraan dulu hanya tinggal kenangan indah sahaja.


Perasaan rendah diri dengan kelemahan diri, dilihat banyak menghantui beberapa orang dari kawan2 kita dan menjadikan mereka takut untuk berjumpa dengan kawan2 lama dulu. Kekurangan melihatkan kawan2 berjaya dalam pekerjaan, memperoleh ijazah sedangkan dirinya masih ditahap lama serta keadaan hidup yang serba kekurangan menyebabkan sesetengah kawan2 kita menjauhkan diri.


Tidak dinafikan beberapa kawan2 kita yang berjaya dalam pekerjaan, berpangkat tinggi, berada dalam situasi dan tahap yang lebih tinggi susah untuk bermesra kembali dengan kawan2 lama. Dan kawan2 yang kekurangan berasa segan untuk berjumpa.


Memang perangai dan fikiran manusia jarang berubah. Kalau dari dulu dia akan ego dengan pengaruh dan kelakuannya, maka kelakuan itu lah juga yang akan dibawanya sampai bila2.


Dari itu, buangkan lah sifat2 buruk kita itu dan bertindak lah menjadi seorang yang arif, matang dan dewasa. Marilah mulai dari saat ini kita memperbaharui persahabatan kita dengan kawan2 lama kita yang pernah makan, minum dan tidur sekali dan melupakan tahap dan kedudukan kita untuk turun menjemput mereka dan menelefon serta bertanyakan khabar dan duduk setaraf dengan semua orang sesuai dengan kita semua yang pernah setaraf sewaktu kita mula2 melangkah untuk mendaftarkan diri di ITM Pahang dulu.


Dan pada mereka yang mempunyai perasaan rendah diri untuk berjumpa kawan2 lama, buangkan lah perasaan itu, kerana itulah kawan2 kamu dan jika mereka masih sanggup bertanyakan khabar, datang dari jauh semata2 untuk bertemu dengan kamu, maka setinggi mana mereka maka mereka adalah setaraf dengan kamu yang pernah makan, minum dan tidur sekali dahulu.


Maka mulai dari saat ini, saya dengan rendah diri mengajak kita semua berhubunglah kembali dengan kawan2 lama....

Thursday, September 28, 2006

Sumbangan Artikel

Sebarang sumbangan artikel untuk blog ni amat lah di alu-alukan. Sebarang artikel berkaitan member2 ITM dulu yang korang rasa nak siarkan dalam blog ni, ko tulis elok2 pas tu ko emailkan kat aku, email aku ada kat bawah profile aku. Nanti aku siarkan dengan nama korang sebagai penyumbang artikel tersebut.

Aku pun insyallah akan update blog ni hari2 la kalau boleh. Tapi biasanya aku akan update malam2 la. Jadi korang kalau bukak blog ni bila sampai pagi kat ofis kira cantik laa. Apa2 e-mail aku atau call aku terus kalau nak tanya pasal blog ni dan lain2 hal la...hehehe

Band Boys Lepas ITM

Masa gua kerja kat LKPP Kuantan, gua duduk bujang dengan Apamz, Kla-Kla, Ismai Rodzi. Mula2 kami duduk kat flat kat Indera Mahkota, tak tahan bising kami pindah rumah teres kat Cenderawasih. Masa tu ramai la datang lepak kat rumah kita orang. Azman @ Man Teruk (DIA), la ni jadi askar TLDM tak tau kat mana, KB masa tu kerja kat Budget Rent Car, Syed Hamid la ni kerja kat KL tapi gua ada jumpa raya 2 tahun lepas tengah shopping dengan bini dia kat Padang Besar. Dia orang ni selalu la melepak kat rumah kita orang. Sorang lagi Bob atau Nizam (DIA) kerap jugak datang.

Jadi kami boring duduk Kuantan, kami pun form la satu band untuk jamming. Band Boys masa tu ialah Gua la main gitar bass, Apamz main gitar ke 2, Syed Hamid main gitar utama dan Kla-Kla main drum. Boleh dikatakan kami tiap2 hari jamming baik kat rumah atau kat Studio kat Komplek Teruntum. Penyanyi utama kami ialah Bob Nizam. Kami pernah dapat tawaran recording tapi kami tak cukup fulus nak buat rekod.

Rakaman jamming kira2 16 tahun dulu tu ada lagi aku simpan dalam bentuk tape. Baru2 ni Apamz dalam 5 bulan lepas ada mintak pasal anak dia nak dengar. So tape tu aku bagi kat Apamz. Nanti aku mintak balik kat Apamz dan aku ingat nak ubah ke CD dan aku jual kat korang semua, okay tak? Lagu dalam tape tu syiok oiii. Bob nyanyi korang mesti terpegun punye...hehehe. Aku rasa ada lebih kurang 15 lagu kot, semuanya rock la dan slow rock.

Budak ITM kita Sambung Belajar

Ramai member2 kita yang sambung belajar lepas grad dulu. Ye la masa tu kerja susah, mana yang tak dapat kerja dan mak bapak nak sponsor sambung la belajar. Ada yang lewat sikit sambung, ada yang baru sekarang nak sambung.

UUM - kat sini ramai kengkawan kita sambung belajar. Seingat gua Mudzafar @ Po (DPA) budak lalok ada belajar sini, member seangkatan DPA ramai sambung buat degree kat sini. Karat (DIB) junior kita pun sambung kat sini jugak. Nanti gua dapat detail gua tulis lagi.

USA - Ada ramai jugak yang sambung kat oversea, kat Amerika la. Joe, Suffian (DIB), Sarif (DPA), Puis, Chegeng (DBS), dia orang ni sambung belajar kat Amerika.

London - Arfah Zakiah sambung buat degree kat sini. Gua tak tau universiti mana tapi kat London la rasanya. Arfah nanti tolong bagi detail ye.

UKM - Ni tempat ni yang gua tau bini gua ambik degree dengan Sidi @ Che Dat. Tu yang gua jumpa Che Dat balik, masa tu dia dah kerja kat Pusat Serenti Dengkil. Roslina pun ambik degree kat sini.

UIA - Hakim gua tau dia sambung kat UIA. Betul tak Hakim?

UiTM - Azmi Mahmud (DBS) sambung kat Uitm Shah Alam dia punya degree. Tu jumpa bini dia langsung bernikah. La ni duduk Kajang tapi bisnes kat Puchong buka stor gas masak Petronas.

Yang Tengah Belajar - Gua yang tau sekarang ni dok tengah belajar Lan Kentel (DIA) @ Norazlan, Mayban Finance Ipoh. Gua tau dia tengah sekolah sekarang pasal bila gua ajak dia main golf, balik2 dia kata dia nak periksa, gua agak dia nak ambik 1st class honour kot.

Kalau ada member lain yang sambung belajar beritau la gua, boleh la kita share dengan kengkawan.

Budak ITM kita kerja Kerajaan

Gua dulu pun kerja kerajaan jugak. Lepas gua balik dari Sri Lanka kerja kat sana dengan Khairul Salleh @ Jepun, gua balik Malaysia gua kerja dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Negeri Pahang selama 2 tahun. Lepas tu gua masuk Badan Pencegah Rasuah selama 11 tahun, gua pun berenti dan berniaga sendiri sampai sekarang.

Gua dengar ramai jugak member2 kita kerja kerajaan. Ada yang kerja BPR, PDRM, Risda dan lain-lain lagi. Sini gua mention la beberapa orang member kita yang kerja kerajaan.

Sidi (DPA) gua dah cerita kerja dengan Kem. Belia dan Sukan dan sekarang jadi Pengurus Komplek Sukan Negeri Melaka.

Clark Gable @ Nuraffendi (DPA) kerja sebagai Pegawai Penguatkuasa JPJ juga kat Melaka.

Kamarulzaman @ Mat Rapu (DPA) gua dengar dah jadi ASP kat PDRM Seremban. Gua tak tau la IPK ke atau kat IPD. Kalau ada info nanti gua cerita lain plak. Mat Rapu ni dulu room mate gua 3 semester kat Kuantan. Dulu dia kamcing dengan Apek pasal ngurat budak DSS, sape nama Muzlina rasa gua. Budak tu putih giler, macam bendera pahang dengan Rapu.

Ismail Rodzi (DIA), ni junior kita satu semester, duduk bujang serumah dengan gua kat Kuantan dulu, dia pun dah ASP dah gua dengar. Sekarang ni jadi Pegawai Trafik PDRM Kuantan. Sape kena saman kat Kuantan rasanya boleh la mintak tolong dgn dia kot2 boleh kurangkan sikit.

Kamaruddin Mat Ripin (DBS), dia ni jadi BPR sama dengan gua tapi gua pun tak tau dia kat pejabat mana sekarang. Dulu kat Sabah, lepas tu kat Seremban. Masa gua BPR dulu adala jumpa. Badan dia tembam macam dulu jugak la.

Rosli @ Lee Takok (DCS), dia ni junior kita satu semester jugak, budak Permatang Badak, Kuantan. Kerja BPR jugak. Dulu kat BPR Raub, kemudian ibupejabat kat Putrajaya. La ni gua pun tak tau dia posting mana.

Selipar (DPA) @ Azli Mat Ripin, kerja RISDA, dulu kerja RISDA Alor Star, pas tu RISDA Temerloh, last sekali gua jumpa dia tahun lepas dia dah RISDA ibupejabat kat KL tapi gua pun lost contact la ni.

Nizam @ MG @ Badul (DIA), dari grad masa gua kerja kat Kuantan lagi dia dah kerja dengan Majlis Perbandaran Kuantan, Joe kata dia dah jadi Pengurus Kewangan dah, orang kuat kat MPK.

Khairul Bahri @ KB (DBS) gua dengar dia kat Kuantan kerja dengan IKIP, Institiut Kefahaman Islam Pahang.

Shamsul Amri @ Kla-Kla (DBS) last sekali masa duduk dengan gua kat Kuantan kerja dengan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang. La ni gua pun tak tau. Joe tolong investigate untuk gua ye.

Roslina (DBS), jadi Akauntan kat Pendaftar Syarikat, ROC kat Kuala Lumpur. Gua pun lama dah tak dengar cerita pasal dia ni dari bini gua.

Adnan (DBS) gua tau dia kerja kerajaan jugak kat Temerloh. Tapi jabatan apa gua dah lupa la. Nanti kalau gua ingat gua tulis lain.

Wan Rozain @ Brinjal kerja kat Hospital rasa gua Kuantan sekarang ni. Dulu kat Hospital Pekan. La ni dah tukar rasanya.

Member2 lain yang kerja kerajaan gua pun tak tau sangat la. Kalau gua dapat info tambahan nanti, gua buat tajuk ni siri 2 pulak ye.

Feedback

Semenjak pagi tadi sambutan begitu menggalakkan terhadap blog ni. Sampai la ni dah capai 35 hits, kira okay jugak tu. Tapi tulis2 la kat Chat Box ( Teh Tarik Corner ) tu sikit, jangan la singgah baca je, kurang2 kengkawan yang singgah sini tau lagi kita ni hidup lagi dan sihat walafiat. Joe Malady ada bagi sikit sumbangan untuk artikel HSItm Bhg 2. Lan Kentel ada bagi cadangan yang baik. Arfah Zakiah ada tanya takde artikel pasal budak pompuan ker? Memang la aku nak taruk artikel pasal pompuan sekali, tu la sebabnya gua ndak lu tukang cari info pasal budak pompuan, ya Puan Arfah. Nanti kontek gua balik beb. Padil Sutok kata nak scan gambar2 lama masa kat Kuantan dulu dari masa orientasi sampai part 4.

Tapi terima kasih banyak2 gua ucapkan kat bini gua yang tersayang sebab dah bagi blog ni cantik. Nanti gua belanja makan Fajitas dekat Hard Rock Cafe dgn Chicken Combo, alright beb.

Okay, gua nak buka puasa dulu, nanti lepas terawikh gua sambung balik.

Hidup Sesudah ITM

Gua pun tak la tau semua cerita kengkawan sesudah ITM dulu. Tapi yang beberapa kerat yang masih lagi berkawan akan gua cerita kat sini. Kalau ada yang tak betul tu, gua mintak maaf la beb, tolong la betulkan fakta2 gua ni ye.

Hantu Raya @ Aimi Jarr (DPA) - Hantu dah jadi usahawan berjaya dalam bidang Construction. Rumah dan Ofis kat Kuantan. No. Tel : 012-9860005. Kontraktor Kelas A. Berkahwin. Anak 2 orang. Golfer

Fadil @ Sutok (DBS) - Kontraktor semi berjaya. Kelas F. Pakar dalam ubahsuai rumah. Rumah dan pejabat di Gombak, Selangor. Tel : 013-2588012. Berkahwin. Anak 4 orang.

Sidi @ Che Dat (DPA) - Pengurus Komplek Sukan Negeri Melaka di bawaj Jabatan Belia Dan Sukan. Rumah dan Ofis di Melaka. Tel : 013-6843639. Berkahwin. Anak 5 orang. Golfer

Khairuddin @ Kudin (DBS) - Mekanik. Mempunyai worksyop kereta sendiri di Selayang. Pakar dalam membaiki semua kereta. Kepakaran khas dalam Volvo. Tel : 013-3411711. Berkahwin. Anak 2 orang.

Raman Shakri @ Kerbau (DBS) - Usahawan Kantin Sekolah. Sedang mengendalikan 2 buah kantin sekolah di Chenor, Pahang. Berkahwin. Anak 5 orang. Tel : 013-9189221. Golfer

Rashidi @ Mat Taib (DIB) - Bekerja dengan sy. Oil n Gas di Kemaman. Berkahwin. Golfer

Malady @ Joe (DIB) - Usahawan perabot terutama berkaitan kabinet2 dapur di Kuantan. Berkahwin.

Khairul Salleh @ Jepun (DBS) - Pengurus di Proton Jakarta, Indonesia. Rumah di Jakarta. Berkahwin dengan Shima (DBS jugak).

Nasrun @ Mat Rock (DIA) - Pegawai Kanan di Uni. Islam Antarabangsa, Gombak. Rumah pun dekat2 situ le. Golfer

Norazlan @ Lan Kentel (DIA) - Pengurus Mayban Finance di Ipoh. Berkahwin. Sosial Golfer.

Sabri Ismail @ Cigak (DIA) - Pengurus Am Assurance zon Timur berpejabat di Kuala Terengganu. Kahwin dengan gf ITM dulu. Golfer

Kitang (DIA) - Pengurus di Mayban Finance Bangsar. Duduk kat KL tapi bini dia kat Mentakab. Weekend Marriage. Anak gua tak tau sempat buat ke tak. Golfer jugak aku dengar.

Khairusham @ Puis (DBS) - Dulu UPEN Negeri Pahang, sekarang usahawan. Buat Event Management. Kahwin dah. Masih kecil molek dan kiut macam dulu.

Sariff Zafar @ Sarip Pirate (DPA) - Kontraktor dan Supplier berjaya. Ofis dan rumah kat Kuantan tapi bisnes merata Malaysia. Kahwin dah walaupun kat ITM dulu anti pompuan. Anak gua dengar ramai.

Radwan Indra Philizp @ Mat Dwan (DBS) - Dengar masih kerja kat Proton lagi. Rumah kat Shah Alam. Kahwin dah. Anak tak tau berapa, rasanya tak sambang.

Hakim (DBS) - KWSP Kuala Lumpur. Rumah kat Bentong pasal isteri kerja doktor gigi kat Hospital Bentong. Tak sambang jugak rasanya.

Norhisham (DIA) @ Apamz - Berniaga pasar malam di Kuantan. Ni gua akan cerita dalam satu artikel khas nanti. Rumah kat Kuantan. Anak 2 orang. Tel : 019-9451043

Nor Affendi @ Clark Gable (DPA) - Penguatkuasa JPJ Melaka. Kahwin dah.

Anuar @ Mangkuk (DIB) - Pegawai Bank Rakyat Jalan Tangsi, nak personal loan jumpa mangkuk.

Wan Mazlan @ Apek (DPA) - Gua rasa dia kerja balik kat Sapura. Rumah kat Selayang, Taman Bolton. Kahwin dah dengan doktor, ada klinik sendiri kat Selayang. Dulu apek jadi receptionist sekejap, langsung tak laku klinik tu, bini dia kena cari receptionist lain.

Arash (DPA) - Dulu kerja Sapura sama dengan Apek. Tapi aku dengar berenti dah. Rumah kat Selayang jugak. Nanti la aku tanya Apek.

Tolong komen dan bagi info tambahan pasal kengkawan di atas. Kengkawan lain aku sambung lagi dalam Bahagian 2 nanti.

Tolong Comment

Sementara aku tak wujudkan chatbox ni, korang boleh lah bagi feedback kat aku menerusi ruangan komen pada artikel2 aku tu. Aku ni ingatkan nak jugak siarkan maklumat2 terkini berkaitan kengkawan dalam blog ni misalnya apa pekerjaan, perniagaan, rumah kat mana, anak berapa, dah dapat menantu ke, sakit pening ke jadi boleh lah kengkawan semua tau.

Contoh nya baru-baru ni Che Dat kita atau Sidi atau Ayah Aji masuk hospital selama 20 hari kat Melaka kerana disyaki mengidap batu karang dalam hempedu. Sebelum puasa tu la dia baru keluar hospital terus balun golf dengan aku kat KL. Ni dia mungkin nak buat operation ni. Kalau ada kengkawan ke Melaka boleh lah pergi melawat Ayah Aji. Che Dat kalau masuk hospital lagi tolong beritau msg2 ke kat kengkawan.

Aktiviti Golf

Aktiviti golf bebudak kita ni banyak kali jugak la. Tahun ni ada 2 kali dah kumpul main golf ni. 12 Ogos 2006 kat Kuantan. 2 round golf kat Kelab Golf TUDM dan Astana Golf Kuantan. Penganjur dia tak lain tak bukan Hantu Raya atau Aimi Jarr ( handicap 14 tapi ngaku 23). Yang datang Sidi, Mat Rock, Mat Taib, Kida dan ada beberapa lagi aku tak ingat. Gambar2 main golf tu aku ada simpan. Nanti aku siarkan kat blog ni.

Malam tu kami semua sembang kat kedai mamak belakang Hotel Grand Continental Kuantan sampai pukol 3 pagi jugak la. Geng golf semua ada, Puis dengan Joe Malady pun ada tumpang sekaki. Meriah dengan cerita2 lama.

Lepas tu aku pulak anjurkan golf 36 lubang kat Kuala Lumpur. Ini pada 21 September 2006 yang lalu. Pagi kami balun kat Bukit Unggul Golf Club, petang kami sambung lagi kat Bangi Equatorial Golf Resort sampai malam. Pukol 8 malam baru habis. Gambar2 masa tu pun ada aku simpan. Nanti aku siarkan jugak. Jangan bimbang.

Tapi yang paling meriah sekali aku rasa masa gathering golf and dinner and karaoke yang aku anjurkan pada julai 2004. Ramai datang kat Bukit Beruntong Golf N Country Club. Malangnya aku takde kamera digital lagi masa tu. Aku pun tak tau sape2 yang ada ambik gambar hari tu. Satu Malaysia datang. Ada 5 flight golf tapi yang datang dinner dan karaoke ramai. Aku pun tak sangka, sempat la aku bagi souvenier mug setiap orang. Tak tau la depa semua simpan lagi tak.

Aku jugak ada gambar2 exitm pekena teh tarik kat Nailis, Sentul pada 23 November 2005. Ramai jugak, Kerbau, Puis, Hantu, Padil, Arash, Kudin ada datang.


Kalau nak tengok gambar-gambar tu klik je link kat address ni
http://s92.photobucket.com/albums/l16/neo_kida/kengkawan/

Makluman

Aku ni pun bukan reti sangat nak buat blog ni. Nanti aku mintak tolong bini aku tolong decorate blog ni bagi cantik2. Bubuh chatbox, taruk gambar tu semua aku akan buat nanti. Ni bini aku dah tido, aku dok melengung depan komputer ni pasal nak tengok Champion League pukol 2.30 pagi nanti. Apa2 pun korang jangan lupa check blog ni hari-hari kerana aku akan update dia hari2. Dan tolong beritau kengkawan yang lain2 pasal blog ni, mana la tau diaorang banyak idea boleh kasi blog ni informative sikit. Apa2 pun jangan lupa nak bagi cadangan kontek gua ye.

Hidup Blog, Hidup Hard Rock..... Yeahhhhhhhhhhh.

Selamat Datang

Assalamualaikum

Blog ni aku wujudkan untuk budak2 ITM Pahang batch 85/86. Segala aktiviti kengkawan yang masih berkomunikasi dengan aku akan aku siarkan dalam blog ni. Jika ada apa2 cadangan atau maklumat mengenai kengkawan dan rodong2 yang ingin di sampaikan menerusi blog ini sila hubungi aku menerusi chat box atau telefon aku terus at 013-3511913.

Semuga blog ini akan merapatkan lagi tali silatulrahim antara kita bekas2 pelajar ITM Pahang batch 85/86. Terima kasih