Hari ini adalah hari terakhir kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan kepada Tabung Amal budiMaN. Sejak ianya di lancarkan pada bulan Julai yang lalu sumbangan yang diterima dari rakan-rakan budiMaN bolehlah dikatakan memuaskan. Sehingga semalam baki di dalam akaun Maybank Kitang, sebagai Bendahari budiMaN serta akaun yang menerima sumbangan, saya rasakan jumlahnya kini mencecah hampir RM2,450. Walaubagaimanapun kita akan umumkan jumlah sebenar pada hari Isnin nanti setelah tabung ini ditutup sehingga tengah malam nanti. Saya juga akan umumkan penyata tabung ini secara keseluruhan dari mula tabung dilancarkan yang mana saya rasakan keseluruhannya mungkin melebihi RM3 ribu. Oleh itu kepada kengkawan yang ingin memberikan sumbangan, silalah berbuat demikian hari ini. Insyaallah segala sumbangan yang diterima ini tanpa bertangguh akan di salurkan kepada badan-badan tahfiz dan anak yatim serta individu yang memerlukan.
Sunday, September 21, 2008
Saturday, September 20, 2008
fOOd poiSoNinG
Balik dari mengeteh dengan Kitang, Raman dan Sutok pada Khamis malam lalu, saya di serang dengan food poisoning dengan teruk sekali. Demam tiba-tiba, buang air besar, muntah tak berhenti-henti sepanjang malam sehingga ke Subuh. Saya rasa mungkin akibat makanan yang saya beli untuk berbuka puasa. Letih dan tak bermaya jadinya. Itu pun alhamdulillah saya gagahkan diri untuk berpuasa juga dan akhirnya dapat juga menyempurnakannya walaupun setiap setengah jam tak berhenti-henti berkunjung ke bilik air. Nasib baik juga dah berhenti muntah sebelum azan Subuh tadi. Sekarang dah rasa lega sedikit walaupun sekali sekala masih berkunjung ke bilik air dan rasa serik dah nak beli makanan dari Bazar Ramadhan.
Sebenarnya ini kali ke 2 saya mengalami food poisoning. Pertama kali seingatan saya 2 tahun lepas di mana pada masa itu ianya tak menyerang secara tiba-tiba tetapi 3 hari selepas itu kerana 3 orang lagi rakan saya yang turut makan makanan yang sama mengalaminya juga tepat lebih kurang pada waktu yang sama. Pada masa itu kami makan makanan di sebuah kelab golf dan memesan makanan yang sama.
Friday, September 19, 2008
updatE
Ada beberapa perkara nak update sedikit. Antaranya :
1. Isteri Raman Kerbau, Puan Kamisah kini di tempatkan di Wad 5B, Neurologi Hospital Kuala Lumpur. Beliau di masukkan ke Wad berkenaan semalam setelah menjalani beberapa pemeriksaan dan kini sudah mula di berikan ubat oleh doktor. Doktor mengsyaki terdapat kelenjar di bahagian salur ke perut yang mungkin menyebabkan radangan sehinggakan beliau tidak boleh makan dan minum secara normal. Sehingga semalam keadaan beliau tidak banyak berubah dan menurut Raman, berkemungkinan beliau akan berada lama di wad tersebut bagi menjalani rawatan. Kepada kengkawan yang mempunyai kelapangan eloklah jika dapat berkunjung menziarahi Raman dan isterinya.
2. Malam semalam juga saya berteh tarik dengan Kitang, Sutok dan Raman Kerbau di Ampang, Kuala Lumpur. Kitang memberitahu jumlah sumbangan terkini Tabung Amal budiMaN kini berjumlah RM1,450 pertambahan sebanyak RM200. Insyaallah kita akan tutup Tabung ini pada hari Ahad nanti dan harap kengkawan yang ingin bersedekah bersempena Ramadhan ini kepada beberapa pertubuhan dan Rumah Anak Yatim supaya dapat segera berbuat demikian.
Wednesday, September 17, 2008
pRoGRaM aMaL budiMaN
Petang semalam saya dihubungi oleh Wan Azhar diA untuk memberikan feedback berkenaan program amal budiMaN yang saya bincangkan dengan beliau melalui telefon semasa berteh tarik dengan Bilal, Kitang, Sutok dan Kudin pada malam Isnin lalu. Beliau memberitahu, kesuntukan masa mungkin menyukarkan untuk beliau menguruskan program tersebut di samping kesibukan kerja-kerja yang di lakukannya sekarang. Oleh itu hasrat untuk mengadakan program menerusi beliau terpaksalah di tangguhkan sementara.
Walaubagaimanapun hari ini saya akan cuba lagi untuk memikirkan dan mengusahakan supaya dapat dilakukan suatu program amal budiMaN supaya wang sumbangan dari Tabung Amal budiMaN dapat juga kita serahkan kepada pihak-pihak yang memerlukan dalam suatu acara yang sempurna bersama-sama budiMaN semua dengan berbuka puasa beramai-ramai dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Jika tidak dapat juga di lakukan, mungkin alternatif lain terpaksa di buat dengan mengenalpasti pihak-pihak yang patut menerima sumbangan dan sumbangan tersebut diserahkan secara begitu sahaja menerusi rakan-rakan budiMaN yang berdekatan demi menyempurnakan hajat penyumbang untuk beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Semasa teh tarik Isnin yang lepas, Kitang ada memberitahu saya, bahawa beliau seramai 9 orang rakan-rakan di Temerloh telah mengadakan majlis berbuka puasa serta bersedekah kain untuk pakaian dengan Rumah Anak2 Yatim Darul Izzah di Temerloh pada minggu lepas. Majlis itu dibuat secara peribadi oleh Kitang bersama rakan-rakannya. Alhamdulillah, moga dimurahkan rezeki Kitang dan sahabat2nya dengan mengadakan majlis seumpama itu dengan anak-anak yatim.
Ada 2-3 cadangan yang saya ingin utarakan untuk mengadakan majlis seperti yang dilakukan oleh Kitang itu. Walaupun begitu seperti yang saya nyatakan semalam, saya tidak menyangka bahawa sumbangan Tabung Amal budiMaN akan beroleh sebegitu rupa, kalau tidak perancangan awal insyaallah boleh dilaksanakan. Saya menyangka bahawa tabung tersebut hanya akan mencecah lebih kurang RM500 sahaja dan saya rasa bolehlah disalurkan terus dengan menyerahkan wang tersebut kepada pertubuhan anak-anak yatim atau Maahad Tahfiz yang memerlukan.
Kini bila jumlahnya mencecah melebihi RM700 maka saya terfikir pula untuk mengumpulkan sahabat2 budiMaN dengan mengadakan majlis berbuka puasa beramai2 dan di sampaikan sumbangan tersebut kepada yang memerlukan. Semasa teh tarik semalam, nampaknya sebilangan rakan-rakan turut bersetuju. So ada 3 cadangan yang saya ingin utarakan iaitu :
1. Mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Anak-Anak Yatim Darul Izzah di Temerloh bersama budiMaN dan di serahkan sumbangan tersebut kepada anak-anak yatim itu. Menurut Kitang belanja makan berbuka puasa semasa majlis beliau tempohari adalah RM8 sekepala dan anak yatim bersama staff seramai 35 orang.
2. Mengadakan Majlis berbuka Puasa budiMaN bersama-sama penduduk kampung di Surau Kg Tanjung Belengu, Temerloh dan di sampaikan sumbangan kepada warga miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim di kampung tersebut.
3. Mengadakan Majlis Berbuka budiMaN di Kompleks Belia Daerah Maran dan sumbangan amal di serahkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Semua acara tersebut perlulah dibiayai sendiri oleh budiMaN baik secara catering mahupun dengan bergotong royong memasak oleh orang kampung. Cadangan tempat yang nampaknya banyak berpusat di Temerloh adalah kerana saya memikirkan ianya di tengah2 dan memudahkan bagi budiMaN yang berada di Kuantan atau di Kuala Lumpur untuk hadir. Namun masa dan tarikh juga begitu suntuk dan pada saya sesuai di lakukan pada minggu ke 3 puasa ini iaitu pada hari Sabtu akan datang ini. Pada minggu hadapan pula sudah minggu terakhir puasa dan mungkin ramai yang sudah bersiap untuk pulang ke kampung halaman baik di Utara, Timur, Selatan dan sebagainya.
Walaubagaimanapun hari ini akan saya cuba usahakan sesuatu tetapi penyertaan anda semua jika di adakan majlis seumpama ini amatlah saya harapkan.
Tuesday, September 16, 2008
tabuNG aMaL budiMaN
Malam semalam saya, Bilal, Kitang, Sutok dan Kudin bertehtarik di Taman Seri Gombak selepas solat Terawih sekitar jam 10-30 malam. Bilal pula baru sahaja tiba dari Kuantan kerana urusan kerja di KL selama 2 hari bermula esok. Kitang memberitahu saya bahawa sumbangan Tabung Amal budiMaN sehingga malam semalam sudah berjumlah RM1,250. Satu jumlah yang amat tidak diduga setelah kali terakhir saya umumkan sepuloh hari yang lepas hanya berjumlah RM410 sahaja pada masa itu. Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membuat sumbangan setakat ini. Walaupun ada sesetengah penyumbang ada menyatakan hajat supaya sumbangan mereka di sampaikan kepada pihak-pihak tertentu, insyaallah akan di lakukan oleh Bendahari budiMaN, saudara Kitang bagi menyempurnakan hajat tersebut. Bagaimanapun dari jumlah yang di hajatkan untuk disedekahkan kepada pihak-pihak tertentu, masih ada baki sumbangan yang perlu diuruskan untuk disedekahkan kepada pihak-pihak yang lain..
Secara kasar, jumlah yang dihajatkan untuk disedekahkan kepada pihak tertentu berjumlah RM500 sahaja dari jumlah RM1,250 tadi, Maka baki yang masih tinggal berjumlah RM750. Saya, Bilal, Kitang, Sutok dan Kudin ada berbincang caramana untuk kita agihkan baki sumbangan itu tadi. Insyaallah mungkin esok, Rabu, akan di umumkan suatu acara perjumpaan budiMaN sambil berbuka puasa beramai-ramai, beramal dan bersedekah. Jumlah sumbangan yang tidak di duga ini sebenarnya menyukarkan sedikit untuk perancangan yang lebih sempurna berbanding jika jumlah tersebut telah kita ketahui dari awal puasa lagi. Walaubagaimanapun, saya dan beberapa rakan budiMaN akan cuba mengaturkan suatu acara sebaik mungkin agar dapat sumbangan tersebut di sedekahkan sebelum berakhirnya Ramadhan ini..
Disamping itu, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan budiMaN yang belum melakukan sumbangan jika ingin berbuat demikian agar dapat melakukannya seberapa segera agar ianya boleh di sedekahkan sebelum berakhirnya Ramadhan ini atau jika suatu acara amal di lakukan. Cara untuk menyumbang bolehlah di buat dengan melihat artikel yang lepas dimana terdapat nombor akaun Bendahari untuk dibuat sumbangan tersebut.
Monday, September 15, 2008
breAkiNG neWS - raMaN keRbaU
Sabtu lepas saya sempat bertemu dengan Raman Kerbau di Hospital Temerloh kira-kira jam 11-00 malam selepas berbuka di rumah abah saya. Saya difahamkan keadaan isteri beliau masih tidak berubah dan hanya bergantung kepada feeding tube untuk makan. Kalau nak makan memang tak boleh secara normal even nak minum sesudu air pun beliau tidak berupaya. Sebelum itu pada sebelah petangnya saya di fahamkan Kitang dan Lan Kentei ada mengunjungi beliau di hospital dan bertemu isteri Raman di wad Kenanga 14, Tingkat 4, Katil 6. Rakan budiMaN menziarah Raman dan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada beliau dan saya juga di beritahu Kitang turut menyampaikan sumbangan yang diwakilkan kepada beliau oleh seorang rakan budiMaN.
Pada Ahad tengahari pula, saya sekali lagi bersama-sama SK mengunjungi Raman dan melihat sendiri keadaan isterinya. Keadaan beliau masih tidak berubah walaupun beliau mampu bergerak sendiri untuk ke bilik air. Namun Raman memberitahu bahawa doktor telah mengesahkan kepada beliau penyakit isterinya bukanlah Neurological Dysphagea seperti yang dikhuatiri sebelum ini. Ianya berkemungkinan akibat gangguan sementara saraf dan doktor yang pada mulanya ingin membuat CT Scan membatalkan ujian tersebut sebaliknya akan membawa isteri Raman ke Hospital Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Pakar Saraf supaya rawatan susulan boleh dilakukan di Hospital Temerloh. Jika Pakar Saraf dapat mengesahkan ianya gangguan sementara saraf dan bukannya Neuro Dysphagea, maka peluang untuk pulih sepenuhnya, insyaallah akan dapat dilakukan. Saya juga berbincang dengan Raman secara panjang lebar dan kebetulan adik ke 3 saya yang berkhidmat di Hospital Jerantut pun ada balik berbuka puasa bersama saya dan saya dapatkan penerangan lanjut berkaitan Dysphagea dari beliau.
Pada Ahad tengahari pula, saya sekali lagi bersama-sama SK mengunjungi Raman dan melihat sendiri keadaan isterinya. Keadaan beliau masih tidak berubah walaupun beliau mampu bergerak sendiri untuk ke bilik air. Namun Raman memberitahu bahawa doktor telah mengesahkan kepada beliau penyakit isterinya bukanlah Neurological Dysphagea seperti yang dikhuatiri sebelum ini. Ianya berkemungkinan akibat gangguan sementara saraf dan doktor yang pada mulanya ingin membuat CT Scan membatalkan ujian tersebut sebaliknya akan membawa isteri Raman ke Hospital Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Pakar Saraf supaya rawatan susulan boleh dilakukan di Hospital Temerloh. Jika Pakar Saraf dapat mengesahkan ianya gangguan sementara saraf dan bukannya Neuro Dysphagea, maka peluang untuk pulih sepenuhnya, insyaallah akan dapat dilakukan. Saya juga berbincang dengan Raman secara panjang lebar dan kebetulan adik ke 3 saya yang berkhidmat di Hospital Jerantut pun ada balik berbuka puasa bersama saya dan saya dapatkan penerangan lanjut berkaitan Dysphagea dari beliau.
Friday, September 12, 2008
breAkiNG neWS
Malam semalam kira-kira jam 9-00 malam saya terima sms dari Raman Kerbau dbS memberitahu bahawa isteri beliau telah dimasukkan ke Hospital Temerloh pada jam 6-00 petang kerana keadaan beliau yang terlalu lemah. Selepas terawih tadi kira-kira jam 10-00 malam saya terus telefon Raman Kerbau dan bertanyakan punca isteri beliau di masukkan ke hospital.
Beliau memberitahu bahawa keadaan isterinya terlalu lemah akibat tidak makan kerana isterinya tidak dapat menelan makanan seolah-olah sesuatu menyekat. Isterinya hanya dapat makan lebih kurang 2 suap sahaja kemudian tidak boleh menelan makanan lagi. Begitu juga untuk minum air, hanya sedikit sahaja. Pada mulanya beliau menyangka mungkin akibat dari penyakit tyrod namun setelah pemeriksaan di jalankan oleh doktor mendapati bahawa isteri beliau bebas dari tyrod. Sebelum ini Raman ada juga bercerita kepada saya lebih kurang 2 bulan dahulu memberitahu keadaan isterinya yang agak kurang sihat dan beliau bimbang isterinya mendapat penyakit seperti Aruah ibu mertuanya dahulu yang lemah tubuh badannya dan tidak dapat bergerak.
Setelah di masukkan ke wad pada petang tadi, doktor telah menjalankan beberapa pemeriksaan dengan memasukkan kamera ke dalam leher dan pemeriksaan lain tetapi tidak mendapati sebarang permasalahan. Kini doktor akan membuat pemeriksaan berkaitan saraf yang menyebabkan kemungkinan isterinya tidak dapat menerima makanan secara normal. Sehingga kini isteri beliau masih lagi berada di Wad, Hospital Temerloh.
Diharap kengkawan budiMaN semua dapat mendoakan agar isteri Raman akan kembali pulih dan sihat semula dan Raman sekeluarga tabah dan sabar menerima dugaan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)