Tuesday, January 05, 2010

MiSteRi aWeK tudUNg 2

MaT (Misteri Awek Tudung) diteruskan lagi sebab saja nak bagi suspen sikit macam jugak kes Abg Jem yang tak berenti2 kengkawan budiMaN tanya kat saya siapa dia tu. Hari ni kita cerita serba sedikit pasal biodata awek tudung ni.

AT (Awek Tudung) ni adalah seorang rakan budiMaN batch Julai 1985. Kini bekerja sebagai Timbalan Pengarah di Malaysia Industry Development Authority berpejabat berdekatan KL Central. Bertugas di bahagian Industry Assist dan katanya akan di tukarkan ke Transport Industry tidak lama lagi. Setelah habis UitM, beliau telah berkahwin dan kemudian melanjutkan pelajaran di UIA dan seterusnya ke United States. Telah bekeluarga dan suami beliau adalah seorang General Manager di Telekom Malaysia dan mempunyai 5 orang anak. Yang sulong Form 5, kemudian yang ke 2 dalam Form 4 dan ketiga Form 3. Keempat dan kelima saya kurang pasti. Anak2 beliau ada yang bersekolah di Tunku Kursiah dan Sekolah Intergrasi Gombak (sama dengan anak Kudin Mekanik tu) Tapi hebat jugak lah dia ni sebab setahun seorang tu...canggih. Rumah beliau di Tasik Putri, Rawang berdekatan Kelab Golf Tasik Putri (biasa den belasah golf kat situ sebab caddy meriah beb tapi tak tau plak dia ni duduk kat situ).

So sekian dulu intro AT ni dan insyaallah esok kita reveal sape AT ni yer.

Monday, January 04, 2010

MiSteRi aWeK tudUNg

Bila saya keluarkan gambar wanita awek tudung semalam, mesti ramai yang tanya kenapa yer. Sebenarnya takde apa-apa, cuma wanita misteri tu kata gambar tu gambar lama, jadi dia nak saya siarkan gambar baru dia. So inilah gambar baru awek tudung tu. Biodata awek tudung ni nanti saya siarkan di artikel akan datang pulak yer. Oleh kerana ada siri akan datang pasal awek tudung ni jadi saya siarkan gambar dia pun sekerat jer dulu yer...haha

Sunday, January 03, 2010

2010

Semalam saya, Sutok, Walid dan Apek JiB (Jamming In Brainstorming) sambil pekena goreng pisang panas di ofis Sutok di Gombak start pukol 4-00 petang dan habis kira-kira jam 9-30 malam. Banyak cerita dan idea-idea baru.

Hari ini pula tentunya ramai rakan budiMaN yang sibuk menguruskan persiapan anak-anak ke sekolah dan ada yang menghantar anak-anak ke asrama untuk memulakan persekolahan esok. Ada yang ke MRSM, Sekolah Sains, Sekolah Integrasi, Tunku Kursiah, MCKK, SDAR, Sekolah Teknik dan lain-lain lagi. Ramai juga anak-anak budiMaN yang cerdik-cerdik masuk ke sekolah berasrama penuh ni. Bagi yang biasa-biasa pula macam anak saya, persiapan macam biasa sahaja cuma hari ni dah bermula kehidupan dia orang tanpa PS2, PSP dan juga My Space.... kena tarik balik beb.

2010 juga ada beberapa budiMaN akan memulakan langkah baru dalam kehidupan. Walid dah berhenti kerja mulai 1hb Januari lalu dan akan memulakan perniagaan gerai makan di Kampung Baru dalam masa terdekat ini. Apek dpA pun akan memulakan perniagaan makanan kecil-kecilan juga khabarnya. Sutok pula katanya akan meneroka perniagaan lain dan kalau boleh nak tinggalkan bidang kontraktor ni sebab katanya peluang kerja-kerja kontrak makin slow. Nak harap rakan budiMaN yang jadi Ketua Pengarah ker atau KSU Kementerian pun, takde lagi yang sampai ke tahap tu.

2010 yang baru menjelma di harap akan membawa sinar baru dalam kehidupan beberapa rakan budiMaN. Harapan 2010 kita boleh saksikan beberapa rakan budiMaN yang akan berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. 2010 harap ada rakan budiMaN yang berjaya mengetuai sesebuah jabatan kerajaan atau sekurangnya menjadi Pengarah Jabatan Negeri, berjaya menjadi CEO public listed company atau berjaya mengetuai sesuatu bahagian dalam pergerakan politik. Ada beberapa individu budiMaN berpotensi mencapai status di atas sebenarnya.

2010 juga jangan sekali-kali kita lupakan sebilangan rakan budiMaN yang kehidupannya semakin hari semakin kabur harapannya. Dalam mengejar kejayaan kehidupan, ramai rakan budiMaN sebenarnya terhimpit dengan kesesakan ekonomi yang semakin meruncing. Kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan sebenarnya menimpa ramai budiMaN. Jadi harapan 2010 lebih banyak amal kebajikan akan dapat di lakukan budiMaN terutama bagi rakan budiMaN yang telah berjaya sikit tu, toleh-tolehlah kebawah dan ambillah tahu tentang kesengsaraan sebilangan rakan budiMaN kita yang lain. Bantulah seberapa boleh yang dibantu. Kemudian tolonglah beritahu kepada rakan budiMaN lain, jangan fikir kita beritahu tu sebab nak menunjuk tetapi sebenarnya nak beritahu rakan budiMaN lain supaya mereka pun boleh bantu sama. Janganlah terikut dengan sebilangan fikiran yang mengatakan tak payah nak tunjuk2 lah bila tolong orang atau kawan. Itu silap. Nawaitu kita kena perbetulkan. Kita tunjuk kerana kita nak rakan budiMaN lain turut sama membantu bukan duduk diam jer syok-syok tengok blog ni lepas tu buat tak tahu jer. Nak membantu RM10 pun tak mahu lepas tu kutuk belakang lagi. Harap mentaliti sebegini di 2010 akan berubah dikalangan budiMaN.

2009 menyaksikan amat kurang aktiviti amal di lakukan budiMaN. Tiada yang mengajak dan tiada yang nak proposed. Dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya dimana budiMaN begitu banyak melakukan aktiviti amal baik dengan orang kampung dan juga anak-anak yatim serta tahfiz. Harapan 2010 aktiviti amal budiMaN akan mengatasi pencapaian kita yang lepas-lepas.

Friday, January 01, 2010

peNgaKuaN 3

Ini Pengakuan 3 dari abg jem yang diterima melalui email...

Hari ni adalah hari terakhir didalam TAHUN 2009 menjelang esok kita semua akan bersama-sama menghadapi TAHUN 2010 .. Persoalan nya apakah yang telah kita lakukan untuk diri kita, keluarga, agama, bangsa dan Negara dan apakah yang akan kita lakukan pula untuk tahun hadapan… ada rakan memeritahu sesuatu yang amat menarik pagi tadi (apabila soklan ini ditanya) katanya ‘di tarikh-tarikh yang istimewa di tahun hadapan (seperti harijadi, ulangtahun perkahwinan dsb) aku akan bawa isteri atau isteri-isteri dan anak-anak aku untuk celebrate di rumah anak-anak yatim… Abgjemm rasa itu sangat baik.

Sahabat Budiman,
Abjemm kelmarin pulang awal untuk duduk bersama anak-anak, abgjemm telah ditanyakan oleh anak abgjemm yang berumur 16 tahun tentang apakan maksud perseverance dan persistence, mungkin dia jumpa kat blog lan Kida agaknya, Tahniah En Mazlan, lalu abgjemm kesahkan tentang pengalaman abgjemm didalam perniagaan (demi untuk menerangkan maksud perkataan tersebut) ternganga mulut anak-anak abgjemm .. tak percaya.., tetapi setelah ditunjukkan beberapa bukti akhirnya mereka percaya… ini kesah abgjemm didalam dunia perniagaan..

PERSEVERANCE DAN PERSISTANCE
Abgjemm sebenarnya telah nebgenal dunia perniagaan semejak umur abgjemm di dalam darjah 3 lagi.., abgjemm tinggal disebuah kampong didalam daerah yang agak besar di Pahang dan abgjemm pergi kesekolah menaiki bas seperti rakan-rakan yang lain. Ketika itu ialah musim buah-buahan dikampung abgjemm, memandangkan ramai diantara rakan sekelas abgjemm tinggal dibandar, abgjemm membawa sedikit buah-buahan seperti buah langsat, matakucing dan rambutan untuk mereka nikmati semasa rehat. Tak sangka pula selepas itu mereka membawa pulang kerumah dan akhirnya ibubapa mereka mengirimkan wang kepada abgjemm untuk membekalkan mereka buah-buahan. Abgjemm pun setiap petang akan membungkus buah-buahan tersebut dan dibawa kesekolah esok harinya. Alhamdulillah pada tahun itu perbelanjaan ‘hariraya’ abgjemm settle.

Didalam darjah 4 angjemm juga melakukan perkara yang serupa, ini adalah kerana abgjemm seolah-olah telah menjadi seorang ikon untuk buah-buahan tempatan masa itu, malah beberapa guru juga memesan buah-buahan dari abgjemm. Didalam darjah 5 dan darjah 6 pula arwah bapa abgjemm telah mendapatkan sebuah rumah berdekatan sekolah di bandar memandangkan salah seorang abag kepada abgjemm akan menduduki MCE pada tahun yang akan datang, malangnya arwah bapa dan ibu tidak berupaya untuk bersama-sama kami kerana kekangan perniagaan, lalu tinggallah kami 4 beradik bersama 2 sepupu yang kecil-kecil. Abgjemm tidak boleh duduk diam tanpa mencari wang saku..lalu abgjemm memohon melalui majalah untuk menjadi agen menjual sticker dan t-shirt.. kali ini target market abgjemm selain rakan sekolah ialah orang-orang kampong pula.. dari situlah abgjemm mengenali perkataan ‘commision’ ‘agent’ ‘profit’ dan ‘catalogue’ …

Semasa di tingkatan 1 dan 2 abgjemm menjalakan perniagaan buah tempatan semula kerana rumah dibandar arwah bapa telah menyewakan kepada orang, lalu abgjemm telah memikirkan suatu perniagaan yang agak besar juga iaitu abgjemm membeli hasil pertanian orang kampong seperti pisang di hari sabtu dan meminta emak saudara (yg juga arwah) abgjemm (yang mmg berniaga dipasar ujung minggu) untuk dipasarkan.

Pernah disatu ketika semasa didalam tingkatan 2, satu hamlau mana telah mengadu kehilangan wang didalam beg semasa PE .., guru disiplin petang lalu membuat spot check kepada semua murid petang, hampeh.., masa tu hari senin abgjemm ada rm300 .. kantoiii… terpaksa abgjemm mengadap disiplin master.. lalu abjemm ceritakan kepada beliau tentang asal usul duit abgjemmm perghhh selamat.. selepas itu abgjemm serik lalu setiap kali abgjemm mendapat bayaran, terus abgjemm bank in.

Masuk form 3 dan form 4 abgjemm sangatlah active berniaga, pantang ada cuti sekolah baik cuti hujung menggu atau cuti penggal, abgjemm akan occupied sepenuhnya, dimana ada peluang, di situ ada abgjemm, pernah diwaktu cuti penggal selepas SRP abgjemm mengambil upah membersih kebun orang dan menanam koko dikebun tersebut (masa tu popular dgn tanaman koko di kampong abgjemm) sehinggkan abgjemm terpaksa menyewa traktor dan mengupah kengkawan abgjemm untuk melaksanakan kerja secepat mungkin.

Di masa tingkatan 5, arwah bapa mengingatkan abgjemm supaya slowdown sket, ‘nanti kao kantoi aku x tahu’ abgjemm ckp ngan dia balik,’ sy ni meniaga bukan untk duit bah, tapi passion’ … ikut kao lah.. kao dah besaq.. ujar beliau, lalu abgjemm mencari idea yang baru, itulah dunia perniagaan yg sebenar, kita musti dinamik dan sentiasa dengan idea baru. Abgjemm mendapat pembekal dari Kuala Lumpur yang sanggup membekalkan abgjemm buku2 rujukan utk SPM. Maklum musim peksa ni abgjemm berusaha juga agar mendapat tempias dari peperiksaan dengan menjual buku2 rujukan dan soklan2 spot.

Selepas SPM abgjemm kembali aktif dengan menjalankan perniagaan hasil-hasil pertanian kampong seperti pisang, sayur-sayuran dan buah-buahan.., ada sekali tu abgjemm mendapat tahu bahawa restoran-restoran dibandar telah ketandusan supply kelapa, lalu pada hari sabtu berikutnya angjemm dengan menggunakan sebuah motosikal yang diletakkan bakul besar bersama seorang lagi rakan (pemanjat pokok kelapa) telah berpusing keliling kampong untuk mengumpulkan buah kelapa di sekeliling kampong dan pagi2 esok nya kami dengan menggunakan lori arwah bapa telah mengangkut semua kelapa tersebut ke pekan ujung minggu.., rupa2nya di sana telah ramai pemilik restoran menunggu abgjemm (ada insider trading) dan tak sempat turun lagi kelapa abgjemm telah diborong oleh tokeh kedai mamak dan pemilik gerai di pasar besar. Happy betul abgjemm, tambah lagi mereka turut membuat pesanan untuk minggu berikutnya.

Dipendekkan cerita.., (kalu nak citer penuh email kat abgjemm@gmail.com) abg meneruskan pengajian di ITM Pahang tanpa bantuan dari arwah bapa abgjemm, malah diwaktu rakan2 budiman bercuti semestrer, abgjemm juga meneruskan perniagaan dan mengambil upah kontrak kecil-kecilan. Sehinggalah kita sama-sama memegang segulung diploma sitahun 1988 abgjemm telah mendirikan sebuah kilang perabut rotan untuk dipasarkan disekitarkampung dan bandar… sampai disini anak abgjemm bertanya, ‘kenapa tak dikekalkan kilang tersebut ayah?’ abgjemm nyatakan kepadanya bahawa kilang tersebut telah terbakar dek kerana kesalapan salah seorang pekerja abgjemm dan semua stok, mesin, tanggam, equipment dan finish goods telah musnah dijilat api… Abgjemm kena marah dengan teruknya dengan arwah bapa kerana tidak memberi perhatian kepada aspek keselamatan.

Masih ada beberapa jenis perniagaan yang abgjemm bina setelah abgjemm membawa diri di Kuala Lumpur (maklum .. merajuk dgn arwah bapa kerana tidak menyokong .. kununnya, tak sedar awak yang salah). Tapi itu lah yang abgjemm maksudkan dengan ‘persevarance dan persistance’ ujar abgjemm pada anak abgjemm. Satu lagi pesanan angjemm ‘You are not rich, until you enrich the others’ oleh itu marilah kita memberi makan burung-burung dan ikan-ikan yang berkeliaran…
InsyaAllah, akan datang akan abgjemm akan kesahkan pertemuan abgjemm dgn ‘ah long’ yang paling besar diseluruh Mesia dan bagaimana Org Melayu gagal dalam mengurus kekayaan dan pakar mengurus kemiskinan.

Terima Kasih
Abangjemm

Wednesday, December 30, 2009

peNgaKuaN 2

Ini e-mail ke 2 dari Abg Jem (tak tau siapa) bercerita pasal pengakuannya....

Hari ni adalah hari terakhir didalam bulan Zulhijjah Tahun Hijrah 1430 dan menjelang esok kita semua akan bersama-sama menghadapi Tahun 1431 Hijrah yang mana sudah tentu kita masing-masing memasang azam untuk menghadapinya dan azam bermaksud tentulah untuk melakukan perkara yang baik-baik belaka. Aku pun, mulai dari sekarang aku tidak lagi menggunakan aku, tetapi abgjemm.
Sahabat Budiman,
Abjemm akan ceritakan sedikit demi sedikit tentang pengalaman abgjemm dan rakan-rakan abgjemm yang mana sudah tentulah akan merahsiakan nama2 mereka, tetapi percayalah bahawa ini semuanya adalah kisah benar ambil lah iktibar dimana yang berdemi untuk me.
PENGALAMAN PERTAMA
Abgjemm sendiri melalui beberapa fasa didalam kehidupan, belajar, bekerja makan gaji, berniaga, belajar sambil bekerja.., belajar sambil berniaga, makan gaji sambil berniaga dan belajar kembali… amat complicated kalau dikaji… tetapi apa yang penting bagi abgjemm disini adalah ‘pengakuan’ kita. Mungkin ada diantara kalian menganggap pengakuan itu adalah penipuan atau perselindungan… itu semua silap kerana pengakuan yang abgjemm maksudkan disini adalah ‘appearance’ yang boleh membawa kepada ‘positive perception’ supaya ianya boleh digunakan untuk menguruskan keadaan ‘situation management’ … bagaimana ya??
Itulah yang akan timbul, satu persoalan… satu analogy, cuba tanya pada Kida, berapa ramai orang meniaga di KL ini memandu kereta mewah seperti Mercedes atau BMW pada luarannya, tetapi hakikatnya dalam poket ada beberapa hinggit aje… tetapi akhirnya perolehi kontrak jutaan hinggit…, semuanya berlaku ketika hendak ‘bidding project’ atau ‘direct nego project’ … memang la evaluator akan merujuk kepada ‘technical papers’ dan ‘commercial papers’ yang kita hidangkan, tetapi itu sumernya kira-kira 40% sahaja daripada keseluruhan evaluation. 30% lagi adalah ‘appearance’ kita, kalu datang dengan kereta kancil (bukan merendahkan status tetapi hakikat) jangan harapkan projek jutaan ringgit, jutaan rupiah belum tentu pak. Dan lagi 30% mungkin arahan dari bos (especially bagi bos yang berdarah politik)
Begitu juga didalam bidang pekerjaan (minta maaf rakan Budiman) kalu berjawatan Manager atau Senior Manager misalnya, appearance kita mustilah bersesuaian walaupun tidak semestinya menggunakan article yang mahal, tetapi cukup untuk membuat orang-orang rakan sepejabat merasakan kehadiran anda didalam organisasi tersebut…, WOW dia pakai Georgio Armani, jam Pannarai kasut Feraragamo… dsb, malah dengan itu juga apabila anda berinteraksi dengan para pengarah atau pegawai lebih tinggi dari anda mereka akan berbangga dengan anda dan segala proposal dan cadangan anda akan jadi lebih construktif dan interesting…
Yang terakhir buat kali ini, Abgjemm merujuk kepada 5/6 rakan yang seperti diperkatakan oleh Kida, yang mana kurang upaya…, bangkitlah dan bangunlah buat ‘pengakuan’ yang positif, carilah sesuatu kekuatan didalam diri tuan2, ingat kita ini semua dilahirkan sebagai seorang ‘juara’… pasti ada satu kelebihan tuan-tuan yang boleh tuan2 yang tuan2 boleh banggakan dan perakukan. Bermula dari sana perkembangakannya melalui rakan2 yang ada… ingat pepatah org tua2 ‘You will never know true happiness until you have truly loved, and you will never understand what pain really is until you have lost it’ itu tak mengapa sebab perkataan favorite abangjemm ialah ‘ presevarance’ dan ‘persistance’.
Terima Kasih
Abangjemm

Tuesday, December 29, 2009

peNgaKuaN

Saya ada terima e-mail dari seorang rakan budiMaN yang mengenalkan dirinya cuma sebagai Abg Jem. Sebenarnya saya rasa keberatan juga untuk menyiarkan e-mail beliau ini kerana beliau tidak mahu mengenalkan dirinya yang sebenar namun begitu untuk permulaan ini saya siarkan juga. Cuma saya berharap kepada Abg Jem untuk dapat mengenalkan dirinya yang sebenar supaya penulisan beliau akan lebih bertanggungjawab dan kredibilit penulisannya boleh di nilaikan oleh pembaca yang ingin di dekatinya. Beginilah tulisan Abg Jem yang bertajuk 'Pengakuan' :

Tuan tuan, saudaraku dan sahabat handaiku,
Aku bukan nak pandai memandai menulis perkara-perkara yang sebegini, tetapi teruja dengan beberapa postings yang dibuat oleh saudara Lan Kida terutama tentang gossip dan email dari rakan Budiman.

Kepada Rakan Budiman, aku nak membawa sedikit gegasan yang mungkin ada diantara kalian tidak bersetuju dengan aku, itu tidak mengapa kerana kita mempunyai hak kita sendiri. Aku tidak meletakkan nama aku diatas sebab-sebab yang pertama, aku tahu apa yang akan membawa lebih kepada satu impressi yang kurang benar atau mengelirukan, kerana aku hanya menulis kerana aku teruja untuk menulis dan tidak kerana nama dan sebagainya. Kedua, aku hendak kalian menilai gegasan aku dan bukan penilaian diatas diri aku.

Baiklah, gegasan itu begini… Perbezaan diantara Kemiskinan dan Kekayaan, Susah dan Senang adalah sama dengan perbezaan diantara Orang Islam dan Orang Bukan Islam… iaitu ‘Pengakuan’ ini adalah kerana pengakuan atau syahadah inilah yang menentukan samada seseorang itu Islam atau Bukan Islam, yang selebih dari itu Allah lebih mengetahui kerna kita boleh melihat seseorang itu melakukan rukun dan sebagainya , betul tetapi niat dan apa-apa yang berada didalam hati seseorang itu tidak bisa dirungkai oleh manusia biasa…

Begitu juga dengan miskin atau kaya, susah atau senang yang kita hadapi ini perbezaannya hanyalah ‘pengakuan’ kita, tidak ada kayu pengukur atau sesiapapun yang berhak mengatakannya kecuali diri kita sendiri. Contoh, kita mungkin merasakan kita miskin dan susah sebab dua atau tiga hari tidak dapat menjamah makanan seperti biasa, tetapi ada orang yang lebih susah atau miskin yang mungkin telah tidak menjamah makanan lebih tiga atau empat hari atau orang yang sengaja tidak mahu makan atau mereka yang berpenyakit tidak boleh makan…

Apa yang aku ingin utarakan disini adalah sikap dan tanggapan sesetengah dari kita yang mengaku dirinya susah, miskin dan sebagainya berbanding individu lain adalah tidak benar dan bersesuaian sama sekali dengan aqidah kita kerana kita dilahirkan sama iaitu dengan anugerah yang amat berharga iaitu ‘fikiran’ sementelah pula kita dibekallkan dengan pebelajaran yang begitu bertaraf dan tinggi standard graduan sekurang-kurangnya diploma.

Tuan tuan saudaraku,
Aku bukan nak berceramah tentang politik atau motivasi kerana ini bukan pentasnya… cumanya aku ingin nak share sedikit tentang beberapa pengalaman aku yang tidak seberapa didalam mengharung ombak kehidupan dan seterusnya mungkin ada beberapa tips atau panduan untuk kalian yang mana kalian rasakan munasabah boleh dipakai, gunakanlah sebaik mungkin dan yang mana mengarut tu tak usahlah diambil kira kerana aku manusia biasa, tak ada apa-apa perbezaan antara kita. Disinilah aku belajar tentang erti kehidupan sebenar, tentang rakan-rakan, tentang kekeluargaan dan juga tentang soal kepimpinan. Postings ini akan berkisar diantara pentingnya ‘pengakuan’ dalam kehidupan kita dan bagaimana ‘pengakuan’ itu bisa merobah persepsi manusia dan seterusnya bisa merobah taraf kehidupan kita. Aku tidak pernah percaya akan adanya rakan-rakan aku yang susah atau miskin, kerna kita semua dilahirkan sebagai seorang ‘JUARA’ oleh itu janganlah tanggap diri anda sebegitu rupa kerna itu bisa membawa kurangnya keyakinan terhadap Allah swt.

To be continued…Kida, aku akan sambug lagi… tq

Thursday, December 24, 2009

jaMMinG iN bRaiNstORMinG - livE

Petang semalam saya dan Fadil Sutok dbS melayan kengkawan teh tarik di pejabat Sutok di Batu Caves bermula pukol 4-00 petang. Mulanya Apek dpA datang dan dia berikan kami satu software canggih petua mengenali diri. (Apek ni memang dari dulu masa kat itM Kuantan pun memang teror bab petua ni...dulu dia ajar kami jampi serapah...tapi ni dah moden sikit dia ajar pakai laptop pulak la...software canggih...ribu-ribu harganya) Sambil tu kami jamming 2-3 lagu dengan gitar letrik kat ofis Sutok tu. Sempat telefon Mat Dwan tanya khabar berita. Pukol 5-00 petang, Apek pun blah pasal dia kena kerja syif start pukol 5-00 petang sampai pukol 10-00 malam.

Pukol 6-30 pulak Walid pun sampai dan kami brainstorming pulak pasal nak cari pendapatan lebih. Banyak idea Walid ni. Walid pun katanya akan memulakan Gerai Makan di Kampung Baru bermula Januari 2010 nanti. Lokasinya nanti kita minta Walid cerita lebih lanjut la. Jadi sesiapa geng budiMaN mungkin boleh singgah untuk makan tengahari atau makan malam di Gerai Walid di Kampung Baru. Khabarnya ada makanan special dari tukang masak patner Walid dengan resepi formula rahsia yang power. Go Walid Go!

Lepas solat Maghrib, kami pekena teh tarik kat bawah ofis Sutok. Pekena teh setengah jam, kami sambung lagi perbincangan kat ofis Sutok. Sambil tu jamming jugak 2-3 lagu. Oops! lupa plak nak cakap, khabarnya Walid untuk Gerai Makannya nanti akan mempersembahkan konsep muzik terbaru...tungguuuuuuu!

Pukol 10-00 malam, Walid pun mintak diri sebab nak ambik isteri dan anak-anaknya kerana hari ini beliau akan ke Lenggong untuk mengambil keputusan PMR anak beliau. Abg Ker (Kerbau) pulak ada sms kata nak sampai dah kat KL bersama emaknya. Saya dan Sutok ajak beliau ke ofis Sutok di Batu Caves untuk pekena teh tarik tapi beliau kata dah lewat. Jadi lebih kurang jam 12-00 tengah malam, saya dan Sutok pun beredarlah pulang. Sekian, Wassalam.