Wednesday, December 23, 2009

muLA keRjA

Anak saya yang sulong, Maisarah yang baru sahaja selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini dah mula bekerja full time kat Times Square. Katanya boring duduk rumah dan cari pengalaman kerja sambil dapat duit saku sementara tunggu keputusan SPM pada April 2010 nanti. SK pula suruh dia belajar memandu kereta supaya senang nanti kalau dapat melanjutkan pelajaran dan terus ambil lesen. Mungkin selepas Januari nanti boleh daftar dengan Sekolah Memandu, insyaallah. Saya pesan kepada Sarah supaya kerja elok-elok, ringan tulang, work smart dan cuba belajar sebarapa banyak pengalaman yang boleh. Saya juga pesan kepada beliau bila dah dapat gaji nanti, jangan lupa gaji pertama tu... sedikit sedekahkan untuk masjid dan sedikit sedekahkan kepada kedua ibubapa...insyaallah berkat mudah-mudahan sampai bila-bila.

Saya masih ingat masa saya mula-mula kerja dahulu pada tahun 1983 dengan HSBC Temerloh sebagai Kerani Bank dengan gaji RM410 sebulan, saya beli mini compo National...hehe. Tapi ada jugak la sedekahkan sedikit kepada kedua ibubapa. Rakan budiMaN camne dengan gaji pertama kerja?

Tuesday, December 22, 2009

Sk n tHe gaNG

Pelancaran novel terbaru Jemari Seni Publishing karya Noor Suraya bertajuk Jaja @ Din di Kawan Kopitiam, Bandar Baru Bangi pada 20hb Disember bersama penulis Noor Suraya dan towkey kopitiam Ezzah Aziz Fawzy. SK sehari jer dah siap habis baca buku tu...katanya best giler. Sorry la...gua novel ni kureng skit beb!

Sunday, December 20, 2009

cAtAtaN biLaL ke taNah suCi

Seminggu saya dan SK bercuti duduk di rumah dan menguruskan beberapa urusan keluarga, sekolah Aimin dan sebagainya. Bagaimanapun pagi tadi jam 11-00 saya dan SK sempat ke Kawanku Kopitiam milik Ezzah Aziz Fawzy (bekas pengacara TV3) di Bandar Baru Bangi untuk pelancaran novel terbaru karya Noor Suraya kawan baik SK dari Jemari Seni Publishing bertajuk Jaja & Din. Sakan pula Ezzah bersembang dengan SK tak berhenti dekat 2 jam. Letih gua tunggu beb. Insyaallah nanti minta SK siarkan gambar beliau dengan Ezzah n the gang.

Petangnya saya terima sms dari Bilal memberitahu beliau ada mengirimkan e-mail catatan beliau ke tanah suci menunaikan ibadah haji tempohari. Terima kasih Bilal kerana sudi berkongsi pengalaman beliau suami isteri bersama kita semua seperti Wani dcS yang berkongsi pengalaman haji dalam blog beliau. E-Mail Bilal seperti di bawah :

Salam buat semua SAHABAT BUDIMAN
Alhamdulillah 3hb Disember jam 1.00 pagi, saya dan isteri telah selamat kembali ke Tanah Air melalui KT01 Saudi Airline. Meskipun penerbangan pulang tertangguh hampir 4 jam, kami bersyukur yang amat kerana selamat kembali. Keadaan kesihatan meskipun masih terdapat batuk namun secara keseluruhan Alhamdulillah. Hampir 45 hari saya di tanah suci ( 9 hari di Madinah dan 36 hari di Mekah) berkat Doa semua, kami dapat menyempurnakan semua amal ibadat tanpa sebarang kerumitan dan kesulitan yang kritikal. Meskipun di uji dengan hujan lebat dan kemah yang basah lencun ketika tiba di Arafah pd 8 Zulhijjah, namun sebagi tetamu Allah kami redha dan bersyukur dgn rahmatnya. Secara keseluruhan, Menunaikan rukun yang ke lima ini memberikan keinsafan akan kekerdilan kita sebagai hamba Allah apatah lagi melalui setiap proses tarbiah ibadah dan displin diri. Apa yang boelh kami katakan dan seru pada rakan-rakan.. pergilah ketika usia muda tatkala emosi dan fizikal kita masih kuat.. khususnya ketika melakukan ibadat tawaf serta saei dan juga melontar..

Kami mengambil kesempatan di sini mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang datang ziarah, hantar sms, hantar email, telefon dan sebagainya yang turut mendoakan pemergian kami. Alhamdulillah.. semua doa dan hajat rakan-rakan telah saya sempurnakan sepanjang saya berada di Madinah, Mekah, Arafah dan Mina.. selebihnya tawakkal dan yakin bahawa Allah akan memakbulkannya InsyaAllah..

Thanks buat Salwani atas maklumat dalam blognya.. dan sms kwn sehingga saat akhir semasa kwn kat kelana jaya. InsyaAllah selepasni jika sesiapa yang memerlukan nasihat dan panduan akan 'travelog' haji khususnya persiapan, tips dan nasihat serta sebagainya boleh menghubungi saya insyaAllah. Akan saya kongsikan sedikit pengalaman dan pengamatan untuk renungan semua dalam facebook saya insyaAllah.

Tahun lepas, salwni dan suami, thn ni, saya dan isteri dan moga setiap tahun mendatang pasti ada saja secara bergilir rakan rakan kita dipilih menjadi tetamu Allah insyaAllah.. Aammiiin.

Bilal @ Azmi dan Isteri.

Wednesday, December 16, 2009

eMaiL reUNioN

Sekejap tadi saya buka email dan dapati ada email dari Wani dcS berkaitan Reunion UitM Pahang 25 Tahun yang akan di adakan pada Mei 2010. Saya rasa dari senarai penerima email tersebut mungkin rakan budiMaN pun ada menerimanya. Dalam email tersebut ada memberitahu bahawa mesyuarat AJK akan di adakan Khamis ini di UitM Shah Alam. Selain itu ada juga diberitahu tentang aturcara Reunion yang khabarnya akan di adakan Jamuan Makan Malam serta trip ke Jakarta dan Bandung. Kalau dalam blog Dona dsS pula yang baru saya lihat sebentar tadi, khabarnya, belanjanya lebih kurang RM1,200. Tapi takde pulak di nyatakan samada kos tu untuk seorang ke atau satu family. Dan Kak Zah pun turut sekali menguruskan Reunion ini.

Saya sebenarnya tidak tahu menahu langsung tentang perancangan Reunion ini sehinggalah email Wani yang saya baca sebentar tadi. Walaubagaimanapun saya minta maaf kepada Wani kerana saya rasa saya tidak dapat menyertai Reunion ini jika dengan bayaran seperti yang dinyatakan di dalam blog Dona tersebut. Banyak tu pada saya untuk kegunaan lain lagi dan tak mampu saya nak habis sebanyak itu setakat nak berseronok dengan kengkawan. Kalau berseronok dengan family lain cerita jugak la. Dan jumlah besar tu kalau kita kumpulkan dan beramal sesama budiMaN, bersemangat jugaklah saya.

Tapi, insyaallah saya akan tetap membantu jika mereka perlukan bantuan dan saya mampu membantu. Apa-apa pun terima kasih kepada Wani kerana sudi menghantar email dan saya minta maaf sekali lagi kerana tidak dapat menyertainya.

Tuesday, December 15, 2009

goSSip

2 orang geng budiMaN sedang bersembang sambil pekena teh tarik kat mamak di Jalan Bukit Bintang baru-baru ni. Saya dengar dan saya olah balik kat sini.

A : Aku tak sangka betul la budak sekor kawan budiMaN kita ni. Kelaku nampak elok. Tapi rupanya kaki pinjam duit. Dekat aku jer dah boleh bayar downpayment Myvi SE 10% dia pinjam. Dah tu janji nak bayar tapi sampai sekarang 1 sen pun takde, macam-macam alasan dia bagi.
B : Aik, dekat engkau pun dia pinjam. Aku ingat aku seorang jer. Aku pun dia pinjam jugak. Kalau bayar Viva 10% downpayment pun boleh dah duit dia pinjam kat aku tu. Aku ingat malas la nak bising sangat sebab tengok dia tu pun nampak teruk sekarang ni, kesian jugak.
A : Tak payah kesian la macam tu. Aku ni sebab kesian la jadi macam ni. Ni kita berdua je, dah ribu-ribu dia pinjam...dengan orang lain tak tau la berapa banyak lagi.
B : Tu la kata orang kampung aku ... don't judge the book by its cover.
A: Tu la payah...kita kekadang nak buat kebajikan, tolong kengkawan yang dalam kesusahan tapi ada pulak yang ambil kesempatan. Dia tu main janji yang tak betul tu. Kita berdua ni bukannya orang kaya juga.... tu la duit nak simpan buat belanja anak-anak nak masuk universiti, nak beli buku, nak bagi orang tua kita kat kampung. Pening dan sakit hati fikir pasal budak budiMaN tu.
B : Aku pun tengah kering giler ni tapi nak buat camne, sepatutnya orang macam dia tu lebih mengetahui hukum hakam. Kita beserah kepada Allah je la.

Monday, December 14, 2009

e-MaiL daRi budiMaN

Mulai Sabtu sehingga Isnin minggu lagi satu, saya dan SK akan bercuti, bukan apa sempena cuti sekolah ni dan Sarah anak saya yang sulong pun dah selesai SPM, jadi kami ambil peluang untuk berehat. Bukan nak holiday kemana-mana pun, rasa-rasanya seminggu ni kami akan tetap berada di Kuala Lumpur lagipun tengah2 bulan budget memang tigh giler tambah nak buka sekolah pulak nanti. Minggu lepas ada 2 email menarik yang saya terima dari rakan budiMaN dan saya rasa nak kongsi bersama-sama di sini walaupun sebenarnya saya tak minta kebenaran dari pengirimnya. Namun banyak iktibar yang saya rasa boleh diperolehi dan di renungkan bersama.

1. Email pertama ni dari Apamz yang bertajuk :

Malam Jumaat Yang Menginsafkan

Malam jumaat lepas, setalah menidurkan anak aku yg kecik aku tidur macam biasa kat sebelah baby... Isyak tak sembahyg jugak lagi tu, tapi aku dah kunci jam pukul 5am bangun solat isyak terus tunggu subuh, badan terlalu penat setelah balik dari pasar malam... aktiviti mlm jumaat pun dah lama dah aku lupakan.... tapi bukan pasal tu aku nak cerita.

Tiba2 lebih kurang pukul 2 pagi, aku terasa semacam kat perut aku. Macam senak angin je, berdenyut denyut makin lama makin sakit. Aku panggil anak sulung aku, Shafiq yg kebetulan tak tidur lagi, melayan My space.... aku mintak dia lumurkan minyak angin dan urut di bahagian yg sakit tu, tapi makin diurut makin sakit, dia kata perut aku keras macam papan. Cuba utk menenangkan keadaan aku kata cuma angin je. Macam macam dia buat urut lah picit badan lah macam2 cara aku suruh dia tapi sakit tak hilang2 malah makin lama makin sakit dan merebak ke belakang pulak ke bahagian pinggang, tapi yang pelik cuma di bahagian kiri aje.

Bila sakit tu dah sampai ke pinggang, aku dah tak boleh duduk diam berdiri tak kena, duduk tak kena, menonggeng tak kena, mengiring tak kena, peluh sejuk mula terbit... aku rasa macam nak pitam, anak aku pun tak tau nak buat apa, Isteri aku Miza hanya mampu memerhati dari jauh aje tak mampu nak membantu... anak aku lagi dua orang memang nyenyak tidur, tak tau apa apa. Aku suruh anak aku panaskan tungku, dan tuamkan kat tempat yg sakit... tapi sakit tak jugak hilang malah makin sakit.... Aku kira masa aku dah sampai dah malam tu. Macam macam aku pesan kat anak aku, Sedih jugak aku tengok anak aku tu... tapi dia tetap menenangkan aku, cakap tak ada apa2 ni, sakit biasa jer ni, mungkin salah makan kot, Tapi kalau salah makan biasanya aku dah terberak2 dah....tapi ini bukan sakit memulas kata aku, ini sakit dlm perut......

Dalam pada aku berhempas pulas menahan sakit aku termuntah sebnyk 2 kali. Banyak kali aku cakap mungkin ajal aku dah sampai dah..... Dalam kesakitan yang amat sangat tu, aku kuatkan diri utk bersolat Isyak dan berdoa supaya disembuhkan dari kesakitan ini dan selepas itu aku mintak anak aku bacakan Yaasin untuk aku sambil berbaring aku pun ikut baca sekali, Yang hairannya masa baca yasin itulah aku merasakan kesakitan yang amat sangat, berguling-guling aku mengelupur kat ruang tamu rumah aku. Aku habiskan juga bacaan yaasin tu.... Tapi sakit tak hilang hilang.... masa tu dah pukul 4 lebih... dah lama aku tak menangis sebab sakit tapi masa tu aku menangis sambil mengelupur kesakitan. Punya lah siksa Tuhan aje yang tau. Anak aku dah mula panik...Memang aku nak suruh dia aku panggilkan ambulan tapi terfikir pulak aku siapa nak jaga anak isteri aku kalau aku pergi hospital. aku terus mengelupur menahan kesakitan sehinggalah pukul 5 pagi, aku rasa nyawa aku macam nak dicabut, kaki aku sejuk. Aku pesan kat anak aku jaga ibu & adik kalau ditakdirkan ajal aku sampai.... Aku tak ada pilihan lain kerana kesakitan yang tak dapat di tahan2 lagi aku suruh jugak anak aku telefon ambulan dan minta tolong jiran aku tolong tengokkan isteri dan anak2 aku masa aku dihantar ke hospital, dalam masa yg sama aku mintak mak sedara miza yg duduk di indera mahkota kuantan, datang ke rumah pd masa tu jugak. Anak aku terus menelefon ambulan... then dia maklumkan perkara itu kat keluarga sebelah mertua aku di Luit maran.. pukul 5 pagi tu jugak anak aku terpaksa berlari sorang sorang ke simpang masuk taman balok makmur kerana org ambulan tu kata tak tahu jalan..... Tak lama Ambulan puun sampai, anak aku dah ada kat dalam memberi tunjuk arah pada pemandu van. Jiran aku pun ada kat rumah dah masa tu. aku terus dibawa ke HTAA kuantan.....

Masa aku berbaring kat dlm ambulan tu aku dapat dengar azan subuh berkumandang sayup sayup dari masjid.... aku terasa tenang pulak dan aku rasa sakit aku ada kurang sedikit.... semakin hampir dengan hospital semakin aku merasakan kesakitan aku hilang.... Dan setibanya aku di HTAA kuantan.... sakit aku completely HILANG!!!! memang pelik!!!! aku memang macam aku sebelum ni... sihat walafiat.... Tapi masa tu aku buat buat sakit jugaklah.... Kang tak pasal2 kena pelempang pemandu ambulan tu sbb kejut dia subuh2, alih alih tak sakit......... tapi aku dimasukkan juga ke bilik rawatan kecemasan & berjumpa doktor.. aku pun ceritalah A sampai Z apa yg berlaku termasuklah yang sakit aku tu dah hilang pd masa tu.Check punya cek aku disahkan tak ada apa apa. Cuma air kencing aku ada sangkut sikit, katanya ada symptom nak kena batu karang... tapi baru nak jadi, tak nampak pun batu krgnya... Dr kata kalau minum air masak banyak2 setiap hari batu krg tu akan hilang.... Tapi dia kata tak mungkin disebabkan itu aku boleh mengalami kesakitan yang amat sangat.....Disebabkan aku normal dan tak sakit apa apa masa tu aku disuruh balik dan dibekalkan pain killer sahaja.

Sampai sekarang ni Syukur Alhamdulillah, aku sihat walafiat dan tak ada apa2. tapi peristiwa malam tu betul betul sedikit sebanyak menginsafkan aku, dah sakit begitu barulah ingat nak solat lah, nak ngaji lah. Agaknya Allah masih sayangkan aku, agaknya Allah sedang memberi peringatan kepada aku supaya jangan lalai dalam mengingatiNya. Agaknya yang aku rasa tu baru 10% je dari SAKRATUL MAUT, bagaimana agaknya sakratul maut yang sebenar???... Wallahua'lam

2. Email yang ke 2 ni dari rakan budiMaN juga tapi saya rahsiakanlah pengirimnya. Saya siarkan email ini untuk menunjukkan betapa tabahnya sesetengah rakan kita dalam mengharungi ranjau menempuh hidup ini. Email nya saya ringkaskan macam ni :

Sehingga kini aku pun masih belum lagi dapat kerja lagi. Aku pun sekrang pun tengah sanggap sangat dan depressed gila.. Aku tak tau mana lagi nak mintak tolong...... cuma apa yang aku daya sehinga kini mintak tolong dengan Allah..agar dia keluarkan aku dari kesusahan ini... apa yang aku mampu hanya berdoa tak behenti2, buat solat hajat atau solat tengah malam hanya tu aja yang dapat mengurangkan keresahan aku... aku tahu Dia maha mendengar & maha mengetahui mungkin dia tahu apa yang terbaik buat aku bukan masa kini..mungkin dimasa akan datang...

Maaf setakat tu jer email pengirim ke2 yang dapat saya siarkan... walaupun sebenarnya panjang lagi. Saya siarkan disini ke dua email di atas dengan harapan semoga ianya memberi ingatan kepada kita semua bahawa dalam kita leka dengan kerja kita yang sibuk memanjang, leka dengan bergembira bersama keluarga atau bersangka bahawa kita pun susah juga.... bahawa ada rakan-rakan budiMaN kita yang terpaksa menempuh dugaan getir dalam kehidupannya. Kalau ada yang kata saya tak beritahu...kini saya beritahu anda semua.... dan sebab itulah saya sentiasa memikirkan AMaL budiMaN... jalan mana yang termampu untuk kita beramal. Kisah email ke2 bukan beliau seorang sahaja... dalam pengetahuan saya ada 5 orang rakan budiMaN kita sebegini.

Wednesday, December 09, 2009

seMbaNG cuti seKOLaH

Lama benar rasanya tak menjengok blog, bukan sebab bz sangat tetapi takde idea nak tulis dan banyak surfing ke site lain-lain. Tambahan pulak cuti sekolah ni, jadi masa dengan komputer terhad sedikit sebab dia orang banyak take charge control komputer dengan My Space.

Raya Aidil Adha pula saya sempat pulang ke kampung di Temerloh pada malam Khamis dan terperangkap jem kat Highway Karak sampai 4 jam juga. Jumaat pula petangnya saya balik semula ke KL dan esoknya Sabtu saya pagi-pagi lagi cabut ke Perlis dan singgah di Mahang, Selama. Cuma balik dengan anak saya Muhaimin dan ke dua mentua saya. SK pula tinggal di KL kerana terpaksa hantar Sarah pulang ke asrama menghabiskan SPM yang akan tamat pada Khamis nanti 10 Disember. Ahadnya setelah bermalam di Perlis saya pulang ke KL bertolak jam 5 petang dan terperangkap dalam kesesakan PLUS highway selama 12 jam dan sampai ke rumah pada jam 5 pagi. Sengsara beb.

Petang semalam saya ke rumah Kudin Mekanik untuk menukar minyak hitam Volvo saya dan balik dari situ saya sempat pula singgah di ofis Padil Sutok. Lama jugak saya bersembang dengan beliau hampir 3 jam dan sempat ngeteh lagi kat Mamak di bawah ofis beliau. Macam-macam sembang berkenaan kengkawan budiMaN (bukan mengumpat beb...hehe). Saya juga sempat menelefon Haji Bilal kita yang baru pulang dari menunaikan haji dan beliau beritahu sampai pada malam Khamis lalu (3 Disember). Beliau sihat cuma batuk sedikit dan masih lagi kelamkabut sedikit menguruskan beberapa hal peribadi. Insyaallah saya beritahu beliau kalau dah ok tu bolehlah kengkawan budiMaN datang ziarah nanti.

Kitang juga ada telefon mengajak kengkawan budiMaN mengeteh malam tadi dan saya serta Padil tunggu beliau tetapi malangnya beliau tidak dapat sampai awal dan terpaksa tunda lain kali pulak. Saya dari ofis Padil tadi terus pulang ke rumah dan sebaik sampai kerumah, Antu dpA bersama Hanip diB pulak telefon beritahu mereka nak mengeteh kat Desa Pandan. Mulanya saya cadang nak join jugak tapi lepas mandi kat rumah bantai pulak terlelap kat sofa depan TV, sedar-sedar dah pukol 12 tengah malam, jadi saya sms Antu cakap esok malam lah kalau beliau masih ada di KL.

Dalam fikiran saya macam nak adakan satu acara Amal budiMaN sebab banyak rakan budiMaN 4-5 orang juga yang dalam pengetahuan saya sekarang ini betul-betul dalam kesempitan sampai ada yang sms kepada saya dapur rumah dah seminggu tak berasap. Cuma mengharapkan simpati adik beradik dan rakan-rakan. Saya tahu ada 2-3 orang rakan budiMaN kita yang mengalami keadaan ini sekarang. Dan bagi 2-3 orang lain lagi memang kesempitan lah tambahan dengan sekolah yang akan di buka tak lama lagi. Kadang-kadang dia orang ni nampak jer macam takde apa-apa tapi dalam hati hanya Allah swt saja yang tahu bebanan mereka itu. Saya pula cuma boleh membantu setakat termampu oleh saya seorang tetapi tidak kesemuanya. Tambahan pula bisnes saya pun bukanlah seberapa sangat bab kata orang macam menoreh getah juga, time hari panas adalah, tapi bila time hujan...nganga je la...sekarang ni pulak nampak macam hujan jer memanjang.... masak kari beb.

Tapi ntahlah, setakat ini saya tak ada idea camne nak buat amal budiMaN ni dengan penyertaan rakan-rakan semua. Tapi bila fikir selain dari tolong kanak-kanak susah atau keluarga susah lain, baik juga kalau kita dapat bantu rakan budiMaN kita sendiri yang juga sangat-sangat memerlukan seperti 4-5 orang rakan budiMaN kita yang kesusahan itu. Kita ni kekadang susah cuma tak mampu nak bayar kereta atau kredit kad atau loan tapi dapur boleh jugak berasap lagi tapi ini susah sampai takde nak makan apa pun bagi anak bini beb, macam ada yang kata beli susu cair, bancuh dalam botol, bagi anak baby menyusu beb... lu fikir la sendiri!