Sembang-sembang semasa di Restoran Kunang-Kunang tempohari bersama beberapa kengkawan budiMaN berkisar juga kepada perubahan umur yang makin meningkat dengan beberapa perubahan diri yang agak ketara. Nyata beberapa sindrom 40an telah mula melanda kengkawan budiMaN yang kebanyakannya sudah mencecah umur 40an atau ada yang hampir memasuki era 40an. Antara beberapa sindrom yang ketara menurut kengkawan budiMaN ialah :
1. Sindrom Pelupa
Banyak antara budiMaN yang memasuki umur 40an khabarnya semakin kurang daya ingatan. Mudah lupa. Walaupun untuk perkara yang sebentar tadi sahaja baru di lakukan. Fadil Sutoq bercerita baru-baru ni bagaimana beliau terkunci di luar pejabatnya. Waktu tu dia kata bini dia baru call beritahu suruh hantar anak beliau tuisyen. Beliau pulak boleh lupa anak dia tuisyen pada setiap Isnin dan Rabu. So dia pun bergegas la keluar pintu dan terus kunci mangga grill pejabat. Sebaik "klak" dia kunci, terus teringat kunci pejabat dan kunci kereta masih lagi kat dalam pejabat. Pejabat di tingkat 1, nak turun bawah ada satu grill lagi kat pintu bawah, pun berkunci jugak, naya betul. Nasib baik telefon bimbit tak lupa sebab selit kat pinggang. Dekat 1 jam jugaklah katanya nak cari member yang ada kunci spare. Last-last, anak pun tak dapat hantar tuisyen dan dia terpaksa melenggung antara tangga pintu depan dan pintu pejabat hampir sejam.
2. Sindrom Rabun Dekat
Sindrom ni pun dah banyak dah saya tengok ada pada budiMaN. Bila membaca kertas bertulisan kecil terpaksa tengok jauh-jauh. SK pun dah pakai cermin mata rabun dekat. Padil Sutoq, Kudin Mekanik, Raman Kerbau, Kudeng dan ada 2-3 orang lagi, saya tengok bila membaca je, memang nak kena jarakkan jauh-jauh sikit baru nampak. Saya sendiri pun kekadang macam tu juga terutama bila mata kepenatan. Tanda-tanda....
3. Sindrom Tak Lawas Berak
Nipun ada beberapa kengkawan cakap, katanya kalau dulu memang cukup disiplin bab buang air besar ni, tiap-tiap pagi bangun tidur, gerenti on. Tapi bila masuk 40an jer, mulalah dia buat hal. Perut masuk angin la, buang air besar pun 2 hari sekali. Makan banyak tapi susah nak buang air. Tanda-tanda kebuncitan perut nak datang sebenarnya. Ada juga yang selera makan makin kurang tapi bila nak buang air besar dah tak disiplin macam dulu. Camno tu! Tu yang makin banyak angin dalam badan dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit... tu yang selalu naik angin satu badan tu beb. Angin betul lah...
4. Sindrom Kurenngg
Sindrom ni pun ada kengkawan budiMaN kata sedar tak sedar bila masuk umur 40an dia rasa makin kurennggg. Kurenngg apa...kurenngg sex excitement dan kurenngg nak buat sex relation. Lebih kurang macam kurang cas atau kurang karan la.... malap je tak macam dolu-dolu. Ni saya dengar dari kengkawan budiMaN lelaki la...pompuan tak tahu la plak. Mungkin lama sangat dah kot... nak kena recharge atau bagi karan full power...tak pun tanda-tanda nak dapat sindrom satu lagi la...sindrom gatal 40an...hehehe. Mungkin jugaklah kalau kena cas baru atau karan baru...baru boleh buat full throttle agaknya...hehehe.
Itulah antara sindrom-sindrom bila meningkat umur 40an yang dapat saya perhatikan melalui perbualan dengan beberapa kengkawan lelaki budiMaN. Tupun tak termasuk kes sakit badan la, sakit urat la, berpantang dengan makanan la, mula ada tanda-tanda nak dapat sakit macam-macam la dan berbagai lagi. Nak hurai pun panjang lebar beb. Minta kengkawan la huraikan pengalaman masing-masing kat ruangan komen plak. Apa-apapun, semakin meningkat umur di harap semakin matang dan berpengetahuan diri kita di samping meningkatkan lagi amalan kita kepada Allah swt. Sebenarnya banyak lagi tanggung jawab yang lebih besar yang mendatang yang perlu kita tangani baik kepada keluarga, masyarakat dan diri kita sendiri.