Wednesday, April 09, 2008

fAdiL sutOQ

Antara kengkawan budiMaN yang kerap saya temui selain dari Kudin Mekanik ialah Fadil Sutoq. Sebenarnya antara kengkawan budiMaN yang rapat jugalah semenjak dari tahun 90an lagi semasa saya berpindah ke Kuala Lumpur. Dulu-dulu semasa saya bekerja di BPR, Fadil bekerja di syarikat swasta, begitu juga dengan Kudin Mekanik yang pernah menjadi Remisier di Lion Securities. Masa muda-muda dulu keraplah kami pergi main bowling atau berteh tarik bersama selain melepak kat Workshop Wahab di Jalan Gombak berhadapan dengan rumah nostalgia klasik Pak Ali (kini dah tiada sebab dah terbakar dah).

Masa saya berhenti dari BPR pada tahun 2001 dahulu untuk belajar-belajar berniaga, tidak lama selepas itu Fadil Sutoq yang pada masa itu bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan juga telah mengambil keputusan yang sama untuk berhenti dan memulakan perniagaan kontraktor pembinaan Kelas F. So, sampai sekarang, setelah jatuh bangun dan menempuh bermacam-macam dugaan dan cabaran dalam perniagaan, akhirnya kini beliau telahpun membuka sebuah pejabat sendiri di Seri Gombak. Masih lagi dengan perniagaan kontraktor pembinaan dan beliau mahir dalam ubahsuai rumah, ubahsuai pejabat dan sebarang pembinaan baik rumah untuk individu mahupun pembinaan kontrak-kontrak kerajaan.

Sekalung tahniah kepada Fadil Sutoq yang kini beroperasi di pejabat sendiri semoga perniagaan beliau akan bertambah maju lagi dan beliau sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburinya. Nanti mungkin Fadil boleh siarkan telefon, fax dan alamat pejabat beliau manalah tahu kot kengkawan ada urusan yang perlu untuk menghubungi beliau untuk kerja-kerja pembinaan.

13 comments:

LaN KidA said...

Salam,
Tambah sikit cerita lagi, Padil ni salah seorang yang pernah terkena juga semacam kes sms yang Kudeng pernah hantar kepada sebilangan kengkawan budiMaN. Kalau Kudeng kena tipu hampir RM25k dengan kawan kita tu, Fadil kena hampir RM8k... banyak tu bagi yang berniaga kecil-kecilan macam kami semua ni. Selain tu Fadil juga pernah terkena katanya hampir RM12k jugak dengan sorang lagi kawan kita... iskh..iskh... saya pun sakit hati dengarnya. Tapi memang berniaga begitulah adatnya dan dah jadi asam garam bagi kami yang berniaga ni.

Tapi Fadil ni memang pemurah dan suka tolong kalau kengkawan memerlukan bantuan dalam perniagaan. Iyalah setakat yang termampu di tolong oleh beliau lah katanya.

Nantilah bila saya berpeluang ziarah ofis baru Fadil nanti boleh ambik gambar sikit dan siar kat sini... bolehkan Dil?

Anonymous said...

tahniah, tahniah, tahniah,
semoga lebih maju dan berjaya lagi.
bartambah segalanya..

Anonymous said...

Salam TOOQQQ,

Tahniah TOOQQ, koi nompang bangga ngan rodong2 yang semankin maju ke-depan.

Koi doakan moga Juragan Fadil beroleh kejayaan yang tak terhingga.

Bila nak rasmi office baru... "koi cadang kita buat Parti Liar" hehe

Apek

Anonymous said...

Salam..
Wah sonok dengar citer kawan2 yang dah berjaya menubuhkan sykt sendiri setelah melalui pahit getir dan jatuh bgun menggapai cita-cita. Tahniah kepada Fadil..dan yang menipu kawang2 tu..jgn risau dia xkan sekaya mana pun..kalu kaya pun hati xkan setenang org yg teraniaya..Sabar ya sume kepada yg "terkena" tu..

**pssstt, Fadil nnt kalu ummi suh tolong renovate, kasi diskaun lebih sikit ek..(*duk melangut atas syiling kot leh tmbah lg 1 tgkat..kat tanah x cukup dah..hehe)

Anonymous said...

Salam...tahniah buat rodong koi. Moga bertambah maju di hari2 mendatang. Padil ni masa keja kat opis developer dulu di Desa Pandan banyok submit potential buyer kat koi.Budi baik dikenag jua.
Cadangan Apek tu koi sokong sangat2!
Buat kawan kita seorg tu...ingat2lah...kita ni dah lebih separuh perjalanan...esok,lusa mungkin tiada!, hutang x clear, sangkut ditengah2!...aduh azabnya!!!...fikir2kan...

Amir-Isa said...

Sutoq Sigaraga...
..tu gambar tengah pening mengira duit banyak terlebih...
Sure tak tahu apa nak dibuat dengan duit banyak terlebih tu...

ooi rodong..bila nak datang bejalan makan angin tempat aku...??
..gi check MATA Fair kat PWTC tu..kot2 ada ticket murah KL ke NY - Detroit..boleh kita mengeteh kat sini pulak..
ajak2 la rodong yang lain sekali...kida, amy jarr antu, apek, kitang, walid, dan lain2...
pas tu kita boleh gathering mengecat masjid kat Detroit sini...

Amir

Anonymous said...

Bang,

bro sorang tu dah start call kwan. hampir setiap ari call. Dah puas kwn bersilat..

Anonymous said...

alhamdulillah, berkat doa ghodong2 jugak. opis tu still under construction, saja koi slow kan, banyak pakai duit weh....

-kida
ui... tak siap lg opis tu dah promo...

-charlie koy...
koi jeles nengok opis awok, tu pasal koi carik jugak opis sendiri. pasal bro tu, atas dasar kemanusiaan utk makan minum boleh la. kalau lebih dia buat lupa.

-lembeg
parti liar ye....

-ummi
apa-apa pun semua boleh bincang, banyak kes koi kira harga kengkawan tapi kengkawan kata koi untung juta... hehe

-amir tombey
nanti aku buat usul dlm meeting MT Budiman dan tempah dua tiga flight ke sana untuk ngecat mesjid sana.

apapun opis koi terbuka utk kengkawan, man kebau dah tempah utk tumpang semalam dua kalau ke kl.

Mana2 yg nak bukak branch bisnes kat kl, kalau nak pakai address silakan. Berniaga lah kalau nak kaya, tapi berniaga lah dgn cara yg betul.

"Kalau kita tak boleh senangkan kawan, cukuplah jangan susah kan dia"

fadil sutoq

Anonymous said...

HI AMIER,
APE KABO AWOK DGN FIZAH......ANAK AWAK GUANE, MOGA SIHAT SEMUANYA..
HAI AWAK DAH TAK KENAL MEMBER KE...
YG DOK KIRA TU???? BUKAN SUTOG LA
TU LA SELALULAH BALIK KAMPUNG...
JGN DAH TUA..MATA DAH RABUN, TELINGA DAH 1/2 PEKAK BARU NAK BALIK WEH....GURAU JE....ANYWAY ROJAK AYAM DAH TAK ADE LAGI KAT KUANTAN YG ADE ROJAK KLCC NGAN ROJAK KLIA MAKAN NGAN DUA JENIS KUAH....HANGPA CARILE KAT KUANTAN SAMPAI DAPAT...HEE..HEE

SKOT857653.....

Anonymous said...

salam seme.
kpd fadil yg di hormati.
semoga rezeki dilimpahkan olehNYA agaar trus maju jaya dimasa depan.
(cam surat oficial jer bunyi....)

apek !!....parti liar atau parti lair???...ko bior btui apek...

p/s
walid....alhamdulillah setakat nie.

Amir-Isa said...

Salam Brader Skot...
Serabun-rabun mata aku..aku masih kenal member lama aku si fadil sutoq tu...tu member aku dari zaman sekolah lagi brader...
Ni bukan masalah balek kampong ke idak..kalau dekat pun tak selalu "keep in touch" ngan member buat apa pun...
Cuba kau tanya Fadil Sutoq berapa kali dalam masa dua minggu aku call dia?...
sebenarnya, member tak kenal erti jauh dekat, yang penting keikhlasan..
ok bro..no heart feeling.

Amir

LaN KidA said...

Salam semua,
Memang gambar yang saya letak untuk artikel ni gambar Fadil Sutoq kat Seri Gombak. Masa tu ada suatu malam, saya, Fadil dan Kudin Mekanik pergi tengok kereta client Kudin yang rosak kat rumah dia. Jadi sambil tunggu Kudin tengah discuss dengan owner kereta tu, saya nampak Fadil tengah belek-belek handphone canggih dia...lalu saya pun ambil la gambar tu menggunakan handphone saya yang tak canggih tu.

Skot... janganlah main bubuh no jer... cuba2 la bagi nama yang kengkawan boleh kenal dan cam skit...kan nanti lebih mesra macam tu.

Amir ni kalau Skot nak tahu, saya rasa hujung jari kaki Fadil pun dia boleh cam sebab mereka ni berkawan dari kecik2 lagi dan masih saling berhubung walaupun duduk beribu km jauhnya.

Ok Skot, Jangan mare aaa!

SaYanG kidA said...

wah tak sangka komen artikel psl padil ni meriah...SK pun x nak ketinggalanlah... nak letak komen gaks... tahniah padil dah ada ofis sendiri.. ada post vacant tak? leh la SK apply *wink*... jadi tea lady pun ok gaks tp gaji mahallah eh...

to SKOT857653:
ni skot terkeluar barisan ke baru nak msk barisan? ala skot ni, SK tgk cara duduk pun kenal.. mmg sah2tu padil...