Sunday, July 15, 2007

teTaP maChO


Dalam banyak kawan-kawan bekas UiTM batch Julai 85 yang saya sudah jumpa selepas 22 tahun di Kuantan dahulu ada beberapa orang yang saya rasa masih kelihatan macam dahulu tanpa sebarang perubahan bentuk fizikal yang ketara. Antaranya yang saya boleh namakan di sini adalah seperti :

1. Syed Hamid @ Walid
2. Sidi @ Che Dat
3. Khirusham @ Puis

Yang lain-lain tu saya rasakan mengalami bentuk perubahan fizikal yang samada begitu ketara atau terdapat sedikit perubahan fizikal. Seperti Slambe, Kitang, Lan Kentei, Man Troq, Jepun, Mat Dwan, saya rasakan ada sedikit perubahan fizikal sahaja dan masih boleh diingati seperti tahun 85 dahulu. Ada juga yang langsung tidak boleh di cam dan mengalami perubahan fizikal hampir 70% seperti Bilal dan Mat Rock. Mat Rock lagi teruk sampaikan masa saya buat Golf Reunion 2004 dahulu di Bkt Beruntong, kawan-kawan yang berada bersama beliau di Bilik Persalinan hampir kesemuanya tidak mengenali dirinya.

Budak-budak pompuan pula saya tak nak komen la kerana banyak yang saya jumpa hampir tidak boleh di cam langsung atau kalau boleh cam pun memang dah banyak out of shape betul. Maybe ada juga yang saya tak jumpa tapi anda semua terjumpa dan tengok kawan kita samada lelaki atau pompuan yang masih maintained macam dulu, mungkin boleh cerita sikit kat sini....

Friday, July 13, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Hari Selasa yang lepas, saya sempat sms kepada Apamz bertanyakan khabar beliau dan keluarganya. Beliau memberitahu bahawa beliau sekeluarga sihat sejahtera. Mieza, isteri Apamz pula khabarnya semakin sihat dan hampir pulih seperti sebelum sakit baru-baru ini. Pada petang Selasa itu juga wakil dari akhbar Sinar Harian edisi Pahang telah menemuramah Apamz berkenaan keluarganya. Apamz juga mengirim salam kepada semua kawan-kawan BUDIMAN dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak mendoakan kesejahteraan keluarganya.

Bilal juga ada menghantar sms kepada saya memberitahu beliau berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja dari hari Selasa sehingga petang Khamis. Beliau ada mengajak saya untuk teh tarik tetapi kerana kesuntukan masa, saya tidak berpeluang untuk bertemu beliau. Namun begitu beliau akan datang semual ke KL pada 24hb Julai ini dan mungkin kalau ada kelapangan bolehlah kita beramai-ramai ngeteh. Rasanya dah lama benar tiada sessi teh tarik besar-besaran dengan kawan-kawan BUDIMAN di KL ini.

Puis juga ada menelefon saya malam semalam (Rabu malam) memberitahu bahawa beliau berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja.

Kawan-kawan seperti Ummi, Mizi, Kudeng, Jun, Walid, Kitang, Slamber, Niazor, Mat Dwan ada juga sekali-sekala kita lihat di dalam blog ini samada di chatbox atau di ruangan komen. Kawan-kawan yang lain seperti Fadil Sutoq, Lan Kentei, FG, Bob MG, Joe Malady, Antu, Jepun, Shema dan lain-lain nampaknya dah lama tidak berkunjung ke sini. Mungkin sibuk juga dan tidak berpeluang ke sini. Kalau ada pihak-pihak yang nak anjurkan acara makan-makan pun rasanya sesuai juga kerana dah lama warga BUDIMAN tidak berjumpa di KL ni. Tentu banyak cerita menarik dan khabar berita. Apa-apa pun kita doakan agar semua warga BUDIMAN dalam keadaan sejahtera dan sihat sentiasa.

Thursday, July 12, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: beRbiNi LeBih

Kali ini saya nak bawa satu topik yang hangat dan boleh jadi panas juga kalau di bicarakan. Topik ini sebenarnya selalu juga diperkatakan baik sesama lelaki mahupun wanita yang sudah berkahwin. Tapi topik ini jarang dibicarakan antara suami dan isteri. Bahaya. Boleh membawa maksud lain dan menjadi perang besar kalau silap gaya. Saya tidak mahu membincangkan dari segi hukum Islam kerana sudah jelas bahawa Islam membenarkan lelaki untuk beristeri sehingga 4 orang. Cuma undang-undang syariah negara kita berbeza-beza mengikut negeri dalam membenarkan lelaki Islam beristeri lebih dari seorang.

Namun begitu realiti dan kenyataannya, setiap lelaki normal sebenarnya menginginkan isteri lebih dari seorang. Jangan pula kaum wanita terkejut dengan statement ni. Realitinya sememangnya begitu. Memang setiap lelaki normal secara ikhlasnya ingin beristeri lebih dari seorang. Tapi ingin tidak bermakna mahu, berkeinginan sahaja, MAHU mungkin tidak ramai. Tak percaya tanya pasangan masing-masing. Tanya dia secara ikhlas dan jujur. Kalau lelaki itu tiada keinginan untuk beristeri lebih dari satu, memang sah kurang normal sedikit.

Yang membataskan keinginan tersebut pada zaman moden ini hanyalah kemampuan kewangan sahaja. Jika seseorang lelaki tersebut mampu menyara lebih dari seorang keluarga, insyaallah masalah andartu di Malaysia ini boleh di selesaikan. Sebab itu lelaki kalau dia mempunyai duit yang banyak selalunya beisteri lebih. Yang tak beristeri lebih tu sebabnya kerana di control oleh isteri dan tidak dapatlah menunaikan hajatnya untuk beristeri lebih. Lelaki ni kekuatan dirinya terletak di wang ringgit je kekadang tu. Kalau berduit tengoklah gaya dirinya, mesti hebat. Kalau tidak jalan menunduk sajalah.

Kalau nak dikatakan berkahwin lebih, lelaki tidak dapat memberikan kasih sayang yang adil, rasanya pendapat tersebut memang salah. Lelaki ni bab cinta kasih sayang ni memang terror. Kalau lelaki ada perempuan lain tidak bermakna dia tidak sayangkan isterinya. Malah kekadang tu sayangnya makin bertambah lagi ( sebab campur dengan rasa guilty conscious). Lelaki ni kalau kata bab membahagi-bahagikan kasih sayang ni sebenarnya tiada masalah langsung. Ini bagi lelaki yang budiman lah, janganlah ambil contoh lelaki yang jahat dan sebagainya. Cuma yang selalunya jadi masalah sebab wanita-wanita yang dikasihinya mahukan perhatian lebih dan mahu meminta lebih lagi dari apa yang isteri lain dapat. Itu yang selalunya jadi punca nampak lelaki tu macam jadi tak adil kepada isteri-isterinya. Lelaki ni kalau ada 4 isteri, dia boleh mencintai 4 isterinya itu sama rata, sebab itu kita lihat ada orang yang beristeri 4 boleh semuanya duduk dalam satu bumbung.

Tapi bukan senang sebenarnya kalau nak beristeri lebih dari satu ni. Bagi lelaki, banyak persediaan mental dan fizikal yang perlu di persiapkan selain dari persediaan kewangan dan penyusunan masa. Memang lelaki yang kahwin lebih dari satu ni boleh salute la dengan ketabahan, kesabaran dan perjalanan hidup yang ditempuhinya itu. Bukan senang nak layan isteri di zaman moden ini, yang satu ada kat rumah pun dengan bermacam-macam kerenah, tambah pula lebih dari satu, silap-silap berserabut otak. Tapi itu semua akan menjadi mudah sekiranya semua pihak berkerjasama dan saling memahami antara satu sama lain. Yang jadi masalah selalunya di peringkat permulaan, mungkin ambil masa 3-4 tahun juga, barulah kehidupan yang normal boleh di jalani apabila semuanya sudah saling bersefahaman.

Apa-apa pun wanita dah banyak yang jadi andartu sekarang ni. Walaupun mereka-mereka tu nampak macam tak kisah jer kerana sibuk dengan karier dan mampu berdikari serta hidup sendiri, namun sebenarnya tersirat jauh di sudut hati inginkan seorang suami dan zuriat juga seperti orang lain. Lelaki sebenarnya mampu memenuhi kekosongan tersebut namun batas-batas tertentu kekadang menghalang pengisian itu. Dan selalunya batas-batas halangan utama adalah dari wanita sendiri.

Tuesday, July 10, 2007

aPa haL Lu oRanG keCOh2 Ni beB

Lama gua tak masuk rumah gua ni beb. Ni pun dah pukol 4-47 pagi beb. Dah 5 malam berturut-turut gua balik pukol 4-5 pagi , tak larat dah gua nak buka blog gua ni. Bini gua SK pun dah jeling-jeling semacam je tengok gua balik lambat sampai pagi ni, nak buat macam mana beb banyak urusan. Gua pun dapat tahu perkembangan blog pun dari sms SK kat gua bila dia ingatkan gua dah pukol 4-00 pagi bila gua tak sampai rumah lagi.

Gua tengok artikel rokok gua tu kecoh semacam je beb. Lu orang ni apahal la nak kecoh-kecoh sangat. Ni bukan tempat untuk bincang pasal politik beb. Sini tempat orang baik-baik nak buat amal kebajikan beb. Gua peduli apa lu UMNO ke, Keadilan ke, PAS ke, MCA ke... lu orang pergi main jauh-jauh la nak bincang bab politik ni.

UMNO totok gua tak kira la, lu tu Menteri ke, Wakil Rakyat ke..lu jangan nak cuba-cuba promote lu punye politik kat sini. PAS, Keadilan, MCA, MIC.... lu pergi main jauh-jauh... jangan nak bincang bab politik kat blog gua ni. Politik ni kerja orang bodoh je. Kerja orang pandai, berniaga, cari duit dan buat sedekah banyak-banyak. Gua biasa dah halau wakil rakyat ni dari majlis gua..gua peduli apa..politik-politik gua tak main beb.

Si Lewis Hamilton, lu nak tunjuk lu punya totok lu sokong kerajaan, gua warning lu pergi jauh-jauh. Banyak lah lu dengan kerajaan lu tu. Si anonymous yang mencarut-carut tu, lu pergi la kat Planet Hollywood ke atau Hard Rock Cafe...lu carut la kat situ berapa banyak lu suka..gerenti orang tak marah sebab kat situ tempat orang berdengung...tak kisah.

Gua dah la pening banyak kerja ni beb dan pening takde artikel nak tulis kat sini ni...lu orang jangan buat hal beb nak bergaduh pasal politik plak kat sini. Lewis Hamilton, Anonymous, Nila Utama... lu boleh blah...lu cari gelanggang lain nak gaduh pasal politik ni. Pilihanraya nanti kita sokong ikut suka kita....lu orang jangan nak promote-promote UMNO ke, PAS ke, Keadilan ke kat sini..PAHAMMM. Blog ni untuk buat kerja kebajikan dan silatulrahim jer...lu paham tak bahasa melayu Lewis Hamilton, Anonymous dan Nila Utama.

Alright Brother...Gua nak mandi n masuk tidor dulu. Salam semua.

Friday, July 06, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: haRgA rOkOk nAiK LaGi

Bermula semalam harga rokok naik lagi antara 60-80 sen sebungkus. Ini berikutan dengan kenaikan cukai sebanyak 3 sen bagi setiap batang rokok yang di jual. Kenaikan ini saya rasa tidak akan terhenti setakat ini sahaja kerana kebiasaannya setiap kali pembentangan Belanjawan Negara pada bulan September nanti akan menyaksikan kenaikan dalam cukai tembakau pula. Harga rokok Kelas A yang sebelum ini RM7-40 sebungkus kini telah mencecah RM8-20 manakala rokok-rokok lain yang lebih murah juga mengalami kenaikan.

Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai kempen supaya orang ramai menghentikan tabiat merokok. Khabarnya suatu kempen terbaharu akan dilancarkan tidak lama lagi untuk memberi kesedaran dan menggalakkan orang ramai agar berhenti merokok.

Persoalan yang saya ingin utarakan di sini ialah sejauh manakah keikhlasan pihak kerajaan agar orang ramai berhenti merokok dan kesan kenaikan harga rokok akibat kenaikan cukai. Selama ini apabila harga rokok dinaikkan, orang ramai tidak memberikan sebarang respon atau sebarang bantahan terhadap kenaikan tersebut berbanding apabila kenaikan barangan lain seperti minyak, tepung dan lain-lain. Ini kerana kenaikan harga rokok adalah patut supaya akibatnya orang ramai akan menjadi kurang untuk merokok atau berhenti terus dari merokok. Itulah justifikasi kerajaan dalam menaikkan cukai rokok kerana kenaikan tersebut tiada sangkut paut dengan apa-apa kenaikan dalam harga tembakau dunia atau sebarang kenaikan kos dalam industri tembakau dan rokok. Begitu juga dalam kenaikan cukai untuk minuman keras, justifikasinya adalah sama seperti cukai rokok.

Tapi adakah kerajaan benar-benar serius supaya orang ramai berhenti merokok? Bagaimana akibat dari kenaikan ini semua perokok yang di anggarkan lebih dari 8 juta orang di Malaysia ini berhenti merokok. Tahu tak kita bahawa bagi setiap bungkus rokok kerajaan mengutip lebih kurang RM3 sebagai cukai. Jika semua perokok yang rata-ratanya membeli sebungkus rokok setiap hari berhenti merokok, kerajaan akan kehilangan hasil cukai sebanyak RM24 juta sehari. Sebulan kerajaan akan kehilangan sebanyak RM24 juta x 30 hari ( perokok hari2 beli rokok, takde cuti) iaitu RM720 juta sebulan. Setahun kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM8.7 billion dalam cukai rokok. Sanggupkah kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM8.7 billion, boleh lumpuh kerajaan kalau takde hasil cukai sebanyak itu.

Sebenarnya perokok adalah penyumbang cukai terbesar kepada kerajaan berbanding dengan individu-individu lain di Malaysia ini. Perokok selain dari membayar cukai pendapatan turut menyumbang melalui cukai rokok. Malah perokok adalah 'the only individual' yang membayar cukai setiap hari kepada kerajaan. Individu yang minum arak pun tidak minum arak hari-hari, jadi cuma hari-hari tertentu sahaja dia membayar cukai arak kepada kerajaan. Tapi perokok adalah individu yang never fail without a single day membayar cukai rokok setiap hari.

Namun begitu layanan terhadap perokok adalah amat tidak berpatutan dan adil. Perokok sering dikategorikan sebagai 2nd Class Citizen dimana keutamaan selalunya diberikan kepada Non-Smokers. Kawasan-kawasan yang digazetkan tidak boleh merokok dan perokok tiada keutamaan di situ. Sepatutnya perokok adalah orang yang mendapat keutamaan dalam segala hal kerana beliau adalah penyumbang terbesar cukai kepada kerajaan. Perokok sepatutnya mendapat 1st class treatment di hospital-hospital kerajaan berbanding pesakit-pesakit lain. Wad Kelas 1 sepatutnya dikhaskan untuk perokok.

Itulah realitinya dimana sebenarnya kerajaan tidak ikhlas dalam menaikkan cukai rokok dengan keinginan untuk membasmi tabiat merokok yang dikempenkannya. Kerajaan berselindung buat kempen ajak orang berhenti merokok tetapi realitinya ia memerlukan hasil cukai rokok dari kantung perokok. Ia sebenarnya satu langkah memeras perokok melalui kuasa yang ada kepada kerajaan. Ia sebenarnya untuk kesenangan kewangan pihak-pihak tertentu demi mencapai agenda politik ( cukai rokok ni katanya untuk bayar kenaikan gaji kakitangan awam yang mana kenaikan itu sebab pilhanraya tak lama lagi... jadi orang gomen kena terima kasih kat perokok yer). Yang terus menjadi mangsa adalah perokok, yang terus bodoh membayar cukai setiap hari kepada kerajaan adalah perokok juga dan yang senang lenang adalah kerajaan. Bila la agaknya gua nak berhenti merokok ni......

Wednesday, July 04, 2007

faDiL ke PnOm Penh


Semasa eMay dahulu, Fadil Othman DIB bersama keluarga ada datang untuk meraikan anak-anak yatim bersama-sama BUDIMAN. Fadil ada memberitahu bahawa beliau akan ditukarkan dari Wisma Putra di Putrajaya ke Kedutaan Malaysia di Pnom Penh, Cambodia. Jangkaannya pada penghujung bulan Jun atau awal Julai. Saya ada beritahu beliau untuk menghubungi saya jika tarikh pertukaran beliau telah di tetapkan. Mungkin kita boleh adakan satu sessi teh tarik Farewell BUDIMAN untuk Fadil sebelum beliau berangkat ke Cambodia nanti. Setakat ini beliau belum menghubungi saya lagi, mungkin tarikh pemergian beliau sekeluarga belum di tetapkan lagi. Beliau yang baru sahaja membeli rumah di Putrajaya dan telah menerima kunci baru-baru ini nampaknya tidak berpeluang untuk pindah ke rumah barunya itu. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Fadil sekeluarga semoga sentiasa kekal bahagia dan sentosa walau dimana mereka berada.

Monday, July 02, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: tAk cUkUp dUit

Malam tadi seperti biasa saya free sikit dan balik awal ke rumah setelah beberapa malam mempunyai beberapa urusan yang perlu diselesaikan sehingga lewat malam. Jengok ke blog BUDIMAN dan e-mail saya, tiada apa yang menarik kecuali beberapa e-mail berkaitan kerja. Tak tahu apa idea nak di cetuskan sebagai artikel dan akhirnya setelah pekena sebatang rokok Peter Stuyvenson, datang pula ilham dengan tajuk seperti di atas. Sambil-sambil tu sempat juga saya saksikan F1 France GP di TV2 sementara menunggu US Woman Open di Channel 83 pada pukol 2-00 pagi nanti.

Tak cukup duit. Sindrom tak cukup duit sebenarnya telah melanda dari zaman dahulu lagi sejak kita semua remaja sehinggalah ke hari ini. Dengan keadaan harga barangan dan taraf hidup yang semakin tinggi, sindrom ini nampaknya menjadi parah dari hari ke hari baik dikalangan kita semua di sini mahupun orang ramai di sekeliling kita. Dengan keadaan pendapatan yang tidak banyak berubah kepada golongan makan gaji kepada pendapatan yang tidak menentu bagi golongan yang berniaga, keupayaan untuk berbelanja makin lama menjadi makin terhad.

Persoalannya di sini, benarkah semua pihak merasakan keperitan kesan ekonomi atau ianya tertumpu kepada sesuatu kumpulan sahaja. Kalau kita lihat samada di media elektronik mahupun internet, keluhan sebilangan masyarakat terhadap kesan ekonomi yang semakin perit sering di luahkan. Namun begitu kita lihat ramai juga di antara kita yang masih boleh menukar kereta baru yang mahal, berbelanja ke luar negara atau berbelanja secara mewah.

Kadang-kadang kita lihat sebilangan mereka-mereka ini apabila bersama orang lain sering menunjukkan bahawa mereka tidak berduit dan amat tertekan dengan keadaan ekonomi yang mencengkam. Namun di sebalik hakikatnya, mereka ini ada mempunyai simpanan yang banyak dan boleh pula berbelanja samada untuk pelaburan perniagaan atau membeli harta dan berbelanja besar. Jenis manusia macam ni kadang-kadang teh secawan pun tunggu member bayarkan dan buat muka seposen jer macam takde duit.

Sebut pasal member bayarkan ni ada macam-macam jenis sebenarnya. Ada setengahnya kalau dengan kawan-kawan memang mereka ni nak tunjuk mereka tak berduit kononnya. Atau kalau dalam sesuatu sessi bersama kawan-kawan tu, ada pula kawan yang nampak senang sikit, maka jawabnya member yang nampak senang tulah terpaksa membayar segala bil. Yang konon tak berduit tu mampus satu sen pun tak nak keluarkan duit dia.

Kadang-kadang keadaan macam tulah yang membuat kita tertanya-tanya, betul ke masyarakat amat tertekan dengan kenaikan kos taraf hidup dan tidak berduit atau sebenarnya hanya kita seorang yang tidak berduit. Orang lain kata je tak berduit. Tapi kereta baru, rumah baru, perabot baru, melancung oversea... iskh..iskh...kata pokai tak cukup duit atau nampak macam tak berduit. Pening..pening...

Jadi minta pendapat kawan-kawan pula la...camne yer?