Kali ini saya nak bawa satu topik yang hangat dan boleh jadi panas juga kalau di bicarakan. Topik ini sebenarnya selalu juga diperkatakan baik sesama lelaki mahupun wanita yang sudah berkahwin. Tapi topik ini jarang dibicarakan antara suami dan isteri. Bahaya. Boleh membawa maksud lain dan menjadi perang besar kalau silap gaya. Saya tidak mahu membincangkan dari segi hukum Islam kerana sudah jelas bahawa Islam membenarkan lelaki untuk beristeri sehingga 4 orang. Cuma undang-undang syariah negara kita berbeza-beza mengikut negeri dalam membenarkan lelaki Islam beristeri lebih dari seorang.
Namun begitu realiti dan kenyataannya, setiap lelaki normal sebenarnya menginginkan isteri lebih dari seorang. Jangan pula kaum wanita terkejut dengan statement ni. Realitinya sememangnya begitu. Memang setiap lelaki normal secara ikhlasnya ingin beristeri lebih dari seorang. Tapi ingin tidak bermakna mahu, berkeinginan sahaja, MAHU mungkin tidak ramai. Tak percaya tanya pasangan masing-masing. Tanya dia secara ikhlas dan jujur. Kalau lelaki itu tiada keinginan untuk beristeri lebih dari satu, memang sah kurang normal sedikit.
Yang membataskan keinginan tersebut pada zaman moden ini hanyalah kemampuan kewangan sahaja. Jika seseorang lelaki tersebut mampu menyara lebih dari seorang keluarga, insyaallah masalah andartu di Malaysia ini boleh di selesaikan. Sebab itu lelaki kalau dia mempunyai duit yang banyak selalunya beisteri lebih. Yang tak beristeri lebih tu sebabnya kerana di control oleh isteri dan tidak dapatlah menunaikan hajatnya untuk beristeri lebih. Lelaki ni kekuatan dirinya terletak di wang ringgit je kekadang tu. Kalau berduit tengoklah gaya dirinya, mesti hebat. Kalau tidak jalan menunduk sajalah.
Kalau nak dikatakan berkahwin lebih, lelaki tidak dapat memberikan kasih sayang yang adil, rasanya pendapat tersebut memang salah. Lelaki ni bab cinta kasih sayang ni memang terror. Kalau lelaki ada perempuan lain tidak bermakna dia tidak sayangkan isterinya. Malah kekadang tu sayangnya makin bertambah lagi ( sebab campur dengan rasa guilty conscious). Lelaki ni kalau kata bab membahagi-bahagikan kasih sayang ni sebenarnya tiada masalah langsung. Ini bagi lelaki yang budiman lah, janganlah ambil contoh lelaki yang jahat dan sebagainya. Cuma yang selalunya jadi masalah sebab wanita-wanita yang dikasihinya mahukan perhatian lebih dan mahu meminta lebih lagi dari apa yang isteri lain dapat. Itu yang selalunya jadi punca nampak lelaki tu macam jadi tak adil kepada isteri-isterinya. Lelaki ni kalau ada 4 isteri, dia boleh mencintai 4 isterinya itu sama rata, sebab itu kita lihat ada orang yang beristeri 4 boleh semuanya duduk dalam satu bumbung.
Tapi bukan senang sebenarnya kalau nak beristeri lebih dari satu ni. Bagi lelaki, banyak persediaan mental dan fizikal yang perlu di persiapkan selain dari persediaan kewangan dan penyusunan masa. Memang lelaki yang kahwin lebih dari satu ni boleh salute la dengan ketabahan, kesabaran dan perjalanan hidup yang ditempuhinya itu. Bukan senang nak layan isteri di zaman moden ini, yang satu ada kat rumah pun dengan bermacam-macam kerenah, tambah pula lebih dari satu, silap-silap berserabut otak. Tapi itu semua akan menjadi mudah sekiranya semua pihak berkerjasama dan saling memahami antara satu sama lain. Yang jadi masalah selalunya di peringkat permulaan, mungkin ambil masa 3-4 tahun juga, barulah kehidupan yang normal boleh di jalani apabila semuanya sudah saling bersefahaman.
Apa-apa pun wanita dah banyak yang jadi andartu sekarang ni. Walaupun mereka-mereka tu nampak macam tak kisah jer kerana sibuk dengan karier dan mampu berdikari serta hidup sendiri, namun sebenarnya tersirat jauh di sudut hati inginkan seorang suami dan zuriat juga seperti orang lain. Lelaki sebenarnya mampu memenuhi kekosongan tersebut namun batas-batas tertentu kekadang menghalang pengisian itu. Dan selalunya batas-batas halangan utama adalah dari wanita sendiri.
17 comments:
ha,ha....topik ni biar aku yang lead dulu sebab petang tadi reporter NST Alor Star baru je interview aku pasal peningkatan jumlah pernikahan pasangan Malaysia di Songkhla. Halo gang, kalau dah ada plan nak kahwin lagi, datang la Songkhla. Aku boleh uruskan dari kadi, saksi hingga ke pelamin sekali. Agent amik RM3,000 without pelamin, tapi aku amik cuma RM1,500 all in, harga kawan-kawan maa.
Aku nampaknya macam takde chance nak tambah cawangan sebab baru nak start je, OCPD dah cantas dulu. Tapi rata-rata kawan China tengok tapak tangan cakap aku ni ada bini kecil.....horey, selonoknya.
petikan lagu tido la permaisuri:
tido la isteriku
pejamkan lenakan matamu
mimpikan bahagia
supaya abang abang bole kawin lain...hehehe...
errrr mizi..bini kecil itu apa daaa. rm 1500 here i come..:)
amboiii topiccc.....
loh mizi, nape lak kalau nak kahwin lagi susah2 ke thailand...kahwin jerlah kat mesia ni...kan menyusahkan aje kalau kahwin kat sana, balik dahlah kena register pastu denda lagi...
p/s bini kecil tu apa? adakah maknanya ada bini satu lagi atau berderet2 hiks :P
salam seme.
NO KOMEN..........eheheeee
kahwin kat mesia ni byk rintangan, kena dptkan persetujuan 1st wife dulu, payah..., pas tu kena dpt persetujuan dari wali dan famili makwe baru tu. Kalau makwe baru tu umur sekitar 20an, dia kena pergi kursus pra perkahwinan dulu dan macam-macam hal lagi. Paling senang, call kwn di Songkhla, set hari, datang n kahwin. Pakej RM1,500 tu termasuk tunggu di border untuk kastam n imigresen clearance tau. Apa gunanya kawan....
Istilah bini kecik untuk kaum cina ialah pompuan simpanan, utk org melayu ialah wife No.2,3&4 atau 'Mak Muda'. "Kepada isteri tua, kanda sayang pada mu, kepada isteri muda, i say i luv u"...he, he....
To mizi:
Wah mizi dah bukak agency cari jodoh lah plak...
Memang lah tak dinafikan ada rintangan seperti yg mizi katakan tu. Rintangan tu boleh aje nak atasi kalau tak gelojoh nak kawin!
Dan lagi satu nak wat camner dah undang2 mesia cam gitu kena minta kebenaran 1st wife (walaupun dlm agama islam tak perlu)...Tapi cakap terus terang nak kahwin kan senang...ohh tak leh ker? Takut ngan isteri kottttt kwang 3x.
P/S soklan: adakah mizi dalam category INGIN tambah isteri atau dalam category MAHU?
To SK,
baca muka depan Utusan Malaysia hari ini, gud business tau, ejen boleh dapat RM30K sebulan, kaya...
Buat masa ni Mizi belum dalam golongan tu, masih berpegang teguh kepada Rukun Negara:
1. Percayaan kepada Tuhan;
2. Kesetiaan kpd isteri (bukan isteri-isteri)he,..he..
Mizi nak jadi suami dan bapa yg baik mcm Kida, tapi kalau Maya Karim nak kan mizi, tak dapat la den nak tolak....MAHU tapi malu (cross finger, takut hari jumaat ni Malaikat bawa naik niat tu). Ewah, macam mizi yg host topik ni ye.
Mizi,
No hal nak jadi host topik ni. Tapi mana komen2 yang lain. Walid takkan no komen jer... Ummi, Kitang, Jun, Kudeng, Bilal dan yang lain-lain..apa pendapat pulak...ceritalah sikit kat sini... cerita bukan bermakna nak kawin lagi beb...
amboi kida...citer sensasi plak ye..(dah ade planning k ni?)nk komen ka? no problemo..takut x cukup space aje kat sini..wahaha....acah je.
nk kawen lagi? islam bg smpai 4 n kalu yg satu tu dah cukup sume..lehhh...insyaallah leh 'sign' kebenaran tu..tp kena ckp terus terang ler..yg sorok2 n tipu sana sini tu yg wat sakit hati...cakap aje kalu nak..hantaran pon leh tolong wat kan..mmg le x best dgr mcm dpt tambah elaun tiap bulan..tp kalu 'cik abg' tu dah cukup baik...istri pon dgn baiknya bagi kebenaran...hehehe. tp pastikan gak la..'mampu' terutamanya dr segi kebajikan anak2 tu n istri pertama tu..tp kalu takat tgh bulan pon semput semacam..hmmm...fikir sendiri la..bkn la nk kna kaya cam sultan brunei tu br tambah cawangan..hikks! tp lebih kureng gitu la..keh3.
tp masalahnya gitu la..selalu yg tambah2 ni..bukan mampu sgt pon..lg pon berat tu..mula2 ok la..ade cawangan baru..pas tu ade family baru..tanggungjawab baru..isk isk..bkn sume leh wat tu...tp kalu sanggup galas n 'jawab' later...carry on! anyway, gud lak la ye kat sape2 nk 'tambah' tu....mcm yg diorg slalu ckp..sunah nabi tu( sunah lain ikut gak le ye)...heehee.
p/s: demi LK tersayang..ape aje..wlaupon sign itu surat...kwang3
Hahaha... Bravo la Jun
salam.
ni walid nak komen.
hehee..
kpd mizi : tahniah ats agensi anda.
kida: ada yg tersirat?
SK: ALLAH swt jua yg membalas keihklasan anda
Jun: p/s kat bawah tu cam beri "Pelepasan jer".
kitang: No komen.
actually...for walid x der terlintas utk yg kedua or strusnya.Semmgnya walid tau sejauh mana i can go untuk kehidupan.So walid rasa, kemampuan diri dari segi kewangan mmg xder masalah tapi dari segi keagamaan dlm mengadili dan bijak melaksanakan tugas membahagikan kebahagiaan dan kesejateraan hidup. bukan senang lebih2 lagi bila da byk tangunggan.
p/s kpd semua x leh nak komen byk sgt,KING slalu gak masuk jenguk2..hehee tp da trus terang kan...xder terlintas dan terniat.
Salam...koi pun sama ngan awok Walid(bukan nak tunjuk baik kat isteri), x terniat or terlintas nok berbini 2,3 & 4...tapi kalu ia datang, itu semua adalah ketentuanNya yg termaktub sejak Azali lagi.
Apa komen Abg Kida/Mizi & rodong2 yg lain...
Salam sume,
Sorry quite busy lately..x sempat nak komen...Ishh Kida, pandai jer nak panaskan blog ni..Emmm (*tongkat dagu), nak tulis apa ek..tak pernah terlintas lak nak cuba dapat PAYUNG EMAS, hehe... tapi Ummi ni jenis berfikiran terbuka...ya lah dunia hanya pinjaman..Kalau dah tertulis sejak azali, apalah daya nak menghalang Sunnah Rasulullah saw yang sering terpahat di kepala kaum Adam ni, ahaks!!
Hanya satu, Ummi cuma berharap diheri kesabaran sekiranya diuji dengan hal-hal camni..Kalau boleh x suka buat kecoh. (*Yalah, selalunya, kalau suami kawin lain, orang mesti salahkan isteri jugak walau macam manapun.., mesti x cukup layan lah..x cukup jaga makan pakai lah..x cukup lawa lah..etc.).
Ntah lah, nak kata setuju ke, x setuju ke sebab x penah mengalami..xleh nak citer panjang2 le...Yalah, kita merencana, Allah yang menentukan..Kalau kata orang berduit je beristeri lebih, tapi dalam banyak kes, yang x berduit sangat pun ramai beristeri lebih ataupun yang berduit lebih pun x pandai pun nak cari lebih.. Jadi duit bukan punca segalanya..Hati yang selalu tergerak kan..
p/s -(*Harap2 abang Nu dah cukup dengan yang satu ni..hehe..)
Salam pada semua
Akhirnya dapat juga connection kat rumah nie.
Panas dan peberet aku topik nie.. apatah lagi sebagai topik utk menyakitkan hati staff pompuan kat opis. Boleh tengok memula depa nie ckp tenang saja... lama2 muka dah start merah dan suara semakin tinggi..he..he..he.
Pada isteri aku sendiri aku pernah katakan.. hampir keseluruhan suami mungkin terdetik jaauuhh di sudut hati utk berkahwin dgn yg lebih muda.. jujur aku katakan. Tapi yg membezakan hanyalah yg sungguh2 berusaha atau yg tersedar dari angan2..
Bagi aku perkara utama yg menghalang adalah niat.. atau lebih tepat hanyalah nafsu semata2.. tapi rasanya setiap kali bersama.. tiada yg kurang yg satu nie..
Kemudian perkara2 lain seperti kewangan, tahap usia sekarang rasanya lebih menjurus ke arah ketenangan dari mencari cabaran dlm rumahtangga..
Tapi yg paling utama kemampuan pahala yg ada utk menanggung satu lagi bebanan dosa andaikata terkurang bimbingan sebagai khalifah rumahtangga.. adoi la.. diri sendiri masih tunggang langgang menyempurnakan tangungjawab sebagai hamba, inikan pula diri orang lain dan seorang yg lain.. tak campur lagi anak2 yg ada skrg, ni nak campur lagi dgn anak2 bini baru? Isk..isk.. memikirkan saja dah terasa letih dan tak berdaya..
Bai
Shah Alam
Jika kau bercinta lagi
Cintalah sepenuhnya
Jika kai bercinta lagi
Jaga-jaga hatinya
Aku tak dapat menahan
Engkau punya kemahuan sendiri
Kini aku hanya dapat berdoa
Agar berbahagia kau di sampingnya
Eh eh.. aku tak kata aku mengundurkan diri ek
...please where can I buy a unicorn?
la frase Admirable y es oportuno http://nuevascarreras.com/tag/comprar-cialis/ cialis generico andorra In effetti, e come non ho mai indovinato cialis 20 mg tadalafil kewvzjdhte [url=http://www.mister-wong.es/user/COMPRARCIALIS/comprar-viagra/]comprar cialis[/url]
Post a Comment